10 | AL

          "AKTIVITI kita hari ini adalah menyanyi secara bergilir - gilir." Cikgu Li Jing selaku guru pembantu persatuan Pengakap memulakan bicara. "Tulis tajuk, 'aktiviti menyanyi secara berkumpulan' di dalam kad koko kamu. Nanti bagi cikgu - cikgu dekat sini untuk tandatangan."

   Salah seorang ahli pengakap menyampuk. "Nyanyi? Nyanyi macam mana cikgu? Kena nyanyi kat depan ke?"

   Cikgu Taisir memberikan keterangan. "Macam ni. Contoh, cikgu akan menyanyi lagu." Cikgu Taisir berdehem, cuba membetulkan kotak suaranya sebelum menyanyikan lagu 'Hutang'. "Tepuk amai - amai belalang kupu - kupu."

   Cikgu Muqri menyambung nyanyian. "Bayar duit aku yang semua kau sapu. Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa. Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana? Buai laju-laju buai sampailah pokok sena."

   Cikgu Li Jing meneruskan nyanyian. "Duitku beribu semua entah ke mana. Memanda Fasola tikam di tapak kakinya. Dah memang kau salah 'ku taboh kau pun tak apa!"

   "Woah!" Semua ahli pengakap bersorak mendengar nyanyian cikgu mereka. Rasa macam menonton konsert kumpulan Floor 88 pula!

   Afiq yang merupakan salah seorang ahli pengakap itu menyiku Rizal. Kepalanya digoyangkan, perlahan. Dia meluahkan kata, perlahan. "Aku takutlah."

   "Ala, tak apa. Kalau kau rasa resah, picitlah squishy itu. Dia orang tak judge kau punya." Rizal cuba menaikkan semangat kawannya. "Lagipun aku ada, Gopal pun ada. Kan, Gopal?"

   Gopal tidak menyedari namanya diseru oleh Rizal. Dia sibuk memerhati dari jauh kelibat Sina Yaya sedang membuat aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merahnya, di gazebo perempuan. Lagipun jarak mereka tidaklah begitu jauh. Jarak antara foyer B dan gazebo perempuan hanya beberapa meter sahaja.

   (Sekolah Sri Nizur menggabungkan terus pelajar tingkatan satu sehingga pelajar tingkatan lima. Memang tiada sesi petanglah. Ada sesi pagi sahaja.)

   "Gopal, kau termenung apa?"

   Gopal tersentak apabila bahunya ditumbuk perlahan Rizal. Dia menoleh ke arah Rizal. Lehernya digaru, kekok. Dia cuba memalsukan sengihannya. "Maaf, kau panggil aku ke?"

   Afiq berbisik dalam nada prihatin. "Kau okey ke?"

   Gopal sudah berpeluh. Tidak mungkin dia ingin beritahu dia intai budak junior! Tingkatan satu pula itu! "Aku..." Katanya dipintas dengan arahan cikgu Li Jing. Ketika itu, Gopal menarik nafas lega.

   "Baik, semua. Duduk dalam bulatan. Satu bulatan, sepuluh orang. Cikgu akan bagi kotak dan kamu akan cabut tajuk lagu yang kalian akan nyanyikan." Cikgu Li Jing memperjelaskan arahan satu persatu. Kalau tidak faham, memang kena ketuk kepala  dengan batang penyapulah.

   Rizal mencuit Afiq untuk bangun. Afiq berasa ingin berlari pulang ke rumah melihat adanya Kuzaimie di dalam kumpulan bulatan itu. Aduh, teman lelaki 'crush' sekumpulan dengannya pula!

   Afiq menendang perlahan belakang kaki dua kawannya sehingga kedua rakannya menoleh ke belakang. Dia menayangkan wajah simpati dalam makna. Tidak bolehkah kalau tukar kumpulan?

   Seakan - akan memahami maksud itu, Gopal mengajak mereka masuk ke dalam kumpulan yang lain. Afiq perasan yang Kuzaimie dan teman di sebelahnya asyik menjeling - jeling dirinya tapi dia endahkan sahaja.

    Afiq mengeluarkan buku notanya dengan terketar - ketar. Dia menulis sesuatu di atas sebelum diserahkan kepada Rizal.

Rizal, kau rasa kenapa si Kuz dengan member dia asyik pandang aku?

   Rizal yang selesai membaca terus memalingkan wajah ke arah Kuzaimie dan rakannya. Serentak dengan itu, kedua makhluk Allah itu melarikan pandangan dari menatap wajah Afiq dan Rizal.

   Rizal menghinjut bahu. "Entahlah. Biarkan sahajalah. Mungkin dia pandang benda lain."

   "Aku cabut dulu, ya?" Gopal memasukkan tangannya ke dalam kotak sebaik sahaja kotak itu diterima. Satu lipatan kertas diambil.

   Senorita

   "Wah, lagu kegemaran ni!" Latif memberitahu, teruja.

  "Siapa nak mula, ni?" soal Gopal.

   Omran mencadangkan nama kawannya. "Memandangkan Latif kata ini lagu 'favourite' dia, bagilah dia nyanyi dulu."

   "Okey. Aku mula dulu, en? Ehem!" dehem Latif sebelum memulakan nyanyian. "Abang Long Fadhil dua. Brrr... yah! DAC! 'Latif' in the house, yo! Shuib in the house. You better listen up. C'mon, as one, C'MON! Five four three two, let's go!"

   Omran di sebelah Latif meneruskan nyanyian. "Kau buat aku terpana. Kau buat ku hilang kata. Kau buat tidur tak lena. Sampai nak naik gila."

   Ghulam turut menyambung siap dengan lenggok sekali. "Mandiku rasa tak basah. Demamku tak kebah-kebah. Jangan kau biar ku rebah. Ku mahu terus gagah."

   "Degup jantungku palpitasi. Cepu mindaku halusinasi. Mari kesini, marilah oh Senorita," sambung Finn.

   Rizal menyanyi diikuti dengan sorakan pelajar lain. "Degup jantungku palpitasi. Cepu mindaku halusinasi. Mari kesini, marilah oh Senorita!"

   Nyanyian itu terhenti kepada Afiq. Afiq terkedu seketika. Rizal dan Gopal menayangkan wajah menyokong. Jantung Afiq berdebar laju ketika itu. Huhuhu, dia lebih lera terjun ke dalam lumpur daripada hadap semua ini.

  "Eh, bukan dia bisu ke? Aku tanya saja. Mana tahu tak boleh nyanyi," kritik Adrian tanpa memikirkan perasaan Afiq. Dia membuat sangkaan sebegitu kerana dia  dengar daripada Raisha yang Afiq ini sebenarnya bisu.

   Gopal menyangkal tuduhan Adrian. "Hey, mana adalah. Afiq cuma pendiam. Dia bukannya bisu!"

    Afiq menarik nafas, mengumpul kekuatan. Tergagap - gagap Afiq menyanyi. "Ba... ba... ba. Baga... bagaikan bida... bidadari dari syurga."

   "Teruskan! Kau boleh!" Omran memberikan kata - kata semangat kepada Afiq . Walaupun dia tidak begitu mengenali Afiq kerana berbeza aliran kelas, dia seakan - akan ingin memberikan kata - kata semangat pada Afiq.

   Afiq terkedu mendengar sokongan dari Omran. Seakan mendapat kekuatan, dia menyanyi kembali. "Bagaikan bidadari dari syurga. Kadang kadang aku panggil kamu Senorita. Panggilan manja untuk buat kau suka. Jatuh cinta, mamacita."

   Terzip mulut semua orang di situ. Bukan kerana terkejut mendengar budak pendiam itu tiba - tiba menyanyi tetapi mereka tergamam mendengar suara Afiq. Suara itu memang kena dengan wajahnya yang hensem bergaya itu. Dua kali dengar, macam suara artis Korea.

   "Wah, tak sangka suara kau sedap!" puji Latif.

   Afiq tidak terkata mendengarnya. Terasa terharu menyerbak di dada. Rizal menepuk belakang Afiq, perlahan seakan menyatakan rasa bangganya.

   Gopal mencelah. "Dey, bagilah aku nyanyi pula."

   "Ha, nyanyilah Gopal." Rizal memberi ruang untuk Gopal menyanyi.

   Dengan penuh semangat, Gopal menyambung nyanyian Afiq. "Mamacita senorita. Dia tidak pandang evo, lambo. Dia cuma cari yg jujur. Abang tak poyo! Mamacita, Senorita..."

   Afiq sempat menguntum senyum. Dia sangkakan semua orang akan mengutuk dan lemparkan hinaan kepadanya tetapi dia ternyata silap. Tidak sangka masih lagi ada orang yang baik di dunia.

...

   Keesokan harinya, balik sahaja daripada kantin, Natasha terus diheret ke dalam kelas melalui pintu belakang. Natasha merentap tangan yang menggengam pergelangan tangannya. Dia mengangkat wajah memandang si gerangan. "Raisha."

   "Ingat tak surat yang peminat kau bagi semalam?" Raisha menyoal penuh makna.

   Wajah Natasha memerah mengingatkannya. Secara jujur, itulah surat paling romantik dia yang pernah terima dari peminatnya, seumur hidup dia. "Ya... ya. Kenapa?"

   "Kuzaimie kata dia tahu siapa yang bagi. Dan dia akan kenakan orang itu hari ini." Hampir berhenti jantung Natasha mendengar kata - kata Raisha.

   Natasha menoleh ke sebelahnya. "Kuzaimie. Kejap, kau kata hari ini. Tak mungkin peminat itu dari kelas ini?"

   Mata Natasha tertancap pada sebaldi air yang diletakkan di atas pintu, menunggu masa untuk ditarik dan dijatuhkan ke atas si pelaku.

   "Kuzaimie." Natasha memanggil teman lelakinya.

   "Oh, Natasha." Kuzaimie turun dari duduk dari atas meja guru. "Saya geramlah dengan orang yang berani hantar surat dekat awak. Dah tahu awak ada teman lelaki, sibuk mahu hantar surat. Nasib Kai ada beritahu saya siapa orangnya."

   Natasha bertanya. "Siapa?"

   Kai yang menjenguk ke luar terus melaporkan keadaan kepada Kuzaimie. "Kuzaimie, si pelaku itu dalam perjalanan menuju ke sini!"

   "Bagus. Kita tunggu budak itu masuk. Lepas itu biar dia basah kuyup dengan air bekas cuci tandas ini." Kuzaimie sudah tersenyum jahat. Tangannya memegang erat tali yang dipaut pada baldi itu.

   Natasha menjadi resah. Kasihan rakan sekelasnya itu nanti. "Hey, Kuzaimie. Janganlah. Saya bukan suka dia pun. Tak payahlah buli dia macam ni."

   Kalau penolong ketua kelas datang, pasti akan dimaki hamun perbuatan Kuzaimie tapi sayangnya, Idayu menghidap demam panas. Beberapa pengawas seakan tiada fungsinya. Hanya goyang kaki sahaja.

  "Selepas itu, awak back up budak itu kenapa? Awak nak pergi dekat dia dan tinggalkan saya?" Kuzaimie mengherdik Natasha. Bengang bercampur cemburu tatkala Natasha seakan menyebelahi 'peminat misteri'nya.

   "Dia dah datang!" teriak Kai.

   "SPLASH!"

   Bau hancing mula melekat di baju seseorang itu. Riak wajah si mangsa turut berubah bengang. Gopal mendekat Rizal yang sudah disirami air cucian tandas itu. "Wey, apa fasal ni?"

   Afiq memegang bahu Rizal. Melekit. Malah, tangannya juga berbau seperti air kencing.

   Natasha tergamam. Rizal? Peminat misterinya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top