16. DARK SIDE

Sebelum anda baca chapter ini, saya ingin memberi amaran atau makluman. Chapter ini mengandungi sedikit unsur-unsur keganasan. Nak baca atau tidak terpulang pada anda.

Sekian terima kasih 😉

................................................................

"Oh, terima kasih sebab bukakan pintu."

"Akak hati-hati!"

Hazel cepat-cepat tarik tangan Maria apabila pisau meluncur laju depan mata dan terpacak pada dinding!

Tergamam Maria sesaat.

"Otak kau! Siapa hantar kau cari aku! Arwin?" balasnya sambil menarik Maria apabila tiga bilah pisau lagi meluncur laju. Ia melekat pada dinding.

Apa lagi berderau darah Maria. Gila! Nyawa hampir-hampir tercabut kalau tak ada Hazel dekat situ!

Air muka Maria terus berubah pucat.

"Aku rasa tak perlu sebut nama pun kau dah tahu. Betul tak?" Balas wanita berambut pendek seperti lelaki.

Hazel genggam tangan sejuk Maria lalu dibawa sorok belakangnya. Wanita itu dipandang dengan muka serius. Dia kenal semua orang-orang yang berasal dari tempatnya. Walaupun lama dia tidak jejakkan kaki ke sana, ingatannya masih segar dalam kepala.

Hidung mancung miliknya dapat mengesan bau yang sangat bahaya. Tajam dan berbisa.

"Kita kena panggil Tuan Aldean!" Kata Maria menggigil ketakutan. Dia mahu lari dapatkan telefon, tetapi cepat-cepat Hazel tarik tangan Maria.

"Jangan kak! Kita tak sempat ...." ayatnya tergantung apabila Arwin tiba-tiba bergerak laju seperti kilat lantas sambil mengacu pisau ke arah Maria.

Tubuh Maria tercampak ke tangga ditolak oleh Hazel. Serangan Arwin tersasar mengenai Hazel. Kepalanya terhantuk kuat pada tangga dan darah meleleh perlahan di tepi dahi.

"Hazel!" Teriaknya melihat pisau merodok masuk dalam perut Hazel.

Hazel menghela nafas berat. Batang lehernya dicekik kuat sehingga kaki tidak mencecah lantai. Darah menitis-nitis jatuh dari hujung kaki.

"Akak ... lari ... cari tempat selamat ...." Balasnya tercungap-cungap.

"Tapi-"

"Pergi akak! Jangan risau pasal saya!" Sempat Hazel tersenyum. Arwin mencebik bibir. Meluat tak tentu pasal.

Perlahan-lahan Maria bangun. Dia angguk walaupun berat hati mahu tinggalkan Hazel sendirian.

"Cukuplah lari. Ikut aku balik rumah." Kata Arwin perlahan lalu melepaskan cengkaman leher Hazel.

Hazel melurut jatuh dan tersandar pada dinding, dia terbatuk-batuk untuk menghilangkan perit pada leher. Perlahan-lahan dia mencabut pisau yang masih melekat di perutnya.

Arwin hanya diam melihat kesan tikaman tadi yang perlahan-lahan hilang. Hazel kembali pulih seperti biasa. Kulitnya menjadi bersih dan suci seperti bayi yang baru lahir.

"Untuk apa aku balik? Aku bukan ada siapa-siapa lagi pun dekat sana!" Hazel campak pisau pada lantai.

"Sampai bila kau nak lari macam ni?"

Arwin meneguk air liur apabila kuku Hazel mula memanjang dan mata mula bersinar merah. Mukanya mula ditumbuhi bulu halus. Arwin mengundur ke belakang. Kukunya juga berubah sama seperti Hazel, cuma dia tidak boleh berubah sepenuhnya pada waktu siang.

"Baik kau balik!" Hazel menerjah Arwin dengan badan separuh manusia.

Mereka berdua berguling-guling atas lantai. Hazel mendesis sakit bila kuku Arwin dapat mencakar dadanya. Dia tercampak menghentak dinding kerana ditendang oleh Hazel.

"Aku tak boleh balik tanpa kau."

Darah menitik-nitik mencemar lantai jubin putih melepak. Hazel melutut sambil menekup dada. Sekali lagi Arwin menyerang tanpa memberi peluang. Pergerakannya sangat laju sampaikan Hazel tidak mampu untuk mengelak!

Tidak sedar dia sudah bercalar balar banyak kali. Serta badannya juga tidak jemu pulih kali-kali, namun begitu kulit Arwin bersih tiada sikit pun yang terluka.

"Senang. Ikut aku balik dan cerita ini tamat dekat sini." Tangan Arwin melingkari badan Hazel dari belakang.

Tubuh Hazel kaku dipeluk erat. Arwin mengambil kesempatan, mendorong Hazel ke depan lalu menghenyak dinding dengan begitu kuat!

Ketika ini dada Hazel bagaikan mahu pecah! Jantungnya begitu sempit sampai mahu meletup! Nafasnya hampir saja terputus. Merah padam wajah Hazel.

"Aku tak akan berpatah balik!"

Mendengar jawapan itu, Arwin mendengus geram. Dia tarik Hazel kasar kemudian dicampak ke tangga. Hazel terduduk lemah di situ.

Pap!

"Uhuk!"

Perut Hazel dipijak kasut besi yang dipakai Arwin. Hazel tersentak! Perutnya senak sakit. Matanya terpejam menahan rasa sakit yang kian berbisa.

Wanita itu mengoles senyuman sinis.

Mata sempat menjeling lalu berkata "Kenapa ni? Kau macam lemah sangat." Kaki melenyek perut Hazel dengan sekuat hati.

Dia tahu Hazel boleh menyembuhkan diri jadi lagilah dia berbesar hati untuk menyakiti Hazel. Apatah lagi simpati dengan jeritan gadis itu yang penuh terseksa! Memang tidak!

"Sampai mati pun aku tak akan balik dekat tempat itu!" Tegas Hazel.

Begitu sakit hati Arwin mendengar jawapan yang sama sejak tadi. Tahap kesabarannya juga sudah mencapai tahap maksima.

Dia geram lalu mencakar berkali-kali dan menikam serta merobek perut Hazel menggunakan kukunya. Darah memancut keluar dari perut Hazel yang terkulai lemah.

Pang!

Arwin tiba-tiba jatuh terjelupuk. Di belakangnya berdiri Maria sambil memegang periuk batu garnet. Berpeluh-peluh dia memandang Hazel.

"Jom ikut akak!"

"Apa akak buat ni?" Hazel menepis tangan Maria.

"Sembunyi dan telefon Tuan Aldean lah!"

"Akak yang patut selamatkan diri sendiri. Tak payah risaukan Hazel."

Maria degil, dia tarik juga tangan Hazel dan heret naik tingkat atas. Mahu tidak mahu Hazel terpaksa akur. Dapat dia rasakan tangan Maria yang sejuk bak air batu dan tahu Maria ketika ini sedang diselubungi ketakutan teramat sangat.

Ketakutan yang sangat melampau memberi impak pada memori Maria. Dalam situasi ini dia tidak mampu ingat benda lain selain menyelamatkan diri. Jadi dia lupa semua kata laluan bilik atas termasuk bilik Hazel.

"Akak pergi menyorok. Biar Hazel selesaikan semua ini!" Katanya risau.

Maria diam. Dia berusaha memerah memori dengan menekan-nekan plat kata laluan di tepi pintu bilik Aldean. Otaknya memang tidak boleh fikir apa sekarang ini kerana semuanya kosong.

"Akak, sini bilik Hazel." Panggilnya sambil menolak pintu biliknya.

"Lah ... kenapa tak bagitahu awal-awal Hazel boleh buka pintu?" Sempat Maria menepuk dahi. Hazel tersengih sumbing.

"Menyusahkan! Baik aku bunuh saja perempuan itu!" Gema suara Arwin. Derapan tapak kaki semakin kuat menghampiri mereka berdua.

Maria dan Hazel serentak menoleh. Arwin tersenyum lebar setelah tiba di tingkat atas. Mata tepat memandang Maria. Sebelum Arwin meluru laju, Hazel terlebih dahulu menolak Maria masuk ke biliknya.

"Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau?"

Tangan Arwin menangkap tangan Hazel yang sudah separuh melepasi pintu bilik. Sekelip mata Hazel melayang ringan ke bawah!

Tulang temulang dirasakan patah! Urat saraf seakan-akan putus! Dia terpaksa mengetepikan rasa sakit yang dia tanggung. Dia cuba bangun. Namun dia tidak sempat mengejar masa.

Kedengaran pintu dihempas kuat.

"Tak guna Arwin!"

Jarinya terketar-ketar menyentuh monitor tepi pintu. Kata laluan pintu ditekan laju dengan amarah yang terbuku dihati.

"Jangan cabar aku Arwin! Aku pecah muka kau nanti!" Amuk Hazel lantas merempuh pintu dengan kuat.

Langkah Hazel termati, nafasnya terputus saat melihat Maria jatuh melurut dari tangan Arwin. Pandangan Hazel jatuh ke bawah.

Sungguh darah melimpah luah. Secara tiba-tiba dada semakin sesak. Badannya juga berpeluh-peluh setelah melihat ruangan bilik. Bau darah hanyir amat tajam mencucuk hidung Hazel. Hal ini, telah membuatkan dirinya tidak senang duduk!

Kepala terdongak. Mata Hazel yang merah tiba-tiba berubah hitam. Tidak semena-mena Arwin ditujah hingga campak terbaring atas katil.

Wanita itu mencungap lemas. Leher dicengkam lalu ditekan kuat membenam tilam. Dia cuba melonggarkan tangan Hazel tetapi gagal. Tangannya juga tergapai-gapai lemas, berusaha melepaskan diri yang sia-sia.

Kekuatan Hazel yang ini tidak mampu ditandingi lagi. Tidak seperti tadi dan sangat berbeza. Kulit wajahnya merah padam sebelum Hazel mematahkan batang leher!

Tidak cukup dengan itu, dada Arwin dibelah dan dirobek dengan menggunakan kuku. Darah panas terpercik membasahi muka Hazel.

Kelihatan jantung Arwin masih berdenyut lemah. Ia dipandang dengan kepala teleng.

Hazel mula mengukir senyuman manis. Sempat dia menjilat darah yang melekat pada bibir sebelum menyeluk tangan dan menarik keluar jantung Arwin.

"Aku dah cakap jangan cabar aku." Bisiknya sambil menghidu lalu dibawa ke mulut.

Aroma darah yang panas bercampur dengan bau jantung segar membuatkan dia kembang kempis hidung. Air liur ditelan berkali-kali melepasi kerongkong yang dahagakan makanan segar seperti ini!

Tanpa teragak-agak dia gigit dan mengunyah dengan rakus! Perangai Hazel berubah sekelip mata. Dirinya yang kejam, mengerikan dan jijik sedang menguasai dirinya ketika ini!

"Ergh!"

Sisa-sia jantung jatuh ke bawah. Lantas dia memegang leher dan menolak badannya bagi menjauhkan diri daripada mayat Arwin.

Jauh di sudut gelap dalam dirinya, jiwanya sedang bergolak seperti tsunami besar yang memecahkan persisiran pantai dan menelan hidupan darat.

Hazel bangun. Dia berlari merempuh dinding sebelum jatuh terduduk atas lantai yang berlumuran darah.

Seakan-akan tersedar dari lena, biji mata hitam telah bertukar normal. Anak tekak menjadi loya dan kembang. Macam ada sesuatu yang tersekat pada kerongkong.

"Bwerk!"

Segala isi perut yang Hazel makan sebentar tadi dikeluarkan semua. Banyak dan melimpah busuk atas lantai.

Sampaikan bergenang air mata melihat cebisan isi daging berlaukan darah atas lantai. Dia menekan perut seraya memberi pandangan jijik.

Lamunan Hazel terhenti apabila Aldean duduk di sebelahnya. Lelaki itu meraup muka beberapa kali sebelum menatap wajah sedih Hazel.

"Saya minta maaf sebab menuduh awak secara membabi buta."

" Tak apa. Saya sedar diri siapa saya ni." Balasnya perlahan.

"Saya takut kehilangan kakak Maria sebab saya dah tak ada siapa-siapa lagi."

Hazel tunduk bermain jari. Dia tidak membalas kata-kata Aldean, sekaligus mengubah suasana hospital menjadi sunyi sepi.

Iris keluar dari bilik kecemasan.

"Dean? Aku nak cakap sesuatu dengan kau ni."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top