18 | AL
PUNGGUNGNYA dilabuhkan ke salah satu kerusi hospital. Kedudukannya dijarakkan sedikit daripada seorang lelaki yang duduk di hujung kerusi. Entahlah. Afiq rasa tidak selamat berada dekat dengan pak cik itu.
Sementara puan Saffiyah pergi 'membeli - belah', terpaksalah Afiq menunggu berdekatan tandas terlebih dahulu. Malas (takut) pula hendak pergi dekat kantin walaupun sebenarnya tidaklah jauh mana dari tandas ini.
"Waalaikumussalam, ha. Lama tak hubungi ayah, ya Ishraq. Buat apa itu?" Suara pak cik itu menarik sedikit perhatian Afiq namun cepat - cepat dia endahkan. Dia bukannya suka dengar perbualan orang.
"Bagaimana dengan pembelajaran kau dekat sana? Okey? Ha, baguslah." Pak cik itu kelihatan ceria sebelum riak mukanya berubah risau. "Haih... kau masih takut dengan masa silam kau?"
Ayat itu menyentakkan hati Afiq. Secara perlahan - lahan, dia menoleh senyap - senyap ke arah pak cik itu.
"Kenapa kau tak cuba terus pandang ke hadapan?" Pak cik itu terdiam sebentar. Mungkin mendengar celoteh anaknya. "Kita tak boleh tengok belakang terlalu lama, Ishraq. Sebab kita semua kena tengok di hadapan juga. Apa orang putih dekat sana kata... keep moving forward? Hahahaha, boleh jadi mat saleh juga ayah ni."
"Kita mesti tengok ke hadapan. Buka pintu yang baharu dan cuba perkara yang baharu. Buat silap itu perkara biasa. Dari perkara silap, kita belajar. Dari kejayaan, tak banyak." Pak cik itu menyambung katanya. "Sebab apa kita cuba benda baru? Sebab kita semua ingin tahu. Ingin tahu tentang apa sebab kita hidup di dunia ini."
"Tak faham lagi? Ayah ibaratkan macam bayang - bayang. Anggaplah bayang - bayang itu macam masa silam dan juga impian kita. Kalau kita terus kejar bayang - bayang itu, bayang - bayang itu akan makin menjauh. Tapi bila kita terus pandang ke hadapan dan kejar apa yang kita nak. Bayang - bayang itu akan ikuti kita. Bayang - bayang itu sendiri merupakan kekuatan kita."
Pak cik itu mengukir senyum. "Hanya sebabkan masa silam kita gelap, tak bermaksud masa depan pun sama." Sekali lagi, Afiq terkedu mendengarnya. "Ingat kata ayah, terus pandang ke hadapan. Kalau gagal cuba lagi. Jangan kejar bayang - bayang sendiri."
Afiq terdiam. Ya. Hanya disebabkan masa lalu kita penuh dengan kesakitan, tidak bermaksud masa hadapan kita pun sakit juga. Tengoklah. Walaupun dia hilang seorang sahabat, dia digantikan dengan dua sahabat yang prihatin dengannya.
"Jauh termenung." Bahunya dicuit oleh Puan Saffiyah.
Afiq mendongak memandang Puan Saffiyah sebelum tersengih sendiri. Dia bangun daripada tempat duduknya.
Puan Saffiyah menunjukkan sebungkus plastik di tangan kirinya. "Ha, ibu dah beli nasi lemak dah. Nanti makan dengan kawan Afiq. Jom pergi melawat ayah."
Afiq mengangguk. Wajah pak cik itu dipandang sekilas lalu langkahnya dibuka mengekori jejak langkah ibunya. Dia seolah - olah mendapat semangat yang baharu. Terima kasih atas 'nasihat' itu pak cik.
Kita semua kena terus pandang ke hadapan.
...
Afiq mengelap rambutnya yang masih basah. Sementara tunggu azan Isyak, baik mandi terlebih dahulu. Setelah menyarungkan t-shirt hitam, dia menyandarkan badannya di kaki katil.
Rizal Anak Sulung
Wey, lepas aku balik dari hospital itu. Ada sesuatu yang mengejutkan.
Kuzaimie minta nombor telefon kau.
Afiq mengerutkan dahi. Minta nombor telefon dia? Nak mengoratkah? Eh, tak logik, tak logik.
Nombor telefon?
Sekejap, macam mana kau ada nombor telefon dia.
Rizal Anak Sulung
Cerita dia macam ini, Kuzaimie minta pada Kai nombor telefon kau, tapi memang terang - terang lah dia tak ada. Jadi Kai minta dekat Omar, lepas tu Omar suruh Luthfi tanya aku.
Afiq terhibur sekejap. Ini macam rantaian makanan sahaja.
Rizal Anak Sulung
Jadi, kau kasi ke tak aku nak bagi nombor telefon kau ini pada Kuzaimie?
Afiq menjilat bibirnya yang terasa kering. Setelah lama dia berfikir panjang, dia menaip mesej itu dan menghantarkannya kepada Rizal.
Bagi sahajalah.
...
"Rajin adik abang ni," sapa Haitham, mesra. Dia meletakkan secawan air Milo panas bersebelahan pensel box Natasha.
"Mestilah. Nak SPM. Kalau boleh, nak lagi pandai daripada abang." Natasha mengenyih seorang diri. Dia mendekatkan cawan itu dengannya. "Mama buat ke?"
"Ha, ya. Mama buatkan. Tapi... hek ek leh. Mana mungkin setanding dengan abang. Abang lagi pandai daripada adik tau, tak? Dah habis diploma dah pun." Haitham mengujarkan kata dengan nada berlagak. Amboi, riak betul!
"Okeylah. Daripada buang masa cakap dengan adik. Baik abang pergi 'berperang'." Sebaik sahaja berkata, Haitham terus keluar dari bilik Natasha.
"Nak main Grand Theftlah tu!" laung Natasha, cuba mengusik abang angkatnya.
Haitham menyahut. "Eh, macam tahu - tahu saja!"
Natasha tergelak kecil mendengarnya. Dia kembali menghadap meja belajarnya. Air milo panas dihirup sedikit demi sedikit. Sebenarnya dia bukan belajar sangat pun. Dia terfikirkan perangai Raisha yang aneh sebelum balik sekolah tadi.
"Natasha!"
Natasha berpaling ke belakang. Kelihatan Raisha sedang memandangnya, tajam. Natasha bertanya. "Kenapa?"
"Kenapa kau tukar tempat dengan aku dan duduk sebelah perempuan ni?" Jari Raisha ditunding ke arah Natasha.
Riak wajah Idayu bertukar kelat. Serta - merta Idayu membalas. "Kenapa, salah ke kalau dia tukar tempat dengan aku?"
Raisha mengutuk Idayu di dalam hati. 'Dasar perampas! Berani kau rampas kawan aku!'
"Natasha, aku nak cakap dengan kau sekejap." Raisha meminta dengan elok. Dia rasa tidak selesa apabila Jianying, bekas sahabatnya berada di situ.
Natasha menghela nafas berat. "Ha, yalah."
Sampai sahaja di dalam tandas perempuan, Raisha berkata seolah merayu. "Natasha, kau boleh tak break dengan Kuzaimie?"
Natasha hairan mendengarnya. Ya, memang dia pernah minta putus daripada Kuzaimie namun ditentang sekuat - kuatnya oleh lelaki itu. Tetapi dia tidak mahulah Raisha mengetahui akan hal itu.
"Kenapa kau tanya macam tu?" Natasha menyoal, ingin tahu.
"Macam inilah." Raisha mengangkat tangan ke bawah separas dada. "Aku nak mint... aku silap sebab buatkan kau couple dengan Kuzaimie tetapi aku mohon untuk kau break dengan dia."
"Dan cuba berikan Qayyum peluang?"
Natasha menjadi panas telinga mendengarnya. Dia cuba sabarkan diri. "Kenapa pula?"
Raisha cuba memburuk - burukkan Kuzaimie. "Kau sendiri nampak kan. Kuzaimie itu panas baran! Bila - bila masa sahaja Kuzaimie boleh 'ngap' kau."
Natasha mencelah. "Jadi Qayyum lebih baiklah?"
Raisha gigit bibir bawah. Sejak bila Natasha jadi berani sebegini? "Macam inilah, kalau kau nak selamat daripada Kuzaimie, kau kena couple dengan Qayyum. Kau tak akan percayakan aku? Aku, perempuan dan kau perempuan. Ianya sudah menjadi peraturan buat perempuan untuk melindungi kaumnya."
"Raisha." Natasha memandang tepat mata Raisha. "Aku tak akan couple dengan Qayyum."
Raisha menjadi geram mendengarnya. "Kenapa pula? Sebab kau dah buat sesuatu ke dengan Kuzaimie sampai tak mahu tinggalkan dia?"
"RAISHA!" Nada suara Natasha menjadi bengang. "Aku tak pernah buat benda terkutuk tu! Betullah kata Jianying. Kau memang kejam! Sepatutnya aku tak kawan dengan kau sewaktu mula - mula jumpa lagi. Sepatutnya aku tak terpengaruh dengan kau."
Raisha menayangkan riak tidak bersalah. "Jadi, siapa suruh kau mudah terpengaruh?"
Tersentap Natasha dibuatnya. Rasa sayu mula terbit di dada. Raisha terkedu melihat Natasha sudah mengalirkan air matanya namun dia cuba mengawal riak mukanya.
Suara Natasha seolah - olah retak. "Sampai hati kau, kan?" Natasha segera mengelap air matanya. Bazir air mata sahaja tumpah di hadapan perempuan ini. Tanpa berkata apa - apa, dia terus keluar daripada tandas tersebut.
"Raisha." Raisha tersedar dari lamunannya. Dia memalingkan wajahnya ke arah gerangan yang memanggilnya.
Puan Rabbiya bertanya, risau. "Kenapa Raisha termenung ni?"
Raisha menggeleng perlahan. Dia bangun daripada meja makan. "Tok mummy. Raisha mengantuklah. Boleh ke tidak Raisha masuk bilik?"
Puan Rabbiya mengangguk, memberi keizinan.
Sebaik sahaja Raisha menaiki anak tangga, dua orang pembantu rumah menuju ke meja dan mengutip pinggan Raisha. Haih, mewah betul! Tidak payah susah - susah hantar ke sinki!
"Aku cuma terlepas kata tadi. Aku tak salah. Aku cuma terlepas kata tadi." Raisha mengulang - ulang ayatnya bagi menghilangkan rasa bersalahnya terhadap Natasha.
Raisha menepis tangan Qayyum yang memegang bahunya. Dia cuba tidak menunjukkan air mukanya yang ketakutan. "Kau nak apa, Qayyum?"
"Aku nak kau... rapatkan aku dengan Natasha." Tegas Qayyum berkata. "Dan aku akan lupakan peristiwa empat tahun yang lalu."
Terketar - ketar bibir Raisha cuba melunaskan kata. "A... apa maksud kau?"
"Sayang... sayang. Tidak mungkin kau lupa. Mari aku ingatkan kau kembali." Qayyum mengukir senyum sinis sebelum mengimbau cerita lama. "Ingat tak, sayang. Kita pernah buat maksiat di dalam bilik dahulu? Ingat tak, sayang... kita yang fitnah Afiq. Sebab apa? Dia pandai? Dia ada rupa! Semua dia ada! Aku?"
"Girlfriend aku sendiri suka dekat dia. Semuanya salah dia. Dia pandai pun sebab aku yang ajar. Sekarang dia ada kebimbangan sosial. Memang padan dengan muka dia." Sempat lagi Qayyum menghina Afiq.
Qayyum mencengkam tangan Raisha. "Kau kan suka fitnah orang? Buatkan Natasha itu suka aku kalau tak aku bagitahu semua orang yang kita pernah..."
Raisha segera memintas. "Baik! Baik! Baik!"
"Bagus." Qayyum mengusap rambut Raisha. "Buat."
Raisha terduduk sendiri di atas katil. Telefonnya dibuka bagi menghapuskan rasa takut yang memekar di dalam jiwanya.
Qayyum
Kau dah buat ke?
Kalau tak berjaya, kau bagi nombor telefon Natasha pada aku.
Jantung Raisha berdegup kencang. Dia menarik nafas berkali - kali, cuba menenangkan dirinya. Sambil menaip nombor telefon Natasha, dia cuba menenangkan dirinya. "Tidak mengapa, Raisha. Teruskan sahaja."
...
Afiq mengumpul kekuatannya. Oh, ini lebih menakutkan daripada menghadap hantu! Hantu di dalam permainan video sahajalah. Argh, nak buat ke tidak? Buat sahajalah.
Perampas Natasha
Woi, budak.
Kenapa kau lambat balas?
Woi, balaslah.
Rasa geram mula menyiram di dalam hati Afiq. Eh, budak ini! Nak mesej aku tetapi hina - hina pula. Nasib aku penyabar orangnya.
Aku solat Isyak tadi.
Perampas Natasha
Oh
Yes! Langkah pertama berjaya! Syukur dia dapat menaip dengan normal.
Perampas Natasha
Aku nak alamat rumah kau, boleh?
Kan nak study gruop esok.
Kenapa...
Afiq berhenti menaip.
Okey. Sekarang ini nak tanya... kenapa Kuzaimie beriya sangat nak belajar di rumah Afiq? Bukannya dia pergi gantung gambar Natasha dan tatap setiap malam. Fuh, psiko betul.
Dengan penuh keberanian, dia menaip.
Kenapa nak study dekat rumah aku?
Perampas Natasha
Ish, bagi sahajalah.
Amboi, marah! Rilexlah abang!
Dekat dengan kedai Speedmart. Belakang kedai itu ada taman perumahan. Masuk taman perumahan tu dan belok kiri. Jalan terus. Rumah nombor 22, bagi salam.
Perampas Natasha
K.
Kurang asam betul. 'K' sahaja kau balas?
Afiq tidak membalas sebaliknya menutup telefonnya. Lengan bajunya dilipat ke atas. Daripada melayan di Kuzaimie, baik turun tolong ibunya di bawah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top