3. FRIEND ZONE
Dia menghempas badan pada sofa. Tengelam Aldean dalam kelembutan sofa biru itu. Dia mencapai remote yang terselit di punggungnya. Ekor mata menangkap sosok tubuh perempuan di tepinya.
Tercegat di situ. Terkejut beruk dia dan melompat melihat siaran drama bila remote ditekan Aldean. Kemudian berlari ke arah skrin besar itu. Jakun melihat orang dalam skrin besar.
Aldean tergelak geli hati. Gelagat perempuan itu diperhati. Sekejap disentuhnya skrin. Sekejap muka di dekatkan. Sungguh bersinar mata kali pertama melihatnya.
Genap seminggu perempuan itu duduk rumah Aldean. Kelakuannya semakin hari semakin baik. Bila diperhatikan perangai liar masih ada tapi ikut mood dan masa dia. Sebab itu Aldean berani lepaskan harini.
"Tepi sikit saya nak tengok tv ni." terpaksa dia alihkan posisi badan.
Bila perempuan itu bergerak ke kanan, Aldean bergerak ke kiri. Bila dia ke kiri, Aldean bergerak ke kanan. Betapa gigih Aldean nak tengok tv. Bukan tak nampak tapi tak seronok bila tengok tv lepas itu ada yang menghalang pandangan.
Perempuan itu pantas toleh sambil menekan jari pada skrin tv. Ditunjal-tunjalnya skrin tv berinci 98 inci. Senyum Aldean melebar.
"Ah, ingat comel buat macam tu? " tangannya mengosok belakang tengkuk.
"Saya ... saya ...."
Aldean angkat muka melihat bibir mungil itu bergerak-gerak mahu memuntahkan suara tapi kelihatan macam susah sangat.
"Awak boleh bercakap? Kenapa tak bercakap dari awal? "
"Saya ... saya ... boleh ... cuma ambil masa nak sesuaikan diri dengan bahasa awak. " balasnya gagap. Jari telunjuk masih melekat pada skrin tv.
Aldean beralih ke kanan sikit lalu menepuk ruang kosong di sebelahnya. Tapi perempuan itu tak faham dan hanya terkebil-kebil pandang Aldean.
"Duduk sini."
Tanpa membalas perempuan itu menurut. Aldean mengaru belakang tengkuk bila perempuan itu terkebil-kebil memandangnya.
"Nama siapa?"
"Tak tahu."
"Tinggal mana?"
"Tak tahu."
"Kad identiti awak ada?"
"Tak tahu."
"Awak ni misterilah." Kepala digaru buntu. Biar betul perempuan ni. Semua benda tak tahu. Habis dia duduk dekat mana hutan? Dalam gua?
Tiba-tiba perempuan itu tunjuk tv. Kepala Aldean bergerak mengikut arah tujuan perempuan itu.
"Hutan?" kata Aldean terkejut.
"Tak ... benda besar tu apa?" suaranya kedengaran perlahan tapi ada terselit teruja.
Aldean mengulum senyuman. "Oh itu, smart tv."
"Itu apa?" kali ini kipas besar melekat dekat siling atas ditunjuk.
"Yang itu kipas."
"Kipas tu apa?"
Aldean tarik nafas panjang. Kepala digaru-garu. Tak akan semua benda dia nak kena terangkan? Perempuan ni tak pernah jumpa ke benda-benda macam ni?
Ting tong!
Sebelum Aldean menoleh ke arah pintu, laju je perempuan itu toleh. Dia pandang Aldean balik dengan muka tanda tanya. Bibirnya bergerak-gerak mahu tanya, Aldean terlebih dahulu bangun dari tempat duduk.
"Arin! Sampai pun." Aldean bertukar ceria. Bungkusan makanan diambil dari tangan Arin. Gadis itu tersenyum manis semanis gula. Malang Aldean ditolak mentah-mentah.
"Duduk dulu saya nak bawak barang ni ke dapur kejap." pelawa Aldean.
Perempuan itu pandang Arin pelik bila duduk di sebelahnya. Wajah Arin tidak lekang dengan senyuman. Senyuman yang boleh buat lelaki dan perempuan cair. Arin sangat cantik persis model. Namun, perempuan itu bukan pandang kecantikan Arin tapi beg tangan Arin atas riba.
"Dean bagitahu saya tentang awak."
Perempuan itu mendekatkan diri. Beg tangan Arin disentuh. Dia tertarik dengan benda itu. Arin tergelak kecil, dibiarkan perempuan itu memegang beg tangannya itu.
"Nama saya Arin. Nama awak?"Arin tarik tangan perempuan itu dan dia mengosok perlahan.
"Saya ... nama ...." terkial-kial dia nak ingat nama. Dia ada nama tapi dia lupa. Dia lupa segala-galanya. Dia cuma ingat dia kena kejar je malam itu.
"Hazel. Nama dia Hazel." Aldean muncul bawa tiga mug di tangan lalu letak atas meja. Dia main bagi je nama sebab rambut dan mata perempuan itu berwarna coklat. Sesuailah kut.
"Jus oren untuk Hazel dan coklat panas untuk awak."
"Terima kasih."
Hazel terus sambar mugnya, belum lagi dia minum dah letak balik atas meja. Malah ditolak jauh darinya. Dia mencebik seraya mengeleng laju.
"Eh kenapa?" soal Aldean pelik.
Hazel pandang mug yang dipegang Arin. "Nak yang tu."
"Minum je-"
"Saya tak suka air buah." laju Hazel menjawab.
"Tak apa awak ambil je saya punya ni."
Hazel tersenyum suka bila Arin serahkan mug. Coklat suam diminum perlahan. Aldean membisukan diri. Asalkan Hazel tak baling mug tu pun kira okay.
"DEAN, tak apa ke dia tinggal dengan awak?" Arin mengacau kuah kari dalam periuk. Dia sedar Aldean masuk dapur dan berdiri di tepi peti sejuk sambil minum sekotak air susu. Sambil itu mata melirik ke arah Arin.
"Kenapa? Awak nak ajak dia tinggal dengan awak?"
"Kalau boleh ...." balas Arin perlahan. Dia menutup api dapur. Pusing menghadap Aldean.
"Tak bawa dia balai polis?"
Aldean mengeleng. "Saya dah minta kawan saya periksa senarai orang hilang tapi tak ada maklumat pun. Dekat semua hospital pun sama. Sejarah rawatan dia pun tak ada."
Arin menanggalkan apron dan gantung di tempat asal. "Mungkin sebab awak tak tahu nama dia sebab tu tak jumpa."
"Tak ... kawan saya tu pegawai maklumat. Dia dah periksa semua tapi tak ada satu pun maklumat tentang Hazel."
"Ouh ...."
Aldean meremuk kotak susu. Sebelum Arin keluar dapur dia cepat-cepat tarik tangan. Terkejut Arin dengan tindakan Aldean.
"Saya tak faham kenapa awak tolak saya."
Arin mengeluh. "Saya langsung tak ada perasaan dekat awak."
"Tak apa benda tu akan wujud jugak." Aldean tidak putus asa.
"Dean lepaskan saya."
"Arin."
"Awak tak boleh paksa saya. Memang saya betul-betul tak ada perasaan dekat awak. Saya anggap awak sebagai kawan je."
Perlahan Aldean lepaskan tangan Arin. Dia tertunduk kecewa. Arin pusing dan terpandang kepala Hazel sedang menjengah disebalik dinding.
"Saya mintak maaf. Saya memang tak boleh terima awak. Apa-apa yang awak buat saya akan sokong awak." Arin tersenyum tawar sebelum menarik tangan Hazel pergi dari situ.
Betul. Memang betul Arin tak ada perasaan cinta pun pada Aldean. Kosong. Kalau dia terima cinta Aldean, dia yang terluka. Sebab cinta tak boleh nak paksa. Nak jaga hati orang tapi diri sendiri yang merana nanti.
Soal cinta dan pasangan hidup ni kita kena pilih betul-betul. Kita nak hidup bukan sekejap, kita ni akan hidup dengan pasangan kita sampai akhir nyawa tahu!
"Awak jangan buat benda bukan-bukan dekat Hazel pula ye." nasihat Arin bila tiba depan pintu.
"Kalau nak dah lama saya buat." balas Aldean seraya menyilang tangan di dada.
"Hazel kalau Dean ni buat benda yang bukan-bukan bagitahu saya tau. Biar saya basuh otak dia!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top