30 | AL

17 TAHUN YANG LALU...

          BUNYI kipas memenuhi ruang koridor itu. Seorang lelaki yang berada di luar wad kecemasan hanya menongkat dagu, resah. Peluh yang menitik di dahi, usahlah dikatakan. Esakan bayi perempuan di sebelahnya mengejutkan lelaki itu.

   "Dah, dah... Raisha. Raisha. Mummy kuat. Raisha sabar, ya?" Lelaki itu mengendong anak perempuannya. Dia menghinjut - hinjutkan bahunya sambil mendukung anaknya, untuk menenangkan anaknya yang dahagakan susu.

   "Aryan!" Tiba - tiba namanya diseru seseorang. Tan Sri Aryan segera menoleh ke belakang. Oh, kawan dia rupanya!

   "Macam mana dengan Inara?" Puan Saffiyah yang mendukung Afiq bertanya, prihatin. Setelah mendengar kawannya, Puan Sri Inara kemalangan, terus dia dan suaminya bergegas ke hospital.

   Tan Sri Aryan menggeleng, pasrah. Suara Raisha menangis masih lagi kedengaran. Tan Sri Aryan merintih, perlahan. "Anak aku dahagakan susu. Emaknya pula masih berada di dalam. Aku sudah pujuk Raisha, tetapi dia masih belum berhenti menangis."

   Encik Raiz mengeluh. "Betul juga itu. Dia pun baru 5 bulan. Mesti dahagakan susu dari Inara.

   Puan Saffiyah yang mendengar perbualan mereka berdua diam sejenak. Rasanya susunya masih banyak disebabkan dia pernah mengandungkan anak kembar. Namun, seorang lagi, iaitu kembar kepada Afiq meninggal dunia disebabkan lemas dalam kandungan.

   Puan Saffiyah mengetap bibir. Afiq yang masih berusia 3 bulan itu dipandang sekilas. Dia bersuara. "Saya boleh susukan."

...

Jianying Bestie❤️
Disebabkan kemalangan itu, Puan Sri Inara... which is Raisha's mom. Koma 3 bulan. Dalam 3 bulan itu jugalah ibu Afiq susukan Raisha setiap kali dia dahagakan susu.
Dari situlah Raisha menjadi anak susuan ibu bapa Afiq.

   Natasha yang sedang menghirup air Milo di ruang tamu, terangguk - angguk membaca mesej daripada Jianying. Macamlah Jianying nampak dia terangguk - angguk itu.

Oh... tetapi, dari mana kau tahu cerita ini?

Jianying Bestie❤️
Raisha cerita pada aku.
Tetapi, nenek dia bencikan ibu bapa Afiq sebab berkawan dengan anaknya. Yalah, nenek dia kan 'Puan Sri'. Mana 'class' kalau kawan dengan orang biasa yang tidak berpangkat.

Haih... menyedihkan betul pemikiran sebegitu.

Jianying Bestie❤️
Betul itu.

Maaf, kalau balas lambat. Aku tengah minum air ini.

Jianying Bestie❤️
Yalah. (emoji menyampah) 😒
Namun, semuanya berubah disebabkan satu kemalangan.

...

    "Yay! Pergi Melaka! Boleh tengok Hang Tuah!" Raisha bersorak ceria. Dia menaiki kereta dan duduk sebelah Afiq. Siap ditolak lagi Afiq ke pintu. Mentang - mentang dia tua lagi dua bulan.

   Mereka hendak ke  menaiki kereta kepuhyaan ayah Raisha. Naik kereta ada tiga tempat duduk, memang syok betul!

   Afiq memandang skrin telefon Nokianya. Tidak fasal - fasal 'ular'nya terlanggar dinding! Afiq merungut, kuat. "Kakak ini. Orang tengah main game ular pun tak senang. Dahlah gemuk."

   "Afiq... apa ini panggil orang gemuk?" Encik Raiz yang duduk di sebelah pemandu menegur kelancangan mulut anaknya. Baru enam tahun, sudah pandai panggil orang gemuk.

   "Entah. Kalau kakak gemuk, awak pun gemuk. Blek!" Raisha menjelir lidah. Anak patung arnabnya dipeluk lalu dialih pandangannya ke luar. Tengok luar lagi elok.

   "Barang - barang ada tinggal ke?" Puan Saffiyah bertanya, meminta kepastian.

   Puan Sri Inara menutup telefonnya. Dia bersuara ceria. "Sudah! Jom kita ke Melaka!"

   Tan Sri Aryan hanya tersengih sumbing. "Amboi, seronoknya ibu - ibu. Kita yang membawa, dia pula yang seronok lebih. Nanti awak tidur juga dalam kereta." Enjin keretanya dipulas.

   "Suka hati sayalah, abang. Blek!" Lidah Puan Sri Inara dijelir. Ibu dengan anak, sama sahaja.

   Sementara menunggu enjin dipanaskan, Encik Raiz melaung kata. "Anak - anak ayah semua, mari tadah tangan. Baca doa. Mahu gerak ini."

   Raisha dan Afiq segera menadah tangan. Begitu dengan para ibu. Semua yang berada di dalam kereta itu mula menadah tangan untuk membaca doa.

    "Subhaanalladzi, sakh- khorolana, lanaa haadza, wa maa kunnaa lahu, muqriniin, wa innaa ilaa, robbinaaanun-qolibuun."

   "Ya, mummy." Tan Sri Aryan berdecit, perlahan. "Ya, orang keluar dengan Raiz. Orang sudah katakan yang orang pergi bercuti dekat Melaka."

   "Pergi Melaka? Dengan cucu ibu? Aryan..."

   Tan Sri Aryan memutarkan bola matanya. Dia cuba memfokuskan jalan raya sambil membalas panggilan ibunya. "Raisha okey sahaja, mummy. Mummy, janganlah buruk sangka dengan kawan Aryan. Aryan hendak masuk Petronas. Aryan letak dulu, ya?"

   Telefon diletakkan. Tan Sri Aryan kembali fokus ke pemanduannya. Raiz yang perasan wajah tegang kawannya cuba menyapa. "Kenapa? Mak kau marah lagi ke?"

   Tan Sri Aryan mengangguk. "Entahlah dengan mak aku itu. Suka benar kawal hidup aku. Kalau boleh, dia nak aku ikut jari telunjuk dia. Hanya disebabkan mereka ialah keluarga kau, tidak bermaksud mereka boleh menipu, memanipulasi atau tidak menghormati kau."

   "Yeah..." Encik Raiz mengiyakan kata - kata temannya. Tiada suara antara mereka sehingga encik Raiz ternampak lambang Petronas di seberang jalan. "Wey, ada Petronas."

   Kereta mereka bergerak menuju ke Petronas. Encik Raiz mengerutkan dahi apabila Tan Sri Aryan tidak menghentikan keretanya sebaik sahaja masuk ke dalam kawasan Petronas.

   Encik Raiz memalingkan wajahnya ke arah Tan Sri Aryan. "Kenapa kau tak brek..."

   Wajah Tan Sri Aryan menjadi pucat. "Aku tak boleh brek."

   "Raisha?" Puan Saffiyah terkedu melihat anak susuannya, berada betul - betul di hadapan matanya. "Sudah besar kamu sekarang. Kenapa lama tak jenguk, ibu?"

   "Maaf, ibu." Raisha menjawab, perlahan. Dia teragak - agak untuk masuk ke dalam.

   "Assalamualaikum." Afiq memberi salam sebaik sahaja pintu pagar rumahnya dikunci rapat. Dia melangkah masuk lalu duduk di sofa.

   "Kenapa tercegat lagi di situ, kakak? Marilah masuk." Puan Saffiyah menjemput Raisha masuk.

   Raisha terkedu mendengar nama panggilan itu. Kakak... sudah lama gelaran itu tidak menyapa halwa telinganya. Rasa sebak mula menjengah di dalam hati. Perlahan - lahan, dia melangkah masuk ke dalam kemudian duduk di atas sofa bertentangan dengan Afiq.

   "Ibu dah lama hendak berikan perkara ini kepada kamu. Sekejap, ya? Ibu mahu memgambilnya di tingkat atas." Puan Saffiyah meminta diri naik ke atas. Tinggallah Afiq dan Raisha bersendirian di ruang tamu.

   Raisha menjadi kekok rasanya. Bertambah janggal apabila Afiq tidak langsung berbual dengannya, sebaliknya menekan - nekan di atas skrin telefonnya. Sedang dia hanyut dibuai dengan bunyi kipas berpusing, dia terdengar satu suara yang dia langsung tidak ingin mendengarnya.

   "Aku setuju dengan Idzham. Takkan sebab dia laung suara dia, semua orang nak berbaik dengan dia? Entah - entah, dia guna bantuan jin."

   "Sa... sa. Macam orang cacat pula."

   "Kenapa pula? Sebab kau dah buat sesuatu ke dengan Kuzaimie sampai tak mahu tinggalkan dia?"

   Air mata Raisha mula menitik ke tangannya. Esakan dia cuba sorokkan. Rasa bersalah dengan apa yang dia lakukan sebelum ini. Hendak meraung, dia berada di rumah orang. Sebanyak mana usaha dia cuba lawan supaya air mata itu tidak mengalir, mutiara itu tetap jatuh ke pipinya juga.

   "Mulut perlu dijaga. Kadang - kadang kata - kata kejam dari mulut boleh membuatkan hati lebih terluka daripada badan yang terluka." Bicara Afiq mengejutkan Raisha.

   Raisha mengangkat wajahnya. Bergetar dia cuba mengujarkan kata. "A... apa?"

   "Kau tak boleh pergi balik ke masa lampau dan betulkan apa yang kau sudah lakukan pada semua orang yang kau benci. Kau tak boleh betulkan apa yang kau sudah buat kepada aku sampai aku ada kebimbangan sosial." Afiq berhenti sejenak sebelum menyambung semula katanya.

  "Apa yang kau boleh buat adalah belajar daripada kesilapan kau dan jadi lebih baik daripada sebelum ini."

   Raisha mencengkam seluarnya. Esakannya mula kedengaran. "Hiks... aku... tak boleh, Afiq. Suara itu... hiks... selalu ganggu aku. Macam mana kalau... hiks... mereka dekat sekolah nanti, hiks... bencikan aku?"

   "Tetapi... macam mana kalau mereka tek bencikan kau?" Afiq memberi nasihat kepada Raisha. "Positifkan pemikiran kau bukan bermaksud kau kena endahkan suara itu. Positifkan pemikiran kau kena betulkan apa yang suara itu cakap pada kau. Ada dua perbezaan antara dua itu."

   "Kau mesti cukup berani untuk menerima yang kau buat kesalahan. Cukup bijak untuk belajar darinya, dan cukup kuat untuk betulkannya. Sebab tiada siapa dapat betulkan kesalahan kau, melainkan diri kau." Selesai berkata, Afiq terus menghisap gula - gula jenama choki choki di dalam mulutnya. Fuh, sedapnya!

   Tubuh Puan Saffiyah muncul di anak tangga. "Ha? Raisha? Ibu ada jumpa surat daripada ayah kakak."

   "Surat?" Mata Raisha tidak lengkang daripada memandang surat lama di tangan Puan Saffiyah.

   "Ya. Surat ini dari ayah kakak." Puan Saffiyah menghulurkan surat itu kepada Raisha.

   "Daddy..." gumam Raisha. Menggeletar tangannya membuka surat itu. Dibaca bait pertama surat itu. "Kepada, Raisha."

   "Hiks... hiks... hiks..." Terhinjut - hinjut kanak - kanak perempuan itu menangis di hadapan pusara kedua ibu bapanya. Hidungnya merah kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata.

   "Ini semua salah keluarga Raiz." Puan Rabbiya di sebelah Raisha, berkata tegas. "Kematian daddy dan mummy Raisha sebab si keluarga Raiz itu. Tok mummy sudah kata, tidak perlu kawan dengan keluarga Raiz itu. Tengok, bala sudah menimpa mereka."

   Perlahan - lahan budak kecil itu membalas. "Tapi... itu keluarga Raisha juga."

   Puan Rabbiya mencengkam anak kecil itu sehingga terserlah wajah kesakitan di muka Raisha. "Dengar kata tok mummy, Raisha. Sebab merekalah, mummy dengan daddy kamu mati. Ini semua salah keluarga Raiz. Kamu kena ingat itu!"

   Terlepas surat itu dari pegangan Raisha. Tangisan Raisha semakin kuat daripada tadi. Malah, dia sudah meraung kuat dan ditenangkan oleh Puan Saffiyah.

   Afiq meletakkan manisannya di atas meja. Dia mencapai surat yang sudah terjatuh ke bawah itu.

    Kepada, Raisha

Daddy harap, Raisha baca surat ini. Daddy rasa sedap hati untuk pergi ke Melaka, esok. Tetapi memandangkan mummy kamu hendak sangat pergi. Haih, mentang - mentanglah berbadan dua.

   Musuh syarikat daddy berdendam dengan daddy. Bila - bila masa sahaja dia mungkin akan bunuh daddy. Tetapi daddy harap, dia cederakan daddy sahajalah.

   Daddy berharap sangat, anak daddy, Raisha comel akan membesar menjadi anak yang baik. Itu harapan semua ayah kepada anak perempuannya. Daddy harap juga, Raisha jaga maruah Raisha dan tidak terikut - ikutkan sikap membenci tok mummy kamu itu.

    Rasa mengantuk pula. Daddy akhirkan penulisan ini di sinilah. Daddy sayang Raisha.

Daripada,
Encik Aryan yang kacak bergaya.

...

   Awan berarak di langit biru dengan penuh ceria. Burung - burung juga menyanyikan irama mengikut suka hati mereka, namun melodinya tetap mengigaukan. Tetapi, suasana hari ini tidak beberapa sesuai di kawasan perumahan seseorang.

   Hal ini kerana Afiq sedang berada betul - betul di hadapan Puan Rabbiya bersama ibunya dan juga Raisha.

   Puan Rabbiya berpeluk tubuh. Muka yang masam ditayangkan. "Apa keluarga syaitan ini mahu?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top