21 | AL

          "ASSAMUALAIKUM..." Natasha memberi salam sebagai salam permulaan. Mahu terkeluar jantung dia mendengar Qayyum membalas perbualan dengan penuh bersemangat.

   "Ha, jawab pun! Berkali - kali aku call kau, tapi kau tak jawab call aku pun." Qayyum kedengaran marah di sebalik talian.

   Natasha mengeluh, penat. Haih, ada aku suruh kau hubungi aku ke? Tetapi ayat itu cuma dipendam dalam hati. "Qayyum, tolonglah jangan call saya lagi."

   Gelak sinis Qayyum menyapa telinga Natasha. "Jadi, kau couple dengan aku."

   Natasha hampir menjerit. Gelaran panggilannya juga sudah bertukar. "Apa yang kau nak sangat dengan aku? Sampai mahu couple sangat dengan aku!"

   "Natasha? Elok sahaja di atas tu?" Hanan melaung bertanya, risau mungkin.

   Natasha menekan butang pause sebelum membalas pertanyaan itu. "Elok sahaja! Matematik ni  susah!" Natasha kembali semula ke dalam talian.

   "Sebab kau cantik, tahu tak Natasha." Naik bulu roma Natasha mendengar nada suara Qayyum. "Dan orang yang paling cantik mesti akan couple dengan aku. Kau..."

   "Jangan ganggu saya lagi." Natasha bersuara bergetar.

   Qayyum menyambung katanya yang tergelanda tadi. "Kau akan menyesal sebab tak putuskan daripada Kuzaimie dan tak couple dengan aku."

   Bunyi ciuman dari Qayyum membuatkan Natasha geli - geleman. Eww, ingat dia Dato' Seri Vida ke mahu buat 'muah muah' sebegitu? Natasha menjadi tidak sedap hati. Bagaimana kalau Qayyum melakukan sesuatu di luar jangkauannya? Petang - petang sudah kalut menelefonnya.

   Dia membuka aplikasi What's app dan menghantar mesej kepada Kuzaimie.

Kuzaimie, saya nak break dengan awak.

   Muncul sahaja tanda 'tick' dua kali, Natasha kembali ke halaman utama. Simkad nombor telefonnya dicabut. Simkad baharu diambil daripada laci dan digantikan dengan simkad tersebut.

   'Harap - harap aku lakukan perkara yang betul,' tutur Natasha sambil merenung skrin telefonnya.

...

   "Ambillah gambar - gambar jijik kau ini, syaitan! Kalau boleh, balik terus kata dekat ibu kau. Ibu... nak pindah sekolah. Hahahaha!"

   Afiq terkejut mendengar suara yang bergema di pendengaran telinganya. Sekelilingnya diperhatikan. Tempat yang gelap, hitam dan suram. Dia bermimpikah?

   Visual pendengaran pertama mula menjengah telinganya. "Cikgu, Afiq patahkan meja saya cikgu! Dia tidak puas hati ini cikgu!"

   Afiq tercengang bercampur takut mendengar suara tersebut. Telinganya ditekupkan, tidak mahu lagi mendengar suara - suara itu lagi.

   Namun lain pula yang terjadi. Dia kini disiarkan gambaran... gambaran di mana dia dibaling sampah ketika dia berada di tingkatan satu dahulu.

   Visual dirinya melangkah masuk ke dalam kelas. Tetapi selepas sahaja satu kakinya menjejak lantai, banyak bungkusan kertas dilemparkan ke arahnya.

   Afiq tidak mempedulikan semua itu. Dia kembali ke tempat duduknya. Punggungnya dilabuhkan dan tiba - tiba bajunya basah disimbah oleh air yang berbau tengik. Bau... air kencing.

   "Eee, perogol kencing en?" Salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu menyampuk. Mentang -mentanglah tiada guru di dalam kelas, syok betul membuli Afiq!

   Qayyum sengaja melanggar meja Afiq. "Eh, terlanggar pula." Serentak dengan itu, ramai budak lelaki nakal melanggar meja Afiq. Tiada yang berani masuk campur, takut mereka turut menjadi mangsa.

  Visual Afiq yang tidak tahan dibuli lantas mengeluarkan suara. "Cukup! Jangan buli aku lagi!"

   Semua budak lelaki itu memandang sinis Afiq. Qayyum berpeluk tubuh. "Minta maaf pada Raisha."

   Afiq menggeleng, laju. "Aku tak buatlah!"

   "Penipu!" sorak Qayyum diikuti pelajar lain. "Penipu! Penipu! Penipu! Penipu!"

   Kerana tidak tahan, Afiq terus berlari menuju ke tandas diiringi gelak tawa pembuli - pembulinya.

   Afiq terduduk kerana trauma melihat situasi tersebut. Kakinya terketar seperti jeli. Tangannya berpeluh lebat. Kenapa... kenapa tunjukkan semua ini kepada dia? Dia trauma!

   Bahunya dipegang seseorang daripada belakang. Cepat - cepat dia berpusing dan melayangkan kakinya ke betis seseorang itu. Terus seseorang itu jatuh ke belakang.

   "Tak mungkin." Afiq tergamam melihat wajah 'seseorang' itu. Renungan matanya yang tajam sama seakan dirinya. Mustahil... itu dirinya, kan?

   Dirinya lagi satu bangun sendiri. Okey, lebih senang... Afiq gelarkan dia Afiq II. Afiq II melangkah ke arahnya, matanya tidak habis - habis merenung dirinya.

   Satu kata sinis keluar dari mulutnya. "Kalau kau lemah macam ini... kalau kau tidak keluar daripada anxiety ini. Macam mana kau nak ambil hati Natasha?"

   Afiq terpempam mendengarnya. "Aa... apa maksud kau?"

   Afiq II membantu Afiq bangun. "Jadi diri kau sendiri terlebih dahulu. Barulah kau layak untuk ngorat Natasha. Setiap pagi, kita ada peluang untuk menjadi lebih berbeza. Peluang untuk berubah. Peluang untuk jadi lebih baik. Masa lalu adalah masa lalu. Tinggalkan ia. Fokus pada masa hadapan."

   Afiq menunduk. "Fokus pada masa hadapan?"

   Afiq II mengulang katanya. "Fokus pada masa hadapan..."

   Kelopak mata Afiq bergerak - gerak sebelum ianya terbuka, menampakkan iris mata Afiq berwarna coklat gelap. Afiq bangun perlahan - lahan daripada tidurnya. Jam di atas meja belajarnya dipandang. Baru pukul 3:00 pagi.

   Selesai sahaja mengucapkan doa bangun tidur, Afiq bergerak menuju ke bawah. Mengambil air wuduk untuk solat Tahajjud.

   Seusai sahaja solat Tahajjud, dia menadah tangan untuk berdoa. "Ya Allah, Ya Rahim. Ampunkan dosa aku. Ampunkan dosa ibu bapaku serta dosa orang - orang di sekelilingku. Bantulah aku untuk keluar daripada kebimbangan sosial ini, Ya Allah, lapangkanlah segala ketakutan yang melanda di dalam dada aku."

   "Ya Allah, jika ada jodoh di antara aku dengan Natasha, maka satukanlah kami dengan cara yang baik... jika tiada, jauhkanlah kami dengan cara yang tidak menyakitkan hati."

   "Bantulah aku untuk menjadi diri ku sendiri, Ya Allah." Tangannya diraup ke muka. Dengan satu linangan air meleleh di pipi.

...

   "Erm..." Tangan Raisha sudah menggigil melihat telefonnya bergetar, menandakan ada satu panggilan masuk. Satu keluhan dikeluarkan sebelum dia mengambil telefon itu. Panggilan itu diangkat.

   Raisha cuba memulakan perbualan. "Hello..."

   "Natasha tak suka aku pun! Tak suka!" Qayyum meroyan di sebalik talian. "Perempuan itu memang mencabar aku! Sudahlah dia buang nombor telefon dia!"

   Raisha berbisik, perlahan. "Kau janganlah menjerit. Nanti tok mummy aku dengarlah."

   Qayyum tidak mempedulikan amaran Natasha. "Kisah apa aku? Aku panaslah sekarang! Kau..."

   "Aku tak nak ikut rancangan ini lagi." Raisha menjelaskan, tegas.

   Suara Qayyum berubah terkejut mendengar bicara Raisha. "Apa kau merepek ni?"

   "Aku kata... aku tak nak ikut rancangan kau lagi."

   "Hahaha, kau tak takut ke kalau aku cuba untuk sebarkan video itu?" Qayyum tertawa sinis. "Bayangkan kalau tok mummy kau tahu yang kau merelakan setiap sentuhan aku pada kau. Kau..."

   "Hentikan..." Raisha melirih, perlahan. Dia cuba mengawal suaranya. "Aku tetap tak nak ikut rancangan kau. Walau bagaimanapun, Natasha tu tetap bekas kawan aku."

   "'Bekas' kan? Bukan kawan pun!" Nada suara Qayyum berubah bengang. "Aku ingatkan aku call kau pagi buta ini, kau akan berikan jawapan yang bernas tapi... haih, bodoh punya perempuan!"

   "Suka hati kaulah nak cakap apa." Raisha berura - ura ingin menekan butang merah  tetapi terhenti apabila mendengar ugutan Qayyum.

  "Aku akan sebarkan video itu."

   Mata Raisha terbuntang. Dia cuba melawan kata Qayyum. "Se... sebarkanlah. Kau pun akan terlibat sama. Aku kan ada salinan video itu juga. Kau pun akan bersalah juga."

   Terdiam Qayyum di sana. Mendengar tiada balasan di talian sebelah, Raisha menghentikan perbualan.

   Dia mengeluh dengan suara yang bergetar. Angka jam di telefonnya dipandang. Tiga pagi. Dia menarik selimut. Tangannya sudah mulai sejuk. Dia cukup takut apabila mengingati peristiwa itu.

   Entah apa yang merasuk fikirannya ketika itu, dia minum air yang diberikan oleh Qayyum setelah Afiq pulang ke rumahnya. Sedar - sedar sahaja, dirinya sudah tiada seurat benang dan berada di sebelah Qayyum.

   Qayyum berjanji tidak akan menyebarkan video itu dengan syarat, dia perlu memfitnah Afiq. Dia yang sudah sedia cemburu dan benci akan Afiq terus bersetuju.

   Bagaimana Qayyum buat sehingga pengetua sekolah lamanya tidak mengetahui akan hal itu. Bersyukur juga dia kerana Puan Rabbiya langsung tidak mengetahui akan hal itu. Paling teruk, dia mengandung selepas peristiwa itu tetapi dia gugurkan kandungan itu selepas arahan Qayyum.

   Kalau ibu bapanya masih ada, pasti mereka akan kecewa dengannya. Tetapi... ini semua salah Afiq! Kalau tidak sebab dia, kalau tidak sebab teman wanita Qayyum tidak menyukai Afiq, pasti dia tidak akan dirogol Qayyum.

   Akhirnya, Raisha menangis sendirian lalu tertidur.

...

   Afiq menjenguk ibunya di ruang tamu yang sedang melukis. Secawan air Milo dihirup sedikit. Sengaja dia menegur ibunya. "Ibu, ibu lukis apa tu?"

   "Tengoklah sendiri." Puan Saffiyah menjawab sambil tangannya larit mengarah berus itu bergerak di atas kertas lukisan.

    Lukisan seorang kanak - kanak sedang larit bermain dengan anak patungnya diperhati. Afiq perasan ada banyak orang melindungi budak itu di belakang bagi mengelakkan budak itu daripada melihat kebakaran dan letupan bom di belakang. Fuuh, deep betul lukisan itu.

   Afiq terlopong. "Fuuh, deepnya lukisan ibu."

   "Mestilah. Tidak 'Fiyaiz' jika tidak deep!" Puan Saffiyah membangga diri. Fiyaiz itu nama pena Puan Saffiyah. Gabungan namanya dan suaminya.

   "Lukisan ini daripada jiwa ibu. Macam... macam mana ibu nak jelaskan, en? Seorang kanak - kanak itu merupakan generasi harapan kita. Kita sepatutnya melindungi kanak - kanak daripada terjerumus ke dalam sesuatu yang kita tak mahu." Puan Saffiyah menerangkan isi lukisannya dengan panjang lebar.

  "Kalau kita tak lindungi dan bantu mereka, masa hadapan kita sendiri akan hancur."

   Afiq mengangguk - angguk, mempersetujui kata - kata ibunya. Dia berhenti memerhati lukisan ibunya apabila telefonnya berdering.

   "Dah, dah jangan ganggu ibu lukis." Puan Saffiyah menghalau anaknya. Belum siap shading lagi ini!

   Afiq menyengih sebelum bergerak duduk di atas anak tangga. Telefonnya dibuka.

Gopal Shaz Rukan
Afiq! Jawab! Kenapa kau nak move on daripada Natasha?
Siapa ugut kau? Kuzaimie ke? Eh, aku memang kena ajak FBI serang dia ini.

Rizal Anak Sulung
Yalah, kau okay ke, Afiq?

Bila masa aku kata aku nak move on?
Aku kata aku nak sembuhkan kebimbangan sosial aku baru aku nak pikat Natasha.
Aku nak jadi diri sendiri dulu.

   Diam sebentar telefonnya tanpa sebarang mesej daripada Rizal mahupun Gopal sebelum muncul perkataan 'Gopal is typing' di bar kumpulan 'The Tarzans'.

Gopal Shaz Rukan
Anak aku dah besar...

Bila masa pula mak aku kahwin dengan kau?

Rizal Anak Sulung
Akhirnya kau ada keberanian untuk jadi diri sendiri. Kita orang bangga dengan kau, wey.
Jadi, ada apa - apa yang kita orang boleh tolong?

Okey, macam ni...

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top