Chapter 2

Raisya's bedroom

Raisya berbaring di atas katilnya sambil bermain telefonnya.

"Sya, turun makan!" jerit Puan Nurul Hajar dari ruang tamu.

"Sya dah kenyang!" balas Raisya.

"Turun makan ibu cakap!" Raisya mengeluh perlahan.

Dengan rasa malas, gadis itu bangun dari pembaringannya dan keluar dari bilik tidurnya sebelum mengatur langkah ke ruang makan.









ruangan makan

Raisya mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Ashraf, itu pun kerana ibunya memberikannya jelingan tajam.

"Ibu, Sya nak cakap sikit boleh?" Puan Nurul Hajar memandang anak gadisnya itu.

"Apa yang kamu nak cakap?" soal Puan Nurul Hajar.

"Puan Anita, guru bimbingan Kelab Memanah nak Sya join kelab tu," kata Raisya terus-terang.

"Sya pandai ke memanah?" soal Encik Rozaimie ingin tahu.

"Sya pernah masuk sukan memanah masa dekat sekolah menengah dulu," jawab Raisya jujur.

"Ibu tak benarkan kamu sertai Kelab Memanah tu," kata Puan Nurul Hajar.

~Raisya's POV~

"Ibu tak benarkan kamu sertai Kelab Memanah tu," kata ibu.

"Kenapa awak tak benarkan dia sertai Kelab Memanah tu? Dia ada bakat," kata Uncle Rozaimie.

"Saya cakap saya tak benarkan, saya tak benarkan," ibu masih lagi dengan pendiriannya.

Apa yang aku fikirkan? Jelas-jelas yang ibu takkan bagi kau sertai Kelab Memanah. Kau bodoh Raisya, kau bodoh!

"Sya, kamu sertai je Kelab Memanah kalau kamu nak," kata Uncle Rozaimie.

"No," bantah ibu.

"Sya dah kenyang," aku bangun dari kerusi lalu terus masuk ke dalam bilik tidurku.

Aku mengunci pintu bilik tidurku lalu berbaring di atas katil.

Aku mengeluh perlahan bila memikirkan pasal Kelab Memanah dan Puan Anita.

Apa aku nak buat sekarang ni? Aku tak nak kecewakan Puan Anita tapi aku tak nak jadi anak derhaka.

Knock Knock

"Siapa tu?" tanyaku.

"Aku la," si Ashraf rupanya. Ingatkan ibu tadi.

"Nak apa?" aku bertanya.

"Buka pintu ni dulu," aku dengan rasa malas pun bangun dari pembaringanku dan membuka pintu bilik aku.

Ashraf memandang aku namun aku abaikan sahaja pandangannya itu. Aku bersandar di pintu bilik, menunggu untuk Ashraf bersuara.

"Kau marah ibu kau ke?" soal Ashraf. Apa punya bodoh soalan mamat ni? Aku tengah marah and kecewa sekarang ni, tahu tak? "Kau dengar ke tak ni?" Ashraf menjentik dahi aku.

"Sakit la bebal," aku menjeling Ashraf.

~End of Raisya's POV~

~Ashraf's POV~

"Sakit la bebal," dia bebalkan aku, bertuah budak ni.

"Kau tak jawab apa yang aku tanya, aku pun jentik je la dahi kau," Raisya memandang aku tajam, fikir aku takut?

"Yang awak menyibuk kenapa? Takde kaitan dengan awak pun kan?" eh minah ni, aku smackdown jugak kang.

"Ayah aku cakap kau boleh je join Kelab Memanah kalau kau nak. Pasal ibu kau tu, pepandai la ayah aku pujuk dia," kata aku.

"Tak payah," dah kenapa pulak minah ni? "Kalau ibu cakap tak boleh, tak boleh la jawabnya. Pujuk la ibu camne pun, dia tetap takkan ubah keputusan dia," kecewa sangat dia ni.

"Takkan kau nak putus asa macam tu je?" kataku.

"Jangan menyibuk la Ashraf. Ni urusan saya dengan ibu saya. Awak tu abang tiri saya je, tak payah menyibuk," Raisya menutup pintu biliknya begitu sahaja.

Kecewa sangat si Raisya ni. Jelas-jelas dia nak sangat join Kelab Memanah tu tapi ibu dia tak izinkan.

Tapi apa yang aku tak faham, kenapa Auntie Hajar tak izinkan si Raisya join kelab tu?

Ni mesti ada sebab kenapa Auntie Hajar tak izinkan anak dia join kelab tu. Then, apa sebab Auntie Hajar eh?

Aku terus masuk ke dalam bilik tidur aku.








Ashraf's bedroom

Aku duduk di atas katilku dan mengeluarkan telefon pintar milikku. Aku terus menghantar mesej ke group chat aku dan kawan-kawanku.

The Handsome Boyz 🐊

Muhaimin Mi Goreng
Guys
Guys
Guys
Guys
Guys

Zayyad Al-Iman
Kau dah kenapa?
Dari tadi lagi
guys guys 😑
Hempuk juga kang.

Woi buaya!

Hayyan Anak Putera
Buaya?
Sape buaya?

Kau jangan sampai
aku terajang kau
Hayyan.

Hayyan Anak Putera
Gurau je.
Jangan marah-marah,
nanti cepat tua Ash.

Zayyad Al-Iman
Ash oh Ash

Apa kau nak?

Zayyad Al-Iman
Adik kau tu
dah ada pakwe ke?

Hazie Buaya
Zayyad nak try
adik Ash.

Adik tiri, okay?
And aku tak tahu
if dia dah ada
pakwe.

Hayyan Anak Putera
Adik aku cakap yang
adik tiri Ash tu single
lagi.
Ada chance la kau
@Zayyad Al-Iman

Zayyad Al-Iman
Tapi adik tiri kau
tu macam payah
nak tackle la.

Okay.
Lepas tu?
Apa kaitan dengan
aku?

Hazie Buaya
Wey Ash.
Nak tanya ni.

Pe dia?

Hazie Buaya
Adik tiri kau
nama apa?

😑
Tu je kau nak
tanya?

Muhaimin Mi Goreng
Guys
Guys

Zayyad Al-Iman
Apa kau nak
Muhaimin oi?
Cer cakap 😑

Muhaimin Mi Goreng
Esok aku tak gi college.
Ada family matters.

Okay.

Hayyan Anak Putera
Ha okay.

Hazie Buaya
👌

Zayyad Al-Iman
Kan senang kalau
cakap dari tadi 😑

Muhaimin Mi Goreng
Hehehe 😁✌

Korang, nak tanya.

Muhaimin Mi Goreng
Tanya apa tu?

Zayyad Al-Iman
Tanya je la.

Sekolah apa je
yang ada sukan
memanah ni?

Hayyan Anak Putera
Asal tiba² tanya ni?

Hazie Buaya
Sekolah-sekolah sukan
biasanya ada sukan
memanah ni.

Zayyad Al-Iman
SMK Seri Kayangan pun
ada sukan memanah.
Sekolah tu siap ada sukan
berkuda lagi.

SMK Seri Kayangan?

Zayyad Al-Iman
Sekolah tu macam
sekolah² sukan la.

Hazie Buaya
Bukan SMK Seri
Kayangan tu private
school ke?
Budak² kaya je sekolah
kat sana.

Muhaimin Mi Goreng
Si Nuqman ex student
kat sekolah tu.

Nuqman, pengerusi
Kelab Memanah tu?

Muhaimin Mi Goreng
Haah, Nuqman tu la.
Cousin dia, si Miyzad pun
ex student kat situ.

Hayyan Anak Putera
Tengok je la nama keluarga
diorang.
Ahmad Miyzad Iskandar Al-Hazimi,
Ahmad Nuqman Haqimi Al-Imran.
Bukan biashe-biashe woi.

Zayyad Al-Iman
Kau tu lagilah bukan
biashe-biashe.
Putera Hayyan Qaliff,
Putera woi.

Mana kau tahu
Miyzad tu ex student
SMK Seri Kayangan?
@Muhaimin Mi Goreng

Muhaimin Mi Goreng
Pakcik aku kerja
cikgu kat sana.
Pakcik aku cakap yang
keluarga Miyzad dengan
keluarga Nuqman semua
sekolah kat situ.

Hazie Buaya
Mesti kaya family diorang.

Zayyad Al-Iman
Giler tak kaya?
Keluarga diorang
tu ada business
juta-juta.
Tak juta, trillions.

SMK Seri Kayangan
tu memang private eh?
Asal takde pun info
pasal sekolah tu?

Hayyan Anak Putera
Woi manusia
@Muhaimin Mi Goreng

Muhaimin Mi Goreng
Apa?

Nak info pasal
SMK Seri Kayangan.

Muhaimin Mi Goreng
Nanti aku send info.

Ha okay.

Zayyad Al-Iman
Tapi asal kau
tiba² tanya pasal
sekolah tu?

Takde sebab.

Hazie Buaya
Ye ke?
Or, kau tanya
sebab adik tiri kau
nak join Kelab
Memanah?

No.
Dah aku off lu.
Bye.

You offline

Ish, apasal aku sibuk nak tahu pasal sekolah tu? Bukannya ada kaitan dengan aku pun.

Aku berbaring atas katil dan memandang siling bilikku lalu mengeluh perlahan.

Kenapa la aku sibuk sangat nak tahu pasal SMK Seri Kayangan tu? Ashraf Ashraf, asal dengan kau ni?

Sudahlah, malas aku fikir pasal hal ni. Elok aku tido je, lagi bagus.

~End of Ashraf's POV~







Nuqman's house

"Nuqman, how is she?" seorang jejaka duduk bertentangan dengan Nuqman.

"She's okay. Puan Anita dah cuba pujuk dia untuk join Kelab Memanah. But, I'm not sure kalau dia akan join," balas Nuqman.

"Ibu takkan benarkan, I knew her well," ujar jejaka itu.

"Now what? Kalau dia tak join, apa kau nak buat?" soal Nuqman.

"Dia akan join kelab tu. Itu minat dia, nak tak nak, ibu kena benarkan jugak," jejaka itu berkata dan Nuqman anggukan kepalanya.

"Bang, sampai bila kau nak jaga Raisya dari jauh?" Nuqman bertanya.

"Kau pun tahu yang ibu aku tak nak Raisya tahu yang dia ada abang. She's such a selfish woman," ujar jejaka itu.

Nuqman cuma anggukan kepalanya sahaja. Dia tahu sangat dengan perangai Puan Nurul Hajar, ibu saudaranya itu.

Bagi Nuqman, ibu saudaranya itu sememangnya mementingkan diri sendiri.

Wanita itu langsung tidak pernah memikirkan akan perangainya itu.

Puan Nurul Hajar sanggup menghalang anak lelakinya sendiri daripada berjumpa dengan Raisya.

Nuqman sendiri tidak tahu apa yang ada dalam kepala ibu saudaranya itu.

Ibu saudaranya itu sanggup membiarkan Raisya membesar tanpa mengenali abang kandungnya.

"Along oh Along, Umi call tadi. Umi cakap Umi dengan Walid nak datang," seorang remaja lelaki menghampiri Nuqman.

"Haykal, tak kerja ke harini?" soal jejaka yang duduk bertentangan dengan Nuqman.

"Haykal punya shif start pukul 6 petang nanti. Abang Qayyum bila sampai sini?" remaja yang disapa dengan nama Haykal itu menyalami tangan abang sepupunya itu.

"Baru je sampai tadi. Umi dengan Walid kamu apa khabar?" jejaka bernama Qayyum itu bertanya.

"Umi dengan Walid sihat, alhamdulillah. Alang-alang abang ada kat sini, bolehlah abang join kitorang makan tengah hari," pelawa Haykal.

"Tak apalah. Abang singgah sekejap je, nak jumpa abang kamu je pun," Qayyum menolak pelawaan adik sepupunya itu dengan sopan. "Nanti kirimkan salam abang dekat Umi dengan Walid kamu ye?" Haykal anggukan kepalanya.

"Hati-hati balik, jangan melencong pi tempat lain pula," sempat lagi Nuqman berpesan kepada abang sepupunya itu.

"Ye, aku tahulah. Cau dulu. Assalamualaikum," ucap Qayyum sebelum beredar daripada rumah sepupunya itu.

"Waalaikumussalam," balas Nuqman dan Haykal serentak.

"Along, Along cakap apa dengan Abang Qayyum tadi?" soal Haykal kepada abangnya itu.

"Hal orang dewasa. Budak kecik jangan menyibuk," balas Nuqman.

Haykal menolak Nuqman dengan kasar lalu melarikan diri. Nuqman terus mengejar adik bongsunya itu.

"Haykal! Ke sini kamu!" jerit Nuqman sambil mengejar adik bongsunya itu.

"Ampun Along, ampun!" Haykal menjerit sambil berlari.

































"Nur Raisya Adriana, finally dapat juga abang tahu pasal kamu," gumam Qayyum.

"Tuan Qayyum, tuan ada hendak pergi ke mana-mana ke?" tanya Pak Cik Zaid, pemandu keluarga Qayyum.

"Pak Cik Zaid, dah banyak kali Qayyum cakap, jangan panggil Qayyum as Tuan Qayyum. Qayyum tak suka," tegur Qayyum kepada Pak Cik Zaid.

"Maaflah Qayyum, pakcik dah terbiasa panggil kamu macam tu," balas Pak Cik Zaid sambil ketawa.

"Pakcik hantar Qayyum balik rumah je la," kata Qayyum sambil tersenyum.

Pak Cik Zaid anggukan kepalanya lalu memandu pulang ke rumah seperti yang Qayyum minta sebentar tadi.

"Sooner or later, Raisya... we will meet again," gumam Qayyum sambil tersenyum.





























❐ To Be Continue ❐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top