3 | AL

        BUNYI mesin denyutan jantung berdenyut bergema di wad ICU itu. Afiq menongkat dagu memandang tiub air  yang dicucuk masuk ke dalam tangan kanan Encik Raiz.

   Afiq bercakap sendiri bagi menghilangkan bosan. "Ayah, ayah. Bilalah ayah nak bangun?"  Namun, yang menjadi balasan hanyalah denyutan dari mesin denyutan jantung itu.

   Afiq menyambung katanya lagi. "Ayah nak tahu tak, tadi ada orang baik hati bagi Afiq payung ni. Walaupun Afiq tertengking dia, tapi dia masih lagi nak berbaik dengan Afiq." Satu senyuman terbit pada bibir Afiq. "Dia perempuan pertama yang pernah buat baik pada Afiq."

   Afiq memandang sekeliling buat seketika. Nasib wad ICU ini hanya dipenuhi dengan orang - orang yang terbaring lemah, jadi dia tidaklah terlalu takut sangat. Adalah seorang jururawat di hujung bilik yang memeriksa kondisisi para pesakit.

   Afiq berpaling semula ke arah ayahnya. "Tapi... Afiq ada rasa sesuatu yang pelik bila dia pergi. Rasa seperti... rindu. Rasa angau terbayangkan dia. Hahahaha. Rasa pelik pula."

   Afiq kemudiannya mengeluh perlahan. Dia berbisik, sangat perlahan. "Takkan ini rasa cinta pula?"

   Luahan Afiq terhenti apabila Puan Saffiyah melangkah menghampiri Afiq dan suaminya yang masih lagi memejam mata, erat. Puan Saffiyah menjinjit sebuah beg plastik mengandungi pakaian sekolah Afiq.

   "Hey, Afiq. Tak tidur lagi?" Puan Saffiyah melabuhkan punggungnya di atas kerusi malas plastik bersebelahan Afiq.

   Afiq menggeleng, perlahan. Satu senyuman dipamerkan kepada Puan Saffiyah. "Tak. Nak borak - borak dengan ayah."

   Puan Saffiyah dihurung rasa sebak tiba - tiba. Anak lelakinya itu terlalu muda untuk merasakan semua kesakitan ini. Sudahlah anaknya pernah difitnah malah diserang penyakit kebimbangan sosial pula. Mata Puan Saffiyah merah kerana menahan tangis.

   "Tidurlah. Nanti esok, boleh tukar pakaian untuk pergi ke sekolah." Puan Saffiyah meletakkan beg plastik di atas almari ubat sambil tersenyum memandang anaknya.

   Afiq hanya akur. Dia merebahkan diri di atas kerusi plastik itu. Sebelum dia masuk ke alam mimpi, dia mengucapkan kata pada ibunya. "Selamat malam, ibu."

   "Selamat malam, Afiq." Melihatkan anaknya sudah memejamkan mata, Puan Saffiyah mengalihkan pandangannya ke arah Encik Raiz. "Selamat malam, abang. Assalamualaikum."

...

   Seperti biasa, Rizal dan Gopal menunggu Afiq di pagar utama sekolah seawal 6:30 pagi. Contohilah mereka kerana sanggup bangun awal pagi semata - mata nak tunggu kawan mereka. Bravo!

   Kalau Afiq dari hospital, ibunya akan menghantar dia menggunakan kereta ke sekolah manakala kalau Afiq dari rumah, Afiq akan naik kasut sendiri yang akan mengambil masa 10 minit.

  "Osom!" Gopal tersengih kemenangan apabila Rizal melapangkan tangannya. Hahaha, burung lawan dengan air. Mestilah burung menang!

   Rizal mengeluh, resah. Dengan pasrah, dia menghulurkan belakang tangannya ke arah Gopal.

   Belum sempat Gopal ingin menampar tangan kawannya dengan sepenuh tenaga, Rizal menangkap kelibat seseorang keluar dengan kereta.

  "Eh, Afiq!" Demi mengelak tangannya ditampar, Rizal terus berlari riang menuju ke arah Afiq yang terpinga - pinga.

   Gopal di atas bangku pengawal itu hanya memandang toya ke arah mereka. Tak guna betul. Tampar tangan aku, boleh pula. Bila nak tampar tangan dia, si Rizal itu pergi lari selamatkan diri pula.

   Afiq mengangkat kepalanya sekilas. Rasa pelik pula dengan Rizal hari ini. Tiba - tiba lari ke arahnya seperti dirinya idola Twice.

   "Tak ada apa - apa. Hahahaha." Rizal tergelak kekok. "Ha, jomlah masuk kelas."

   Tanpa rasa bersalah, Rizal melalui bangku pondok pengawal itu dengan sengihan melebar pada wajahnya. Gopal berhenti merenung toya ke arah Rizal lalu segera menghampiri mereka berdua.

    Gopal merangkul leher Afiq untuk beberapa saat. Sambil berjalan, Gopal memulakan perbualan. "Hey, kau pergi sekolah guna kereta, kan? Macam mana dengan bapa kau?"

   Rizal yang membetulkan tali begnya turut menyampuk. "Ha'ahlah. Dah lama bapa kau duduk baring atas katil. Ada perkembangan ke?"

   Afiq menunduk. Perlahan - lahan dia menggeleng membuatkan Rizal dan Gopal memandang sesama sendiri.

   Gopal menepuk belakang Afiq, cuba menyalurkan kekuatan. "Ala, nanti bapa kau akan okay. Kan dia masih bernafas?"

   "Kalau dia berhenti bernafas, macam mana?" soal Afiq tanpa suara. Dia mula memikirkan macam - macam kemungkinan yang bakal terjadi ke atas Encik Raiz.

   Gopal yang tidak dapat membaca gerak bibir Afiq memandang Rizal sebagai jawapan kepada segalanya. Melihatkan Rizal beriak panik membuatkan Gopal merasakan dia sudah tersalah cakap.

   "Errr... err..." Berpeluh Gopal memikirkan apa yang harus dia ujarkan.

   Rizal menepuk dahi dengan mata terpejam tanpa pengetahuan Afiq. Rizal perlahan - lahan memegang bahu Afiq. "Setiap penyakit boleh sembuh kecuali mati. Jadi, jangan risaulah. Yang penting, kau kena belajar nak banggakan bapa dengan ibu kau."

   Afiq mengangkat wajah perlahan - lahan. Dia mengangguk dengan satu senyuman senang di wajahnya. Melihat senyuman itu, Gopal dan Rizal mengurut dada masing - masing.

   Masuk sahaja ke dalam kelas, kedengaran suara heboh dari meja belakang. Buat pasar tani atau apa. Tetapi, tidak bau ikan mentah pun.

   "Apa benda yang kecoh - kecoh itu?" Rizal bertanya curiga setelah meletakkan beg di sisi mejanya. Dia malas mahu ikut serta tempat kumpulan itu berkumpul. Nanti - nantilah marah. Baik susun dahulu buku di atas meja.

   Naik bulu roma Afiq memandang ke arah kumpulan itu. Serta - merta mindanya terimbau pada peristiwa 5 tahun yang lalu. Gambar - gambar edit antara dia dan Raisha menjengah mindanya. Segera dia menggeleng laju bagi menghilangkan mimpi - mimpi buruk itu.

   "Tak boleh ke?" Soalan Gopal itu menyentakkan Afiq dari lamunannya.

   Afiq memandang, hairan. Dia bertanya dengan nada tidak jelas. "Tak boleh... apa?"

   Rizal menjelaskan bagi pihak Gopal. "Oh, tadi Gopal nak tengok apa yang kecoh dekat belakang itu. Kau tiba - tiba gelengkan kepala..."

   Gopal menyampuk. "Macam orang sawan." Serta - merta dia mendapat jelingan mata dari Rizal. Dia terus bersiul - siul sambil memandang ke arah papan putih.

   "Ha, pergilah. Tadi sakit tengkuk tadi. Tu aku goyang kepala," bisik Afiq sambil berpura - pura mengurut tengkuknya.

   Gopal dengan bersemangat menuju ke arah kumpulan yang berkerumuni di meja Natasha. Suaranya lantang bertanya. "Wey, wey, wey. Apa hal ni?"

   Amir membetulkan kaca matanya yang hampir terjatuh. "Oh, Natasha terima surat cinta. Ada surat minta couple lagi."

   Gopal mengherotkan bibirnya. "Hek ek leh. Aku ingatkan ada hari jadi seseorang hari ini. Rupanya benda cinta - cintun ni." Dengan penuh rasa kecewa, Gopal kembali ke meja rakan - rakannya. Hancur harapan dia nak makan kek.

   "Kenapa?" tanya Rizal, ingin tahu.

   "Natasha tu." Gopal menjuih mulut ke arah Natasha. "Dia ada terima banyak surat cinta. Cis, aku ingatkan ada makanan tadi!"

   Afiq mendengar nama Natasha tersebut menjadi tertarik dengan perbualan dua orang rakannya. Dia mencelah dengan nada perlahan. "Surat cinta?"

   "Ha'ah." Gopal mengeluarkan lolipop dari poketnya. Uuu, tidak sabar mahu makan.

   Rizal menggeleng, terhibur dengan rakan - rakan sekelasnya. "Haih... famous juga Natasha tu! Baru first day sekolah sahaja dah ramai peminat. Aku ni? Haih..."

   Afiq membuat muka menyampah. Hek ek leh. Sembang saja lebih. Setiap hari, pada waktu rehat, mesti ada ramai adik - adik junior perempuan datang mendekati meja mereka semata - mata hendak berjumpa Rizal.

  "Lambat pula cikgu masuk hari..." Bicara Gopal dipotong dengan ucapan salam seseorang.

   "Assalamualaikum." Seorang lelaki berambut sedikit jambul ke hadapan memberi salam sekali lagi. Afiq menggigit bibir apabila perasan mata lelaki itu tidak lepas memandang Natasha.

   "Saya Kuzaimie. Maaf mengganggu. Tak ada cikgu kan? Saya nak jumpa Natasha boleh tak?" Bunyi siulan nakal sebaik sahaja Kuzaimie selesai berkata. Yalah, Kuzaimie ini budak popular di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nizur. Bila jumpa budak cantik masa cikgu tiada, mesti ada udang di sebalik batu!

   Sebagai ketua kelas, Rizal memberi kebenaran. "Ha, jumpalah."

   Raisha menyiku Natasha. Natasha menggeserkan kakinya, merasa gedik sedikit bila budak 'hot' kata nak jumpa. Natasha berjalan keluar menghampiri Kuzaimie.

   "Agak - agak kenapa Kuzaimie tu nak cakap dengan Natasha?" Afiq mula rasa curiga. Tanpa sedar, dia telah bercakap dengan nada seperti orang biasa bercakap.

   Gopal yang sibuk menghisap lolipop itu mengangkat bahu. "Entahlah. Mana aku ta..." Gopal memalingkan wajahnya ke arah Afiq, terkejut. Sama juga dengan Rizal.

   Rizal bertanya. "Eh, yang cakap nada biasa tadi... kau ke?"

   Afiq mengangguk tetapi matanya masih tidak lengkang daripada memerhati Kuzaimie dan Natasha di luar. Entah apa yang dibualkan.

   Natasha kemudiannya melangkah masuk dengan riak ragu - ragu. Kuzaimie mengekori jejak langkah Natasha dari belakang. Ketiga - tiga sahabat memandang, hairan. Drama apakah ini? Nasib cikgu belum masuk.

   "What's wrong, Natasha?" Raisha bersuara, ingin tahu.

   "Aku nak melamar Natasha jadi girlfriend aku." Kuzaimie berkata dengan nada serius.

  "Oh my gosh!" Raisha, menekup mulut. Sempat dipandang riak wajah Afiq yang seolah - olah ingin tahu apa jawapan Natasha. Raisha sempat tersenyum sinis. "Terima, Natasha!"

   "Ya, wey. Terima je," desak salah seorang kawan Natasha, Jianying.

   Mendengar sorakan dari kawan - kawan barunya, Natasha tergelak kecil. Mereka... kawan - kawannya, bukan? Walaupun dia tak menyukai Kuzaimie, tidak salah kalau ikut apa yang mereka cadangkan.

   Natasha berpaling ke arah Kuzaimie. "Saya nak jadi girlfriend awak." Bunyi siulan dan sorakan bergema di kelas 5 Cendekia.

   Ketika itu, Afiq tergamam tidak terkata. Senyuman Kuzaimie seolah - olah menyakitkan hati dia. Rizal menyedari hal itu, mengusap bahu rakannya. "Wey, kenapa ni?"

   Afiq menggeleng laju lalu berpusing menghadap ke hadapan.

   Melihatkan keadaan itu, Raisha tersenyum sinis. Padan muka kau, Afiq. Memang padan dengan nasib hidup kau.

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top