13 | AL
"RAISHA tak datang hari ini." Natasha merungut sendirian. Disebabkan Raisha tidak datang ke sekolah hari ini, dia terpaksa rehat berseorangan. Malah, dengan Kuzaimie sekali tidak hadir ke sekolah. Jianying? Pasti dia pada rakan - rakan yang lain juga.
Disebabkan dia berpuasa ganti, dia tidak akan menghabiskan masanya di kantin. Buat meleleh air liur sahaja melihat para pelajar memakan pelbagai juadah.
Demi mengisi waktu rehatnya, Natasha membuat keputusan untuk berkeliaran sekeliling sekolah sebelum bunyi loceng berdering. Sedang dia larit menyepak batu - batu kecil, dia tidak sedar dia sudah berada hampir dengan belakang bangunan sekolah.
"Wah..." Natasha menjadi teruja melihat pokok - pokok bunga yang berkembang mekar di sebelahnya. Dia mengikuti susunan pasu itu, dalam tidak sedar, dia membawa dirinya ke sesuatu tempat.
"Tak sangka ad..." Natasha terkedu melihat Afiq tercengang - cengang menghirup air di pondok itu. "Afiq?"
Afiq yang duduk dengan kedudukan lutut kaki kanan naik ke atas terus menukar posisinya dengan bersila. Dia menyambung menghirup air tanpa mempedulikan pandangan Natasha.
Entah dari mana kekuatannya datang. Melihatkan Natasha ingin berura - ura pergi, Afiq melaungkan nama si gadis itu. "Natasha!"
Natasha berpaling ke belakang. "Kenapa, Afiq?"
Afiq menunduk serta - merta. Menyirap wajahnya! Perlahan - lahan dia menuturkan kata, perlahan. Entah dengar atau tidak si Natasha itu. "Ka... kalau awak nak duduk sini. Duduklah."
Natasha mengerutkan dahi. "Apa? Tak dengarlah."
Dengan rasa menyerah, Afiq menguatkan lagi suaranya. Tetapi masih lagi dalam nada berbisik. "Kalau... a... awak... nak duduk sini. Du... duduklah."
"Lah, boleh ke? Memang saya nak duduk sini tapi takut awak tak bagi. Cantik betul tempat ini!" Natasha terus mengambil tempat di atas pondok, hadapan Afiq. Tidak henti - henti mulutnya bercakap! "Awak memang rehat dekat sini ke?"
Afiq perlahan - lahan mengangguk. Dia sudah kata sebelum ini! Memang becok betul mulut si Natasha ini. Haih, nasib sayang.
"Dua 'member' awak dekat mana?" soal Natasha, ingin tahu.
Afiq menuding jari ke hadapan, menunjukkan bahawa mereka ke kantin kerana bangunan ini menghadap kantin sahaja.
"Oh." Natasha mengiyakan.
"A... awak... tak re... hat ke?" Tergagap - gagap Afiq berkata. Dalam diam, dia memarahi dirinya sendiri! Come on, Afiq. Mana aura 'badboy' kau?
"Tak." Natasha menggeleng dengan sengihan di bibir. "Lagipun boyfri... Kuzaimie tak datang. Raisha pun tak datang. Bosanlah saya. Nasib saya puasa kalau tak, mesti sendu rehat seorang diri."
"Awak puasa?" Afiq seakan - akan terkejut. Ah, sudah! Tidak mungkin dia mahu campak air Milo dia ke belakang pondok. Buang tabiat sahaja.
Natasha mengipas angin sekilas. "Ah, tak apa. Saya tak terliur pun."
Selang beberapa saat, kedua mereka mendiamkan diri. Afiq sudah tergaru tengkuk. Lamanya Rizal dan Gopal pergi kantin. Dia orang bantu mak cik kantin jual makanan atau apa?
"Awak... ada crush tak?" Mendengar soalan Natasha, Afiq lantas mengangguk.
Afiq tergamam seketika. Eh, sekejap. Aku angguk ke tadi? Kenapa aku angguk! Hah, nak nangislah begini! Rasa nak lari merengek bawah ketiak ibunya sahaja.
"Oh." Tidak tahu mengapa Natasha terasa terluka. Natasha bertanya dengan seribu rasa. "Siapa?"
Afiq menggeleng.
Natasha mengetap bibir. "Kalau awak tak nak bagitahu pun..."
Afiq cepat memintas kata Natasha. "Dia... dia cantik sama macam semua perempuan yang lain."
Natasha mengalihkan wajahnya tepat memandang Afiq. Dia menjadi keliru mendengar bicara Afiq. "Apa maksud awak dengan cantik sama macam perempuan lain? Bukan bagi lelaki, 'CRUSH' dia lagi cantik dari perempuan lain ke?" Dua jari telunjuk dan jari tengahnya diturunkan ke tapak tangan berkali - kali semasa dia menyebut perkataan 'crush'
Afiq cuba menyembunyikan tawanya. Rasa dirinya diperhatikan, dia menunduk, cuba tidak bertentang mata dengan pujaan hatinya.
Afiq cuba mengumpulkan kekuatan untuk menyambung katanya. "Sebab semua perempuan yang diciptakan Tuhan semuanya cantik belaka rupa dia orang. Yang paling cantik ialah perangai dia orang."
"Perempuan yang saya suka, bukan sebab rupanya. Tapi kerana keperibadian dia. Walau bagaimana kisah buruknya, saya akan terima juga sebab dia juga manusia." Perlahan - lahan Afiq mengangkat wajahnya. Dia tergamam melihat mata Natasha yang berkaca. Peluh mula menitik di dahinya. Eh, aku salah cakap ke?
Habislah, tidak mungkin nanti Natasha akan membencinya!
"Eh, ke... kenapa... a... wak ma... macam nak nangis?" Afiq menyoal, perlahan. Takut - takut dia bertanya.
Natasha memukul lantai pondok yang tidak bersalah. "Awak ni. Sampai hati buat saya terharu!"
Afiq terdiam sekejap. Dia pula yang salah.
"Bertuah betul perempuan yang awak sukakan tu," ujar Natasha.
Afiq berdetik, perlahan. "Ianya kau, Natasha." Sayangnya, ia mampu diucapkan dalam hati. Bukan masanya lagi untuk diutarakan isi hatinya kepada gadis ini.
"BAA!"
"Argh!" Afiq dan Natasha terlatah serentak mendengar teriakan itu.
Rizal dan Gopal ketawa terbahak - bahak melihat wajah mereka berdua. Seronok sangat 'dating', kan?
"Argh, banganglah kau orang!" Afiq memarahi dua kawannya tanpa sedar Natasha juga turut memerhati. Menyedari Natasha melihat perbuatannya tadi, Afiq serta - merta menunduk, takut.
"Ala, sorry," pinta Rizal. Mereka berdua segera turun dari dinding pondok lalu bergerak ke ruang terbuka pondok itu.
''Banyaklah 'sorry' kau.' Afiq senyap - senyap menjeling dua temannya. Kutuk dalam hati sahajalah!
Gopal berkata berbaur usikan. "Seronok 'dating', ya?"
"Err, saya pergi dululah. Maaf menganggu." Natasha terus beredar dari situ. Tidak sangka pula perangai Afiq begitu rupanya. Nampak 'hot' pula! Eh?
"Nah." Rizal menghulurkan sebungkus mi goreng kepada Afiq. Afiq perlahan - lahan menyambutnya.
"Macam mana 'dating' kau?" Usikan dari Gopal itu membuatkan Afiq menjeling Gopal sekali lagi.
"Sekurang - kurangnya kau dah boleh cakap secara 'normal' dengan orang. Walaupun kita orang kadang - kadang tak dengar sangat suara kau." Rizal menerangkan percapaian Afiq melawan kebimbangan sosialnya.
Afiq menayangkan riak bengang. "Jadi, kau orang curi - curi dengarlah tadi? Kurang ajar."
"Kita orang dengar sahaja. Tak curi." Gopal sengaja memutar - belitkan katanya.
"Aku baru perasan. Sekejap." Rizal menyuap satu sudu nasi goreng. Selesai mengunyah, barulah Rizal menyambung. "Kau bukan takut dikelilingi oleh orang ramai. Tapi kau hanya takut difitnah dan dibenci berdasarkan kau tunjuk kertas itu kat kita orang."
"Nak buat macam mana? Dah fikiran aku dah memang macam tu." Nada suara Afiq seakan - akan ingin berputus asa.
"Bersangka baik." Gopal bercakap dengan mulutnya yang giat mengunyah makanan. "Walau apa pun suara itu kata dalam minda kau, kau kena tahu suara itu bukan diri kau. Suara itu tak boleh nilai kau. Sangka baik."
"Semalam adalah benda yang lalu, jadikan ianya sebagai pengajaran. Esok pula kita tak tahu. Tapi hari ini, adalah satu pilihan dan hadiah. Hari ini kita boleh pilih apa nak jadi. Pilih untuk percaya apa yang suara itu kata atau pilih apa yang kau percaya."
Afiq dan Rizal berpandangan sesama sendiri sebelum muncul urat - urat di leher mereka.
Tegang suara Rizal menyatakan. "Aku tahulah kau nak naikkan semangat Afiq, tapi agak - agaklah."
Afiq mengelap mukanya. Dia meneruskan kata - kata Rizal. "Kau cakap itu, makanan tu tersembur, kat muka kita orang tau!"
"Argh, jangan!" Gopal cuba menjauhkan diri tapi ianya akhir memakan diri. Dia tersandar pada dinding kayu pondok itu.
"Serang dia!" Afiq menyerang Gopal dengan serangan geletek pinggang. Terkekek - kekek Gopal ketawa. Nasib tak makan, kalau tak mesti tersedak perut.
Rizal menggeleng, perlahan. Haih, baik dia teruskan makan sahaja. Lagi mengenyangkan dan berbaloi.
"Argh, dah cukup! Cukup!"
"Ha, yalah."
...
"Perempuan yang saya suka, bukan sebab rupanya. Tapi kerana keperibadian dia. Walau bagimana kisah buruknya, saya akan terima juga sebab dia juga manusia."
"Bertuahnya perempuan itu." Natasha berbisik berbaur, cemburu. Dia menggulingkan dirinya ke atas katil berulang kali. Sedang syok berguling, dia terjatuh menghempap lantai. "Hish, lantai ini! Sakit hidung aku!"
Kalaulah lantai itu seorang manusia, pasti lantai itu sudah menangis tersedu - sedan di penjuru dinding. Suka hati sahaja salahkan dia.
Dia membelek perbualan mesej antara dia dan Kuzaimie selepas pulang ke sekolah tadi.
Kuzaimie, awak suka saya sebab apa?
Kuzaimie
Nak tahu apa sebabnya?
Apa?
Kuzaimie
The truth? I love you. A lot. More than I've liked anyone for long time.
Maaf, tapi awak kan playboy dulu? Takkanlah tak ada orang yang awak suka dulu?
Kuzaimie
Ya, memang. Tapi, mencintai awak kadang - kadang menakutkan saya. And to be honest, it kinda to screw up what we have, whatever it is, and I've fallen pretty damn hard for you. I just hope that whatever happens we don't ruin what we had before all this happenned.
Tapi awak sendiri yang cari fasal dengan 'peminat misteri' saya, bukan?
Kuzaumie
Ya, macam saya kata tadi. Mari kita lupakan apa yang saya pernah buat pada si 'peminat misteri' awak itu. Saya harap - harap budak tu tak kacau girlfriend saya lagilah. (Emoji menyampah) 😒
Hrm
Kuzaimie
Apa yang awak perlu tahu. I really love you.
"Natasha! Cepat pakai tudung! Abang Haitham dah sampai ni!" Pembacaan Natasha terhenti mendengar laungan kakaknya.
Dia terus menyarungkan tudungnya yang berada di sebelah katil. Dia melilit sayu ekor tudungnya. Dia perlu terima hakikat bahawa dia hanya anak angkat dalam keluarga ini.
Kalau bukan sebab ibu bapa angkatnya... tidak. Lebih tepat, kalau bukan sebab ibu bapa Hanan dan Haitham, pasti dia akan mati di dalam timbunan sampah ketika dia masih lagi bayi.
Entah apa dosanya. Lagi pilu, ada surat di situ mengatakan ibu kandungnya benci akan dirinya. Makin bertambah hina dirinya apabila Haitham tidak sengaja menjelaskan bahawa isi kandungan surat itu mengatakan bahawa dia anak luar nikah.
"Natasha!"
"Sekejap, nak turunlah ini!" Tombol pintu dipulas. Kakinya diorakkan menuju ke ruang tamu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top