27 | AL
KERTAS kecil itu dibelek. Dahi Gopal dikerutkan. Daun sup? Apa benda amma dia cuba sampaikan itu. Haih, macamlah dia biasa pergi dekat kedai runcit selalu. Lain kali, cetaklah gambar bahan masakan yang jarang didengar. Senanglah mahu membeli ini.
Gopal berpaling ke arah lelaki berbangsa Muslim yang sedang bermain telefonnya. Kaki penjual itu juga tinggi diletakkan di atas meja. Dia mengeluh, berat. Rasa malu pula mahu bertanya.
Gopal bersandar ke di bakul sayuran. Dia menaip.
Rupa daun sup.
Maklumat semua di hujung jari. Berbagai gambar daun sup keluar di permukaan skrin. Oh, begitu rupanya rupa daun sup. Ingatkan sehelai daun yang berbau sup. Hahahaha!
Dia mengambil seikat daun sup dengan niat ingin membawanya ke kaunter. Terlalu larit melihat telefon, sehingga Gopal tidak perasan dia melanggar orang.
"Hei, lain kali tengok depan bila jalan." Satu suara garau menyapanya. Gopal sudah berpeluh. Aduh, tidak mungkin gangster perumahan sebelah kot!
"Ampun, bang. Saya datang sebab nak beli sayur je. Jangan belasah saya, bang. Saya SPM pun tidak lepas lagi." Gopal takut - takut mengangkat wajahnya. Siap berdoa dalam bahasa Tamil lagi!
Gopal menggumam, perlahan. "Kaṭavuḷē, eṉṉaik kāppāṟṟuṅkaḷ. Nāṉ iṉṉum iṟakka virumpavillai... (Tuhan, selamatkan aku. Aku belum mahu mati lagi...)"
"Gopal, woi. Woi. Rilexlah. Akulah." Siao Fang menggerakkan bahu rakannya. Layan dia macam jumpa tauke gangster pula.
"Oh. Nasib baik." Gopal mengurut dada.
Darah Gopal naik ke muka melihat Sina Yaya tersenyum malu - malu di belakang Siao Fang. Aduhai, pujaan hatilah! Malunya! Kalau dia tahu... dia sarung suit hitam sahaja pergi ke kedai selepas ini.
Siao Fang menjenguk ke plastik yang dibawa Gopal. "Apa kau nak beli tu?"
"Daun sup. Adik aku kan baru lahir. Naklah buat bubur untuk mama aku," terang Gopal sambil mengangkat plastik putik berisi daun sup.
Sina Yaya memanggilnya. "Abang Gopal..."
Abang Gopal? Aduh, rasa sedap pula mendengarnya! Mahu menari Hindustan di sebalik pokok sahaja rasanya. Sambil pasang lagu 'Kutch Kutch Hota Hai'.
"Itu bukan daun sup. Tu daun ketumbar."
Impiannya menari drama Tamil bersama Sina Yaya jatuh bagaikan kaca yang berderai. Gopal cuba berlagak biasa. "Ehem. Daun ketumbar? Daun sup macam mana? Tengok sama sahaja dalam Google."
Sina Yaya tertawa kecil. "Hahaha, abang Gopal. Sini Yaya tunjuk."
Siao Fang hanya memerhatikan adiknya membawa Gopal ke ruangan sayur sebelum menilik kertas yang dibawanya. Sebab itulah dia bawa adiknya. Tidaklah rasa malu tersilap beli jenis barang.
"Daun sup, daunnya lebih lebar. Batang dia pun lebih panjang berbanding daun ketumbar." Sina Yaya menunjukkan daun sup di tangannya.
Daun sup dimasukkan ke dalam plastik putih oleh Sina Yaya. "Daun ketumbar tu digunakan untuk buat tomyam. Bau daun ketumbar juga lebih tajam jika hendak dibandingkan dengan daun sup. Daun sup... baunya halus sedikit." Sina Yaya menghulur seplastik daun sup kepada Gopal.
Gopal lambat - lambat mengambil huluran Sina Yaya. Seperti dalam drama Melayu dan drama Tamil, mata Gopal dan Sina Yaya saling bertatapan. Umpama ada aura yang menarik mereka. Siaran Hindustan mereka terhenti apabila kaki Sina Yaya disepak kuat Siao Fang.
Sina Yaya menoleh ke arah abangnya. "Aduh, sakitlah abang!"
"Orang panggil, buat pekak sahaja. Cepatlah. Abang nak tanya mana satu daun keladi ni." Siao Fang menayangkan wajah tidak bersalah. Mesti Sina Yaya selalu kena dera ini.
"Sabarlah." Melihat Siao Fang sedikit menjauh darinya, Sina Yaya meminta sesuatu di luar jangkauan Gopal. "Abang Gopal, sekejap... hehehe. Nak minta nombor telefon abang Gopal, boleh atau tidak?"
...
Natasha menyaut tudung yang diberikan Khadijah. Serentak dengan itu, kedengaran dedaun pintu bergerak menyapa telinganya.
Bebola matanya terpaku ke arah sosok tubuh itu. Afiq?
Afiq malu - malu apabila ramai perempuan memandang ke arahnya. Dia mengangkat bakul yang dibawanya. "Aku bawa coklat."
"Jemputlah masuk." Nadia mempelawa Afiq seperti dia tuan bilik itu pula. Kakinya digesel - geselkan. Gatal benar!
Daripada duduk atas katil, semua budak perempuan duduk bersila di bawah, memberi ruang kepada Afiq untuk duduk bersebelahan Natasha. Memang sopan betul!
Haih, dia orang mungkin terlupa. Penulis inilah yang lebih layak jika mahu digandingkan dengan Afiq. Eh?
Afiq merasa aneh melihat semua memandangnya. Dia mengangkat bakulnya. Manalah tahu, kalau tidak bagi. Bertukar menjadi zombie coklat ke.Teragak - agak dia mempelawa. "Err, naa... nak ke?"
"Err, boleh ke?" Jianying menyoal. Rasa tidak sopan pula main ambil sahaja.
Afiq tidak menjawab sebaliknya dia hanya meletakkan bakul itu di atas lantai sebagai tanda dibenarkan. Kawan - kawan Natasha apa lagi? Teruslah makan. Coklat Cadbury ini. Sedap!
Bibir bawah Natasha kemam. "Kena... terima kasih awak selamatkan saya hari itu."
Afiq terkedu mendengar ucapan terima kasih Natasha. Dia mengangguk sebagai balasan ucapan itu. Dia menyoal Natasha. "Macam mana dengan kau. Okay?"
Natasha menjatuhkan kepalanya perlahan - lahan.
Afiq tidak tahu ingin berkata apa melihatnya. Afiq memberi nasihat kepada Natasha. "Tak apa. Sabar. Ada hikmah di sebalik semua ini."
Natasha merasa marah mendengar nasihat itu. Riak wajahnya berubah kelat. Serta - merta mindanya terimbau peristiwa lalu. Peristiwa di mana dia hilang segalanya.
Natasha terbangun. Dia tergamam melihat dua ahli keluarganya berada di sekelilingnya. Kepalanya berdenyut - denyut. Apa yang sudah terjadi?
"Maafkan ibu sebab tak lindungi kamu, Natasha," rintih Puan Habibah.
"Mak... maksud ibu?" Natasha masih lagi mamai. Dia menjadi tertanya dengan semua ini. Sekejap. Dia sudah ingat. Qayyum. Balasan.
Natasha memandang Hanan dan Puan Habibah silih berganti. Terketar - ketar dia berkata. "Tak... takkanlah."
Hanan memandang Natasha, sayu. "Kamu dirogol, Natasha."
"Kenapa semua orang selalu kata ada hikmah!" Natasha mengamuk tiba - tiba. Dia membaling ke hadapan segala benda di sekelilingnya. "Saya dah hilang segala - galanya! Ada hikmah ke?"
Afiq dan yang lain terkejut melihat perangai Natasha berubah liar. Afiq berdetik di dalam hati. Aku salah cakapkah?
Nampaknya Natasha betul - betul trauma. Khadijah cuba menahan tangan Natasha dari membaling buku sekolahnya, membuatkan Natasha terduduk. Natasha memeluk lutut sebelum kedengaran esakan darinya.
Melihatkan Natasha yang dalam keadaan tidak terurus, Jianying berpaling ke arah Afiq. "Rasanya awak patut ba..."
"Saya sudah hilang segalanya." Natasha meluahkan sambil menangis tersedu - sedan. "Allah bencikan saya ke... sampai Dia uji saya sebegini rupa?"
Sayu Afiq melihat Natasha. Lagi - lagi melihat pujaan hatinya seperti ingin putus harapan. Dia bertutur, perlahan. "Allah tidak pernah bencikan hamba-Nya. Apatah lagi biarkan hamba-Nya jatuh seperti daun yang berguguran."
Natasha mengangkat sedikit wajahnya. Rasa tersentap mendengar kata - kata Afiq tadi.
Afiq meneruskan katanya. "Kalau betullah Allah bencikan kau. Dia takkan bagi kau hidup lagi. Mungkin Qayyum dah bunuh kau. Yalah, tak nak kasi orang tahu apa yang dia dah lakukan."
"Tetapi Allah Maha Penyayang kepada hambanya. Dia masih berikan kau.... ibu bapa yang baik, kawan - kawan yang setia dan aku, untuk selamatkan kau. Kalau Allah benci kau, Dia takkan bagi semua itu pada kau."
Afiq menyuapkan coklat ke dalam mulutnya. Manis pula bila dibiarkan cair di dalam mulut! "Kalau kau rasa kau sudah hilang segala - galanya, ingat pokok hilang daun - daunnya setiap tahun, tetapi pokok - pokok itu tetap berdiri dan tunggu hari yang lebih baik pada masa akan datang."
Bicaranya Afiq sambung. "Kau dibenarkan menangis. Kau dibenarkan menjerit. Tetapi kau tidak dibenarkan bagi trauma itu menghalang untuk kau mara ke hadapan."
"Kau tak boleh pilih, hidup bagaimana yang kau inginkan. Tetapi kau ada dua pilihan. Meratap masa lalu kau atau kau sendiri ambil masa lalu itu sebagai pengajaran dan terus pandang ke hadapan."
Selesai berkata, Afiq merasa bangga dekat dirinya sendiri. Rasa boleh menjadi perdana menteri pula. Tidak pernah dia berkata sepanjang lebar begitu. Malahan, gagapnya juga hilang. Tidak sia - sia dia berlatih cakap depan cermin.
Afiq menoleh ke arah perempuan - perempuan di dalam bilik itu. Rasa kekok pula apabila mata mereka sudah berkaca. Malah, ada yang turut menangis sama macam Natasha.
Afiq sudah menggelabah. "Err... a... aku salah cakap ke? Ja... janganlah macam ini. A... ku tak pandai pujuk perempuan."
"Dulu kita orang ingat awak ini budak nerd, tau. Sebab pendiam sangat." Afiq cuba mengawal riak mukanya mendengar perkataan 'nerd' daripada Nadia. "Tapi tak sangka awak boleh cakap benda terharu macam itu!"
Mengharukan ke? Afiq berasa pelik di dalam hati. Biasa sahaja dia cakap. Cuma agak panjang sedikit.
"Afiq." Natasha perlahan - lahan menyambung. "Terima kasih."
Rasa panas muka Afiq rasakan. Cepat - cepat dia mengangguk. Dia tiba - tiba teringatkan sesuatu. "Oh, terlupa pula. Nah." Sekeping kad dari poketnya dihulurkan kepada Natasha
"Makanlah. Coklat itu untuk kau orang." Afiq bingkas bangun, membuatkan semua peminat... eh... membuatkan semua perempuan di situ tertanya.
"Nak balik dah ke?" Jianying bertanya.
Kepala Afiq anggukkan. "Ha'ah. Aku balik dululah." Afiq terus keluar melalui pintu. Pintu itu ditutup rapat.
Sebaik sahaja Afiq keluar, tiga orang sahabat itu bersorak mengusik ke arah Natasha. "Uuu..."
"Sweetnya Afiq. Rasa mahu kahwin dengan dia pula. Hehehe." Nadia termalu sendiri. Haih, ini kalau Afiq dengar, mahu garu kepala dia.
"Err..." Kata - kata Natasha menjadi berterabur. "Err... en... entahlah."
"Kenapa gagap? Malulah itu." Jianying sengaja menyakat Natasha.
"Eee, ma... mana adalah! Kau... kau orang ini!" Muka Natasha berona merah. Rasa mahu ketuk mulut sendiri. Haih, mulut. Kenapalah engkau tergagap - gagap?
Khadijah naik ke atas katil. "Cuba kau baca. Apa yang Afiq bagi dekat kau itu?" Dia mengerling ke arah kad yang dipegang Natasha.
"Okay." Natasha mula membaca kad itu.
If you feel you're mess.
Please look at the stars.
And realize they are too.
Look at the formless clouds.
And tangling branches of the tree...
They are too.
Listen to the songs of the birds
and crickles,
You'll find no melody in it.
But they continue.
Because sometimes it's the
greatest thing we can do...
Be a mess and continue.
- Jerico Silvers
Semoga jadi semakin kuat! - Afiq (muka senyum) ㋛︎
Natasha menguntumkan senyuman.
XxXxXxXxXxXxXxXxXx
Saya nak kahwin dengan Afiqlah. 😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top