29 | AL

          "JADI, kau suka Afiq, bukan?" tanya Jianying. Dia menoleh ke arah wajah Natasha yang merona merah.

   Natasha menarik mukanya. "Kau ini... dari masa cikgu Roziah lagi, kau tanya benda ini. Ya, a... aku suka dekat dia. Kenapa?"

   Jianying menguntum senyuman mengusik. Sementara berjalan ke pintu pagar sekolah, bolehlah dia korek rahsia Natasha. "Uuu, kau suka Afiq... sebab apa, en?"

   Natasha ketap bibirnya. Perlahan - lahan, dia mengatakan sebabnya. "Dia... baik."

   Jianying menjongketkan keningnya. "Baik? Itu saja? Hensem?"

   "Ya, memang dia hensem. Itu sebabnya juga, hehehe." Natasha tersengih sendiri. Dia meneruskan ayatnya. "Tapi dia tak fake. Lepas dia keluar dari kebimbangan sosial dia itu, aku boleh nampak diri sebenar dia. Dan ianya mendorong aku untuk jadi diri sendiri juga. Senang cerita, aku suka dia sebab Afiq ialah Afiq."

   Natasha berpaling ke arah Jianying selesai sahaja berbicara. Hampir terhambur tawa Natasha melihat kelakuan Jianying. Yalah, mata Jianying berkaca dan mulutnya ditutup oleh tangan sendiri. Haih, terharu sangat ini!

  Jianying mengelap air matanya yang sedikit tumpah. "Sweetnya kau, Natasha! Sama macam Afiq. Aku memang ship kau dengan Afiq. Apa nama gabungan kau orang, en? Afsha? Nafiq?"

   Natasha mengusap dagunya yang licin itu. "Nafiq pun sedap juga. Eee, rasa malu pula!" Bahu Jianying tiba - tiba ditepuk olehnya. Haih, redha sahajalah Jianying dengan perangai kawan kau ini.

   "Sekejap, en. Aku nak pergi tandas. Teman aku," ajak Jianying. Masuk sahaja ke dalam tandas, Jianying menyambung ayat yang tergelanda tadi. "Apa kata... kau luah dekat dia?"

   Natasha yang membetulkan tudungnya, memandang Jianying, hairan. "Luah? Luah apa?"

   "Ala, luah perasaan kau pada dialah," kata Jianying sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.

   Wajah Natasha terasa berbahang. Dia membuat tanda pangkah berkali - kali. "Tak... tak naklah! Kalau dia 'friendzoned'kan aku, macam - mana?"

   "Yakinlah cakap aku, tak punya." Jianying membasuh tangannya. Hendak keluar tandas, kena basuh tangan, tau! "Aku akan pastikan kau akan luah yang kau suka dia dekat Afiq, esok."

   "Jianying..." Natasha sudah mula merengek. Dia mengejar jejak langkah Jianying yang sudah meninggalkan tandas.

   "Ala, Natasha. Yakinlah. Aku teman." Jianying memberi jaminan dengan mengangkat tangan laksana murid berikrar.

   Natasha mengeluh. "Haih... yalah."

   "Ala, aku yakin Afiq suka dekat kau. Selalu pandang - pandang kau, mestilah..." Sedang larit bercakap, Jianying tidak perasan dia terlanggar seseorang. Cepat - cepat Jianying memohon maaf. "Maaf, maaf terlanggar awak. Awak okey... Idayu?"

   Wajah Idayu menjadi pucat. Dia menoleh ke arah dua rakan karib itu. "Aku takutlah..."

   "Takut? Kenapa? Ada hantu kak Limah kejar kau ke?" seloroh Natasha.

   Idayu bangun dengan bantuan Jianying. Idayu menggeleng. "Tadi, aku nampak Raisha. Ada benda yang menakutkan yang aku nampak dekat dia."

   Natasha dan Jianying setia menanti bicara Idayu. Lama Idayu tidak membalas, barulah Natasha bersuara. "Menakutkan? Janganlah cerita separuh - separuh, wey. Cerita semua."

   "Sabarlah. Aku penat ini. Baru lepas lari. Fuuh, kus semangat." Idayu menstabilkan pernafasannya sebelum memulakan kembali bicaranya. "Aku baru pulang dari bilik guru. Masa aku nak pergi dekat kau orang, aku nampak Raisha tanam sesuatu di belakang blok bilik guru."

   "Benda itu berbungkus di dalam plastik hitam. Saiz dia macam pisau. Dia nampak aku, aku pun larilah! Tidak mungkinlah aku hendak ajak dia berborak di kedai mamak pula."

   Natasha mula merasa tidak sedap hati, namun dia cuba bersangka baik. "Dia tanam surat untuk diri dia masa akan datang, ke? Lepas itu, masa dia ikut 20 tahun, dia akan datang balik. Manalah tahu, bukan?"

   Idayu menayangkan wajah menoya. "Plot cerita mana yang engkau ambil ini?"

   "Maaf, aku pun tak faham apa yang aku merepek."

   Jianying cuba menyedapkan hati mereka bertiga. "Kau salah nampak, kot... tak apalah. Jom balik. Nanti van aku sampai lambat pula."

   Natasha menurut. "Ha, yalah. Nanti kakak aku marah aku pula."

   Jianying mengetap bibir. Dalam hatinya, dia berbisik. 'Apa yang kau nak buat, Raisha?'

...

   Keesokan harinya, Natasha meneruskan rancangan 'Meluahkan Perasaan Kepada Crush (Afiq)' yang dilolah Jianying. Rancangan pertama, mereka hendak meluah di awal pagi tetapi memandangkan Natasha tidak mahu meluah di hadapan orang ramai, terpaksalah ditukar kepada rancangan lain.

   Ya, rancangan lain. Meluah perasaan pada Afiq pada masa rehat.

   "Dia orang selalu lepak dekat mana?" tanya Jianying lalu menggigit sedikit roti.

   "Belakang blok bangunan inilah." Natasha menunjukkan ke lorong menuju ke pondok tempat Afiq dan rakan - rakannya selalu rehat.

   "Ah..." Natasha memegang pipinya yang terasa berbahang. "Malulah."

   "Ala, Natasha.... sekejap, en?" Jianying mengunyah sisa roti yang melekat pada giginya. Setelah menelannya, baru Jianying sambung memujuk Natasha. "Tak apa, aku teman."

   "Tetapi..." Natasha yang hampir ke bangunan sekolah belakang, teragak - agak untuk melangkah. Haih... rasa mahu menyorok dalam selimut sahaja!

   "Pergi!" Jianying menolak kuat, Natasha keluar daripada sebalik lorong. Dasar kawan baik.

   Natasha terpaku melihat Afiq sedang makan bersama Rizal dan Gopal. Dia mula berasa gelabah apabila Gopal menyedari kehadirannya. Gopal mencuit Afiq untuk memberitahu kedatangannya.

   "Eh, Natasha? Kenapa kau datang?" Afiq menjenguk kepalanya sedikit ke hadapan. Rasa berbunga pula hati bila buah hati datang menyinggah.

   Natasha cuba menyusun bicaranya. "Afiq, sebenarnya saya..."

   Natasha cuba menebalkan mukanya untuk berkata. "Saya sebenarnya nak ucapkan yang saya... saya nak ucap tahniah sebab berjaya keluar dari kebimbangan sosial awak."

   Jianying yang mendengar, menepuk dahi. Apa benda kawan aku merepek ini? Natasha pula terasa ingin menghantukkan kepalanya ke dinding! Mulut... kenapa khianati tuanmu?

  "Itu saja?" Pertanyaan Gopal mendapat sikuan daripada Afiq. Gopal mengaduh, perlahan. Huhuhu, aku tanya sahaja.

   "Oh. Terima kasih." Afiq tersenyum mengucapkannya, membuatkan jantung Natasha semakin berdebar.

   "Oh, sama - sama. It... itu sahajalah. S... saya pergi dulu. Bye!" Natasha terus membuka langkah seribu seperti dikejar anjing. Nasib tidak termasuk longkang, kalau tidak... buat malu sahaja.

   "Haaa... Jianying," rengek Natasha. Dia mengetuk mulutnya sambil kakinya diatur ke dewan.

   Jianying menepuk bahu temannya. Dia sebenarnya mahu tergelak tetapi ditahan sahaja. "Tak apa, kita cuba masa waktu koko pula."

...

   Seperti biasa, pada petang Rabu, mesti diadakan aktiviti kokurikulum. Ada yang balik rumah sekejap dan tidak pergi ke sekolah kembali serta ada juga yang tinggal di sekolah.

   Disebabkan Natasha datang bulan, mereka makan terlebih dahulu sebelum melaksanakan misi 'Meluahkan Perasaan Kepada Crush (Afiq)'. Bila dia datang bulan, Natasha merasa amat lega. Itu bermakna dia tidak mengandungkan anak Qayyum.

   "Tengok, tu Afiq." Jianying menunjukkan ke arah Afiq yang melepak di dalam dewan bersama dua orang kawannya.

   Jianying menyiku Natasha. "Jom. Aku teman kau kali ini. Nanti alasan apa entah yang kau merapukan kalau aku tidak teman kau."

   Natasha menarik muka masam. "Mana ada merapu. Aku gelabah sahaja."

   Natasha dan Jianying bergerak menuju ke arah Afiq. Tiba sahaja di belakang Afiq, Natasha memanggil Afiq. "Afiq."

   Afiq berpaling ke belakang. "Hmm? Eh, Natasha! Eh, ya?"

    "Erm..." Natasha menggosok lantai menggunakan kakinya. Kaki! Duduk diam, kaki! "Saya nak cakap dengan awak sekejap... tetapi boleh ke kita cakap depan lain?"

   Afiq memandang hairan namun dia akur sahaja. "Hrm, boleh saja."

   Melihat Afiq mendekati Jianying dan Natasha membuatkan Gopal dan Rizal tersenyum miang antara mereka berdua. Gopal membuat andaian sendiri. "Entah - entah, si Natasha untuk hendak confess dekat Afiq."

   "Hahaha, nampak sangat muka merah dia itu. Boleh dibaca betul. Sekejap..." Rizal mengecilkan matanya. Dia tergamam apabila dapat mengenal pasti objek itu. "Gopal, Gopal."

   "Kenapa?" soal Gopal, hairan dengan tingkah laku Rizal.

   "Itu Raisha, bukan? Kenapa dia macam pegang pisau?"

   Afiq menggosok belakang tengkuknya. Kekok sebenarnya. "Kenapa, Natasha?"

   Jauh sedikit daripada dua penganggu itu (Rizal dan Gopal), barulah Natasha berani meluahkan perasaannya. "Afiq, saya... saya sebenarnya su..."

   "Ktang!" Bunyi pisau dibaling ke arah mereka. Pecah tingkap dibuatnya! Satu dewan senyap-sunyi mendengar bunyi itu. Yang paling membuatkan semua orang terperanjat ialah si pembaling.

   "Raisha." Natasha berbisik, perlahan.

   Mata Raisha bersinar dendam. Dia mengeluarkan pisau dari poket seluar pandu puterinya lalu dihalakan pisau itu ke arah Afiq. Seperti dirasuk lembu, Raisha meluru ke arah Afiq depan pisau di tangan.

   Nasib baik bagi Afiq kerana dia sempat menepis pisau di tangan Raisha menggunakan kaki. Raisha terkedu melihat pisaunya yang sudah dilempar jauh namun dia mengukirkan senyuman sinis.

   Melihat kekecohan itu, Rizal mengajak Gopal. "Gopal, jom bagitahu cikgu." Rizal dan Gopal terus keluar dari dewan menuju ke bilik guru.

   "Aku akan bunuh kau, Afiq!" Nada suara Raisha berubah menjadi seorang psiko.

   Raisha mengeluarkan pisaunya lagi satu dari poketnya. Dia cuba menikam leher Afiq. Afiq sempat memegang tangannya lalu mengunci pergerakannya dari belakang. Pisau di tangannya dirampas oleh Afiq dan dilemparkan jauh darinya.

   "Kau sudah kenapa, Raisha? Meronta tidak tentu fasal!" herdik Afiq. Dia cuba untuk memeluk hadapan Raisha bagi mengelakkan Raisha hilang kawalan.

   "Argh! Jangan cakap macam kau faham apa yang aku rasa!" Raisha menyepak kemaluan Afiq dari belakang. Afiq apa lagi? Terus senaklah lelaki itu!

   Raisha berlari mendapatkan pisaunya yang kemudian kembali ke arah Afiq. Memandang Afiq yang sedang menahan kesakitan, membuka jalan untuknya. Enam orang pelajar di dalam dewan membulatkan mata mereka. Tidak mungkinlah Raisha ingin membunuh Afiq?

   "Jangan, Raisha!" Natasha memeluk Raisha dari belakang, menahan perbuatan Raisha untuk membunuh Afiq. Raisha mula meronta kerana rimas.

   Raisha menjerkah Natasha. "Woi, perempuan! Lepaskan aku! Biar aku bunuh Afiq ini!" Kerana tidak berfikir dahulu, Raisha meronta lebih kuat lagi sehingga tidak menyedari telah meninggalkan segaris luka kepada lengan Natasha.

   "Aduh!" Natasha melepaskan Raisha. Terketar - ketar tangannya menyentuh lengan kirinya. Bajunya mula dibasahi dengan darah. Natasha mula menangis kerana terasa perit.

   "Natasha!" Jianying segera mendapatkan Natasha.

   "Cikgu, itu dia!" Gopal menuding jari ke arah Raisha. Dia tiba kembali bersama Rizal dan cikgu Aqilah.

   Raisha mula rasa bersalah. "Natasha... aku..."

   "Kau raksasa!" laung Jianying dengan esakan.

   Raisha melihat sekeliling. Apa aku sudah buat? Apa yang kawal aku tadi? Kenapa aku ikutkan 'dia' sangat? Dia sudah terduduk. Paling pedih apabila salah seorang di dalam dewan itu memerli ke arahnya.

   "Pura - pura insaflah itu."

   Suara mindanya mula menyalahkan dirinya.

   "Semua ini salah kau, Raisha. Kau cederakan kawan kau sendiri. Hampir bunuh Afiq. Baguslah. Memang layak kau kahwin dengan iblis!"

   "Kau langsung tak layak ada kawan! Macam tok  mummy kau pernah kata sebelum ini."

   "Semua orang akan benci kau. Kau akan langsung tiada kawan nanti."

   Raisha mula menunduk dan mengeluarkan air mata. Dia meraung sekuat - kuatnya, dengan harapan... suara itu boleh berhenti.

   "Raisha pembunuh! Raisha pembunuh!"

   "Kalau hendak dibandingkan Raisha dengan binatang, Raisha lebih layak jadi binatang. Kenapa emak dia tidak gugurkan dia sahaja waktu kecil? Bila besar, menyusahkan orang!"

   "Sudahlah, Raisha bodoh. Baik kau mati sahaja!"

   "Dah... dah..." Afiq menepuk bahu Raisha berkali - kali, cuba menenangkannya.

   Raisha menahan sebak. Dia segera mendakap tubuh Afiq lalu menghamburkan segala tangisan itu. Afiq menggosok belakang tubuh Raisha. Dia tahu Raisha ada masalah depresi, namun neneknya langsung tidak mempercayainya.

   Natasha menjadi tertanya melihat situasi itu. Bukankah Afiq dan Raisha bukan mahram? Kenapa berpelukan? Rasa cemburu menyaingi rasa sakit di lengannya.

   Jianying membalut lengan Natasha bagi menghentikan pendarahan. Dia bertanya kepada Natasha. "Natasha? Sakit lagi ke tak?"

   Soalan Jianying berbalas dengan soalan. "Kenapa Raisha peluk Natasha? Bukan mahram ke?"

   "Kau tak tahu ke?" tanya Gopal. Dia berhenti sejenak setelah mengingati sesuatu. "Oh, lupa. Kau kan baru masuk sekolah bulan lepas. Manalah kau tahu."

   Rizal menghela nafas, berat. "Raisha itu... adik beradik susuan Afiq."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top