Sekapur Sirih.


Dengan penuh rasa syukur saya panjatkan kepada yang Esa di atas kelahiran antologi cerpen ganjil ini. Cerpen ini merupakan tulisan kecil.pertama saya yang terbit secara fizikal. Perasaan saya bercampur baur dengan kehadiran anak sulung saya ini.

Paling utama saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak penerbit iaitu Menara Seni kerana mempercayai karya saya yanh tidak seberapa. Menerima karya saya juga suatu rahmat besar kerana saya sedar siapalah saya dalam dunia penulisan ini. Kepada pihak editor brother Mitch terima kasih sebab terpaksa pening kepala baca cerpen saya tu. Ampun...

Terima kasih juga kepada mereka yang menyokong saya, terutama permata G2C saya tu. Anak-anak mami memang terbaik sepanjang zaman. Kepada kawan-kawan wattpad, facebook dan sekeliling. Mak yang selalu membebel sebab tak kemas dapur asyik menghadap laptop saja, maaf mak ye. Anak mak tengah berjuang sebenarnya.

Special thanks kepada 3 orang ini yang banyak membantu saya menyiapkan cerpen saya @mitch AdrianLiMy  dan JuneZaidi. 3 orang ni yang banyak beri semangat pada saya semasa saya kata saya dah 'give up'. Tanpa mereka saya rasa memang saya dah betul-betul 'give up' tak ada rasanya cerpen saya dalam buku ni.

Kepada 15 rakan penulis lain, juga saya ucapkan terima kasih. Tanpa kerjasama dari kalian, mustahil antologi ini terbit.

Antologi ini dijangka akan terbit pada bulan December 2018. Harap semuanya berjalan lancar.

Maaf membebel banyak sebab dalam antologi tu saya tak dapat nak tulis sekapur sirih. Rasanya tuan editor tahu, kalau saya tulis sekapur sirih mungkin akan jadi cerpen sedih pula nanti. Hahaha...

Akhir kata,

Jika ada sumur di ladang,
Boleh beta menumpang mandi,
Jika ada masa yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Assalamualaikum dan semoga kita bertemu pada lembaran yang akan datang, InshaAllah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top