26 | AL

        "SAMINA mina eh eh. Waka waka eh eh." Afiq menyanyi perlahan. Dia baru sahaja balik daripada masjid mengikut jalan jauh. Nasib baik rumah dengan sekolahnya, baru boleh tahan dekat.

   "Samina mina eh eh eh. Waka waka..." Nyanyian umpama 'Fateh' Afiq menyanyi terhenti apabila Afiq terdengar satu suara. Seakan suara garau tergelak.

   Dalam dada Afiq, terasa seram jugalah. Yalah, sebelah  dia bangunan lama kot. Mana tahu 'benda lain' yang gelak ke? Tidak fasal - fasal ada benda lain yang ikut dia balik rumah. Huh, seram...

   Entah kenapa Afiq tergerak hati untuk masuk ke dalam. Bagaikan ada sesuatu yang mendorongnya untuk masuk ke dalam. Sebelum masuk, baca ayat kursi dahulu. Fuh, fuh! Mohon - mohon selamatlah!

   'Suara itu dah makin dekat.' Afiq berdesis di dalam hati. Suara itu datang daripada sebalik dinding ini. Dia bergerak sambil memegang permukaan dinding dan menjenguk ke dalam bilik bangunan itu.

   Berderau darahnya melihat seorang gadis sedang diratah oleh lelaki. Wajah lelaki dan gadis itu langsung dia tidak nampak. Lagi membuatkan dia berdebar, dia nampak darah membasahi lantai.

   Patutlah orang tidak nampak. Ada banyak semak samun menghalang tingkap bangunan itu.

   "Woi, agak - agaklah mahu buat maksiat dekat sini!" Afiq menarik bahu lelaki tersebut. Afiq terundur ke belakang. Qayyum. Dan siapa pula perempuan yang dirogolnya...

   Natasha?

   Afiq merasa marah. Sangat marah. Dia menumbuk Qayyum sekuat hati. "Jahanam!"

   Qayyum tergelak besar melihat riak muka Afiq yang marah.  "Kenapa, bang? Marah? Tak apa, ex- kawanku. Kalau kau mahu cuba dia, cuba jugalah."

   "Kau diamlah!" Afiq menendang perut Qayyum sehingga Qayyum terjatuh ke bawah.

   Qayyum tersentak melihat Afiq marah sebegitu rupa. Belum sempat di bangun, mukanya ditendang kasar oleh Afiq. Urat - urat muncul di tangan Afiq. Semakin benjol nampaknya kepala Qayyum.

   Qayyum masih sedar. Dia berasa egonya dipatahkan oleh lelaki yang dia anggap lemah dahulu. "Kau ingat kau nak tunjuk hebatlah?"

   Qayyum meluru ke arah Afiq. Dia cuba menumbuk muka Afiq namun dia terundur ke belakang apabila Afiq menendang sekali lagi dadanya. Terbatuk - batuk Qayyum dibuatnya. Nampaknya dia hampir terlupa, Afiq bekas badboy di sekolah dahulu!

  "Manusia macam kau, tak layak untuk hidup!" Afiq langsung tidak memberi belas kepada Qayyum. Tangan Qayyum dipijak sehingga berbunyi seakan tulang patah. Meraung Qayyum dibuatnya!

   "Tidurlah, iblis!" Afiq melayangkan penumbuk ya ke arah Qayyum. Qayyum serta - merta terkulai layu di atas simen itu.

   Afiq berpaling ke arah Natasha tetapi dia lantas menutup matanya. Yalah, Natasha tidak menyarungkan walau seurat benang pun! Dia mengambil baju, tudung dan seluar Natasha di penjuru dinding lalu disarungkan kepada Natasha.

   Dia beristighfar di dalam hati. Tidak pernah dia sentuh perempuan bukan mahram di dalam hatinya. Selesai sarung, dia menoleh ke arah Qayyum. Sudahlah dia tiada telefon bimbit! Tidak boleh hubungi talian 999. Tetapi, seingat dia, ada satu kedai terletak selepas bangunan sekolah.

   Natasha dibawanya. Dia membawa Natasha yang kusut masai ke kedai itu dengan sekuat hati. Hampir putus nafasnya kerana lelah. Penjual itu terkejut melihat Natasha di pangkuan Afiq.

   "Afiq, kenapa ini?" Penjual itu kalut menghampiri Afiq. Dia sudah lama kenal Afiq di sini. Lagipun Afiq itu anak kawannya.

   "Budak perempuan ini kena... rogol, kak Cik." Kak Cik mengurut dada sambil beristighfar mendengarnya.

   "Mana iblis yang rogol Natasha tu?" Kak Cik bertanya. Dia hanya melihat Afiq meletakkan Natasha di atas tiga kerusi yang telah disusun.

   "Ada dekat bangunan lama itu. Pengsan." Afiq berpaling ke arah kak Cik. "Kak Cik, pinjam telefon. Nak call polis."

   Kak Cik mengambil telefonnya di atas meja. Dia menghulur cepat - cepat ke arah Afiq. "Nah, nah. Cepat, Afiq!"

   Afiq mendail nombor 999. Kakinya berlari menuju ke bangunan lama itu. Beberapa saat kemudian, talian itu dijawab.

   "Hai, ini talian kecemasan, 999. Ada apa yang kami boleh bantu?"

   Afiq membalas. "Ya, dekat sebelah Sekolah Menengah Seri Nizur. Ada perempuan dirogol. Tetapi perogolnya sudah pengsan."

...

   Raisha menggigit kuku. Tidak sangka Qayyum bertindak seliar itu! Sampai sanggup merogol Natasha tiga hari yang lepas. Sama macam peristiwanya dahulu!

   Qayyum sudah disumbat ke dalam penjara. Disebabkan dia masih lagi bawah umur, hukumannya ditangguhkan sehingga dia berumur 18 tahun. Ah, tidak lama itu! Tahun hadapan, sudah masuk 18 tahun.

   Bagaimana kalau Natasha mengandung? Dia mahu melawat Natasha tetapi dia tidak berani. Pasti ramai merasa dia tidak layak untuk berjumpa dengan Natasha. Malah, Jianying juga sudah menjauhinya.

   Ramai bersimpati atas nasib Natasha. Malah ada juga ingin melawat secara beramai - ramai tetapi ditegah Idayu.  Yalah, Natasha tengah trauma kot!

   "Tetapi ramai pula yang suka Afiq," bebel Raisha, sendirian. Afiq dijulang sebagai wira. Dan perkara itu membuatkan dia tidak puas hati!

   Dia ditinggalkan ramai sahabatnya tetapi Afiq? Ramai pula kawan dia! Ini semua tidak adil! Sepatutnya Afiq bersendirian. Macam dahulu. Ketika Afiq di tingkatan dua dahulu, Afiq langsung tidak mempunyai kawan yang membuatkan dia sangat berpuas hati.

   Namun, semuanya berubah apabila Afiq cuba keluar daripada kebimbangan sosial bodoh itu. Afiq mendapat ramai kawan manakala dia... semua tinggalkan dia!

   Satu suara menyampuk dalam mindanya. "Raisha, best ke duduk dalam dunia penuh membenci ini?"

   Raisha terpempan mendengarnya. Terketar - ketar dia cuba menutup telinganya, tidak mahu mendengar suara itu.

   "Raisha iblis!"

   "Raisha tidak guna! Sanggup buat sahabat sendiri! Khianat sahabat sendiri!"

   "Raisha tidak patut hidup di dunia ini!"

   Raisha merapatkan dirinya ke dinding apabila ternampak kelibat ibu bapanya di hadapannya. Dia menggumam perlahan. "Mummy, daddy."

   Ayah Raisha menggeleng, perlahan. "Daddy kesal dengan kamu, Raisha. Kamu terikut - ikut perangai benci yang datang dari tok mummy kamu!"

   Ibu Raisha menjerkah anaknya. "Sepatutnya mummy tidak lahirkan kamu ke dunia ini!"

   Raisha bergerak ke arah bayangan ibu bapanya. Dia mencium kaki ibunya. "Maafkan Raisha, mummy. Ini semua sal..."

   Ibu Raisha berkata, tegas. "Jangan salahkan Afiq lagi!"

   Raisha terkejut melihat kaki ibu bapanya hilang. Baru dia sedar. Itu hanyalah halusinasinya sahaja. Dia menutup telinganya sambil menangis perlahan untuk mengelakkan neneknya mendengar.

   She maybe is evil. But she's really broken.

...

   Natasha memandang kosong dulang yang dibawa Jianying.

  Jianying berkata ceria. "Natasha, tengok ini! Makanan yang mak kau buat! Ada nasi goreng. Wah, air Milo pun ada! Sedapnya!"

   Natasha menggeleng, perlahan. "Aku kotor, kenapa aku kena makan? Kalau aku mengandung... hiks. Baik aku mati sahaja..."

   Nadia mengusap bahu Natasha. "Janganlah macam ini, Natasha. Kau kena teruskan hidup. Ada hikmah di sebali..."

   Natasha mencelah. Tangisannya meluncur laju. "Aku kotor, Nadia. Mahkota aku dah hilang... apa hikmahnya? Masa depan aku dah hancur. Buat apa aku nak hidup, kalau dah macam ni..."

   Khadijah cuba menguatkan semangat Natasha. "Kau tidak patut putus asa. Semua orang masih ada harapan."

   "Aku banyak dosa, Khadijah. Qayyum rogol..." Bicara Natasha terhenti apabila bahunya disentuh Khadijah.

   Khadijah memujuk. "Allah masih cintakan kau, Natasha. Kalau Allah bencikan kau, dia tak akan hantar orang - orang baik di sekeliling kau. Macam Afiq. Kalau Allah bencikan kau, dia tak akan hantar Afiq untuk tolong kau. Biar kau mati dekat bangunan tu. Qayyum yang bersalah. Jangan pernah rasa diri kau kotor!"

  "Tetapi aku malu. Aku tiada maruah." Natasha melirih, perlahan. "Mereka mesti hina aku."

   "Tetapi kau dirogol Natasha. Bukan kau melerakan semua itu." Jianying menegakkan perkara yang benar.

   "Sabar, Natasha. Jangan putus asa dan jangan berhenti kepada Allah. Kerana DIA tidak pernah mengecewakan," ujar Khadijah. "Kau masih ada harapan."

   "Natasha, pakai tudung!" laung Puan Habibah dari luar bilik.

   Natasha tercengang tetapi dia menurut sahaja. Dia mencuit Khadijah yang berada di hadapan almari. "Khadijah, ambil tudung aku dekat dalam laci."

   Khadijah membuka laci dan menghulur tudung sarung berwarna hitam ke arah Natasha. Natasha segera menyarungkan tudung hitamnya. Serentak dengan itu, pintu biliknya terbuka.

   Natasha tergamam. Afiq?

   Afiq malu - malu apabila ramai perempuan memandang ke arahnya. Dia mengangkat bakul yang dibawanya. "Aku bawa coklat."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top