1 | AL

           UDARA di sekeliling itu dihirup dengan penuh rasa tenang. Satu senyuman penuh senang terbit pada wajah Natasha. Tidak sabar mahu mengumpul kawan - kawan di sekolah ini.

   Natasha berjalan tanpa arah tuju mencari bilik pengetua. Dia sudah dididik untuk berdikari dalam apa  jua hal. Sebuah keluhan terlepas darinya apabila gagal menjumpai bilik pengetua.

   "Haih... nak tak nak kena tanyalah." Natasha berbisik pada dirinya sendiri. Langkahnya dipercepatkan menuju ke seorang gadis yang baru keluar dari tandas.

   Belum sempat dia menyapa gadis itu, tubuh kecilnya dirempuh oleh seseorang sehingga terjatuh terduduk dia dibuatnya! Natasha merungut apabila punggungnya terasa berdenyut kerana terhentak terlalu kuat.

    "Maafkan saya," ucap Natasha. Namun, tiada balasan yang datang dari pihak kedua. Dahinya berkerut berang.

   "Woi, mata letak kat mana, ha? Lutut?" teriak Natasha, bengang melihat lelaki itu pergi tanpa memohon maaf.

   Lelaki bersama seorang rakannya berpaling. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya mengangkat tangan kanan sebagai isyarat memohon maaf sebelum berjalan penuh tergesa - gesa.

   Bibirnya diketap kuat. Rasa tidak puas hati merasuk hatinya. "Kurang asam betul. Main pergi je. Nasib aku budak baru. Kalau tak, memang aku karate dia orang itu."

   "Kring!"

   Bunyi loceng itu mengejutkan Natasha yang menggumam sendiri. Ah, sebab budak itulah dia bakal lewat ke hari pertama sekolah ini!

...

   Afiq menunduk sambil tangannya menconteng kulit belakang buku tulis sekolahnya. Penselnya menari melukiskan seorang lelaki sedang memegang sekuntum bunga sambil mendongak ke langit.

   Sebenarnya dia bukanlah minat melukis sangat pun. Cuma dia rasa takut dan seram sejuk dengan orang sekeliling! Rasa seperti diperhatikan. Rasa tidak selamat. Jadi, dengan melukis, dia boleh kurangkan rasa gemuruh itu.

   "Kau orang! Kau orang!"

   Afiq berpaling ke arah pintu kelas. Kelihatan Gopal sedang termengah - mengah di hadapan kelas. Rizal di sebelahnya hanya menggelengkan kepala. Itulah mahu lari sangat. Orang suruh jalan tidak mahu.

   "Cikgu Roziah tak ada!" Sekali dengan sorakan itu, semua pelajar kelas 5 Cendekia bersorak gembira! Yay, cikgu tiada! Boleh buat kerja sendiri! Sememangnya ini sebuah kebahagian buat para pelajar.

   Perlahan - lahan Gopal menuju ke arah Afiq dan mengambil tempat di sebelahnya. Tercungap - cungap dia mengambil nafas. "Huh... penat. Penat. Aku rasa aku dah turun 1 kilogram."

   "1 kilogram? Lah... kita lari dari bilik guru je kot. Nanti kau melantak pula masa rehat nanti. Naik balik 1 kilogram tu." Sinis Rizal berkata. Dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, tidak pernah dilihat tubuh badan kawannya berubah. Sama sahaja.

   "Choi! Kau tunggu. Bila aku dewasa nanti. Aku lagi hensem dari kau. Kau tunggu." Gopal dengan yakinnya menggambarkan dirinya di masa hadapan.

   Rizal hanya melayan. "Yalah."

   Gopal menyiku Afiq. "Afiq, tadi kan. Rizal pergi langgar satu awek lawa ni."

   "Awek lawa?" soal Afiq tetapi dalam nada perlahan. Memang perlahan sangat! Kalau letak lalat dekat sebelah Afiq pun belum tentu lalat itu dengar.

   Rizal membaca gerak bibir Afiq sebelum membalas. "Ha, betul. Awek lawa. Aku rasa dia budak barulah sebab tak pernah nampak dia lagi."

   Afiq mengangguk, mengiyakan kata - kata Rizal.

  "Pergh. Cantik gila kau lukis! Memang bakat kau menurun dari ibu kaulah," puji Gopal dengan ikhlas tetapi tidak disahut Afiq. Afiq hanya mampu membalas dengan anggukan.

   Tetapi, jangan risau! Gopal dan Rizal sudah biasa dengan perangai Afiq. Mereka berdua tidak terasa hati pun kerana mereka tahu Afiq mempunyai kebimbangan sosial yang teruk.

   Dahulu, Gopal dan Rizal berkawan dengan Afiq tiga tahun lepas. Mula - mula memanglah susah mahu mendekati Afiq tetapi apabila sudah lama mengenali, barulah mereka berdua tahu yang Afiq ini peramah dan sengal sebenarnya.

   Sayangnya... dia trauma disebabkan masa silam yang dialaminya di tingkatan 1.

   "Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!" Terkejut warga penduduk 5 Cendekia mendengar ucapan salam itu. Eh, Cikgu Roziah ada? Secara automatik, wajah Gopal menjadi tumpuan rakan sekelas 5 Cendekia.

   Gopal yang merasa dirinya diperhatikan, menayangkan wajah tidak bersalah. "Mana aku tahu. Aku cuma Gopal."

   "Bangun! Selamat sejahtera Cikgu Roziah!" kata Rizal diikuti pelajar yang lain.

   "Selamat sejahtera semua. Boleh duduk." Sebaik sahaja mendengar arahan Cikgu itu, bunyi geseran kerusi ditarik kedengaran beberapa kali sebelum ianya terhenti sendiri.

   "Macam awak lihat. Mulai sekarang, inilah ahli keluarga baru 5 Cendekia. Natasha, perkenalkan diri." Cikgu Roziah memberi ruang kepada Natasha untuk berbicara.

   "Saya Natasha Julia Binti Daud Razid. Saya pindah dekat sini macam korang agak. Ikut ayah yang dinaikkan pangkat. Saya gembira sebab masuk kelas kau or..." Natasha mengecilkan matanya memandang Rizal dan Gopal yang duduk di berdekatan Afiq. Eh, itu bukan budak - budak yang langgar aku ke tadi?

  "Ha, Natasha, boleh duduk di sebelah Raisha." Natasha memandang tempat duduknya mengikut jari telunjuk Puan Roziah. Kelihatan seorang budak perempuan berambut keperangan menggeletis menepuk meja sebelahnya. Oh, itu ke Raisha?

   "Okay, murid - murid. Mana kerja sekolah yang cikgu suruh buat semalam?" Riuh - rendah sebentar kelas itu dengan keluhan suara murid - murid. Ada yang tidak siaplah itu.

   Ketika itu Gopal menghembuskan nafas lega. Manik peluh yang muncul di dahu dikesat. Buku tulis Sains milik Afiq dihulurkan senyap - senyap pada Afiq. Memang ekstrem betul salin kerja rumah masa cikgu berucap di hadapan!

   "Kau nampak tak budak tepi budak india itu?" Raisha menunding jari ke arah Afiq yang duduk di sebelah Gopal.  Sempat lagi minah ini berbual masa penolong ketua kelas kutip buku.

   "Ha, iya. Nampak," balas Natasha setelah mengenal pasti budak yang ditunjuk Raisha itu.

   "Kau jangan dekat dengan dia. Dia tu pelik. Sombong." Raisha memburukkan nama Afiq di hadapan Natasha.

   "Eh? Sombong? Kenapa cakap macam tu?" Dahi Natasha, kehairanan. Tidak boleh percaya sangat ini. Dia baru sahaja masuk ke dalam kelas ini.

   Raisha memandang ke kiri dan ke kanan. Suaranya direndahkan. "Kalau kau nak tahu dia pernah rogol seseorang dekat sekolah ini. Jahat gila dia itu. Diam diam ubi berisi. Jadi aku minta tolong sangat jangan dekat dengan dia."

   Pada mulanya Natasha tidak percaya tetapi setelah mendengar cerita Raisha membuatkan kepercayaan dia berubah menjadi 50 peratus. "Betul ke?"

   "Yalah. Tak akanlah aku nak tipu pula. Kita warga perempuan mestilah saling melindungi," bicara Raisha lembut cuba menyakinkan budak baru itu. Sebolehnya dia suka lihat si Afiq itu berseorang!

   "Eh berbual sakan minah ini. Cepatlah mana buku tulis Sains kau?" soal Idayu dalam nada bengang. Menyampah pula dia dengan perempuan ini. Dari tadi  hulur tangan minta buku latihan Sains, boleh pula si Raisha pulaukan dia? Dasar...

   "Ala, semaklah minah ni!" Raisha menjeling ke arah Idayu yang mengganggu perbualannya. Buku latihannya dicampak kasar ke arah Idayu. Nasib Idayu dapat menyambutnya.

   Sementara itu, mata Natasha tidak lepas memandang Afiq. Khabar angin yang dibawa Raisha masih terngiang - giang dalam mindanya. Betulkah dia pernah rogol orang? Macam baik sahaja budaknya.
  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top