11 | AL
"KAU sudah siap kerja Matematik ke, Gopal?" Rizal sengaja bertanyakan soalan berbaur usikan kepada Gopal.
Riak tidak puas hati ditayangkan Gopal. "Dey, tinggal satu soalan saja lagi, tau! Lagipun Cikgu Abidah kan cuti pantang. Bolehlah aku buat satu soalan itu pada waktu dia nanti."
"Nanti kau ajar aku tau, Afiq. Tau, tau!" Gopal menyiku Afiq berkali - kali dengan sengihan di wajahnya.
Afiq memusingkan bebola matanya sebelum mengangguk perlahan beberapa kali. Ikutkan sahaja si Gopal ini. Kalau tidak melayan dia, nanti dia merajuk pula.
"Tapi kan, kita orang tak sangka kau dapat cakap semalam. Selalunya sampai kau lari masuk tandas sebab takut nak bercakap dengan orang." Gopal mengimbas peristiwa semalam. Memang dia tidak sangka Afiq menyanyi lagu di hadapan khalayak ramai!
Afiq menggaru lehernya yang terasa gatal. Dia mengangkat bahu. Perlahan - lahan dia berkata." Entahlah, aku sendiri tak tahu. Macam... aku dapat kekuatan."
"Semua orang ada kekuatan. Cuma kau kena pilih sama ada untuk bangkit ataupun terus tenggelam ke dalam." Rizal bermadah sendiri. "Kehidupan kita sama macam terowong gelap. Mungkin kita tak akan selalu nampak cahaya tetapi di penghujungnya, kita akan jumpa benda yang lagi baik."
Gopal bersiul - siul mendengar ucapan penuh madah dari Rizal. "Fuyo, boleh menjiwai watak kau ini. Elok jadi pelakon."
"Memang cita - cita aku nak jadi pela..." Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelas, satu baldi berisi air jatuh menghempap kepalanya. Bau hancing berlumba - lumba masuk ke dalam rongga hidungnya. "Apakah..."
Gopal mendekati Rizal yang sudah disirami air cucian tandas itu. "Wey, apa fasal ni?"
Afiq memegang bahu Rizal. Melekit. Malah, tangannya juga berbau seperti air kencing. Dia memandang penuh tanda tanya ke segenap kelas. Ada yang menikus, tidak mahu disyaki terlibat sama. Cuma Kuzaimie, Kai dan pelajar nakal yang lain tertawa melihat Rizal dikenakan.
"Siapa buat ini?" Rizal masih lagi dalam keadaan tenang. Sebagai ketua kelas, dia tidak boleh marah secara melulu.
"Tak payah acahlah." Kai berpeluk tubuh. Rizal umpama sekecil habuk pada dirinya. "Aku nampak kau hulur surat cinta melalui adik kau semalam. Kau suka Natasha, bukan?"
Rizal mengerutkan dahi. Celah mana aku suka Natasha? "Bila masa..."
"Kau tak payah berpura - puralah." Tubuh Rizal ditolak kasar Kuzaimie. "Heh, budak! Kau tak payahlah dekat dengan girlfriend aku!"
Gopal sempat menggumam perlahan. "Tapi Rizal dengan Kuzaimie sama umur. Kenapa panggil budak?"
Wajah Kuzaimie berubah tegang. Dia merenung tajam Rizal yang dibantu Afiq untuk bangun. "Dah tahu orang itu sudah berpunya, tak payahlah kacau. Tak ada akal ke? Ha? Gunalah akal itu. Kacau girlfriend orang buat apa?"
"Kuzaimie." Natasha mula rasa malu melihat Kuzaimie marah sesuka hati.
"Apa?" Kuzaimie memusingkan tubuhnya menghadap Natasha. "Oh, kenapa kau tiba - tiba lindung dia ini? Kau suka dia ke?"
"Datang kelas orang, mahu buat kecoh. Kalau betul aku hantar surat itu, ada kacau periuk nasi kau ke?" Rizal sengaja menaikkan darah Kuzaimie. "Kau ingat, apa yang kau buat kat aku ini. Aku tak berani nak bawa hal ini pada pengetua?"
"Ini kira kes membuli, kau tahu atau tidak?"
"Tak kacau periuk nasi aku?" Kuzaimie memegang leher baju Rizal. "Yang kau kacau girlfriend aku itu, kenapa?"
"Entah, nama sahaja ketua kelas. Tapi awek orang pun nak rampas." Salah seorang pelajar lelaki kelas, Adrian turut menyokong Rizal. Dia memang sudah lama menyimpan dendam terhadap Rizal. Kerana merokok, dia terus dihantar ke bilik pengetua. Kurang asam betul!
"Pegang - pegang dah lebihlah, bro." Gopal cuba menghalang Kuzaimie dari terus memegang leher baju Rizal. Namun, tangannya ditepis mudah oleh Kuzaimie.
"Yang kau marah - marah ini, dapat apa? Dah itu, apa yang kau nak aku buat? Melutut, sujud cium kaki kau. Minta maaf?" Rizal langsung tidak menayangkan riak ketakutan semasa bercakap dengan Kuzaimie.
Afiq mengetap bibir. Dia sebenarnya marah melihat kawannya dia dimarahi sebegitu. Tetapi, dia takut jika dia dinilai pemberontak. Difitnah lagi lebih teruk. Mesti semua orang akan anggap fitnah dia menghubungkan intim dengan Raisha itu benar.
Habis itu, kau nak tunggu macam orang bodoh?
"Ya, aku memang nak kau melutut dan sujud pada kaki aku!" teriak Kuzaimie.
Natasha membuntangkan matanya. "Kuzaimie!"
"Hey, sudah - sudahlah itu." Jianying cuba meredakan keadaan. Dia tergamam melihat Raisha menggeleng sambil tersenyum sinis, menyuruh dia supaya tidak masuk campur.
Gopal merasa panas hati. Sudahlah ayam goreng dia terjatuh ke lantai. Dia dapat makan seketul ayam goreng sahaja hari ini. Kuzaimie pula menambahkan kemarahannya.
Gopal membidas kata - kata Kuzaimie. "Dia tak sehina kau sampai nak buat macam tu!"
"JANGAN MENYIBUKLAH!" Satu tumbukan dilayangkan kepada Gopal. Belum sempat tumbukan itu berbekas di muka Gopal, Kuzaimie jatuh tersembam mengenai lantai. Sekaligus dia tercium air cucian tandas yang masih lembap di lantai itu.
Rasa puas Afiq rasai. Dialah yang menendang lutut Kuzaimie sehingga dia hilang keseimbangan. Rizal menoleh ke arah Afiq yang sedang tersenyum. Tahulah dia bahawa itulah diri sebenar Afiq.
"Kau... kau tendang aku, kan?" Terketar - ketar Kuzaimie menuding jari ke arah Rizal. Sudahlah dia mahu termuntah selepas mencium air cucian tandas itu.
Afiq mengumpul segala kekuatannya untuk mengaku. "Y... ya. Aku yang tendang."
Semua pelajar kelas 5 Cendekia terperanjat mendengar suara emas Afiq. Yalah, sepanjang Afiq empat tahun bersekolah di sini, tidak pernah Afiq keluarkan suarannya.
Suara - suara sumbang mula bersuara.
"Eh, bukan dia bisu ke?"
"Siap tendang Kuzaimie lagi. Wah, cool gila!"
"Raisha bagitahu aku dia bisu. Ke, Raisha menipu?"
Merah muka Raisha menahan marah. Berani pula dia bersuara. Kini pasti ramai anggap bahawa dia penipu selama ini.
"APA?" Kuzaimie mula naik angin.
Tunjukkan.
Endahkan kata - kata mereka.
Mereka tak kenal siapa kau.
Tapi kau lebih kenal siapa diri kau sebenarnya.
"Dia yang tendang. Pekak dah ke lepas cium air tandas?" Gopal menjawab bagi pihak Afiq.
"Ya, aku yang tendang." Afiq cuba memberanikan diri bertentang mata dengan Kuzaimie. Tangannya rasa sangat - sangat sejuk dan jantungnya seakan ingin terkeluar.
Baru sahaja Rizal ingin mengujarkan kata, dia terdiam melihat kelibat seseorang di belakang Kuzaimie. Si Kai pula entah mana hilangnya.
"Ha, Kuzaimie. Awak buat apa kecoh - kecoh ini?" Cikgu Aqilah menyapa Kuzaimie dari belakang. Takut - takut Kuzaimie untuk memalingkan wajahnya ke belakang. Aduh, tidak mungkin cikgu pula!
Natasha pula sudah pergi ke tandas ditemani Jianying. Di tandas, Natasha menangis teresak - esak kerana malu dengan kelakuan Kuzaimie yang bertindak liar.
Rizal juga telah dibawa Cikgu Aqilah untuk menukar pakaiannya yang berbau hancing. Sebelum keluar dari kelas lagi, Cikgu Aqilah memberi amaran akan memanggil pengetua jika kelas 5 Cendekia bising lagi. Terus kecut perut semua orang!
"Memekak sahaja kau orang ini. Nasib aku panggilkan cikgu," ujar Siao Fang. Dia memang dikenali sebagai 'si diingin' di dalam kelas. Jadi, jangan risau dan jangan terasa hati dengan sikap beku Siao Fang itu.
"Terima kasih, wey. Tak adalah kita orang nak hadap si zam zam ala kuzam itu lama - lama. Boleh meleleh tahi telinga layan dia." Gopal mengutuk Kuzaimie. Pasti dia sedang meratap di bilik pengetua sekarang.
"Ha, yalah." Siao Fang berpaling ke arah Afiq. Melihatkan muka Afiq yang sedang risau itu membuatkan Siao Fang lantas menegur. "Jangan takut, Afiq. Mereka dekat belakang itu tak akan judge kau pun. Kalau dia orang nilai, dia orang yang tunjukkan kebodohan sendiri."
Gopal mempersetujui kata - kata Siao Fang. "Betul kata abang ip... eh, maksud aku. Betul kata Siao Fang. Jadi diri sendiri lebih baik daripada menjadi apa yang orang lain mahukan."
Afiq tergelak sekilas. Kalau letak perempuan sebelah Afiq, mesti cair perempuan itu. Gelak Afiq seperti gelak - gelak ala budak 'hot' dan sedap didengar!
"Terima kasih," ucap Afiq. Walaupun nadanya tu tidak sekuat mana, tetapi sekurang - kurangnya dia tidak berkata tanpa suara lagi.
"Tak apa, cuba perlahan - lahan. Lawan anxiety social itu." Siao Fang menepuk perlahan belakang badan Afiq. "Dahlah, aku nak balik tempat aku."
Berbalik pada situasi Raisha, Raisha kini menyimpan seribu kemarahan. Dia memandang sinis Natasha yang baru masuk ke dalam kelas bersama Jianying. Mata Natasha juga kelihatan sembab kerana menangis.
Raisha mengetap gigi sambil memandang Afiq. "Seronok kau, ya? Kau tunggu." Dia tidak akan biarkan Afiq bergembira begitu sahaja! Afiq tidak layak untuk bahagia!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top