32 | AL

           BEKAL berisi roti telur itu diintai sedikit. Gopal tersenyum menghidu bau harum daripada roti telur itu. Tidak sabar hendak makan pada waktu rehat nanti!

    Alkisahnya begini, Gopal dan Sina Yaya bercadang untuk bertukar bekal. Sina Yaya akan makan bekal yang dimasak Gopal dan Gopal juga sebaliknya. Sebab itulah Gopal hadir ke sekolah awal hari ini. Nanti kawan - kawannya nampak dia dan Sina Yaya, habis dia diperli nanti.

    "Gopal! Awal kau datang hari ini?" Rizal menyapa Gopal, mesra.

    Gopal cepat - cepat menyimpan bekalnya di bawah meja. Peluhnya yang terasa menitik dilap sedikit. "Saja, datang awal-awal."

    Afiq menjongketkan keningnya. "Yakah?"

   Gopal cuba mengawal rasa gelabahnya. "Ya... yalah."

   "Ke kau belum siap kerja sekolah?" Afiq menduga sendiri.

   "Ha. Betullah itu. Aku belum siap kerja sekolah. Nak pinjam buku latihan, Afiq." Gopal tersengih meminta kepada Afiq. Baik pura - pura mengaku daripada mereka berdua mengesyaki sesuatu.

  "Hmm... dah agak." Afiq menghulur buku latihan Matematiknya kepada Gopal. "Nah. Kau jangan salin bulat - bulat saja."

    Rizal berpaling ke belakang. Dia mempersetujui kata-kata Afiq. "Entah. Fahamkan apa yang kau salin itu. SPM hendak dekat."

   "Ya, ya. Macamlah aku ini tahu salin sahaja." Nada suara Gopal seakan berjauh hati.

   "Ala, Gopal. Jangan merajuk. Kita orang gurau sahajalah." Rizal cuba memujuk Gopal. Nanti memuncung sahaja lelaki itu sepanjang hari. Rasa minta pelempang pun ada.

   "Mana ada kita merajuk, abang Afiq... abang Rizal. Eee, tak baik tuduh kita macam ini, tau!" Gopal sengaja bersuara gedik, ingin menyakat dua sahabatnya.

   Afiq segera menjarakkan dirinya dengan Gopal. "Eee, dah macam 'gay' pula. Minta penampar betul."

   "Nasib tak terkeluar sarapan aku pagi ini." Rizal turut menayangkan mimik kegelian.

   Belum sempat Gopal ingin membalas, suara Raisha bergema kuat di dalam kelas mereka mendapat perhatian seluruh warga kelas lima Cendekia.

   "Kau orang!" Raisha tersenyum, kekok melihat ramai mata mula menumpu ke arahnya. Dia tergagap - gagap menyatakan. "A... ak... aku nak minta maaf."

    Satu kelas sunyi sekejap sebelum riuh kembali dengan suara-suara yang mengutuk Raisha. Terutamanya rakan sekelas yang pernah berada di pihak Raisha terdahulu.

    "Itu sahaja? Baik tak payah menjerit macam orang gila sahaja. Buang masa aku sahaja."

    "Simpan sahaja maaf kau sampai mati!"

    "Sudahlah hampir bunuh Afiq, fitnah orang. Ingat kesalahan kau itu terlalu kecilkah untuk dimaafkan?"

    Raisha menyampuk di sebalik keriuhan itu. "Sekejap! Yes, I was wrong. Saya minta maaf sangat - sangat sebab suka mengfitnah dahulu. Saya kejam. Saya minta maaf kepada orang yang sa..."

   Adrian mengejek Raisha. "Hanya disebabkan kau pakai tudung, kita orang perlu dengar cakap kau?"

   "Entah, kalau minta maaf, esok buat lagi. Itulah perangai ahli neraka macam kau." Hati Raisha makin pedih mendengar kata hinaan dari salah seorang pelajar perempuan kelas itu.

   "Hey, diam! Bagilah Raisha jelaskan apa yang dia mahu jelaskan." Siao Fang yang sudah tidak tahan dengan kebingitan kelas itu, melarang rakan sekelasnya itu mendiamkan diri. Sayangnya, tiada seorang pun yang mendengar.

   "Ala, sibuk sahaja kau." Idzham menjadi bengang apabila Siao Fang membela Raisha. Bukankah Raisha jahat dahulu? Kenapa perlu menjaga nama perempuan iblis itu?

   "Entah, ke kau ada hubungan dengan dia?" Kautsar melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Siao Fang.

   Kausar menarik tangan abang kembarnya untuk duduk. "Kautsar, kau sudah kenapa? Bising tidak tentu fasal. Diam-diam sudahlah."

   "Hey, diam semua!" Idayu berusaha meredakan keadaan kelas. Nanti cikgu marah dia pula.

   "Diamlah pelacur!" maki Ibnah sambil jari telunjuknya ditunding ke arah Idayu.

   Rizal bangun daripada tempat duduk sehingga berbunyi kerusinya! Sudah melampau kelasnya kali ini. "Hei, kau orang ini memekak sahajalah! Diam-diam sudahlah! Dengar apa yang si Raisha nak cakap apa!"

   "Ketua kelas tidak perlu sibuklah!" Idzham menengking Rizal dengan penuh biadap. Terhinjut bahu Gopal dan Afiq mendengarnya. Sabarlah, abang. Tidak perlu marah-marah.

   Rizal sudah menggaru kepala. Eh, dia pula yang kena. Rasa macam hendak menginap di reban ayamlah. Tidak ada beza pun dengan suasana kelas ini.

   Afiq memberi isyarat mata ke arah Gopal, seakan memberitahu dia ingin melakukan sesuatu. Siap tersenyum senget lagi. Gopal yang faham akan maksud itu hanya menepuk bahu Afiq, memberi semangat.

   Raisha menjadi terkaku dengan situasi itu. Suaranya seakan tersekat di kerongkong. Tidak sangka dengan satu perkataan 'maaf', habis bergaduh semua pelajar dibuatnya!

   "Kau orang..." Raisha cuba mencelah.

    "Diamlah perempuan!" Adrian menghalang Raisha dari terus berkata.

   Natasha yang sudah lama berdiam diri menjadi bengang. "Kau orang sudah kenapa? Apa guna kalau ada dua telinga tetapi sibuk memaki guna satu mulut?"

   "Ala ala kawan Raisha ini. Sudahlah... faham-faham, bukan? Kemudian hendak 'back up' perempuan jala..."

   "DIAM!" Laungan Afiq menghentikan kekecohan tersebut. Sungguh mereka terlupa, Afiq pernah menyarung mahkota 'bad boy' semasa tingkatan satu dahulu.

   Afiq menggerakkan kepalanya ke kanan sedikit, memberi maksud bahawa Raisha boleh meneruskan kata - katanya. Raisha yang akan perasan akan hal itu, terus berkata. "Maafkan aku kerana menjadi seseorang yang menyakitkan hati."

   "Aku minta maaf sangat kerana pernah sakitkan salah seorang daripada kau orang semua. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan masa itu dan aku rasa ianya sangat-sangat kejam. Aku tak kisah kalau kau orang nak marah... aku cuma mahu kata yang aku... minta maaf." Raisha menunduk ketika mengucapkannya.

   Melihat semua perhatian beralih ke arahnya, Raisha menyambung lagi. Namun, nada suaranya turut berubah. "I'm not perfect. I make mistakes. I had a bad past life and I can be moody sometimes."

   "Aku buat salah. Dan sekarang aku sudah menyesal akannya. Aku menyesal sangat-sangat." Raisha mengangkat tangan seperti berikrar. "Sumpah, aku sudah menyesal. Dan aku minta maaf sangat-sangat."

   "Tolong jangan bencikan aku... atau pulaukan aku. Aku merayu."

   Suasana kelas menjadi hening seketika. Tiada lagi suara seperti monyet di dalam hutan kedengaran lagi. Cikgu ini pula, tiada pula yang masuk.

   "Kau ingat..."

   "Aku maafkan kau." Idayu segera memintas sebelum Ibrah sempat menghina Raisha.

   Raisha memandang ke arah Idayu, seolah tidak percaya.

   Idayu berpeluk tubuh memandang Raisha. "Aku boleh saja benci kau lepas apa yang kau dah lakukan pada aku. Aku boleh saja balas balik, tapi aku pilih untuk maafkan kau untuk diri aku. Kalau aku berdendam... aku tak akan dapat apa-apa melainkan hati yang hitam."

   Jianying turut berdiri sama. "Aku pun maafkan kau. Kau sudah sedar dengan kesilapan kau, tak akan aku balas dengan kejam pula?"

   "Jianying," gumam Raisha sendirian.

   "Aku pun maafkan kau." Gopal juga memaafkan Raisha.

   "Aku pun." Natasha berhenti sebentar sebelum sambung bicaranya. "Raisha sudah sedar akan kesilapannya. Ianya satu kebanggaan kerana Raisha cukup kuat untuk meminta maaf dan kita jadi lebih kuat untuk memaafkan dia."

  "Aku pun maafkan kau," ujar Rizal.

   Paling mengharukan, beberapa pelajar menyuarakan yang mereka memaafkan Raisha. Tersentuh Raisha dibuatnya! Melihat ramai pelajar meminta maaf, pelajar lain seperti Adrian dan Idhzam termalu sendiri.

    Ucapan berbalas terima kasih itu terhenti apabila Cikgu Roziah masuk ke dalam kelas. Cikgu Roziah sudah tergaru kepala masuk ke dalam kelas. Hari ini hari berterima kasih sedunia ke?

    "Eh, cikgulah!" Semua pelajar panik kembali ke tempat masing-masing. Itulah... seronok benar kau orang berperang tidak ingat dunia tadi.

    "Rizal, bagilah salam." Afiq menegur Rizal yang masih lagi tercengang. Mungkin malu budak itu.

   "Oh, sorry... sorry." Rizal berpusing menghadap Cikgu Roziah. "Bangun! Selamat sejahtera, cikgu!"

...

    "Kring!" Nada dering loceng sekolah itu amat menghiburkan hati para pelajar. Pelajar tingkatan lima yang baru selesai menjalani kelas tambahan bersorak apabila bunyi loceng itu menyapa halwa telinga. Gembiralah itu.

    "Eh, Afiq." Rizal menyiku Afiq yang baru siap menggalas beg. "Kau bukan main semalam, bersemangat mahu luahkan pada dia. Itu... Natasha hendak balik pun. Pergilah luah."

    Wajah Afiq yang merah padam cuba Afiq sorokkan. Afiq menepis hidungnya sendiri. "Sekejaplah... tetapi kalau dia 'reject' aku macam mana?"

   "Ala, dia tak 'reject' punya. Percayalah cakap aku." Rizal cuba menyakinkan Afiq. Lagipun, dia sudah dapat mengagak bahawa Natasha sukakan Afiq juga.

   "Aku sudah bawa kamera." Gopal senyap - senyap mengeluarkan kamera dari beg sandangnya. Nasib cikgu tak nampak, kalau tidak... mahu berhuhu sebab kamera kena rampas.

    Afiq memandang Gopal, tidak puas hati. "Kenapa kau bawa kamera pula? Kau ingat ini drama pukul tujuh ke?"

    "Biarlah." Gopal menyorokkan kembali kameranya. "Aku akan mengabadikan momen-momen terindah ini."

   Rizal menghentikan perbualan-perbualan kosong itu. "Sudah, sudah. Natasha hendak pergi itu. Nanti tak jadi pula Afiq nak luahkan perasaan dia."

   "Jomlah." Afiq mengajak mereka. Haih... tidak sabar betul mahu luahkan perasaan dia.

   Berbalik kepada situasi Natasha, Natasha sedang berjalan dengan Raisha dan Jianying. Sekejap... Raisha? Ya, mereka sudah berbaik sejak kejadian siang tadi. Lagipun, tidak elok berdendam ini.

    "Kau... suka Afiq?" Wajah Natasha dipandang tidak percaya oleh Raisha.

   "Eee, janganlah sebut kuat-kuat." Natasha berbisik marah sambil berpaling ke belakang. Mati dia kalau pujaan hati lalu. Buat malu tujuh keturunan sahaja.

   "Kesian betul nasib kawan kita ini." Jianying menepuk bahu Natasha. "Nak 'confess, selalu tak jadi. Tabahlah!"

   Natasha menarik muncung apabila Jianying menyindirnya begitu. Dasar kawan.

   "Natasha!" Mereka bertiga menoleh ke belakang apabila terdengar suara memanggil Natasha. Oh... Rizal rupanya.

   Afiq cuba mengawal rasa bahang di wajahnya. Haih... janganlah menonjol sangat. Dia memberanikan diri bercakap. "Boleh tak aku nak cakap dengan kau dekat belakang bangunan sekolah? Tak apa, kau nak bawa kawan kau pun boleh."

   Natasha terpaku mendengar kata-kata Afiq. Sedar sahaja dari lamunannya, dia cepat-cepat mengangguk. "Ya... ya mestilah boleh."

   Di belakang bangunan sekolah, mereka berada di posisi masing-masing. Di sebelah Afiq, ada Rizal dan Gopal berdiri gagah cuma jauh sedikit dari Afiq. Di sebelah Natasha pula, ada Raisha dan Jianying yang menemani.

   Sebentar... ini macam ulasan hendak mulakan perlawanan gusti sahaja.

   "Kenapa nak jumpa Natasha?" Raisha bertanya.

   "Aku nak cakap dengan dia sekejaplah, kakak." Afiq memusingkan bola matanya. Inilah perangai Raisha masa kecil dahulu. Selalu tidak percayakannya.

   "Yalah. Jom Jianying." Raisha menarik bahu Jianying ke belakang sedikit, memberi ruang mereka berdua cakap sendiri.

   "Kenapa awak nak cakap dengan saya?" Natasha memandang tepat mata Afiq walaupun agak malu sebenarnya.

   Afiq menggosok tengkuknya. Rasa kekok pula mahu meluahkan perasaan. "Ak..."

   "Saya suka awak." Mengejutkan, Natasha meluahkan perasaan terlebih dahulu. Terbuntang mata Afiq dibuatnya. Yalah, macam mimpi pula.

   "Saya tahu... ini gila. Tapi saya suka awak sebab awak ialah awak. Saya sukakan personaliti awak." Bersungguh - sungguh Natasha menyampaikan isi hatinya. "Kalau awak nak 'reject' saya, saya faham."

   "Aku tak suka kau." Afiq sengaja menyengih begitu. "Aku tak nak couple dengan kau tetapi aku akan jadikan kau isteri aku di masa hadapan."

   Muka Natasha sudah merah padam. Tergagap-gagap dia meminta kebenaran. "Sekejap, ya?" Natasha berpaling lalu memeluk lutut. Terus dia menjerit teruja sekuat hati.

   Afiq menyeringai melihat situasi itu. Haih... macam-macamlah.

   "Aa... tengok salah awaklah ini saya tergagap macam ini," ujar Natasha, malu-malu. Aduh, rasa segan pula!

   "Fuyo, kawan aku dah pandai luahkan perasaanlah sekarang." Gopal merangkul leher Afiq. Siap bersiul mengusik lagi. Kalut Afiq hendak kawal wajahnya yang merah padam itu.

   "Fuuh, nak jadi adik ipar, en?" Raisha memegang bahu Natasha, sengaja mengusik. Natasha memukul perlahan bahu Raisha. Hish... sudahlah dia malu.

   "Alhamdulillah... puas ibu cari kamu, Afiq." Tiba-tiba Puan Saffiyah berpakaian baju kurung muncul menyapa mereka. Nampak macam sedang cemas sahaja.

   "Kenapa, ibu?" Afiq berpaling ke arah ibunya. Rasa tidak sedap hati pula.

   "Ayah kamu sudah sedar, Afiq."






XxXxXxXxXxXxXxXxXxXx

Siapa kegemaran kau orang dalam Anxiety Love?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top