20. SETH & SERA

Apabila Sang Matahari mengundur diri, malam mula mengambil alih melakukan tugasnya. Gelap dan semakin memekat hitam. Hadirnya cahaya bintang menemani setia Sang Bulan di sisi menemani sepanjang malam.

Sungguhpun begitu, larutnya malam tidak pernah menghalang Kota Republik untuk terus rancak dengan syurga duniawi. Hiburan musik sentiasa hidup sepanjang jalan, ramai penghuni Republik melepak melepaskan tekanan kerja sebelum pulang ke rumah.

Kota Republik tidak pernah merasa tua malah masih lagi muda di waktu begini. Pub dan kelab malam tumbuh seperti cendawan. Pelanggan tidak putus-putus keluar dan masuk. Kota ini bagaikan tidak pernah lelah pada waktu malam.

Malah, semakin malam semakin rancak!

Dalam keriuhan, tersembunyi kesepian.  Diam sepi kadangkala membawa bahaya yang tidak dijangka. Seperti manusia, diam-diam ubi berisi!

Ketika semua orang sedang leka dengan hiburan tengah malam, dan ketika semua orang sedang diulit mimpi indah, ada bayangan belakang sedang melakukan kerja.

Aktiviti gelap sedang berlangsung secara senyap dan terancang. Penjenayah semakin bijak melakukan kegiatan mencuri, menjual senjata haram, menjual dadah dan menjual barang seludup. Waktu begini juga, para Hacker menggodam pelbagai sistem untuk membuahkan hasil berjuta-juta!

Angin malam menampar pipi mulus. Dia berjalan seorang diri, mahu mengambil angin malam untuk menyegarkan diri. Tenang dia menelusuri tepi jalan yang sibuk. Seharian duduk di rumah membuatkan dia rimas dan terlalu bosan.

Sejak rancangan lari gagal berkali-kali, Aldean mengetatkan kawalan rumah dengan meletak pengawal keselamatan keliling rumah.

Kali terakhir dia keluar bila pergi ke rumah Maria, itu pun dengan Aldean. Sejak mereka kena halau dengan anak-anak Maria, dia tidak dapat keluar rumah lagi. Hazel dapat keluar bila Aldean ajak sahaja. Rasa macam perempuan simpanan pun ada.

Tapi masalahnya sejak-sejak ini lelaki itu sibuk kalah perdana menteri!

Bagaikan duduk di penjara seumur hidup, dan keadaan menjadi lebih neraka lagi bila tiada ruang pun untuk dia melepaskan diri! Ada sahaja rancangan untuk keluar dari rumah itu dipatahkan mudah oleh Aldean!

Dia pun tak tahulah, ilmu apa yang dipakai lelaki itu. Setelah berhari-hari Hazel merana dan terseksa tanpa kebebasan, akhirnya dia berjaya mencari jalan keluar tanpa ditangkap lagi.

Dia sudah tahu kelemahan semua pengawal keselamatan dan jalan tikus yang berada dalam rumah itu. Kebetulan hari ini Aldean bermalam di pejabat. Jadi dapatlah dia lepas dengan hati senang.

Langkahnya terhenti di stesen bas lalu merenung mesin air di situ. Air liur diteguk melepasi kerongkong, membasahkan anak tekak yang kian kering.

Dahaga dan terliur dengan air-air dalam mesin itu. Tangan kanan menyeluk poket. Kad dikeluarkan dari poket seluar lalu dia meletakkan kad tersebut pada gambar air tin berkarbonat anggur.

Beep!

Setelah air tin keluar, Hazel mengambil laju dengan wajah teruja. Pertama kali dia cuba menggunakan kad identiti yang boleh digunakan sebagai kad kredit.

Aldean kata boleh guna sebagai duit. Macam mana kad ini berfungsi dia pun tak tahu. Yang penting senang! Tidak perlu dia risau lagi sebab Aldean pernah beru tahu duit tidak pernah kering dalam kad itu.

Jadi nikmat ini tidak boleh dilepaskan, dia akan gunakan tanpa had selagi ada kesempatan!

Tiba-tiba hidungnya yang tajam dapat menangkap bau yang tidak menyenangkan. Pada awalnya dia cuba buat tidak tahu tetapi, telinganya yang peka dapat mendengar satu suara yang sangat mengganggu akal fikirannya ketika ini!

Hazel mendongak sambil menggosok batang hidung. Ada bau seseorang yang dia pernah bau.

"Ah ...." minuman tin habis diteguk. Tin melekat pada tangan kanan, diremuk kuat lalu dilepas jatuh ke lantai.

Dia tak tahu apa yang sedang berlaku. Telinga semakin berdesing dengan suara-suara tadi. Ikutkan hati dia memang buat tak tahu, tetapi sisi lain dia juga mahu menolong dan ingin tahu.

Pap!

Kuku membenam dinding, anak mata coklat melilau keadaan belakang bangunan. Hazel menghela nafas panjang. Cantik! Tiada sesiapa pun di situ.

Satu tujahan kaki sahaja tubuh Hazel melompat ke atas. Kaki dan tangan mencengkam dinding bagunan, melekat seperti cicak. Tapi bukan cicaklah!

Awoo~

Seiring dengan lolongan serigala, dia menjerit kesakitan apabila kepala dihentak ke lantai lalu dipijak kuat. Kepala terhimpit sepit dan darah mula mengalir membasahi kepala. Matanya bengkak serta kuyu tidak terdaya, sambil melihat gadis berambut pendek juga dipukul teruk.

"Se ... ra! " panggilnya perlahan.

Segala kesakitan dia tanggung ketika ini. Badannya keras seperti tidak mahu bergerak. Namun, ia memberi sejuta kekuatan untuk dia terus bangun!

"Arghh! Jangan sentuh dia!" jeritnya sekuat hati.

Dua lelaki yang memukul gadis itu tercampak ke belakang kerana disondol. Dia tarik gadis itu dan dibawa sorok belakang.

"Apa lagi kau tak puas hati, Zayn! Hari-hari kau buli kakak aku tahu tak!" Lelaki berambut coklat dipandang geram.

Dada berombak ganas. Tidak tergamak lagi dia melihat kakaknya dipukul depan mata. Siapa lagi yang boleh melindungi keluarga yatim ini melainkan dia?

Badannya yang kurus tinggi di gagahkan jua.  Sisa-sisa tenaga yang tinggal bangkit mahu menolong. Walaupun, dia tahu tidak dapat mengalahkan mereka bertiga.

Dia menyondol Zayn. Ditolaknya sekuat hati sehingga menghentak ke dinding. Kolar baju dicekak kuat sebelum menghempap jatuh ke bawah.

Tumbukan amarah dilepaskan bertalu-talu!

"Ugh, kau sibuk kenapa! Ini hal aku dengan dia!" Jerkah Zayn lalu menghentak kepala untuk melepaskan diri.

Zayn bangun dan mencekik leher, sebelum mengunci tangan dan menekan badan budak lelaki itu ke lantai. Kini posisinya berubah. Dia tersenyum sinis.

"Kau nak mati sangat ke? Aku tanya ni? Kau nak mati sangat ke!"

Nafas dihela berat. Dadanya terasa sempit sangat dan nyawanya seperti tinggal hujung-hujung.

  Andai kata hari ini adalah penghujung hidup dia ....

"Pergi mampus!"  dengus Zayn.

"Seth!!" Sera terus bangkit, mata sudah berjuraian mengalir seperti sungai. Dia lari terhinjut-hinjut lalu menolak Zayn supaya menjarakkan mereka.

"Seth! Bertahan sekejap!"

Sera meraung dan menggeletar ketakutan melihat pisau yang tertusuk pada tengkuk, Seth. Pernafasannya semakin tidak terkawal melihat darah semakin tersembur keluar.

"Lari ...."

Kata Seth lalu melurut jatuh. Mulutnya sudah tercungap-cungap sambil menekup lehernya. Darah memancut keluar bagaikan air terjun yang tiada penamat. Biji mata terbelalak menahan perit. Namun, dia cuba untuk bernafas juga.

"Zayn, dia dah mati!" Kata kawannya yang berambut belah tengah.

"Ah, biar dia mati! Baru puas hati aku!" Zayn tergelak kecil tanpa sedikit pun rasa takut dan serba salah.

Lelaki kepala botak menarik baju Zayn dari belakang. "Weh, jomlah kita pergi dari sini ...."

Zayn menepis tangan. "Penakut! Korang pergilah balik dan duduk celah-celah ketiak mak korang!" halaunya.

Tanpa mempedulikan kawan-kawannya. Dia berjalan perlahan mendekati Sera dan Seth. Bertambah benci pula dia melihat dua beradik berpelukan depan mata!

"Cukuplah Zayn. Kau nak apa lagi? Mak kau dah rampas ayah aku. Kami dihalau keluar rumah dan tak pernah dapat satu sen pun! Apa lagi tak cukup?"

Zayn terdiam. Buku lima digenggam erat. Baru sahaja dia mahu mencengkam rambut Sera, bahunya ditepuk dari belakang.

Pantas dia menoleh. Lembaga hitam berdiri tegap dengan pandangan membunuh. Zayn menelan air liur.

Tidak sempat dia mahu berundur, rambut coklat yang selama ini menjadi mahkota perhiasan, dicengkam kuat.

"Lepaskan aku! " rintih Zayn sambil mata melilau melihat kawannya yang sudah terbaring berlumuran darah!

  ............................................................

Akhirnya saya kembali! 😆 lama diam sebab kena writer block😭  next chapter dalam proses ye. Saya cuba dalam masa terdekat saya akan update. Maaf ye semua saya hilang lama😌

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top