SINOPSIS FULL

SINOPSIS PENUH ANNYEL

FANTASY HORROR+ROMANCE STORY.

#ANNYEL
#AISYFIFI

TEASER BLURB ANNYEL

FANTASY HORROR+ROMANCE+ACTION STORY.

Di setiap helaan nafasmu adalah milikku...

ANNYEL mengisahkan sebuah perjanjian mistik. Perjanjian secara rahsia bertahun lamanya dan kembali untuk menuntut janji. Apakah sesuatu yang kembali untuk menuntut janji itu? Manusia? Atau sebaliknya?

Lisa, seorang gadis yang malang. Yang sering mengalami mimpi-mimpi aneh sejak kecil lagi. Saban malam, dia mendengar suara pensyair gemersik seseorang bersama alunan indah serunai malam yang sungguh merdu untuk didengari. Gangguan itu yang membuatkan hidupnya jadi tak tentu arah. Apakah ia? Apa yang mengganggu tidurnya saban malam? Apabila dikhabarkan kepada ahli keluarganya apa yang dialaminya saban malam, mereka sama sekali tidak mempercayainya. Malah mereka menganggap dia berhalusinasi kerana dia tidak suka bergaul dengan orang di sekeliling. Apatah lagi teman sekolej dengannya.

Jadi, apakah kesudahannya apabila tiba-tiba seseorang yang sering mengganggu tidur malamnya benar-benar memunculkan diri di hadapannya? Dan seseorang itu mahu membawa Lisa terbang bersamanya masuk ke dalam dunianya. Apa akan terjadi? Akankah Lisa setuju untuk mengikutinya? Siapakah si pemain serunai malam yang sungguh merdu dan miliki suara gemersik itu?

Zain Khairin a.k.a Kai, rakan Lisa sejak zaman kanak-kanak cuba membantu Lisa bersama Jannah a.k.a Jennie, adik Lisa dan juga Baekhyun lelaki beragama Buddha juga rakan satu kolej dengan Lisa dan Kai, mereka cuba membongkarkan misteri yang mengganggu Lisa selama ini. Berjaya mereka membongkarinya? Mereka sama-sama berjaya masuk ke dunia Annyel untuk mencari Lisa dan melawan makhluk pelik di sana. Berjayakah mereka keluarkan Lisa dari dunia Annyel dan cengkaman Rizzquarrel Eagle King iaitu ketua raja rimba di sana dan 6 raja rimba di bawah naungannya itu? Sedangkan Lisa tak mahu keluar dari situ kerana sudah jatuh cinta dengan Raja Annyel .

"Aku akan lindungi kau dari makhluk pelik di sini." RIZZQUARREL EAGLE KING.

"Aku tak sangka mimpi aku selama ni benar-benar wujud. Terima kasih si mata biru sebab dah bawak aku ke sini. Tempat yang tak pernah aku jejak yang tak ada dalam dunia aku." ALISA KHALID.

"Sesiapa saja masuk ke sini takkan mampu menemui jalan keluar. Kerana di mana mana pun mereka akan temui jalan maut!"-TAEFOX KING.

"Lebih baik ditampar oleh kebenaran dari dari dicium oleh sebuah penipuan!"-KOOKCOBRA KING.

"Kak Lisa, saya akan pastikan akak selamat. Saya akan bawak akak balik!"-JANNAH KHALID.

"Lisa, biar apapun terjadi kau adalah satu amanat yang perlu aku jaga. Aku akan selamatkan kau walau maut menanti aku nanti!"-ZAIN KHAIRIN.

"Semua ni angkara kau makhluk jahanam dan kau Lisa. Kerana kau kami terperangkap sama!"- BAEKHYUN.

Apa akan jadi? Pelbagai rintangan yang mereka lalui hingga terpaksa berdepan dengan musuh Annyel iaitu Thorrix durjana yang merupakan sejenis makhluk separuh badan manusia dan berkepala buaya tembaga putih bersama bala tenteranya yang mahukan darah dan juga menakluki Annyel.

Adakah pertempuran antara mereka ini akan berjaya? Siapakah yang berjaya? Raja Annyel dan sekutunya atau Thorrix bersama bala tenteranya? Adakah RIZZQUARREL EAGLE KING tewas dan mati? Adakah akhirnya Lisa menjadi RATU ANNYEL? Bagaimana pula dengan Kai, Jennie dan Baekhyun? Berjayakah mereka membawa Lisa pulang ke dunia manusia? Atau mereka juga mati dibunuh dalam alam ANNYEL?

Bagaimana dengan keluarga Lisa? Ayah Lisa menyesal kerana telah menjadi penyebab Lisa dibawa pergi. Sebenarnya apa yang ayah Lisa telah lakukan? Segalanya akan terjawab di dalam ANNYEL.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top