22. BATU SAPPHIRE
Dia terbaring di tempat duduk penumpang. Mata terbeliak kerana terkejut diculik oleh Kai.
Kereta yang dipandu oleh lelaki itu terasa sangat laju. Ditambah lagi dengan posisinya yang terbalik ini, membuatkan dia rasa berpusinhlg pening. Dua-dua kaki melekat pada cermin, dan kepalanya terjuntai ke bawah.
Hazel kelam-kabut bangun dari pembaringan. Kepala yang terhantuk pada cermin digosok dengan perlahan. Bahu Kai ditepuk berkali-kali.
"Kau culik aku pergi mana ni?"
Mata Kai melirik ke arah cermin pandang belakang. Rupa Hazel dah macam hantu, dengan rambut serabainya lagi sampai tutup muka.
"Ah! Tumbuk bahu aku kuat sikit. Dah lama tak ada orang urutkan. Maklumlah orang bujang." Gurau, Kai.
Gadis itu mendengus geram. Lantas kepala Kai diketuk sekuat hati.
Terkejut beruk dibuatnya! Kereta yang dipandu melayang ke kanan. Cepat-cepat dia mengawal stereng ke landasan betul.
Berdebar-debar jantung dibuatnya. Hampir saja dia mati terlanggar lori.
"Kau gila apa?" marah, Kai. Nampak macam lembut perempuan ni tetapi kasar!
"Biar aku gila, nanti tak adalah orang suka aku." balas Hazel sambil memeluk tubuh.
Kereta berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Kai menghela nafas perlahan dan menekan pedal minyak sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.
"Aku nak ajak teman makan je." ajak Kai.
Dia sendiri tidak tahulah kenapa. Setiap kali dia pergi mana-mana, dia mesti ternampak kelibat gadis ini. Waima, masa dia menyiasat lokasi pembunuhan pun bayang Hazel mesti ada.
Ini yang timbul rasa pelik dalam diri Kai. Hendak tuduh Hazel ini suspek, tetapi tiada bukti. Bila lihat dari luaran, Hazel ini tiada pun ciri-ciri membunuh atau psiko. Itu baru luaran, dalaman dia tidak tahu lagi.
Hal ini, menguatkan hatinya untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam!
Perut diusap perlahan. Pedih. Hanya penuh dengan angin kosong. Sejak pagi lagi dia belum menjamah makanan.
"Jomlah makan."
"Hmm." balas Hazel dengan nada suara dingin.
Kelihatan Hazel memeluk tubuh, lalu bersandar sambil membuang pandangan luar tingkap. Dia memegang hidung. Bau batu Sapphire miliknya sangat kuat dalam kereta ini. Saat ini, minda melayang memikirkan cara untuk mendapatkan batu itu balik.
"Kau merayap dekat sana buat apa? Bahaya tau?" Soal Kai memecah kesunyian.
Setiap minit mata Kai mesti kembali ke cermin.
Sumpah! Dia tak tahu kenapalah mata ni asyik nak tengok je gadis ini. Macam ada magnet. Daya tarikan gadis itu seakan-akan kuat sangat!
"Aku jalan-jalan je." balas Hazel ringkas. Jelas dia tidak menunjukan minat untuk berbual.
Hazel mengalih pandangan ke depan apabila menyedari Kai dari tadi asyik memerhati seperti sedang curiga sesuatu.
"Mana-mana aku pergi mesti ada kau. Kenapa ye?"
Hazel meneguk air liur. Jantung mula berdebar-debar secara tiba-tiba. Soalan Kai yang ini membuatkan Hazel menjadi tak selesa.
"Ma ... mana aku tahu." kata Hazel gugup. Posisi duduk diperbetulkan. Emosi muka cuba dikawal dengan tenang.
Kai tersengih seperti kerang busuk."Jodoh ke?"
Terbeliak mata Hazel mendengar butir bicara Kai. Pada masa yang sama dia menghela nafas lega. Hampir-hampir nyawa dicabut dek debaran jantung yang laju tadi.
Ingatkan dia dituduh suspek, rupanya cuma lawak bodoh yang keluar dari mulut detektif gila itu.
"Jangan main-main boleh tak? Berhenti dan aku nak turun ni!" Hazel merenung Kai dengan pandangan membunuh.
"Kita pergi makan dulu boleh?"
"Tak nak! Kalau tak tak berhenti. Aku goyang-goyang kereta ni sampai kau kemalangan!" ugut Hazel. Bibirnya tersenyum sinis.
"Hah? Kau gila ke?"
Hazel beralih dan duduk di tengah-tengah. Raut wajah mengukir seribu satu kenakalan. Dua belah tangan diletakkan atas bumbung kereta.
Ekor mata Kai melirik ke sisi, dan biji mata terbeliak apabila kereta miliknya dihenjut dengan begitu kuat!
"Woi! Janganlah buat macam ni!" katanya panik!
Disebabkan hentakan Hazel terlalu kuat, kereta yang dipandu oleh Kai terhuyung-hayang. Macam nak terbalik pun ada!
Lelaki itu cuba mengawal stereng dengan betul risau orang yang melihat fikir lain pula.
Hazel tergelak besar melihat wajah Kai sudah pucat lesi. Kadang-kadang melihat reaksi manusia seperti itu adalah satu keseronokan yang tidak terkata!
"Janganlah macam ni! Kereta ni mahal tahu tak? Aku buat loan sepuluh tahun!"
Kai mengalah dengan memberi signal kiri sebelum berhenti di hentian bas tepi jalan. Automatik gadis berambut hitam itu juga turut berhenti menggoncang kereta lalu memeluk tubuh.
Puas betul hati.
"Loan ? Aku tak kira, itu masalah kau. Dahlah aku keluar dulu." kata Hazel laju. Pantas pintu dibuka lalu dia keluar dari perut kereta.
Kaki Hazel laju mahu melangkah tetapi dia ditahan. Pergelangan tangan dicengkam kemas oleh Kai, sekaligus mengunci pergerakan Hazel.
"Ap ... apa?" Entah mengapa lidahnya keras dan butir ayat menjadi gagap.
Sedar Hazel menarik tangannya kembali, Kai melonggar lalu melepaskan pergelangan tangan gadis itu.
"Maaf. Aku cuma nak minta nombor telefon boleh?" kata Kai seraya menyeluk tangan ke dalam poket belah kanan.
Ketika tangannya menarik keluar telefon, sehelai kain sapu tangan berwarna putih turut melurut jatuh. Ia telah bergumpal dan jatuh betul-betul di kaki Hazel.
Pandangan mata Hazel bertukar serius. Dia tahu di sebalik kain itu tersembunyi batu Sapphire miliknya. Cepat-cepat Hazel membongkok lalu menyambar kilat kain tersebut.
"Alamak. Itu aku punya. Barang penting ni." Kai merampas dari tangan, Hazel.
Namun begitu, gadis itu tidak mahu lepaskan. Lagi dia melawan dengan menarik kembali. Perlakuan Hazel yang aneh itu, menimbulkan rasa hairan dalam kepala otak, Kai.
"Eh kenapa kau ni? Ini barang penting akulah."
Kai merentap kuat kain tersebut sehingga lepas dari genggaman, Hazel.
Tanpa memeriksa kain tersebut, lelaki itu terus menyumbat kembali ke dalam poket.
"Ah ... tak adalah, aku tengok kain tu macam cantik je. Mesti mahal kan?" balas Hazel dengan niat mahu mengalih perhatian, Kai.
"Lah? Ini kain biasa je. Aku rembat mak aku punya." Kai berkata dengan selamba.
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Saat ini, banyak mata memerhati mereka. Terutama sekali makcik dan pakcik yang duduk di bus stop . Mana tidak kalau gelagat mereka tadi seakan-akan pasangan kekasih yang bergaduh rebut sehelai kain sapu tangan kosong.
"Bye. Aku nak balik." Hazel memusingkan badan. Kaki mahu melangkah tetapi ditahan lagi.
"Kau nak apa lagi?" nada suara Hazel mula meninggi.
Tahap kesabaran sudah capai tahap mahadewa! Dari dalam kereta lagi dia sudah bersabar. Kalau ikutkan hati memang lunyai Kai dikerjakan nanti!
"Kalau kau tak bagi nombor telefon, aku akan ikut kau balik sampai rumah."
Hazel menggaru kepala yang tidak gatal. Amarahnya kian reda. Yang sebenarnya, dia tidak tahu pun nombor telefon sendiri.
Dia ada binatang canggih itu tetapi dia jarang guna, melainkan menjawab panggilan Aldean sahaja. Itu je yang dia tahu, tengoklah bertapa kuno nya gadis ini.
"Hui? Kau kenapa tersenggih tiba-tiba? Tadi marah." Kai memberi tamparan kecil di bahu, Hazel. Tersentak gadis itu dibuatnya.
"Er ... aku tak tahu nombor yang kau minta tu."
"Jangan buat lawaklah. Cepat apa nombor?"
Kai sudah bersedia dan teruja mahu menaip nombor Hazel tetapi gadis itu hanya mengeluarkan telefonnya sahaja dan hanya menggenggam sepi.
Malu. Iyalah, cuba bayangkan hidup di tempat serba moden dan berteknologi tetapi langsung tidak tahu guna.
Sedangkan nenek tua Si bongkok tiga yang baru sahaja lalu depan dia pun pandai guna tahu tak?
Hazel tiba-tiba tersenggih malu, lantas menghulur telefon kepada, Kai.
"Betul aku tak tahu." Jawabnya polos dan jujur.
Kai memasang wajah pelik. Sambil itu tangannya menyambar telefon Hazel lalu membodek telefon milik Hazel.
"Tak guna ... pakai jenama paling mahal tapi tak reti pakai? Apa pelik kau ni? Aiyo ... ini macam pun boleh ke?" bebel Kai.
Selesai sahaja, dia memulangkan balik kepada tuannya.
Dahi Hazel berkerut apabila menatap skrin telefon yang tertulis 'KAI HANDSOME'.
Muka serabut dan serabai dikata handsome ? Rasa nak hantuk kepala dekat jalan pun ada sekarang ni!
"Okay, aku nak balik." Gadis itu memusingkan badan dan berjalan ke arah bertentangan.
Sebuah kereta hitam melintasi laju dihadapannya lalu berhenti di depan Hazel. Pintu pemandu dibuka dan keluar seorang lelaki berpakaian suit hitam dan berkaca mata hitam.
Ketika ini ramai gadis yang berdekatan tertumpu kepada lelaki itu.
Ceh! Dia kenal sangat lelaki itu! Kaki Hazel sudah mengundur perlahan-lahan ke belakang. Lagaknya seperti mahu melarikan diri.
Kai hanya diam memerhati dari jauh.
"Cik Hazel buat apa dekat daerah Stellar ni?"
"Ja ... jalan?"
"Jauhnya sampai ke sini? Kebetulan Tuan Aldean baru je selesai kerja dekat daerah ini. Dia ternampak Cik dari jauh dan suruh ambil sekali."
Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Dia tersenyum paksa. Habislah kantoi dia merayap jauh sampai ke hujung daerah Kota Republik ni. Sekejap lagi mesti Aldean akan tanya macam-macam.
"Cik, Tuan kata dia nak pergi hospital terus ni. Jom." Pelawanya sopan sambil membuka pintu penumpang belakang.
"Haih ... untungnya jadi orang kaya." Kai mengomel dari jauh.
"Diamlah kau! Aku boleh dengar tahu tak?" pekik Hazel kepada Kai.
Sempat dia menayangkan penumbuk sebelum masuk ke dalam kereta. Kai tesengih sumbing. Dasar telinga lintah Hazel ni, meskipun Kai mengomel seorang diri dari jauh. Dengar je.
..............................................
Hmm🤔 agak-agak Kai ni rapat dengan Hazel ada sebab ke?
Terima kasih ye korang yang sudi membaca😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top