31 | AL
PUAN Rabbiya berpeluk tubuh. Muka yang masam ditayangkan. "Apa keluarga syaitan ini mahu?"
Mati rasa terujanya untuk bertemu dengan rakan - rakannya tatkala wajah - wajah pembunuh anaknya terpapar di hadapan mata. Melihat Raisha berdiri di sebelah mereka, menambahkan lagi sakit hati di jiwanya.
"Raisha, masuk!" Puan Rabbiya menarik tangan cucunya masuk ke dalam. Namun, Raisha menronta - ronta tidak mahu.
Puan Rabbiya mula naik bengang. "Raisha? Sejak bila jadi macam ini? Perangai sudah menjadi iblis sama macam perangai keluarga terlebih iblis ini. Masuk!"
Raisha tetap dengan pendiriannya. "Tak nak!"
"Kau dengan bapa kau..." Belum sempat Puan Rabbiya ingin meneruskan katanya, Puan Saffiyah mencelah. "Puan Sri."
Puan Rabbiya merenung tajam satu - satu wajah di hadapan matanya. "Apa kau mahu, perempuan? Kau dengan suami 'mati' kau itu boleh pergi mampus! Kau mahu duit ke?"
Dengan kasar, Puan Rabbiya menyeluk beg tangannya. Duit - duit dilayangkan ke luar pagar rumah agamnya. Puan Saffiyah menggigit lembut bawah bibirnya apabila dihina sebegitu rupa.
"Kami tak hadap pun duit Puan Sri. Bukan boleh bawa masuk alam barzakh pun." Afiq mengambil surat dari dalam poketnya dan dihulurkan kepada Puan Rabbiya. "Ini surat dari Tan Sri Aryan."
Puan Rabbiya hanya memandang surat itu dengan sebelah mata. "Kau ingat aku mahu hadap surat palsu kau itu? Raisha, masuk!" Puan Rabbiya mencengkam tangan cucunya lalu diheret masuk ke dalam.
"Sakit, tok mummy," rintih Raisha.
"Tahu pun sakit. Yang kau berbaik dengan dia orang kenapa? Dulu elok sahaja kau fitnah dia. Sekarang, nak sarung sayap jadi malaikat ke?" Bertalu - talu Puan Rabbiya berkata kepada cucunya.
Raisha melawan kata - kata neneknya. "Tok mummy selalu macam ini. Apa yang Raisha buat, semua tok mummy tak pandang. Bila Raisha dapat nombor satu dalam kelas pun, tok mummy langsung hina Raisha sebab markah Afiq lagi tinggi dari markah Raisha."
Nada suara Raisha mula mengendur. "Tetapi bila Raisha mula mengfitnah, tok mummy jadi bangga. Jadi masa itu, Raisha ingat. Dengan terus membuatkan Afiq sengsara, akan membuatkan tok mummy akan gembira."
Afiq menjadi semakin geram mendengar penjelasan Raisha. Kurang asam punya nenek. Kubur kata mari, tetapi Puan Sri Rabbiya terbongkok kata nanti. Bangga ya fitnah dia?
Afiq mengawal nada suaranya supaya tidak kedengaran seperti marah sangat. "Puan Sri, saya minta sangat Puan Sri buka surat ini. Tak susah pun. Ambil, buka dan baca."
Jari Puan Rabbiya ditunding ke arah Afiq. "Kau jangan mahu mengajar aku, sya..."
"Tok mummy..." Raisha merayu kepada Puan Rabbiya. "Kalau tok mummy betul - betul sayangkan Raisha, tok mummy baca surat itu."
Puan Rabbiya mengeluh, berat. Dia merampas surat di tangan Afiq, kasar. Dia membaca bait pertama di permukaan surat itu. Daripada, Aryan. Heh, mesti anak dia hendak nasihatkan dia untuk minta maaf kepada keluarga itu.
Surat itu dibuka kasar. Nasib tidak terkoyak.
Kepada ibuku yang dicintai,
Aryan sayangkan mummy.
Puan Rabbiya terkedu membaca ayat pertama surat itu. Tidak semena - mena, egonya yang diagungkan runtuh ke bawah dengan mendadak. Menggeletar tangannya ketika menyambung membacanya.
Sebelum pergi ke Melaka, Aryan nak sangat peluk mummy. Tidak tahu kenapa. Mungkin Aryan rasa tidak sedap hati. Sejak Aryan dapat mesej dari musuh syarikat Aryan mengatakan dia hendak bunuh Aryan, buatkan Aryan merasa gusar.
Kalau boleh, sebelum pergi ke Melaka esok, Aryan hendak ucapkan betapa sayangnya Aryan kepada mummy. Kalau Aryan hantar mesej, mesti mummy fikir bukan - bukan. Jadi, Aryan tangguhkan niat Aryan itu.
Walaupun Aryan dengan mummy selalu gaduh. Walaupun mummy selalu kawal hidup Aryan. Tetapi Aryan selalu fikir yang mummy ialah ibu yang terbaik dalam dunia ini.
Satu titik air mata Puan Rabbiya mula jatuh menimpa surat itu.
Mummy, Aryan tahu mummy tidak sukakan kawan Aryan. Tetapi janganlah mummy bencikan dia sebab luaran dia. Mummy sendiri pernah bagitahu, bencikan perangai orang itu, bukannya luarannya.
"Tok mummy..." Raisha yang masih kecil itu menolak pintu bilik neneknya.
Puan Rabbiya berpaling ke arah Raisha, kekok. "Raisha? Err, apa Raisha sayang buat dekat sini?"
"Raisha dengar perbualan tok mummy dengan pak cik dalam telefon." Bicara anak kecil itu mengejutkan Puan Rabbiya. Raisha menyambung kata - katanya. "Kenapa tok mummy fitnah ayah Raiz seorang penagih dadah? Ayah Raiz buat salah ke?"
Puan Rabbiya menarik sisi rambutnya ke belakang. Peluh mula menitik pada kulit wanita itu. Puan Rabbiya berjalan ke arah Raisha lalu memegang perlahan bahu cucunya.
Puan Rabbiya bertutur, lembut. "Raisha, untuk hidup di dunia ini, Raisha kena pertahankan diri sendiri. Walaupun dengan cara memfitnah pun, itu kira pertahankan diri juga."
Raisha yang masih kecil itu hanya mengangguk sahaja. Dia tidak berapa faham sebenarnya dengan kata - kata Puan Rabbiya.
"Tapi... Raisha jangan beritahu sesiapa kalau Raisha sayangkan tok mummy."
"Baik tok mummy."
Beberapa minggu kemudian, encik Raiz dapat membuka gerainya semula di pasar malam selepas namanya dibersihkan oleh Tan Sri Aryan sendiri. Sebenarnya dadah itu bukan milik encik Raiz, tetapi kepunyaan kepada salah seorang pelanggan encik Raiz.
Puan Rabbiya hanya mampu tersenyum kelat mendengar berita itu.
Ianya tidak mengapa untuk membenci seseorang. Tetapi bagaimana layanan kita kepada mereka. Adakah kita akan melayan mereka dengan buruk atau dengan baik? Mencarut ataupun bercakap buruk tentang mereka?
Melayan mereka dengan baik, bukan bermaksud kita ini berkelakuan palsu. Tetapi bermakna kita cukup matang untuk mengawal kebencian kita.
Jangan hancurkan kebahagiaan orang lain hanya kerana kita tak dapat jumpa kebahagiaan kita. Kita tidak akan belajar apa - apa dalam kehidupan jika kita selalu fikir, kita seorang sahaja yang benar.
Akhir kata, kalau Aryan tiada nanti, Aryan harap mummy akan jaga isteri, Raisha dan cucu mummy yang bakal lahir dengan baik. Aryan sayang sangat mummy.
Daripada, anakmu.
Menggeletar lutut Puan Rabbiya sebaik sahaja selesai membaca seluruh isi kata surat itu. Beberapa ketika kemudian, Puan Rabbiya jatuh melutut.
Musuh syarikat... patutlah beberapa tahun dahulu, syarikat yang mempunyai persaingan sengit dengan anaknya, ditahan kerana membuat rasuah. Ya Tuhan...
Puan Rabbiya menunduk, dia langsung tidak berani memandang sesiapa pun. Dia rasa malu. Dia rasa hina atas apa yang dia sudah lakukan kepada keluarga Raiz selama ini. Tanpa ditahan, air matanya terus mengalir.
Raisha segera melutut di sebelah Puan Rabbiya. "Tok mummy."
Mengigil Puan Rabbiya cuba memandang Puan Saffiyah dan Afiq. "Maafkan saya, tolong maafkan saya. Saya minta maaf sangat. Maaf sangat - sangat. Maaf sangat - sangat." Tidak terhenti ucapan maaf daripada bibir wanita tua itu.
"Bangun, Puan Sri. Tak perlu macam ini." Puan Saffiyah berasa bersalah melihat Puan Rabbiya tertunduk begini.
Afiq berkata, lembut. "Tak perlu minta maaf pada kami, minta maaf pada Allah."
"Dosa tok mummy terlalu banyak. Tadi pun tok mummy hina kamu. Masih layakkah untuk bersujud pada Dia?" Bergetar nada suara Puan Rabbiya. Nama panggilannya juga sudah berubah
Puan Saffiyah mengusap bahu Puan Rabbiya. "Syaitan akan berkata yang dosa kita terlalu banyak. Sehingga kita berputus harapan untuk bertaubat kerana menyangka taubat kita tidak diterima."
Afiq menyambung. "Tetapi Allah kata, Dia tetap akan ampunkan kita walaupun dosa kita sudah mencecah langit."
Afiq melutut separas Puan Rabbiya. "Jadi taubatlah dengan sebenar - sebenar taubat."
...
Bunyi mesin denyut jantung itu menyapa gegendang telinga milik Puan Rabbiya. Puan Rabbiya teragak - agak mendekati katil menempatkan encik Raiz yang terbaring koma.
Afiq terlebih dahulu bersuara. "Ayah, ayah masih ingatkan dengan Raisha? Tok mummy sekali? Dia orang datang ini."
Raisha menuturkan kata dengan penuh sebak. "A... ayah." Dia merasa malu untuk menyambung katanya. Tidak layak untuk dia meminta maaf setelah apa yang dia lakukan sebelum ini.
Raisha mengumpul segala kekuatan untuk menyambung bicaranya. "Ayah, Rai... kakak minta maaf." Mata Raisha terpejam rapat, menahan air matanya dari terus mengalir. "Kakak fitnah Afiq, demi kepuasan akak sendiri. Banyak dosa kakak. Kakak tahu kaka..."
Puan Rabbiya menyampuk. "Tok mummy minta maaf. Sangat - sangat. Banyak salah tok mummy kepada kamu. Tok mummy pulaukan kamu, sedangkan keluarga kamu langsung tak bersalah. Kalau kamu tak maafkan tok mummy, tok mummy pun tak akan maafkan diri sendiri."
Puan Saffiyah memegang bahu Puan Rabbiya, cuba memujuknya. "Saya yakin Raiz akan maafkan kau orang berdua."
Puan Rabbiya berpaling ke arah Puan Saffiyah. "Bila Raiz akan sedar dari komanya?"
Puan Rabbiya mengetap bibir. Dia pun tidak tahu bila suaminya akan bangun nanti. Dia tersenyum sambil memgujarkan kata. "Wallahualam. Saya pun tak pasti. Tapi saya percaya... Raiz akan bangun juga satu hari nanti."
"Maaf mengganggu," tegur seorang jururawat di belakang mereka. "Masa melawat sudah tamat."
"Terima kasih, misi. Mari keluar, semua." Puan Saffiyah mengajak mereka bertiga keluar dari wad ICU tersebut.
Teragak - agak Afiq ingin meminta kebenaran, namun dia cuba beranikan diri. "Cik misi?"
"Ya?" Jururawat itu menyahut.
"Boleh saya bercakap dengan ayah saya sekejap?" Afiq meminta kebenaran.
Jururawat itu berdiam sejenak sebelum meneruskan kata. "Boleh, tetapi sekejap sahaja, tau?"
Afiq hanya mengangguk.
"Ibu tunggu di luar, ya?" Puan Saffiyah memberi isyarat mata ke arah pintu keluar. Melihatkan anaknya yang akur, Puan Saffiyah bergerak ke luar wad bersama Puan Rabbiya dan Raisha.
Sebaik sahaja mereka bertiga keluar, Afiq segera melabuhkan punggungnya ke kerusi malas yang disediakan. Afiq berpusing mengadap ayahnya. "Ayah."
"Ayah tahu bukan yang Afiq pernah ada kebimbangan sosial." Afiq tersenyum sendiri. "Afiq sudah keluar, ayah."
"Mesti ayah tidak percayakan tadi? Nenek Raisha dengan Raisha datang jumpa kita. Afiq pun dapat keluar daripada kebimbangan sosial dengan bantuan kawan - kawan Afiq dan juga Allah S.W.T," jelas Afiq dengan panjang lebar.
Tangan encik Raiz digenggam lembut Afiq. "Jadi, ayah... tolonglah bangun. Banyak benda baik yang Afiq mahu tunjuk pada ayah ini."
Sayangnya, hanya bunyi dari mesin berdenyut jantung sahaja yang membalas.
...
Sina Yaya tersenyum puas melihat hasil masakannya terhidang cantik di dalam mangkuk itu. Dia memejam matanya sambil menghidu aroma makanan itu. Sedap betul!
Sebelum dia terlupa, Sina Yaya segera mengeluarkan telefonnya. Gambar hidangan itu diambil sebelum dihantar kepada seseorang.
Tadaaa! Ikan siakap tiga rasa
(Gambar)
Abang Gopal❤️
Waah, macam sedap sahaja. (emoji air liur meleleh) 🤤
Yaya ini, buat abang meleleh air liur sahaja. Tak macho depan adik abang ini.
Eh, macho ke abang selama ni? (emoji berfikir) 🤔
Abang Gopal❤️
Mestilah macho. Orang tersado melebihi kesadoan Rizal dan Afiq. (emoji tangan berotot) 💪
Sina Yaya tertawa kecil. Lawaklah abang Gopal ini.
Ya, abang Gopallah abang tersado di dunia.
Abang Gopal❤️
Tahu pun.
Abang Gopal, nak ke Yaya buatkan bekal untuk waktu rehat abang esok?
Abang Gopal❤️
Eh susah-susah saja Yaya ini. Tetapi kalau Yaya nak masakkan... hehehe boleh sahaja.
Eh, ingat free ke?(emoji hembus nafas) 😤
Dengan syarat, abang Gopal kena masak juga untuk Yaya
Abang Gopal❤️
Eh, ingat free ke?
Hahaha gurau sahaja cik adik comel. Demi Yaya, abang Gopal sanggup beraksi di dapur.
Wajah Sina Yaya merona merah. Kau orang, abang Gopal panggil saya, cik adik comel! Mengenangkan ibu bapanya dan abangnya berada di luar, tidak jadi dia ingin melompat keriangan di dapur. Nanti dicop gila pula.
Eee, abang Gopal ini. Suka usik Yaya.
"Yaya." Puan Finna menyeru anaknya yang sibuk bermesej. "Sudah - sudahlah main telefon itu. Angkatlah lauk itu pergi ke dapur."
Sina Yaya menyorokkan telefonnya di sisinya. "Oh, baik mama." Melihat ibunya keluar dari dapur, Sina Yaya mengeluarkan telefonnya. Jarinya mula menekan - nekan papan kekunci.
Sorry, abang Gopal. Yaya nak makan nasi.
Abang Gopal❤️
Okey. Nanti makan jangan sampai tercekik tau!
...
Sina Yaya Cute❤️
Okey. (•̀ᴗ•́)و
Gopal tersengih sendiri. Tidak semena - mena adiknya baru berusia beberapa minggu menangis teresak - esak. Adiknya didodoi di dalam buaian bayi. Gopal sudah tergaru kepala. Aduh, mana ibunya?
"Amma, Samantha!" laung Gopal. Beberapa saat kemudian, ibunya muncul.
Ibunya meluru ke arah Samantha. "Maaf, Gopal. Amma pergi tandas tadi. Terima kasih jagakan Samantha."
"Tak apalah. Adik Gopal juga. Amma mahukan apa - apa ke?" Gopal bertanya sebelum melangkah keluar.
Ibunya menggeleng. "Tak apa. Gopal pergilah masuk tidur."
Gopal hanya menurut. Sambil menuju ke biliknya, telefonnya dibuka kembali. Ada sembilan mesej yang belum dibaca daripada kumpulan 'The Tarzans'! Sembang apa itu, geng?
The Tarzans💪
Rizal Anak Ismail
Macam mana dengan Raisha?
Nafiq
Okey sahaja. Alhamdulillah.
Tadi aku pergi dekat wad ayah aku. Raisha dengan Tok mummy ikut sekali.
Rizal Anak Ismail
Tok mummy? 'Puan Sri' itu dah jadi baik ke?
Nafiq
Hahaha, walaupun susah nak percaya. Tapi ya.
Itulah, ayah aku belum bangun lagi.
Rizal Anak Ismail
Ala, jangan risaulah. Ayah kau akan bangun juga satu hari nanti.
Nafiq
Aku sebenarnya nak beritahu kau orang sesuatu. Esok, aku hendak luahkan perasaan aku kepada Natasha.
Gopal menggosok matanya. Biar betul Afiq ini?
Biar betul kau ini? Sekejap, aku mahu sediakan kamera.
Tipu sahaja. Walhal tengah pulas tombol pintu
Rizal Anak Ismail
Kau pasti ke?
Sebenarnyalah kan, kita orang perasan yang Natasha sukakan kau.
Betul, sejak kebelakangan ini dia selalu pandang - pandang kau.
Banggalah itu, crush suka dia...
Rizal Anak Ismail
Ah, sudah. Kita kena 'bluetick'. Mesti malu sangat dia itu.
Tengah rancang nak kahwin dengan Natashalah itu.
Nafiq
Seronok benar menganjing aku?
Mana adalah. Telefon aku terharu tadi.
Apa benda kau merepek ini? Telefon kau terharu?
Nafiq
Autocorrectlah! Terjatuh
Terkejutlah itu.
Nafiq
Tapi, aku serius. Aku memang akan luahkan perasaan kepada Natasha. ESOK JUGA.
SEMANGAT ABANG KITA. SEMANGAT!
Rizal Anak Ismail
Inilah semangat kita mahukan! Tak apa, esok kitaorang teman kau luahkan perasan pada Natasha.
Afiq mengenyih sendiri. Dia sebenarnya berdebar juga. Nak luahkan rasa macam nak ajak berakad nikah. Ceh.
Tiba - tiba dia menguap. Patutlah. Sudah pukul dua belas tengah malam ini. Nanti lewat pula untuk melihat Natasha esok. Eh? Afiq menaip mesej kepada kedua rakannya.
Okeylah. Bye. Aku nak tidur.
Gopal Shaz Rukan
Amboi, laju sahaja!
Rizal Anak Sulung
Okeylah. Aku pun ngantuk ini. Bye.
XxXxXxXxXxXx
Apa kau orang fikirkan tentang Raisha sekarang? 🤔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top