20 | AL

       "MACAM mana nak ingat Kemahiran Kebolehpekerjaan? Yalah, takkan nak hafal guna formula tiga K, tiga P dengan satu B sahaja." Kuzaimie merungut tentang susah menghafal formula.

   Wajahnya ditayang, pasrah. Afiq menghembuskan nafas, berat. Haih, banyak kerenah betul budak ini. "Kau boleh..."

   Bunyi nada dering daripada telefon Kuzaimie menghentikan pengajaran Afiq. Terpapar nama 'mak' di skrin telefon Kuzaimie. Melihat nama itu, Kuzaimie cepat - cepat meleret butang merah ke kiri.

   Pensel itu ditunjukkan ke arah telefon Kuzaimie. "Kenapa tak jawab?"

   "Jangan sibuklah." Nada suara Kuzaimie menjadi bengang. Kesian Afiq, tidak fasal - fasal kena marah. "Ajarlah cepat."

   Afiq memutarkan bola matanya secara sembunyi - sembunyi. Haih... sabar sahajalah. "Kau boleh buat ceri..."

   Nada telefon Kuzaimie berdering lagi. Kuzaimie berdecit kuat melihat nama 'mak' keluar lagi di skrin telefonnya. Dia mengemas semuanya bukunya di hadapan Afiq yang sudah tercengang - cengang.

   "Eh, nak balik dah?" Puan Saffiyah yang baru keluar daripada dapur dengan membawa dua cawan air Milo, menegur Kuzaimie yang seperti ingin mahu pulang.

   Kuzaimie memaniskan mukanya. "Ya, mak cik. Saya mahu balik dah. Saya sudah faham banyak sekarang. Terima kasih kepada anak mak cik."

   Afiq menyumpah seranah Kuzaimie di dalam hati. Bertalam dua muka engkau rupanya, Kuzaimie? Masa aku mengajar kau, bukan main engkau tayang muka terpaksa. Nasib aku baik, kalau tidak... sudah lama aku lempang.

   Puan Saffiyah meletakkan dua cawan itu ke atas meja kecil ruang tamu tersebut. "Tidak mahu makan terlebih dahulu ke?"

   Kuzaimie masih mengekalkan air muka anak solehnya. Tangannya diangkat, tanda menolak. "Tak mengapa, mak cik. Susah - susah sahaja. Saya nak balik ni. Memang dah urgent ni."

   "Oh, tidak apalah kalau begitu," ujar Puan Saffiyah. Dia menoleh ke arah anaknya. "Ha, Afiq. Bukakanlah pintu untuk kawan kamu tu."

   Afiq menyorokkan keluhannya. Dia mengambil kunci pintu yang tersangkut di pemegang pintu lalu membuka pintu untuk Kuzaimie. Langsung tidak mengucapkan terima kasih kepadanya. Eh, kurang ajar betul!

   'Mak'.

   Afiq mengetap bibir dan gigi. Macam aneh sahaja perangai Kuzaimie. Sudahlah dia datang bersendirian. Kemudian, bila emaknya menghubungi, terus tidak diangkat.

   Haih, rasa ingin tahu ini tidak patut diabaikan!

   "Eh, kamu nak pergi mana, Afiq?" Puan Saffiyah menegur anaknya yang sudah melangkah ke luar rumah.

   "Kuzaimie tertinggal barang dia. Mahu hantarkan balik!" laung Afiq. "Pergi dahulu, ibu!" Afiq terus mengejar Kuzaimie senyap - senyap daripada belakang.

   Puan Saffiyah menurunkan tangannya. Haih, baru sahaja mahu memberhentikan anaknya. Laju betul lari macam lipas kudung! Sempat dipalingkan ke arah meja tetamu itu. Habis itu, air milo ini, siapa mahu minum?

   "Minum sahajalah." Puan Saffiyah duduk bersebelahan meja tetamu itu. Aplikasi Facebook dibuka dan jarinya mula meleret di atas permukaan skrin. Fuuh, memang sedap main Facebook sambil minum air Milo!

...

The Tarzans💪

Rizal Anak Sulung
Kau gila ke?

   Mesej itu dikerling sebentar. Dia menjenguk di sebalik pasu, memastikan kelibat Kuzaimie tidak jauh darinya.

Taklah, mana aku gila.

Gopal Shaz Rukan
Kau...
Kau nak jadi kawan baik Kuzaimie ke?
Sampai hati kau mahu lupakan kita orang.

   Afiq mengerutkan dahi. Ah, sudah. Apa yang Gopal mengarutkan ini?

Mana adalah.
Aku rasa sesuatu yang pelik tentang dia.

   Perasan akan kelibat Kuzaimie yang semakin jauh, dia beralih ke kereta jenama Proton yang berdekatan sedikit dengan kedudukan Kuzaimie. Macam pengintip pula si Afiq ini.

Rizal Anak Sulung
Yakah?
Bukan sebab kau jealous dia dengan Natasha?

   Fuh, rasa tersentap juga di situ.

Hei, mana adalah. Haih, nantilah aku cerita. Nanti hilang pula jejak dia.

   Sepanjang misi menjejaki Kuzaimie, memang Afiq berkelakuan seperti pengintip mafia yang berpengalaman! Siap naik atas pokok lagi masa Kuzaimie tengah beli barang sedikit di warung. Nasib lagi tidak menyorok di bawah lori. Memang kena ketuk dengan orang.

   Terlopong Afiq melihat Kuzaimie memasuki kawasan perumahan orang berpangkat besar. Sempat ditepuk dahi sendiri. Dia hampir terlupa, ayah Kuzaimie berpangkat besar! Dato'!

   Tetapi memang kita perlu puji usaha Afiq dan Kuzaimie. Sanggup dia orang bergerak dengan jalan kaki. Ialah! Jarak antara ruang Afiq dan rumah Kuzaimie memakan masa hampir 10 minit.

  Baru sahaja Afiq ingin turun daripada pokok, dia ternampak Kuzaimie seakan berbicara dengan sebuah kereta mewah yang baru keluar dari kawasan perumahan itu.

   Daripada atas pokok itu, Afiq dapat mendengar jelas suara Kuzaimie bertanya kepada pemilik kereta itu. "Kenapa sekarang?"

   Wanita di dalam kereta itu kedengaran mengeluh. Kunci rumah dihulurkan kepada Kuzaimie. "Balik."

   Kuzaimie mencampakkan kunci itu ke bawah. "Kenapa mak nak sangat dengan kekasih mak? Kenapa nak failkan penceraian itu sedangkan ayah tengah duduk lumpuh dekat kerusi roda?"

   "Nak harapkan kakak dengan saya jaga? Memang tidaklah!"

   Wanita itu keluar daripada kereta itu. "Hei, dengar sini budak. Aku memang tak ingin nak ngandungkan kau pun! Abah kau yang beriya nak kahwin dengan aku dulu. Padahal aku tak nak pun! Memang padan dengan muka dia."

   Afiq terdiam memerhati drama itu. Macam tengok drama pukul tujuh pula. Disebabkan daun lebat tumbuh, tiada orang perasan kelibat beruk di atas dahan pokok itu.

  "Maklah mak paling kejam!" Kuzaimie menjerit terhadap ibunya, terlalu marah.

   "Pang!"

   Kuzaimie terkedu pipinya ditampar kuat oleh wanita itu. Wanita itu menolak - nolak kepala anaknya sambil berkata. "Ya, aku memang mak yang kejam. Hergh, kalau aku tahu perangai kau macam ni. Aku dah gugurkan kau tahu tak?"

  "Cepatlah, sayang. Kita cari mahkamah untuk awak bercerai tu lepas itu kita keluar dating, ya?" Teman lelaki ibu Kuzaimie cuba memujuk.

   "Okey, sayang." Ibu Kuzaimie terus masuk ke dalam kereta itu. Kereta itu meluncur laju menerusi jalan, meninggalkan Kuzaimie yang menunduk sedih.

   Afiq terkedu melihatnya. Entah kenapa sebelah hatinya merasakan perlu bertanya Kuzaimie. Tidak mungkin mahu berkata... ya, aku ikut kau daripada rumah sebab perasaan ingin tahu aku. Ataupun, ada alien culik aku tadi. Kemudian dia jatuhkan aku di sini. Haih, merepeknya!

   Kuzaimie perlahan - lahan bergerak menuju ke arah pokok dengan mata yang masih merenung lantai. Dia menyandarkan tubuhnya ke pokok lalu mendongakkan ke atas.

   Alangkah terkejutnya Kuzaimie melihat seorang makhluk Allah bertenggek di atas dahan pokok itu. "AAAAAA!"

   Afiq mahu menjerit tetapi dia mampu menjerit di dalam hati. Dia terus terjatuh kerana terkejut mendengar jeritan Kuzaimie. Nasib dia dapat mendarat dengan elok, kalau tidak... hancur muka.

   "Kau ikut aku ke tadi?" Kuzaimie menuding jari ke arah Afiq.

   Suara Afiq seakan - akan hilang. Dia tidak menjawab sebaliknya pura - pura memandang ke arah lain. Entah kenapa kebimbangan sosialnya datang kembali. Rasa mahu lempang diri sendiri sahaja.

   Kuzaimie memaksa Afiq berkata. "Cakaplah! Bisu ke apa? Kau ikut aku ke apa?"

   Perlahan - lahan Afiq mengujarkan kata. "Ada alien culik aku tadi." Terbuntang mata Afiq mendengar katanya sendiri. Apa benda aku merepek tadi?

   "Apa kau merepek ni? Kau mengaku sahajalah kau ikut aku, kan?" Kuzaimie menjerkah Afiq. Amboi, bang. Perlahankanlah sedikit suara itu. Sampai terangkat bahu kawan mendengarnya.

   Afiq menganggukkan kepalanya, perlahan.

   Riak muka Kuzaimie bertukar pucat. "Jadi kau dengarlah semuanya?"

   Afiq perlahan - lahan menjatuhkan kepalanya. Dia mengangkat wajahnya. Entah mana datang keberanian Afiq. "Tak nak share ke masalah kau?"

...

    "Alhamdulillah, sedaplah mama masak." Natasha memuji masakan Puan Habibah. "Memang tip top!"

   Haitham menjongketkan keningnya. "Hek ek leh. Puji ada maknalah itu!"

   Natasha memuncungkan bibirnya. "Abang..."

   Encik Fendi yang perasan wajah Natasha berubah menjadi masam lantas membela Natasha. "Haih... kau ni Haitham. Suka sangat membuli adik kamu tu."

   "Hahaha, gurau sahaja ayah!" Haitham tersengih sambil tangannya sibuk membawa pinggan kotor ke dalam sinki.

   "Memang! Orang tengah basuh pinggan. Diletaknya pinggan!" Hanan mengherdik Haitham bengang. Kurang asam punya abang!

   Natasha terkejut besar mendengar telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia panik mengambil telefonnya di dalam poket. Diteliti perkataan yang muncul di bar statusnya.

1 miss call from +6013-225 XXXX

   Natasha mengutuk Qayyum di dalam hati. "Apa budak Qayyum ini tidak puas hati lagi?"

   Satu panggilan lagi masuk. Dia segera menekan butang merah itu. Qayyum nampaknya sudah bertindak agresif!

   "Mama, papa. Natasha naik atas dulu, ya. Nak buat kerja sekolah." Natasha meminta diri naik ke biliknya. Setelah mendapat keizinan daripada kedua ibu bapa angkatnya, Natasha terus melangkah laju ke biliknya.

   Pintu biliknya ditutup kemas. Natasha menggumam sendirian. "Perkara ini perlu diselesaikan hari ini juga!"

   Natasha terus menjawab setelah menerima panggilan Qayyum. "Assalamualaikum..."

...

   "Tapi dia masih lagi keluarga kau." Afiq meluahkan pendapatnya selesai sahaja Kuzaimie habis menceritakan kisahnya.

   Kuzaimie mendengus, kasar. "Kalau perempuan itu masih keluarga aku. Tidak bermaksud dia boleh buat ayah aku, kakak aku dan termasuk aku, macam binatang."

   "Oh." Afiq menunduk. "Sorry."

   "Sebab itulah aku jadi marah Qayyum dekati Natasha. Haih, tahu dah tahu Natasha tu girlfriend aku, mahu juga dikacau!" Kuzaimie menumbuk batang pokok bagi melepaskan geram. "Ianya mengingatkan aku tentang boyfriend perempuan itu."

   Tertelan air liur Afiq dibuatnya. Ah, sudahlah. Sudahlah dia suka akan Natasha.

   "Walaupun Natasha layan aku seperti nak tak nak. Tetapi aku yakin dia sayangkan aku." Kuzaimie meluahkan hubungan dia dengan Natasha di hadapan Afiq. "Tetapi entah apa yang merasuk dia sampai nak break up dengan aku. Yalah, aku kan panas baran."

   Afiq hanya mengunci mulutnya. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Tidak mungkin mahu membalas. Aku pun suka Natasha juga! Haih.. rasa patah hati juga mendengar awalan ayat Kuzaimie.

  "Kau tak adalah bodoh macam aku sangka sebelum ini." Kuzaimie meneruskan kata. Entah kenapa ayat Kuzaimie ini seperti serampang dua mata. "Kau boleh jadi pendengar yang baik. Manalah tahu aku ada masalah dengan Natasha ke, aku boleh luah dekat kau."

   "Kau boleh bagi advice tak, macam - mana aku nak pikat hati Natasha balik?" Kuzaimie cuba meminta pendapat Afiq.

   Afiq serta - merta berdiri. Dia membalas, kekok. Nada suaranya juga perlahan. "Erm, aku kena pergi dahululah. Mesti ibu aku tertunggu. Kau baliklah rumah dulu, ma... mana tahu tenang sedikit hati tu."

   "B... bye!" Afiq berlalu pergi. Entah kenapa rasa bersalah dan rasa pedih hati mula menyerbu di dalam hati. Yalah, orang cakap fasal crush kita. Mesti rasa pedih, bukan?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top