3
Cerpen aje ya bukan novel 😁
Part 3 💗
"AIR..." Aku menghulurkan botol mineral kecil pada Fiq Nadzhan.
Dia menyambut dan meneguk air itu agak rakus. Setelah selesai, dia memberikan botol itu kepadaku lagi. Dia membaca sehelai kertas dengan khusyuk.
Pintu bilik rehat diketuk dari luar. Aku pula seperti orang gaji lantas membuka daun pintu seluas-luasnya. Seorang gadis manis bertudung labuh menapak masuk dua langkah ke dalam.
"Is it okay?" Soal gadis itu.
Nadzhan smirk. Aku nampak bibirnya terherot sedikit.
"Better than before." Nadzhan meletakkan kertas itu ke atas meja. Dia bangun dan keluar dari bilik.
Gadis itu sempat memandang ke arahku.
"Siapa ek?" Soalnya.
"Saya kerja dengan dia." Aku menunjuk ke arah Nadzhan yang sedang memanjat tangga menuju ke tingkat dua.
"Oh... I'm sorry about the script. I tak tahu yang Encik Nadzhan tak nak scene menangis." Dia berkata sambil tersenyum kecil.
Barangkali dia yang bertanggungjawab menulis skrip drama ini. Tapi sebenarnya dia tak perlu meminta maaf. Sepatutnya lelaki itu yang meminta maaf kerana tidak mampu membawa watak yang ditulis dengan baik.
*****
NADZHAN yang sedang memejamkan mata itu aku perhatikan dalam senyap. Orangnya memang kacak. Lebih kacak dari yang terpapar di skrin tv. Dia juga jauh lebih tinggi dari yang aku sangkakan.
Setengah jam aku ralit membaca tab yang diberikan oleh Haidar, cuba mengkaji perjalanan hidup Fiq Nadzhan secara dekat. Malah latar belakang serta ignya juga aku stalk. Selama ini mana pernah aku berminat untuk tahu hal-hal artis Malaysia kerana aku lebih gemar dengan rancangan tv negara lain. Namun untuk Nadzhan, aku perlu mengetahui latar belakang lelaki itu secara detail.
Tersungging senyumanku melihat komen-komen drama tentangnya.
'Fiq ni hensem, tapi lagi hensem kalau dia pandai berlakon. Fix to sing la bro.'
'Dua drama dia, dua dua popular. Tapi popular dengan budak-budak remaja ajelah.'
'Hairan kenapa dia jadi pelakon. Dia menyanyi not bad tapi berlakon masih kayu. I give him 1 star, sorry.'
Aku terangguk-angguk sendiri. Kenapalah dia jadi pelakon kalau tak reti berlakon?
"Siapa nama kau?"
Aku terkaku sebentar apabila mendengar suara garau itu kedengaran. Dia sedang merenungku tajam. Entah bila dia terbangun dari lenanya...
"Dania." Jawabku sepatah.
"Mana Haidar?"
"Dia ada kerja jadi dia pergi masa encik berlakon tadi."
Wajah Nadzhan bertukar tegang.
"Sarah minta kau jadi assistant aku?" Soalnya berdiri tegak. Dia menghampiriku.
Oleh sebab aku gabra, spontan aje aku berdiri sebelum dia memerangkap diriku di kerusi.
"Tak tahu..." Ucapku seraya bergerak ke tempat yang lebih lapang. Jauh dari Nadzhan.
Dia memeluk tubuhnya merenungku dari atas ke bawah. Renungan itu membuatkan aku tertanya-tanya perkara yang sedang berlegar di kepalanya.
"Tak tahu?" Dia mengulang kata-kataku.
"Saya baru masuk kerja tadi."
Dia berdiri tanpa bicara. Aku teragak-agak sebelum berdeham kecil.
"Saya rasa kita kena gerak sebab pukul 4 nanti encik ada program kat RTM." Ucapku.
Lelaki itu tersenyum senget. Sedang memperkecil aku di dalam hatinya barangkali? Ah, ada aku kisah? Biarlah dia mengejek pun, aku memang tak kisah.
"Kita ada masa lagi." Nadzhan melangkah lagi ke arahku. Kali ini aku tidak berganjak, membiarkan dia menyoroti wajahku selama-lama yang dia mahu asalkan dia tidak menyentuhku.
"Kau..." Dia terdiam sebentar sebelum mengambil tab dari tanganku. "Ikut aku jumpa Maisarah."
Dia menyentuh bahuku. Menolak aku untuk berjalan ke hadapan mendahuluinya.
Aku tidak suka dengan tindakannya. "Encik..." Aku memusingkan tubuh menghadapinya.
Dia yang tidak lebih satu meter denganku mengangkat kening hitamnya. Aku tiba-tiba gagal membuka mulut. Biarlah aje sekali ini. Lain kali kalau dia berani menyentuh mana-mana anggota tubuhku, barulah aku menegur tindakannya.
Aku menghela nafas dalam sebelum menggeleng kepala. Aku berjalan menuju ke arah van yang tersedia.
Dan tiba-tiba bahuku terasa berat. Aku terkejut kerana bauan wangi lelaki itu menerobos masuk ke dalam rongga hidungku. Yang lebih membuatkan aku terkejut, Nadzhan meletakkan tangannya di atas bahuku. Jantungku bergerak laju. Aku memaku langkah dan menoleh ke arah lelaki itu.
Nadzhan, dia sedang tersenyum lebar. Menyoroti wajahku dalam-dalam. Wajahnya semakin hampir denganku sehingga hampir membuat diriku hilang nafas.
Sebenarnya aku mahu bertempik. Aku mahu berlari dari pelukan bahu lelaki itu. Namun hanya otakku yang bergerak, jasadku seperti hilang semangat.
"Fiq?"
Suara itu membuatkan aku tersentak dan cepat-cepat bergerak menjauhi Nadzhan.
Maisarah sedang memandang ke arah kami berdua. Wanita elegan itu berkali-kali menatap wajahku berselang seli dengan Fiq Nadzhan.
"Sarah..."
"Apa you buat pada dia?" Soal Maisarah mengetap bibir.
"Just flirting. You hantar assistant yang cantik. I'm more than happy!"
Aku terpinga-pinga. Kenapa suara lelaki itu berbunyi sinis saja?
"Come, we need to discuss." Maisarah membuka pintu van dan masuk ke dalam van tersebut.
Aku yang masih clueless ini hampir-hampir melarikan diri sebelum terasa pergelangan tanganku ditarik oleh Nadzhan untuk melangkah menuju ke dalam van.
Tiga kali. Tiga kali dia menyentuh tanpa kebenaran dan kerelaanku. Aku bersumpah tiada kali yang keempat selepas ini!
"I have black belt," ujarku sambil merentap tangan dari genggamannya.
Dia terpaku sebentar sebelum melepaskan tawanya.
#clichelovestory
#antilelakiego
#nadzhanDania
#shortstory
#rinsyachasiani
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top