Chapter 1
Jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 7:20 pagi namun seorang gadis masih lagi lena diulit mimpi.
Knock Knock
"Raisya, bangun sayang," seorang wanita dalam lingkungan usia 50-an bersuara sambil mengetuk pintu bilik gadis tersebut. "Raisya, kamu bangun sekarang," wanita itu bersuara lagi.
"Five more minutes," gadis yang bernama Raisya itu menyahut.
"Bangun cepat! Nanti kamu lambat pergi ke kuliah," wanita itu berkata dalam nada suara tinggi.
Raisya terus bangun daripada lenanya apabila mendengar suara ibunya yang mula meninggi itu.
"Bangun Raisya," ibu Raisya bersuara lagi.
"Ye Umi, Sya dah bangun ni," balas gadis itu separuh sedar.
"Bersiap cepat. Abang dengan ayah kamu dah lama bangun," kata ibu Raisya.
Raisya memusingkan anak matanya sebelum bangun dari katilnya dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk bersiap.
Nur Raisya Adriana, berusia 20 tahun. Raisya merupakan pelajar tahun kedua di Diamond College.
Ibu kepada Raisya, Puan Nurul Hajar Naimah, 58 tahun merupakan pemilik Sweet Bakery yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Ibu bapa Raisya telah pun bercerai sewaktu gadis itu baru sahaja berusia 2 tahun. Dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya, ibunya tidak pernah menunjukkan sebarang foto ayah kandungnya.
Raisya mempunyai ayah tiri dan seorang abang tiri.
Ayah tirinya bernama Nik Muhammad Rozaimie, berusia 54 tahun, abang tirinya pula bernama Nik Muhammad Ashraf, 23 tahun.
Raisya tidak begitu rapat dengan abang tirinya itu. Pasti ada sahaja benda yang tidak kena di mata Ashraf. Namun dia juga tidak mahu rapat dengan abang tirinya itu.
Setelah hampir 30 minit berada di bilik mandi, gadis itu keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian.
Raisya mengambil beg galasnya sebelum menuju ke ruangan makan.
ruangan makan
"Selamat pagi Umi. Selamat pagi Uncle Rozaimie," Raisya menyapa ibu dan ayah tirinya.
Walaupun Puan Hajar dan Encik Rozaimie sudah berkahwin hampir 5 tahun, Raisya tidak pernah memanggil Encik Rozaimie dengan panggilan Ayah.
"Selamat pagi," balas Puan Nurul Hajar dan Encik Rozaimie serentak.
Raisya mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan Puan Hajar. Gadis itu sempat memandang Ashraf sekilas.
Hanya bunyi sudu dan garfu mengenai permukaan pinggan sahaja yang kedengaran (ayat macam keling).
"Kelas kamu start pukul berapa, Raisya?" soal Encik Rozaimie kepada anak tirinya itu.
"8:50," pendek sahaja jawapan gadis itu.
"Ash, kamu boleh tolong hantarkan Raisya ke college?" Encik Rozaimie memandang anak tunggalnya itu.
"Uncle Rozaimie, Raisya boleh pergi sendiri," Raisya bersuara sebelum sempat Ashraf membuka mulut.
"Kamu nak pergi macam mana Sya?" soal Puan Nurul Hajar.
"Kawan Sya dah janji nak datang ambik Sya harini," balas gadis itu. "Sya pergi dulu ye? Assalamualaikum," Raisya terus meninggalkan ruangan makan dan berjalan ke pintu utama rumah ayah tirinya.
Raisya memakai kasut miliknya dan terus berjalan menuju ke kereta milik kawannya yang sudah berada di hadapan rumah ayah tirinya.
"Kenapa muka masam je ni? Pagi-pagi lagi dah masam mukanya," tegur kawan Raisya.
"Nothing. Sorry kalau Kak Zara tunggu Sya lama," kata Raisya dan gadis yang dikenali Zara itu hanya tersenyum sahaja.
Kereta milik Zara mula meninggalkan kawasan taman perumahan tersebut dan menuju ke Diamond College.
Diamond College
Raisya dan Zara berjalan menuju ke kelas masing-masing.
Raisya merupakan pelajar tahun kedua dalam bidang Pengurusan Perniagaan, manakala Zara pula pelajar tahun ketiga dalam bidang Perundangan.
"Morning girls," seorang jejaka menegur Raisya dan Zara.
"Morning too, Mr. Sweet-talker," Raisya memandang jejaka itu. "Harini Mr. Sweet-talker nak bawak Kak Zara keluar date ke?" Zara menepuk perlahan lengan gadis itu.
"Tak payahlah cakap macam tu," Zara memandang Raisya geram.
"Memang saya nak bawak awak pergi date pun Cik Izara oi," jejaka itu berkata.
"Date dekat 7-11 ke?" Raisya berkata dengan niat ingin mengusik pasangan kekasih itu.
"Haah," jejaka itu menerima sahaja usikan gadis yang hanya muda 4 tahun dari dirinya itu.
"Sya ke kelas dulu. Bye Kak Zara, enjoy your date with Mr. Sweet-talker," ujar Raisya sebelum menuju ke dewan kuliahnya.
"Ziyyad, awak tak ada kelas ke harini?" Zara memandang Mr. Sweet-talker atau nama sebenarnya Ziyyad.
"Izara Dania, awak lupa ke yang kita ni sama kelas?" Zara menepuk dahinya, Ziyyad memandang teman wanitanya itu sambil menggelengkan kepalanya. "Jom ke dewan kuliah. Kalau lambat, nanti Prof. Adam marah pulak," Ziyyad terus berjalan ke kelasnya.
Zara berlari mengejar teman lelakinya itu. Ada ke patut si Ziyyad tinggalkan Zara dekat situ?
~Raisya's POV~
Aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Kosong. Takkanlah Prof. Ariff cancel kelas last minute?
"Raisya, kenapa awak tercegat kat depan pintu ni?" seseorang menegur aku. Aku terus menoleh ke belakang, rupanya si Miyzad, rakan sekuliah aku.
"Miyzad rupanya. Ingatkan hantu tadi," bisik hatiku.
Ahmad Miyzad Iskandar Al-Hazimi, jejaka yang hanya tua setahun daripada aku ini teramatlah kacak. Tidak hairan jika ramai gadis menaruh hati kepadanya.
"Nur Raisya Adriana binti Ahmad Nizamuddin Al-Syafie, awak termenung apa tu?" teguran Miyzad menyedarkan aku.
"Sorry. Mana yang lain?" tanyaku sambil berjalan ke tempat duduk aku.
"Macam biasalah, mereka datang lambat sikit," Miyzad menjawab pertanyaanku.
Aku anggukan kepala aku. Miyzad duduk di tempat duduknya dan jejaka itu membuka buku teks Pengurusan Perniagaan.
Satu perkara yang aku perasan pasal si Miyzad, dia suka membaca buku tak kira masa sampaikan dia digelar "Miyzad si Ulat Buku" oleh rakan-rakan sekelas kami.
"Good morning!" aku menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
"Waalaikumussalam Puteri Tiara Ziannisa dan good morning too," Tiara cuma tersengih seperti kerang busuk dan duduk di sebelahku.
"Awalnya kau sampai Sya," kata Tiara. "Assalamualaikum dan selamat pagi Miyzad," Tiara menyapa Miyzad.
"Waalaikumussalam Tiara," balas Miyzad.
Aku mengerling ke arah Tiara, bestie aku ni. Bukan ke main eh si Tiara ni, malu-malu kucing pulak dah minah ni. Tahulah si Miyzad tu crush dia.
Aku mengeluarkan telefon pintar milikku dan membuka aplikasi WhatsApp.
The Gorgeous Gurlz
Kak Zara ('♡‿♡')
Assalamualaikum
Adik² semua, on
sila.
Akak nak tanya ni.
Aryana („• ᴗ •„)
Waalaikumussalam.
Ye kak?
Apa yang akak nak tanya?
Waalaikumussalam,
Kak Zara nak tanya apa?
Kak Zara ('♡‿♡')
Kelas kamu semua
habis pukul berapa?
Kelas Sya dgn Tiara
habis pukul 11:50.
Aryana („• ᴗ •„)
Kelas Aryana pula
habis pukul 11:15,
kenapa kak?
Kak Zara ('♡‿♡')
Takde apa, saje tanya.
Tiara (^_<)
Kak Zara nak pergi
date dengan Abang Ziyyad.
Kak Zara ('♡‿♡')
Hey!
Mana ada 😒
Memandai je kamu
ni Tiara.
Tiara, aku hempuk kau satgi.
Duk main² tampar² lengan
aku dah kenapa 😒
Tiara (^_<)
Hehehe, sorry ler.
Aku tengah usya si
Miyzad je 🥺 👉👈
Kak Zara ('♡‿♡')
Off semua off
Aryana („• ᴗ •„)
Okay kak
Okay kak
Tiara (^_<)
Okay kak
Kak Zara ('♡‿♡') offline
Aryana („• ᴗ •„) offline
Tiara (^_<) offline
You offline
Satu per satu rakan sekuliah aku mula memunculkan diri masing-masing. Selang beberapa minit kemudian, Prof. Ariff pun masuk ke dalam dewan kuliah dan Prof. Ariff pun memulakan pengajaran untuk hari ini.
~End of Raisya's POV
Tamat sahaja sesi kuliah Pengurusan Perniagaan dengan Prof. Ariff, Raisya dan Tiara terus mengatur langkah mereka ke cafeteria.
Diamond College's cafeteria
"Raisya! Tiara! Kat sini!" Zara melambaikan tangannya agar Raisya dan Tiara perasan akan keberadaannya.
Raisya dan Tiara terus menuju ke arah Zara. Kedua-dua gadis itu mengambil tempat duduk di meja makan tersebut.
"Amboi Kak Zara kita ni. Kat sini pun nak dating dengan buah hati kesayangan dia," seorang gadis bertudung berkata.
"Biasalah Rya, macamlah kau tak tahu yang Kak Zara dengan Abang Ziyyad ni tak boleh dipisahkan," Tiara bersuara.
"Cakap je la yang you girls jealous sebab your favourite Kak Zara ni my girlfriend and dia utamakan saya daripada you girls," kata Ziyyad dalam nada mengusik.
"Takde maknanya Kak Zara utamakan Mr. Sweet-talker," Raisya berkata.
"Jangan nak gaduh dekat sini. Kita kat sini nak makan, bukan nak gaduh," Zara akhirnya bersuara.
Mari kita berkenalan dengan besties Raisya.
Izara Dania, berusia 24 tahun dan merupakan pelajar tahun ketiga dalam bidang Perundangan.
Izara atau lebih mesra disapa dengan nama Zara ini merupakan teman wanita kepada Syed Muhammad Ziyyad Al-Iman, 24 tahun. Ziyyad juga pelajar tahun ketiga dalam bidang Perundangan.
Zara dan Ziyyad telah lama menjalinkan hubungan cinta, sudah 8 tahun mereka bersama.
Zara merupakan anak kedua dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang kakak kembar bernama Inara Diana dan seorang adik lelaki bernama Mohammad Ilham yang berusia 19 tahun.
Seterusnya, Puteri Tiara Ziannisa yang baru sahaja mencecah usia 21 tahun. Tiara merupakan pelajar tahun kedua dalam bidang Pengurusan Perniagaan, sama seperti Raisya.
Tiara merupakan anak bongsu dalam keluarganya dan dia hanya mempunyai seorang abang, iaitu Putera Hayyan Qaliff, 22 tahun.
Abang kepada Tiara turut menuntut di Diamond College dan merupakan pelajar tahun keempat dalam bidang Kedoktoran.
Akhir sekali, Aryana Qistina, gadis berusia 19 tahun. Aryana merupakan seorang pelajar tahun pertama dalam bidang Kejuruteraan.
Aryana juga anak bongsu dalam keluarganya. Dia mempunyai dua orang abang.
Abang sulung Aryana bernama Aiman Luthfi, 26 tahun dan kini sedang menyambung pelajarannya di United Kingdom dan abang kedua Aryana pula bernama Ameer Mikhail, 23 tahun dan kini sedang menyambung pelajarannya di Arab Saudi.
"Harini Abang Ziyyad kena belanja kitorang makan," Ziyyad terus memandang ke arah Aryana.
"Pergilah ambik apa yang you girls nak, nanti saya bayar," Ziyyad berkata.
Mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh jejaka itu, Aryana dan Tiara terus pergi mengambil makanan yang mereka mahukan.
"Baik betul kau nak belanja diorang ye Ziyyad?" seorang jejaka menghampiri Ziyyad.
"Bukan selalu pun. Sekali-sekala, apa salahnya," balas Ziyyad. "Sorang je ke Zayyad? Mana kawan-kawan kau?" Ziyyad bertanya kepada abang kembarnya itu.
"4 ekor tenuk tu entah hilang ke mana," jejaka yang dikenali sebagai Zayyad mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Raisya.
Syed Muhammad Zayyad Al-Iman, 24 tahun dan abang kembar kepada teman lelaki Zara, iaitu Ziyyad. Zayyad pelajar tahun ketiga dalam bidang Sains Kejuruteraan.
Raisya sudah beberapa kali berjumpa dengan Zayyad, ini kerana jejaka itu merupakan kawan kepada Ashraf, abang tirinya.
"Kita berjumpa lagi nampaknya," Zayyad memandang Raisya.
"Kau kenal dia?" soal Ziyyad dan Zayyad anggukan kepalanya.
"Ashraf's step-sister," jawab Zayyad. "Why not kita berkenalan?" Raisya memandang Zayyad dengan senyuman palsunya.
"No thank you," balas Raisya.
"Zayyad! Asal kau tinggalkan kitorang hah?" seorang jejaka menyergah Zayyad.
"Korang yang tinggalkan aku hanat," Zayyad memandang jejaka itu tajam.
"Alah, sorry la Zay. Perut si Muhaimin ni ha buat hal. Itu yang aku pergi teman dia kat tandas," jejaka itu duduk di sebelah Zayyad.
"Kau tolong cebok untuk dia ke acane?" jejaka itu memandang Zayyad dengan wajah mendatar.
"Eh, Abang Hayyan. Abang dah habis kelas ke?" Tiara menegur abangnya, Hayyan.
"Haah, kami baru je habis kelas," balas salah seorang kawan Zayyad, iaitu Muhaimin.
"Mana si Hazie dengan si Ash? Dah mampos ke?" Ziyyad bertanya.
"Ha, panjang umur dua ekor tu," jari Hayyan ditudingkan ke arah dua orang rakannya.
Mereka bersepuluh kini duduk semeja untuk makan tengah hari.
Kedudukan mereka bersepuluh:
Zara | Ziyyad
Tiara | Aryana
Raisya | Zayyad
Ashraf | Muhaimin
Hayyan | Hazieman
Raisya tidak bersuara langsung kerana ada Ashraf di sebelahnya. Kenapalah Ashraf kena duduk sebelah dia?
"Maafkan saya. Awak ni Raisya kan?" seorang jejaka menegur Raisya.
Raisya menoleh ke arah jejaka itu dan memandang jejaka itu dengan riak wajah keliru.
"Awak ni siapa?" soal Raisya.
"Saya Nuqman. Puan Anita mintak saya cari awak," Nuqman berkata.
"Sebab apa Puan Anita cari Raisya?" Zara bertanya.
"Saya sendiri pun tak tahu," balas Nuqman.
"Kalau macam tu, Sya pergi jumpa Puan Anita dulu," Raisya bangun daripada duduknya.
Raisya mengikuti Nuqman ke bilik Puan Anita.
Pejabat Puan Anita
"Puan Anita, puan cari saya ke?" Raisya menghampiri Puan Anita.
"Ha, Raisya. Saya bercadang nak pilih kamu untuk sertai pertandingan memanah peringkat universiti," kata Puan Anita.
"Kenapa Puan Anita pilih saya?" soal Raisya agak keliru.
"Sebab pasukan kamu pernah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan memanah sewaktu kamu bersekolah di SMK Seri Kayangan," Raisya menggosok belakang tengkuk dia sambil tersenyum kekok.
"Saya cuma bernasib baik je masa tu, Puan Anita. My former teammates did helped me back then," balas Raisya.
"Kamu cubalah dulu. Lagipun saya akan adakan pemilihan ahli-ahli baharu untuk Kelab Memanah," ujar Puan Anita.
~Raisya's POV~
"Kamu cubalah dulu. Lagipun saya akan adakan pemilihan ahli-ahli baharu untuk Kelab Memanah," hah sudah, apa aku nak jawab ni?
"Apa kata Raisya sertai pemilihan tu dulu?" aku menoleh ke arah Nuqman. "Puan Anita ni guru penasihat untuk Kelab Memanah, dan Puan Anita takkan mintak saya cari awak kalau Puan Anita tak nampak potensi yang ada pada diri awak," ujar Nuqman.
Aku sudah lama tak sentuh alatan memanah aku, entah-entah skill aku sudah berkarat.
Tapi aku tak nak kecilkan hati Puan Anita, Puan Anita sudah menaruh harapan agar aku sertai Kelab Memanah.
"Saya cuba. Tapi, saya tak janji kalau saya dapat buat Puan Anita berpuas hati dengan skill saya. Maklumlah, saya sudah lama tidak memanah," jawabku jujur.
"Tidak mengapa Raisya. Saya cuma mahu asah semula bakat kamu. Takkan kamu nak sia-siakan bakat kamu begitu sahaja, bukan?" aku anggukan kepala aku sambil tersenyum kecil.
"Kalau macam itu, saya minta diri dulu ye?" Puan Anita anggukan kepalanya.
Aku keluar dari bilik Puan Anita, diikuti oleh Nuqman.
"Saya belum tahu lagi nama penuh awak," aku memandang Nuqman. Hmm, handsome juga mamat ni.
"Nur Raisya Adriana, selamat perkenalan," aku memberikan senyuman manis kepada jejaka itu.
"Ahmad Nuqman Haqimi Al-Imran," pergh panjang siak nama dia!
"Saya mintak diri dulu," kataku sopan.
"Raisya, sekejap," aku memandang Nuqman.
Nuqman mengeluarkan sebuah buku nota kecil dan sebatang pen lalu dia menulis sesuatu di buku nota itu.
Sesudah itu, dia mengoyakkan sekeping kertas buku notanya itu dan memberikannya kepada aku.
Aku mengambil kertas tersebut dan melihat apa yang dia tulis sebentar tadi. Number phone dia rupanya.
"Saya pengerusi Kelab Memanah. If awak ada apa-apa pertanyaan, awak bolehlah chat saya," ujar Nuqman dan aku anggukan kepala sahaja.
"Thanks," balasku sambil menyimpan kertas itu ke dalam beg sandangku. "So, see you later I guess?" kataku.
Nuqman anggukan kepalanya dan bibirnya mengukirkan senyuman kepadaku.
Aku terus berjalan ke perpustakaan untuk mengulang kaji memandangkan sekarang ini aku tidak mempunyai sebarang kelas.
~End of Raisya's POV~
Raisya bukannya pergi ke perpustakaan tetapi gadis itu pergi ke taman di kolejnya itu.
Raisya duduk di pondok yang tersedia di taman tersebut dan mengeluarkan telefonnya.
Raisya menaip nombor telefon Nuqman dan dia menyimpan nombor telefon jejaka itu ke dalam kenalannya.
"Ponteng kelas ke?" Raisya menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
"Syed Muhammad Zayyad Al-Iman, what are you doing here?" soal Raisya.
"I'm the one who should ask you that question young lady," Zayyad memandang Raisya. "Looks like you and Ash aren't getting along," Zayyad mengambil tempat di sebelah Raisya.
"So what? We aren't close tho," ujar Raisya.
"I know that. You two hate each other," ujar Zayyad. "Tapi, let me remind you something, Raisya. Jangan benci someone tu lama-lama sangat, takut awak jatuh cinta dengan dia je," Raisya memandang Zayyad dan gadis itu ketawa.
"Jatuh cinta dengan someone yang saya benci? I don't think so,"ujar Raisya.
"Jangan terlalu yakin Raisya," Zayyad berkata sebelum jejaka itu meninggalkan taman tersebut.
Raisya terpaksa pulang dengan Ashraf kerana dipaksa oleh ibunya, Puan Nurul Hajar.
Ashraf dan Raisya hanya mendiamkan diri masing-masing sahaja sehingga mereka berdua tiba di rumah milik Encik Rozaimie.
❐ To Be Continue ❐
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top