19 | AL
HARI Jumaat berganti dengan hari Sabtu! Inilah harinya! Selesai sahaja mandi, Afiq menjenguk ke luar melalui tingkap rumah dengan hanya menyarungkan singlet hitam dan seluar panjang separas lutut sahaja.
Satu gigitan diambil dari roti coklat itu. Dia mengerling ke arah telefonnya sebelum membalas mesej tersebut.
The Tarzans 💪
Rizal Anak Sulung
Seriuslah kau nak belajar dengan Kuzaimie?
Yalah. Nanti dia ugut pula aku kalau tak buat study dengan dia.
Gopal Shaz Rukan
Ugut? Jadi dia ugut kaulah hari tu?
Rizal Anak Sulung
Eh, Kuzaimie tu ugut kau bila?
Taklah. Ugut biasa - biasa saja.
Tapi itulah tak datang lagi.
Yang peliknya, dia beriya - riya nak buat study group dekat rumah aku.
Gopal Shaz Rukan
Ala mana tahu dia ada adik perempuan. Nak kenankan dengan kau ke...
Dahi Afiq bercantum. Apa benda Gopal merepek ini?
Kepala otak engkau.
Rizal Anak Sulung
Kepala otak engkau.
"Kawan kamu tak sampai lagi ke, Afiq?" soal Puan Saffiyah. Tengah - tengah baju ibunya basah. Sudah dapat diagak, ibunya baru sahaja lepas membasuh pinggan - mangkuk.
Afiq menggeleng. "Entah dia. Kata nak sampai pukul sepuluh pagi. Dah jam sepuluh pagi... batang hidung pun tidak sampai lagi."
Puan Saffiyah tersenyum kecil. "Ala, kawan kamu ada hallah itu. Baik pakai baju t-shirt. Tak malu betul pakai singlet sahaja jumpa kawan."
"Ala, pakai singlet singlet ini baru nampak hot kan, ibu?" Afiq tersengih sendiri dengan kata - katanya.
Puan Saffiyah memutarkan bola matanya. Serupa benar dengan perangai suaminya! "Dahlah. Ibu nak masuk dapur. Kalau kawan kamu..."
"Assalamualaikum." Suara memberi salam menghentikan kata - kata Puan Saffiyah. Mendengar sahaja salam itu, cepat - cepat Afiq menyarungkan baju.
"Waalaikumussalam." Puan Saffiyah menjawab salam serentak dengan membuka pintu. Kuzaimie mengusap - usap tangannya. Mungkin terkejut ibu Afiq yang membuka pintu bukan Afiq.
Gopal Shaz Rukan
Ingat tau, Afiq. Kalau Kuzaimie apa - apakan kau, kau terus hubungi 999.
Eh silap. Hubungi aku. Biar aku cabut tiang dan lempang dia.
Hahaha, tak apa. Aku akan okay.
Lagipun dengan ini, aku boleh berlatih lawan anxiety aku.
"Afiq, sudah - sudahlah main telefon itu. Kawan kamu dah sampai ni." Puan Saffiyah menegur kelakuan Afiq sambil tangannya memulas kunci, membuka pintu pagar.
"Baik, ibu." Afiq akur. Telefonnya terus disimpan di kocek sisi seluarnya.
Kuzaimie masuk ke dalam rumah Afiq. Serta - merta Afiq terasa gugupnya datang kembali namun dia cuba endahkan. Come on, Afiq! Lawan kebimbangan sosial itu.
"Macam mana kalau Kuzaimie itu datang sebab nak beritahu semua orang... dan kata inilah rumah perogol itu?"
Afiq mengendahkan suara itu dan mengajak Kuzaimie yang berura - ura naik ke atas. "Kita study dekat ruang tamu."
Dalam melawan kebimbangannya, Afiq menyoal. Matanya sempat dikerlih ke arah beg sisi yang dibawa Kuzaimie. "Apa kau bawa?"
Kuzaimie berhenti meneroka seisi rumah Afiq apabila ditanyakan soalan daripada Afiq. "Apa?"
Afiq menguatkan suaranya sedikit. "Apa kau bawa?"
"Aku dengar kau pandai Matematik dengan Perdagangan." Kuzaimie mengeluarkan buku latihan Matematiknya. Buku itu dibuka pada muka surat 35. "Masa tu aku tak datang, jadi aku tak faham sangat soalan ini."
'Oh, soalan ini..." tutur Afiq di dalam hati.
PEMBESARAN:
Arahan: Mencari imej apabila diberi faktor skala dan pusat pembesaran.
1) a.
Objek: P (4 , 2)
Pusat: (6 , 1)
Faktor Skala: 2
Imej:
1) b.
Objek: P (4 , 2)
Pusat: (6 , 1)
Faktor Skala: 3
Imej:
3) c.
Objek: P (4 , 2)
Pusat: (6 , 1)
Faktor Skala: 4
Imej:
Afiq memandang Kuzaimie. Kuzaimie turut memandang mata Afiq. Beberapa saat mereka begitu sebelum Afiq berkata dalam nada perlahan, bengang. "Kenapa kau pandang aku? Kertas graf mana? Ini soalan graf."
"Lah. Cakaplah. Ini tak." Kuzaimie menyalahkan Afiq. Kertas graf diambil sekeping daripada sepeket plastik itu dan dihulurkan kepada Afiq.
"Macam mana kalau dia tak faham? Kau mungkin akan dipersalahankan."
Afiq merungut di dalam hati. 'Suara ni lagi...'
Sekali lagi, Afiq cuba mengendahkan suara itu. Dia melawan kebimbangan sosialnya walaupun tangannya sudah sejuk melampau. "Mula - mula letak koordinat dia dekat kertas graf macam ini."
Afiq menandakan kedudukan koordinat pada kertas graf mengikut soalan yang diberikan. "Sebabkan faktor skala dia ialah dua, jadi kena naik atas dua kali."
Koordinat (3, 6) ditanda. "Kemudian bergerak ke kiri sebanyak dua kali ganda iaitu empat kali." Seraya bercakap, Afiq meletakkan titik di koordinat kertas graf itu. "Jadi jawapan dia P, dua, tiga (P (2 , 3)."
Afiq memalingkan wajahnya ke arah Kuzaimie yang sudah ternganga. Ah, sudah. Budak ini faham atau tidak?
"Boleh cakap kuat sikit tak? Aku tak dengar?" Mendengar bicara Kuzaimie, Afiq rasa mahu menangis di dalam hati. Dia berbisik ke tadi? Ingatkan Kuzaimie dengar.
Kuzaimie menunjukkan ke koordinat P satu (P¹). "Kenapa empat kotak?"
Afiq menghela nafas, cuba menenangkan diri sendiri. Dia menjawab dengan menguatkan suaranya. "Sebab 'faktor'. Jadi kena gandakan."
"Oh..." Kuzaimie mengangguk, faham. Jarinya ditunjukkan ke soalan kedua. "Yang ini pula?"
Afiq memulakan pengajarannya. "Yang ini pula..."
Pembelajaran bermula!
...
"Ting! Ting! Ting!" Nada dering telefon berbunyi bertalu - talu menandakan ada mesej masuk. Natasha mengeluh, kasar. Dia mengambil telefonnya lalu menukarnya ke mod senyap.
Nadia yang ingin tahu, bertanya. "Kenapa tu?"
"Tak adalah. Qayyum... ops!" Natasha menampar mulutnya! Aduh, kenapa terlepas kata?
"Qayyum?" Jianying mengulang lagi untuk memastikan dia tidak tersalah dengar.
Pada hari Sabtu begini, Natasha memulakan program Mentor dan Mentee di rumah Jianying? Kenapa rumah Jianying? Hal ini kerana Jianying ingin belajar dengan dia. Jadi, dia, Nadia belajar bersama Jianying dan mentor dia, Khadijah.
"Qayyum... budak Sains tu?" Khadijah meminta kepastian.
Jianying mengiyakan. "Yalah tu. Mana ada Qayyum lain dekat tingkatan lima yang 'popular' macam dia."
Perhatian Nadia bukanlah pada buku akaunnya tetapi sudah beralih kepada Natasha. "Kenapa dengan Qayyum. Tiba - tiba sahaja sebut nama dia."
"Entahlah. Entah dari mana dia dapat nombor aku," luah Natasha. "Aku nak block dia, tak boleh. Dia kata kalau aku block dia, dia akan buat sesuatu buruk pada aku."
Riak muka Nadia bertukar risau. "Kenapa tak bagitahu ibu bapa kau?"
Natasha sekadar menjungkit bahu, menayangkan muka pasrah.
Jianying membuat sangkaan. "Entah - entah Raisha yang bagi itu pada kau."
"Logik juga." Khadijah menyokong pernyataan Jianying. "Sebab Raisha rapat dengan Qayyum masa tingkatan satu dahulu. Bukan boyfriend atau girlfriend. Senang kata, Qayyum, Afiq, Raisha itu kira bestfriendlah."
"Tapi tak baik main tuduh sahaja." Nada suara Nadia mula mengendur. "Walaupun... ada juga logiknya."
Sifat ingin tahu Natasha mula terbit apabila mendengar ayat terakhir Khadijah. "Sekejap, sekejap? Qayyum... Raisha.... Afiq? Dia orang kawan baik?"
"Yalah. Kau tak tahu ke?" soal Khadijah.
"Eh, dia kan 'budak baru'. Mana dia tahu peristiwa sekolah kita," balas Nadia.
"Oh... sorry. Sorry." Khadijah ketawa kecil. "Dulu aku rakan sekelas Afiq, masa tingkatan satu. Nak dengar tidak?"
Natasha dan Jianying berkata serentak. "Nak."
"Tak." Nadia berkata sebelum tergelak besar. "Gurau... gurau. Ceritalah walaupun kita orang (Jianying) dah tahu."
Khadijah menayangkan wajah menyampah kepada Nadia. Dia memulakan ceritanya. Eh, ini ulangkaji pelajaran atau mengimbau masa lalu? "Okay... macam ini. Raisha, Qayyum, Afiq... mereka bertiga memang berkawan baik. Cuma Qayyum dan Afiq yang paling rapat."
"Tapi semuanya berubah bila Afiq mendapat gred A dalam semua matapelajaran untuk peperiksaan pertengahan tahun. Waktu itu, kita orang perasan Qayyum macam menjauh daripada Afiq. Paling gempar, satu hari itu, girlfriend Qayyum suka dekat Afiq."
Jianying menyampuk. "Oh, patutlah kelas kau orang kecoh masa itu."
Khadijah meneruskan ceritanya. "Sampailah suatu hari itu... mereka berkerumun di meja Nuh, ketua kelas 1 Karisma dulu. Mula - mula aku ingatkan hari jadi sesiapa ke, jadi aku malas nak sertai. Tapi aku mula rasa tidak sedap hati, masa itu, bila dia orang sebut perkataan 'jijik', 'perogol'. Malah ada yang kutuk Afiq."
"Pang!" Satu kelas menjadi senyap melihat Qayyum menampar Afiq.
Merah pipi Afiq dibuatnya! Afiq menjengil ke Qayyum. "Kau tampar aku? Kau tampar aku?" Leher baju Qayyum ditarik.
Khadijah yang duduk di tempatnya perasan, suara Afiq seakan - akan ingin pecah. Seperti... mahu menangis. "Kau kan kawan baik aku... Qayyum? Takkan kau tak percayakan aku?"
Qayyum berpeluk tubuh. Dia menghadiahkan senyum sinis buat Afiq. "Siapa nak percayakan playboy macam kau?"
Afiq melepaskan lengan baju Qayyum. Khadijah pasti, semua orang dapat lihat kaki Afiq yang terketar - ketar.
Afiq menunduk merenung lantai. Terketar - ketar dia menyusun ayat. "Tapi, aku tak buat semua ni..."
Afiah bersuara. "Sudahlah. Sampai hati kau buat Raisha, kan? Sedarlah mak kau tu kerja pelukis je. Ayah kau kerja dekat pasar malam. Eww... bukannya kerja orang kaya. Apa guna kalau muka hensem tapi perangai macam ahli neraka!"
"Aku tak buat semua tulah! Kau nak aku cakap bahasa Perancis ke baru korang faham? Je ne fais pas tout cela!" Afiq cuba pertahankan dirinya.
Qayyum menepuk bahu Afiq. "Sudahlah. Baik kau mengaku sahajalah. Tunjukkan topeng syaitan kau itu. Tak payah nak selindung."
Afiq menepis tangan Qayyum."Kau bukan kawan baik aku lagi."
"Siapa nak kawan dengan perogol macam kau?" Mata Khadijah terbuntang mendengar kata - kata Qayyum. Kejamnya!
Qayyum berpaling ke belakang, menghadap rakan sekelasnya. "Baiklah kawan - kawan. Mari kita pulaukan perogol macam dia!"
"Hei!" Khadijah menepuk meja. "Kau orang sudah kenapa, ha? Kau orang sudah melampau, tau!"
"Eh, tiba - tiba pula minah ini." Adrian menjadi bengang mendengar Khadijah mempertahankan Afiq. "Dia ini perogol! Dia perkosakan Raisha! Dia patut kena hukuman macam ini! Pulaukan dia!"
"Entah - entah kau back up ini, kau anak ayam dialah?" Khadijah menjadi mangsa tuduhan Qayyum. Qayyum menuding jari ke arah Khadijah. "Jangan masuk campur!"
Qayyum terus menyusun setiap gambar itu sebelum mencampakkan ke arah Afiq yang berdiri kaku. Dia mengejek Afiq. "Ambillah gambar - gambar jijik kau ini, syaitan! Kalau boleh, balik terus, luah dekat ibu kau. Ibu... nak pindah sekolah. Hahahaha!"
Wajah Afiq angkatkan. Terdapat satu linangan air mata di pipi Afiq namun tidak mendapat simpati sedikit pun dari Afiq. Afiq segera mengambil beg sekolahnya dan berlari keluar dari kelas itu.
"Perogol! Perogol lari! Hahahahaha!"
"Kejamnya." Natasha memberi komen atas kisah silam Afiq.
"Eh, belum habis lagi. Lepas dua hari tu, Afiq tak datang sekolah. Kemudian, bila dia datang. Macam - macam dia kena. Meja dipatahkan dan dituduh dia yang buat. Dibaling sampah setiap hari. Sehinggalah Afiq jadi sangat pendiam sekarang." Khadijah akhirnya menamatkan ceritanya.
Natasha menunduk ke bawah. "Kejamnya."
"Itulah fasal. Geram sahaja aku dengan Qayyum dengan Raisha. Walaupun Afiq itu tidaklah rapat mana dengan aku, tapi aku faham perasaan dia. Eh, kalau aku ada parang, dah lama aku lempang dua makhluk Allah itu." Bersungguh - sungguh Nadia mengutuk Qayyum dan Raisha.
Jianying mengeluh, perlahan. Salah dia juga tidak menghalang Raisha dahulu. "Sesiapa yang cuba pertahankan Afiq, mereka akan dapat 'fitnah' yang setimpal."
Pintu bilik Jianying tiba - tiba dibuka. Terpapar wajah ibu Jianying, Kanjiang membawa dulang. Di atas dulang itu ada semangkuk buah oren yang sudah dikupas dan empat gelas air milo.
"Syoknya. Nah, lehat dulu," kata Puan Kanjiang yang pelat huruf 'r'. Puan Kanjiang meletakkan dulang itu di tengah - tengah mereka. "Mama mahu sidai kain sekejap."
"Terima kasih, mama," ucap Jianying.
"Dōu yīyàng (sama - sama). Ha, mama kelual dulu." Puan Kanjiang melangkah keluar dari bilik Jianying.
Jianying menjemput kawan - kawannya makan. "Ha, makanlah dulu. Nanti kita sambung belajar."
XxXxXxXxXxXxXxXx
Bila study group dengan kawan. Macam inilah. Belajar sedikit sahaja. HAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top