25 | AL
"KRING!"
Buat semua murid lepasan sekolah rendah mahupun menengah, yang merasa sesuatu dengan bunyi loceng itu. Itulah bunyi loceng kebahagiaan, anak - anak. Bila bunyi sahaja loceng ini, terus ramai pelajar berpusu - pusu keluar kelas untuk balik ke rumah masing - masing. Kurang asam betul. Masa dalam kelas, tidak seperti itu pula.
5:00 petang. Afiq, Rizal dan Gopal balik ke kelas. Tetapi bukan mereka bertiga, Gopal terpaksa balik awal sebelum kelas tambahan mula disebabkan ibunya sudah melahirkan adiknya. Gembiralah itu Gopal. Boleh ponteng kelas tambahan.
"Sekolah pun ada kerja sekolah. Tidak mungkin kelas tambahan pula." Afiq merungut selepas meneguk air dari botolnya. Budak ini... tidak elok minum masa turun tangga! Disebabkan mereka berdua sahaja di koridor tangga itu, Afiq beranilah kata kuat - kuat.
"Itulah." Rizal menggaru belakang tengkuknya yang terasa gatal. "Tetapi, redha sahajalah."
Baru sahaja mereka keluar daripada koridor tangga, mereka berdua disergah oleh satu suara. "Afiq!"
"Ah!" Afiq dan Rizal menjerit terkejut.
Belum sempat Afiq melihat gerangan yang menyergahnya, pipinya ditumbuk dari hadapan. Dia mengelap darah yang keluar daripada mulutnya. Sekejap... Kuzaimie?
Kuzaimie cuba menumbuk Afiq sekali lagi tetapi ditahan Afiq. Rizal menolak Kuzaimie jauh daripada Afiq. Rizal bertanya. "Kau sudah kenapa? Salam tiada, hai pun tiada. Tiba - tiba tumbuk anak orang!"
Kuzaimie tidak menjawab soalan Rizal sebaliknya menyerang Afiq secara membabi buta. Namun, Afiq sempat mengelak ke tepi.
Afiq mengerutkan dahi. "Kau sudah kenapa ni, Kuzaimie?"
"Pengkhianat!" Satu gelaran dihadiahkan Afiq daripada Kuzaimie. Kuzaimie tercengang melihat tumbukannya tidak melekat di muka Afiq. Baru dia sedar, dirinya dihalang oleh Rizal daripada belakang.
"Kau sudah kenapa? Kena rasuk dengan hantu ke?" marah Rizal.
"Ah, ini bukan urusan kau!" Kuzaimie menendang kemaluan Rizal, membuatkan Rizal terduduk senak. Harap - harap tidak mandullah.
Bagaikan mendapat semangat baru, Kuzaimie cuba memerahkan pipi Afiq. Malangnya, dirinya jatuh mencium lantai apabila kepala lututnya disepak Afiq.
"Kau kenapa serang kita orang? Kita orang ada buat salah ke pada kau?" Afiq merasa marah melihat Rizal diperlakukan sebegitu rupa. Harap - harap tidak mati pucuklah. Kesian isteri kawannya nanti.
Seperti dirasuk makhluk halus, Kuzaimie menerkam Afiq ke hadapan. Baru Afiq perasan, terdapat linangan air mata di bawah kelopak mata Kuzaimie. Afiq menyepak tubuh Kuzaimie ke belakang lalu segera mendapatkan Rizal.
"Wey, kau okay tak?" Afiq bertanya soalan bodoh.
"Aduh. Meh aku buat dekat kau. Mari kita sendu sama - sama dekat sini." Rizal bertutur, perlahan. Agak sarkistik. Baik jangan ganggu.
Kuzaimie perlahan - lahan menghampiri Afiq. Satu layangan kaki diterbangkan ke arah Afiq tetapi Afiq sempat memegang kakinya. Afiq menghentakkan kakinya ke bawah, membuatkan dia terjatuh sekali menghempap bumi.
"Kenapa dengan kau ni?" Afiq mendekati Kuzaimie. "Sebab Natasha ke?"
"Kau yang goda Natasha, bukan?" Kuzaimie bertanya, lirih. "Raisha bagitahu aku."
Afiq tergamam seketika. Erm, mahu jawab tidak. Kira menipu namanya. Dia pun ada niat mahu memikat hati Natasha. Tetapi, sekejap... Raisha?
"Kau percaya je cakap si Raisha itu?" Rizal bangun setelah hilang senaknya. "Sedangkan kawan baik dia sendiri pun dia sanggup fitnah, apatah lagi orang luar macam kau."
Afiq mengeluh. "Kalau kau nak nangis, nangis sajalah. Kita orang tak kisah pun."
Mendengar kata Afiq, Kuzaimie terus mengeluarkan air mata tanpa segan silu. Afiq sudah mengusap leher. Menyesal pula aku suruh dia nangis. Rasa kekok mahu pujuk.
Afiq menepuk beberapa kali bahu Kuzaimie. Tidak peluk, ya? Rizal juga turut duduk bersebelahan Kuzaimie sambil menenangkan lelaki itu.
...
Teragak - agak Kuzaimie untuk menjejakkan kaki ke dalam tempat suci itu. Afiq yang sudah berada di dalam, berpaling ke arah Kuzaimie yang masih berdiri seperti patung cendana.
Afiq tergelak. "Apa kau tunggu lagi? Masuk sahajalah dalam masjid ni."
Kuzaimie membuka kasut sekolahnya. Harap - harap balik surau nanti, tidaklah dia pakai kasut kahwin. Dia mengikuti setiap jejak langkah Afiq.
"Apa kau orang buat ini?" Kuzaimie bertanya, ingin tahu.
Afiq menyingsing lengan baju sekolahnya. Nasib tiada orang sangat. "Ambil wuduk. Kan mahu solat asar. Kalau kau tak tahu, kau tengoklah dekat atas tu. Ada panduan dia."
"Nawaitul whudu-a liraf'il hadatsii ashghori fardhon lillahi ta'aalaa"
Ertinya: Saya niat berwudhu untuk menghilangkan hadas kecil fardhu (wajib) kerana Allah Ta'ala
Sejadah dihamparkan ke karpet masjid mengikut susunan imam dan makmum di bahagian makmum masjid. Rizal berdiri di atas sejadah, berada di depan sedikit daripada jarak kaki mereka bertiga.
"Allahuakbar! (Allah Maha Besar)" Lafaz takbir dilaungkan semasa membaca biar di dalam hati. Mulut Rizal terkumat - kamit membaca setiap bacaan di dalam solat itu.
Solat bukan didirikan untuk menunjukkan diri kita alim atau tunjuk baik. Malah, pengemis di tepi jalan juga, ada yang menunaikan sembahyang. Solat dilaksanakan sebab kita ini hamba. Mendirikan solat juga memberi makna kita berusaha untuk menjadi mukmin yang berpegang kepada amanah dan menepati janji kepada Allah SWT. Mengejar syurga Allah.
Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.
Pada sujud terakhir solat Asar itu, Afiq berdoa di dalam hati. 'Ya Allah, ya Tuhanku. Terima kasih kerana memberikan ujian kepadaku pada masa laluku. Kalau bukan disebabkan ujianmu, aku tidak akan menjadi sekuat ini. Kalau bukan disebabkan ujianmu, aku tidak akan beroleh sahabat yang baik seperti Rizal dan Gopal.'
'Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunkan dosa aku serta dosa orang - orang yang aku sayang. Matikanlah aku dalam khusnus khotimah. Sedarkanlah ayahku daripada komanya yang lama.'
"Allahuakbar... (Allah Maha Besar)"
...
Natasha berjalan senang hati menuju ke kedai yang tidak jauh daripada rumahnya itu. Selepas menukar pakaian sahaja, dia terus pergi ke kedai. Fuuh, mengidam air Milo ais ikat tepi ini. Selepas solat sahaja, terus turun pergi kedai.
Natasha menyambut huluran peket air tersebut. "Terima kasih, mak cik."
"Terima kasih, nak." Terkedu penjual itu dibuatnya. Ah, sudah. Dua - dua cakap terima kasih ini?
Natasha dan penjual itu membalas serentak. "Sama - sama."
Natasha cepat - cepat berlalu. Air Milo yang sejuk itu dihirup melalui straw. Baru sahaja kakinya ingin melangkah pulang ke rumah, dia dikejutkan dengan tangisan budak perempuan di muka pintu kedai.
Natasha menunduk selaras bahu dengan kanak - kanak perempuan itu. "Adik, adik kenapa ni?"
Kanak - kanak perempuan itu tidak menjawab, sebaliknya menangis dengan lebih kuat. Adiknya... hoi! Jawablah soalan itu dulu!
Natasha menjadi panik. Bahu budak perempuan itu diusap, cuba menenangkannya. "Hei, hei. Kenapa ini? Cuba cerita pada akak."
Terhinjut bahu budak itu cuba mengujarkan kata. "Nama saya Qhai... hiks. Saya nak balik rumah... tetapi saya takut nak balik seorang... hiks... diri."
Natasha menjadi simpati dengan wajah muram Qhai. Nampaknya budak ini betul - betul kesusahan. "Tak apa, akak akan temankan?"
Qhai mengangkat wajahnya. "Hiks... betul ke?"
Kepala Qhai diusap lembut Natasha. "Ya, betul." Natasha menghulurkan tangannya ke arah Qhai. "Meh, kakak teman adik balik rumah."
Qhai menayangkan wajah ceria. "Betul ke? Terima kasih, kakak cantik."
Penjual yang sedang mengelap meja memerhati Qhai dan Natasha berlalu pergi. Dahinya bercantum. "Sekejap, itu bukan adik Qayyum ke?"
Berbalik ke situasi Natasha, mereka berjalan menjauhi kedai penjual tersebut. Natasha merasa tidak sedap hati apabila mereka berdua melangkah menuju salah satu bangunan rumah yang berdekatan sekolahnya. Bangunan rumah itu agak usang.
"Natasha, lorong dekat sekolah kita... jangan lalu tau!" Raisha memberikan amaran.
"Eh..." Natasha menutup telefonnya. Tergelanda dia cuba untuk mesej dengan Kuzaimie. "Kenapa? Lorong dekat situ banyak hantu ke?"
"Haish." Jianying tergelak kecil. "Mana ada hantu. Bangunan itu sudah lama ditinggalkan. Sebab kurang bajet pembinaan katanya. Tetapi, sebolehnya elakkan diri."
Raisha memberitahu, berhati - hati. "Taklah. Tempat dekat situ banyak budak - budak rempit melepak. Merokoklah. Nasib tiada orang hisap dadah ke situ."
Jianying menambah lagi. "Kalau kau lalu situ, hati - hati, tau! Kita orang pun tak berani lalu dekat situ."
Natasha mengetap bibir. Dia mencuit bahu Qhai yang berjalan riang. "Qhai, kenapa lalu sini?"
Qhai mendongak, berpaling ke arah Natasha. "Oh, saya tertinggal mainan saya dekat sini."
Natasha berasa seram mendengarnya. "Mainan? Kenapa Qhai main dekat sini?"
Qhai hanya mendiamkan diri. Tiba sahaja di hadapan bangunan lama itu, Qhai melepaskan pegangan tangannya. Qhai terus meluru masuk ke dalam bangunan lama itu.
"Qhai, tunggu!" Natasha mengejar budak perempuan itu ke dalam. Walau bagaimanapun, Qhai masih lagi di bawah tanggungjawabnya. Kalau hilang budak itu, mesti dia dimarahi.
Natasha termengah - mengah di sebalik dinding lama itu. Dia menjenguk ke tepinya. Alangkah ingin terbang jantungnya melihat Qayyum menghulurkan patung beruang kepada Qhai. Lagi berdebar jantungnya melihat senyuman sinis yang dilahirkan Qayyum.
"Te... terima kasih, abang." Takut - takut Qhai mengucapkan terima kasih.
Adik Qayyum?
"Dah, balik rumah. Nanti mama dan papa cari." Qhai mendengar arahan Qayyum. Dia melalui di sebelah Natasha yang menyorok di sebalik dinding.
Qhai berbisik perlahan, hanya Natasha dapat mendengarinya. Dan ayat itu cukup mendalam. "Lari, kakak."
Kakinya diorakkan ke hadapan. Malangnya, tangannya direntap Qayyum. Dia belum sempat melakukan apa - apa, tubuhnya dibaringkan ke bawah.
"Argh! Tolong! Sesiapa!" Bibir Natasha lebam ditumbuk Qayyum. Dasar iblis betul!
"Bising." Satu kata terlahir daripada bibir Qayyum.
Natasha menjerit. "Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Kenapa? Kenapa kau tanya?" Qayyum memegang dagunya. Siap cengkam lagi! Sudahlah dia duduk di atas tangan Natasha! "Sebab kau tolak aku. Kau tolak aku. Padahal aku sukakan kau."
Natasha malas mahu layan Qayyum berkata. Memandangkan kakinya terlepas. Dia menarik leher Qayyum ke bawah. Merasakan tangannya agak longgar, Natasha cepat - cepat bangun.
Meskipun kepalanya terasa berdenyut, nafsu Qayyum lebih membuak naik. Qayyum tidak akan melepaskan mangsanya begitu sahaja. Seperti Raisha sebelum ini.
Qayyum menarik tangan Natasha. Natasha tidak sempat menampar dirinya, dia telah menumbuk Natasha sehingga pengsan. Terkulai jatuh gadis itu.
Qayyum berbisik psiko. Bibirnya dijilat sehingga basah. "Balasan."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top