2
PART 2
GEGARAN telefon pintar membuatkan aku tersentak sedikit. Whatsapp daripada Rahayu.
'Okey tak kerja?'
Aku cepat-cepat membalas. 'Belum ada apa-apa. Duduk tunggu orang bagi kerja.'
"Dania." Haidar memanggil tiba-tiba.
Aku memasukkan telefon pintar ke poket seluar sambil mengangkat punggung apabila ternampak Haidar berjalan mendekatiku.
"Ya?" Aku membuka mulut sebaik sahaja Haidar duduk di atas sofa.
"You duduk dulu," pinta Haidar.
Aku menurut tanpa banyak tanya. Dia menyuakan tabnya kepadaku.
"Ini jadual Fiq, you follow dia hari ni sebab I ada kerja lain nak buat."
Aku terpaku. Itu sajakah kerjaku?
Pagi ini, jadual Fiq Nadzhan hanya penggambaran drama Syurga Hatinya di rumah dua tingkat yang sedang kami duduki. Petang pula slot interview di RTM.
Tercegat berjam-jam sebentar tadi sambil melihat lakonan Fiq Nadzhan yang nampak kayu membuatkan aku sedikit rimas. Mujurlah scene seterusnya tidak lagi berada di ruang tamu. Mereka berpindah ke tingkat atas. Aku mengambil peluang itu untuk duduk di sofa ruang tamu menunggu mereka selesai penggambaran.
"Makan tengah hari selalunya dia akan pilih restoran Jepun. Tapi you mesti tegas sikit dengan dia. Dia ni, if you tak hati-hati, silap hari bulan malam ni naik berita skandal terbaru. You kena pandai control dia." Haidar tersenyum kecil. Aku kurang faham dengan kata-kata lelaki bertubuh gempal itu.
"You bertanggungjawab sepenuhnya dengan Fiq Nadzhan. Sepanjang I manage dia, dia bersih dari berita skandal. Tapi sekarang syarikat nak I handle new star. Macam mana you nak buat dengan Fiq, its up to you."
Apa Haidar ni?
Aku rasa dia silap bagi arahan. Aku ni baru lagi...
"Haidar, Fiq mengamuk kat set 3." Seorang lelaki muncul memberitahu kami.
Haidar bangun dari duduknya dan bergerak cepat menuju ke tingkat atas. Secara spontan, aku turut mengekori Haidar untuk mengetahui perkara yang terjadi.
"Lima kali not good dah ni." Aku dengar seseorang merungut. Wanita itu memegang kamera besar.
"NG habis, aku tak tahulah kenapa dia ni jadi pelakon. Skrip pun tak ingat. Hampeh. Perasan bagus pulak tu." Kawannya yang seorang turut mengutuk.
Aku pandang Haidar yang berusaha menenangkan Fiq Nadzhan. Nadzhan kelihatan marah dan memukul kertas skripnya pada dinding berkali-kali.
"You kena follow skrip ni."
"I am!"
"Calm Fiq. Ramai yang tengok you. You nak orang anggap you tak profesional?"
"Minta penulis skrip ni ubah skrip sekarang jugak!" Suara Fiq memenuhi seluruh ruangan set penggambaran bilik tidur yang agak sempit dan kecil.
Aku masih setia memandang wajah Nadzhan yang kemerah-merahan menahan amarah.
"Aku dah bagitau prinsip aku sebelum ni. Tak clear lagi ke?" Nadzhan mengangkat skrip itu tinggi sebelum dicampak ke lantai. Seperti hasil kerja yang menaip itu langsung tak berharga di matanya.
"Macam ni lah, nanti penulis skrip betulkan part yang you tak suka tu. Tapi you mesti profesional Fiq. Takkan scene menangis pun you tak pandai nak hayati." Ucap seorang lelaki yang berada berdekatan dengan mereka.
Aku kira dia pengarah drama dari penampilannya. Jika tidak, manakan mungkin dia berkuasa untuk meminta penulis skrip meminda skrip on the spot.
"Dania!" Haidar menjerit.
Aku segera mendekati lelaki itu seperti lembu dicucuk hidung.
"Bawa Haidar ke bilik rehat dia." Arahan Haidar segera membuat aku jadi kaku.
Macam mana nak cakap dengan Nadzhan yang kelihatan tegang itu?
"Err... Ke bilik rehat dulu..." Aku rasa seperti bercakap dengan maharaja. Takut dan gugup.
Fiq mendengus dan berlalu melepasiku. Serta merta aku jadi lega.
"I minta maaf Tuan Zahir... Jarang-jarang Fiq buat hal macam ni. Mood dia dari pagi tak berapa elok." Aku sempat mendengar kata-kata Haidar meluahkan kekesalannya.
"Macam manalah you all manage your artist. Scene menangis pun tak boleh buat. Sebelum ambik job, jenguklah tajuknya dulu. Ni bukan cerita romantik komedi!" Lelaki yang kukira pengarah tadi kelihatan tidak berpuas hati.
Aku segera berlalu dari situ apabila melihat kelibat Nadzhan menghilang dari pintu.
Sampai di bilik rehat yang dikhaskan untuk Nadzhan, kulihat lelaki itu sedang duduk sambil meletakkan kedua-dua tapak tangannya ke dahi. Aku menutup pintu bilik berhati-hati kerana risau mengganggu lelaki itu.
Aku tercegat kaku di tepi dinding sambil memandang ke arah Fiq Nadzhan.
Sebenarnya, aku tidak tahu apa yang perlu kulakukan. Untuk membuka mulut juga seperti mustahil. Tak kan nak cakap, 'Awak tak suka scene menangis ke?'. Dania, dia bukan kawan kau...
Risau pasu bunga yang berada dekat dengannya dicampak kepadaku pula jika salah 'buka cerita'.
"Air?" Bibir lelaki itu menggumam.
Serta merta dadaku seperti terkena renjatan elektrik. Terkejut bercampur cuak.
"Air?" Ulangku. Ah sudah. Mana pula nak cari air kat sini?
"Air aku kat mana?" Soalnya menekan suara.
Aku mengetap bibir tatkala dia menjatuhkan kedua-dua tangannya sehingga wajah itu kelihatan jelas pada deria penglihatanku. Mata lelaki itu tajam memandang ke arahku. Malah seperti menembusi kepalaku.
Tiada senyuman di bibir Fiq Nadzhan.
Renungannya benar-benar dingin sehingga buku romaku jadi merinding.
#antilelakiego
#rinsyachasiani
#shortstory
#clichelovestory
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top