17 | AL
"KAU tak cakap lagi ke dekat Kuzaimie nak study bila... nak bincang bila? Yalah, program Mentor dan Mentee akan mula esok kot." Gopal menyoal, ingin tahu. Macam biasa. Sambil berjalan menuju ke kelas, mulutnya pasti rajin bercakap.
Afiq menggeleng, laju. Dia berdesis, perlahan. "Malas (takut) aku. Aku lebih lera terjun masuk dekat dalam lumpur daripada jumpa atau cakap dengan dia."
Gopal sempat tergelak dalam tawa. "Hahamboi! Sampai nak masuk lumpur! Bukannya Kuzaimie itu raksasa hodoh ke apa ke..."
"Memanglah..." Kata - kata Afiq dipintas dengan laungan seseorang.
"Afiq!" Kelihatan kelibat Kuzaimie dari jauh sedang berlari menuju ke arahnya.
Gopal bersiul. "Panjang umur."
"Kau jangan lari, eh..." Kaki Kuzaimie tidak semena - mena terpelecok. Serentak dengan itu, Afiq dan Gopal cuba menahan tawa. Nasib Kuzaimie tidak jatuh tersembam. Kalau tidak, buat malu sahaja.
"Kenapa kau nak jumpa Afiq?" Gopal menyoal Kuzaimie apabila lelaki itu berdiri di hadapan mereka.
"Kau... ikut aku." Kuzaimie mengheret Afiq ke belakang blok sekolah. Riuh mulut pelajar di dalam kelas sebelah. Mana tahu Kuzaimie mahu bergaduh dengan Afiq ke?
'Kenapa budak ni bawa aku ke sini?' Afiq tertanya sendiri. Kalau dia ada keberanian, pasti sudah lama dia soalankan. Tetapi itulah...
Badannya ditolak ke dinding. Kuzaimie merenung tajam ke arah Afiq sambil berpeluk tubuh. "Dengar sini. Aku tak nak berkumpulan dengan kau tapi sebab arahan cikgu... aku terpaksa."
Afiq memutarkan bola matanya secara sembunyi. Macamlah aku mahu bergandingan dengan dia. Huh, tidak ingin!
"Jadi, sebab esok aku free. Aku nak kau study rumah kau esok pagi," tutur Kuzaimie berbaur arahan.
Kerutan mula muncul di dahi Afiq. Esok? Mana boleh! Esok dia mahu melawat ayahnya! Perlahan - lahan dia menggeleng tanpa memandang wajah Kuzaimie.
"Kenapa geleng - geleng? Patah tengkuk ke?" Sinis Kuzaimie menghina Afiq.
Afiq bersuara perlahan. "Tak boleh." Dengan takut - takut, dia berpaling Kuzaimie. "Ma... kau tak boleh buat ke hari lain ke?"
"Huh, siapa kau nak arahkan aku macam itu?" Kuzaimie terpaksa mendongak sedikit ke atas memandangkan Afiq tinggi lima sentimeter darinya. "Aku tak kira. Sebab aku ada masa esok, kita akan study esok."
Afiq menggeleng lagi. Dia menghela nafas berat sebelum mengorak langkah pergi dari situ. Namun, langkahnya terhenti apabila bahunya dicengkam oleh Kuzaimie. Kuzaimie memusingkan tubuh Afiq menghadapnya.
Jarinya ditunding ke arah Afiq. "Ah, aku tak kira. Esok kita akan buat study gr..."
Afiq mencelah, tegas. "Kalau tidak, apa?"
Kuzaimie terkedu apabila Afiq menyuarakan kata - katanya. Cepat - cepat dia menjawab. "Kalau tidak..."
"Kring!" Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat mengejutkan mereka. Kuzaimie berdecit perlahan. Haih, kacau betullah loceng ini!
"Kau selamat hari ini!" Kuzaimie berkata sebelum pergi meninggalkan Afiq seorang di situ.
Melihat kelibat Kuzaimie sudah menghilang, Gopal yang berada di sebalik bangunan lagi satu menuju ke arah Afiq. Dia menyentuh bahu Afiq. "Hei, apa yang Kuzaimie tu cakap dengan kau?"
Afiq menyatukan tangannya. Sejuknya! Dia tergelak di dalam hati. Tidak sangka bercakap sebegitu dengan Kuzaimie sudah membuatkan dia berdebar begitu. Belum cakap dengan Natasha lagi!
"Tak adalah. Dia ajak aku buat study group esok. Tapi tak bolehlah sebab esok nak lawat ayah aku." Afiq menjelaskan. "Tak sangka pula aku ada keberanian cakap dengan Kuzaimie macam tu."
Gopal menepuk belakang Afiq, perlahan. "Ala, tak apa. Nanti kau boleh bercakap dengan jelas suatu hari nanti. Mungkin bukan hari ini, esok siapa tahu?"
"Ha, yalah. Jom balik kelas."
...
Rizal menjeling ke arah pintu kelas. Wajah Qayyum dipandang sekilas. "Ha, Qayyum. Loceng rehat dah habis. Kenapa kau datang ke sini?"
Dipendekkan cerita, Rizal ingin ke tandas sebentar tadi. Alang - alang sudah pergi tandas, baik masuk kelas terlebih awal. Bila masuk kelas sahaja, Qayyum datang ketuk pintu kelas serentak dengan bunyi loceng berdering. Haih...
Qayyum tidak mempedulikan kata - kata Rizal sebaliknya dia menuju ke tempat Natasha. "Natasha, aku nak cakap dengan kau."
"Nak cakap apa?" soal Natasha. Dia sudah beralih tempat daripada duduk bersama Raisha. "Kalau nak cakap, cakap dekat sini."
"Aku nak kau couple dengan aku." Qayyum berkata tanpa ragu - ragu.
Bisikan - bisikan sumbang mula menghangatkan suasana kelas. "Hei, Qayyum itu tidak serik - serik lagikah? Nanti Kuzaimie datang, tidak silap hari, dia boleh mandul nanti."
"Ala, Natasha kan cantik. Mesti ramai orang minat."
Suara Natasha kedengaran tegang. "Aku... aku tak nak. Sekarang waktu rehat dah tamat. Kau boleh balik ke kelas."
Qayyum merenung tajam Natasha. "Apa kurangnya aku sekiranya dibandingkan dengan Kuzaimie? Dia itu cemburu buta! Panas baran! Kau tak akan bahagia dengannya!"
'Haih, kenapalah aku terima untuk couple dengan Kuzaimie dahulu? Pengaruh rakan sebayalah ini.' Natasha memarahi dirinya di dalam hati.
Natasha menyindir Qayyum. "Jadi... apa bezanya dengan kau dengan dia? Datang kelas orang. Lepas tu marah - marah pula. Jadi kau pun panas baran jugalah, kan?"
Jianying menunjukkan isyarat bagus secara sembunyi mendengarkan cemuhan Natasha.
Qayyum mengetap gigi. Nada suaranya bertukar kepada seorang psiko. "Kau akan menyesal nanti."
Qayyum keluar dari kelas. Dalam masa yang sama, Afiq dan Gopal baru masuk ke dalam kelas. Mereka bertiga saling bertatapan mata sebelum Qayyum kembali berjalan dan melanggar bahu Afiq secara sengaja.
Afiq berpaling sekilas ke belakang. Dia tahu perangai bekas kawan baiknya. Pasti si Qayyum itu sedang marah sekarang. Tetapi... sebab apa?
Mesti sebab Natasha tidak menerimanya.
...
"Siapa nak percayakan playboy macam kau?"
"Sudahlah. Sampai hati kau buat Raisha, kan? Sedarlah mak kau tu kerja pelukis je. Ayah kau kerja dekat pasar malam. Eww... bukannya kerja orang kaya. Apa guna kalau muka hensem tapi perangai macam ahli neraka!"
Wajah Qayyum, Raisha serta rakan sekelasnya dahulu bersilih - ganti muncul di hadapannya.
"Baik kau mengaku sahajalah. Tunjukkan topeng syaitan kau itu. Tak payah nak selindung."
"Playboy."
"Baiklah kawan - kawan. Mari kita pulaukan perogol macam dia!"
"Huh!" Afiq terbangun daripada mimpinya yang ngeri. Reaksinya mendapat tumpuan daripada Rizal, Gopal dan Puan Saffiyah.
Puan Saffiyah yang sedang memandu itu bertanya. "Afiq, kenapa dengan Afiq?"
"Kau mimpi Rizal pakai gaun ke?" Gopal menanyakan soalan berbaur selorohan. Sebaik sahaja berkata, kepalanya diketuk oleh Rizal.
Afiq menggeleng perlahan. "Tidaklah. Mimpi buruk sahaja."
"Kita dah sampai," ujar puan Saffiyah sebaik sahaja kereta sudah masuk ke dalam lot parking.
Mereka berempat menuju ke wad ICU, wad di mana encik Raiz berada. Disebabkan hari ini hari Jumaat, masa melawat mereka hanya sebatas tiga jam sahaja. Iaitu daripada 4:30 minit petang sehingga 7:00 petang.
"Aduh..." Sesampai di hadapan wad ICU, Afiq mengerang kesakitan, perlahan. Aduh, masa - masa beginilah kau mahu lakukan proses perkumuhan.
Rizal berpaling ke belakang. "Eh, kau okay ke tak ini, Afiq?"
Afiq meluah, perlahan. "Aku rasa nak beraklah." Gopal dan Rizal mengurut dada mendengarnya. Lah... mahu buang air rupanya. Ingatkan gastrik tadi.
Puan Saffiyah mengangkat wajahnya, seakan menanyakan soalan melalui isyarat. Rizal membalas. "Oh, taklah mak cik. Afiq nak buang air katanya."
"Oh." Puan Saffiyah mengangguk, faham. Dia menuju ke arah anaknya. "Ha, kau orang melawatlah dulu ayah Afiq. Lagipun mak cik memang nak beli makanan dekat kantin pun."
"Ha, roger and out, mak cik!" Gopal berbicara seolah - olah baru sahaja menerima misi yang penting.
Rizal menyiku siku Gopal. Tidak ada kerja betul jerit di tempat awam. "Ha, tak payah roger sangat. Jom masuk."
Sepanjang mereka bersahabat dengan Afiq, mereka berdua ada perasan sikap 'comel' yang ada pada diri Afiq. Afiq jika ketakutan berada di dalam lingkungan sosial, dia akan memegang lengan baju seseorang yang dia percayai.
Pada mula - mula bersahabat, lengan baju Rizal jadi mangsa. Hahaha, nasib Rizal ini sudah pasrah sahaja. Namun meningkat setahun persahabatan mereka, Afiq sudah mempercayai sepenuhnya mereka dan tidak buat lagi perangai sebegitu. Takut salah faham katanya.
"Hai, pak cik." Gopal menegur encik Raiz yang masih terbaring koma di atas katil itu. Badannya disandarkan ke kerusi malas. Budak ini. Buat macam hospital sendiri pula.
"Pak cik sihat? Ha, ingat kita orang tak? Kita orang kawan Afiq. Rizal dengan Gopal. Gopal ni dah makin bertambah gemuk sekarang." Rizal sengaja menyakat Gopal.
Gopal tarik muka masam. "Kurang asam boi. Aku sadolah. Bukan gemuk."
Rizal memutarkan bola matanya. "Ya, yalah itu."
Gopal bersuara sambil menghisap lolipop. "Lama tak jumpa pak cik. Afiq pergi berak. Nak tahu tak, anak pak cik itu dah jatuh cinta dengan seseorang. Budak 'hot' dekat sekolah."
Walaupun tidak pernah berborak dengan encik Raiz, Rizal seperti selesa berbual dengannya. "Ha'ah. Adalah improvement sedikit. Daripada dulu... nak bercakap dengan orang. Macam nak bercakap dengan ratu Elizabeth! Penakut sangat!"
Kata - kata Rizal disahut dengan bunyi mesin denyutan jantung. Gopal pula cuba menyampuk. "Mungkin 'Natasha' tu pemberi kekuatan dia. Buat dia nak berubah. Yalah, jarang kita nampak dia jatuh cinta. Ingatkan hati dia batu sangat."
Memang selamba betul dua sahabat ini! Siap dikutuk Afiq di depan ayahnya. Haih, kalau Afiq tahu ini memang ketap gigi sambil cuba stabilkan pernafasanlah jawabnya. Sabar sahajalah.
"Pak cik ingat tak janji saya masa mula - mula jumpa pak cik dulu? Yang saya kata kita orang akan jadi jaga Afiq." Rizal sengaja mengimbas waktu silam.
Gopal mengeluarkan lolipop dari mulutnya. "Ada, en?"
Rizal berdecit. Haih, musnahkan aura drama betullah Gopal ini! "Adalah. Waktu tu kau tengah makan burger."
Gopal mengiyakan. "Oh, ada. Ada."
"Sebabkan kita orang dah nampak usaha dia nak keluar dari kebimbangan sosial dia." Rizal menarik nafas buat seketika sebelum menyambung katanya. "Jadi, kita orang akan pastikan Afiq akan keluar dari anxiety social sebelum pak cik buka mata pak cik semula."
"Betul tu, pak cik! Kita orang ini ibarat bodyguard dia. Hehehe, teringat pula Abang Long Fadhil Dua." Gopal tersengih tiba - tiba. Entah apa kena mengena Abang Long Fadhil Dua dengan situasi sekarang.
"Alamak, aku nak berak pula." Gopal bingkas bangun daripada tempat duduknya. "Wey, kau tunggu sini. Aku nak berak."
"Ha, ya. Memang aku kena tunggu sini pun." Rizal yang ingin membuka telefon terhenti melihat Afiq dan puan Saffiyah menuju ke arah mereka.
"Macam mana keadaan pak cik?" Puan Saffiyah bertanya, prihatin.
"Itulah, mak cik. Baik cuma tidak bang..." Bicaranya dipintas oleh laungan Gopal.
Gopal terkocoh - kocoh berlari keluar dari wad ICU. "Ah, tidak tahan! Tidak tahan!"
"Kenapa tu?" Afiq menuding jari sekilas ke belakang.
"Nak berak katanya," kata Rizal.
Tanpa disedari sesiapa, air mata encik Raiz mengalir tulus di pipinya. Mungkin terharu mendengar tutur kata dua sahabat baik anaknya. Sayangnya, dirinya masih belum punya kudrat untuk menyedarkan dirinya.
Rizal, Gopal. Pak cik percayakan kau orang.
XxXxXxXx
Tak, masalahnya tadi writerblock. Kenapa tiba - tiba panjang pula ini?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top