18. HOME

Aldean menghempaskan badan di sofa empuk. Kaki disilang dan tangan memeluk tubuh. Anak mata tajam menghala ke arah pintu utama. Masih lagi terbuka luas, sabar menanti seseorang masuk.

Kaki ayam putih melepak menunjukan diri. Perlahan saja dia mencecah lantai jubin putih seperti kristal. Kemudian dia berhenti di situ. Lama juga tidak bergerak, kira-kira dalam 15 minit.

"Kenapa? Kenapa berdiri dekat situ? Masuk!"

Suara Aldean memetir, memeranjatkan Hazel yang tercegat depan pintu. Tahap kesebaran Aldean seakan-akan sudah mencapai ke tahap maksima. Iyalah siapa saja tahan tunggu lama betul tak?

Barulah dia berjalan sambil tunduk bawah. Tidak berani mahu lihat muka Aldean yang tengah marah. Selama ini tak pernah pun Aldean marah macam ni. Bila dia buat hal, senyuman lelaki itu tidak lekang di bibir.

Sepanjang perjalanan balik lelaki itu hanya membisukan diri. Langsung tidak bersuara walau sebutir huruf sekali pun.
Dia tak takut pun cuma tak mahu tengok muka tegang Aldean tanpa senyuman seperti selalu.

Sekali lagi dia berhenti. Jauh dua puluh langkah ke depan. Perlakuan Hazel ketika ini tidak ubah seperti budak kecil kena marah dengan ibunya.

"Sini!"

Kali ini baru Hazel bergerak. Itu pun perlahan nak mampus. Paling tak boleh belah jalan sikit saja jeling Aldean. Sampai Aldean yang tengok ni pun nak tergelak tetapi dia tahan dulu. Muka dikawal ketat.

"Kenapa awak buat saya macam ni?" Soalnya dingin.

Hazel menunduk sambil bermain jari jemari. "Sebab saya tak nak susahkan awak."

"Awak lagi menyusahkan kalau buat perangai macam ni tahu tak!"

Hazel meneguk air liur melepasi kerongkong. Alamak! Aldean nampak marah sangat! Bergetar tulang lutut dibuatnya. Sebab pertama kali dia lihat Aldean macam ini.

"Tengok saya."

Dia akur, kepala diangkat namun anak mata lari pergi tempat lain. Masih tidak mahu memandang Aldean.

"Cuba tengok sini? Apa benda awak tulis ni?" Sehelai kertas diangkat dan sekaligus menarik perhatian Hazel.

Tawa yang ditahan oleh Aldean akhirnya pecah bederai. Tulisan tangan Hazel membuatkan dia ketawa terbahak-bahak dekat situ. Dia tak tahu nak marah ke gelak.

"Ke ... kenapa awak ketawa ?"

Aldean menekup mulut untuk berhenti mengeluarkan bunyi. Muka Hazel sudah terpinga-pinga. Blur.

"Awak tulis apa ni? Saya hampir tak faham. Tulisan macam cacing kepanasan tahu tak." Balasnya tersengih sumbing.

Wajah Hazel sudah bertukar merah padam. Perasaan malu mula menebal pada muka. Telinga juga membahang panas. Jadi buang masa dia tulis dengan sepenuh jiwa dan raga tadi?

Hazel terdiam mengunci diri. Tak akan dia nak terjemahkan pula apa dia tulis. Memang tak! Baik dia diam.

"Dengar sini ...."

Aldean bangun lalu mendekati Hazel. Kertas tulisan tangan Hazel diangkat ke muka lalu disiat perlahan menjadi cebisan kecil. Dibiarkan bertaburan di atas lantai.

"Awak tak boleh ke mana-mana."

Terkebil-kebil mata coklat milik gadis itu melihatnya. Bibir tergangga mahu mengeluarkan ayat.

"Tapi kenapa? Saya tak nak awak jadi macam akak Mar ...."

Jari Aldean melekat pada bibir Hazel, bagaikan mengunci gadis itu mengeluarkan suara.

"Jangan risau pasal saya. Awak sepatutnya risaukan diri awak dulu."

Dahi Hazel berkerut seribu. Jari Aldean ditolak tepi. Hazel menjarakkan diri. Tidak jadi Aldean nak bersemut dengan Hazel dekat situ.

"Awak tak akan tahu apa yang akan jadi selepas ini!" Marahnya berbaur kecewa.

Sebelum Hazel pusing dan lari, Aldean cepat-cepat menangkap tangan. Pergerakan Hazel tersekat lantas menoleh dengan muka tak puas hati.

Pantas Aldean berbisik di telinga. "Jangan tinggalkan saya."

Tangan direntap kasar, sempat mata Hazel menjeling Aldean sebelum berlari seperti lipas kudung naik ke tingkat atas.

"Comel." Aldean tersenyum simpul.

Dia melihat jam digital yang tergantung pada dinding. Malam sudah menginjak 2 pagi. Lekas dia bangun sambil memicit bahu kian melenguh.

Seharian penat dekat pejabat. Balik rumah ingat boleh rehat dengan tenang, sekali Hazel buat hal pula!

"Aih ... sejauh mana kau lari, aku boleh kejarlah."

Setibanya di bilik, kakinya tidak membawa dia terus ke tempat beradu seperti biasa. Langkahnya terhenti di hadapan pintu putih di sebelah katil.

Tersergam indah tempat simpan pakaian Aldean. Kiri dan kanan dipenuhi macam-macam pakaian serta kasut eksklusif. Seolah-olah seperti berada kedai pakaian pusat membeli-belah.

Aldean berjalan lurus. Dua belah tangannya menyeluk poket seluar. Dengan lagak santai dia langkahnya menuju ke ruang cermin. Di bahagian hujung sekali.



Dia tersenyum sendiri melihat pantulan dirinya dalam cermin. Bersih licin tiada jambang. Jerawat pun hanya sebutir dua dekat pipi tetapi tidak menjejaskan rupa.

Puas tenung muka kacaknya, dia menyentuh permukaan cermin. Lantas ia terbelah tengah membuka satu laluan gelap. Tanpa membuang masa dia berjalan perlahan sehingga badannya hilang ditelan gelap.

IRIS menghirup kopi panas. Sambil-sambil itu dia membaca data pesakit dalam tablet di atas meja. Terangguk-angguk kepala meneliti data tersebut.

Tumpuannya terganggu sesaat apabila ada seseorang mengetuk pintu. Dia tersenyum melihat suaminya di muka pintu.

"Sayang ... saya bawakan makanan. Jom makan?" Lelaki berkaca mata itu letak bungkusan makanan atas meja.

"Zane, saya ada kerja sikit je lagi. Awak makanlah dulu."

"Tak! Jom makan. Nanti sakit saya yang susah."

Iris mengekek ketawa."Saya Doktor kan? Manalah boleh sakit."

"Ha ye! Nanti ni saya juga yang jadi doktor awak kan?" Bebel Zane sambil tarik kerusi dan duduk depan Iris.

"Awak ni curi tulang ke?"

"Ha ah, saya curi tulang." Balas Zane selamba badak. Dia membuka makanan dan mencapai sudu.

"Suapkan boleh?" Pinta Iris manja.

"Mengada betul awak ni. Nasib baik sayang." Zane mengeleng kepala.

Baru sesuap sudu, punat kecemasan memekik kuat. Iris cepat-cepat menyudahkan kunyahan. Tablet atas meja dicapai pantas.

"Pesakit mana ni?" Soal Zane.

Lantas Iris berdiri. Tablet dikepit dekat celah ketiak. "Maaf, saya pergi sekejap." Katanya dengan nada sedikit cemas.

Tergesa-gesa dia berlari keluar, menuju bilik wad. Nasib bilik tidak jauh sangat. Dari luar telinganya telah menangkap bunyi mesin bacaan jantung tidak stabil.

Masuk sahaja, dua jururawat dilanda kelam kabut, sorang sedang sibuk membetulkan alat bantuan pernafasan. Manakala sorang lagi sedang memberi bantuan defibrilator kepada Maria.

"Doktor! Denyutan jantung pesakit sudah terhenti!" Katanya cemas.

"Meh bagi saya benda tu."

Mesin defibrilator bertukar tangan. Badan Maria terangkat setiap kali menerima kejutan elektrik. Sebagai seorang doktor sudah tentu dia cuba sepenuh hati demi menyelamatkan nyawa pesakit.

Lama masa berlalu  Maria masih tidak menunjukan respon positif dan Iris terpaksa menghentikan usahanya dengan wajah muram.

Jururawat yang sudah tahu tugasnya, terus mengemas ala-alat bantuan nyawa tanpa disuruh Iris. Satu persatu wayar berselirat mula cabut dari tubuh kaku Maria.

Sementara itu, Iris memerhati bisu di tepi katil. Sedih merentap jiwanya ketika ini. Tiada kata-kata yang terungkap pada bibir.

Tipulah kalau dia kata tidak kenal Maria. Orang gaji Aldean yang paling sempurna setakat ini. Dia pernah jumpa tiga kali semasa Aldean demam teruk sampai tidak boleh bergerak dari katil.

Sedar masa terbuang banyak. Tablet atas meja pesakit dicapai perlahan. Dia menaip sesuatu sebelum membuat panggilan telefon.

"Dean ... aku minta maaf. Maria dah tiada."





                ..................................

Hi! Untuk makluman, saya agak sibuk dengan kerja. Jadi buat masa sekarang saya akan update mana yang mampu. Semua story saya akan ditulis sampai ke penghujung. Tak akan ada yang tergantung.
Ok?  Terima kasih😉

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top