BAB 3
ENCIK KHALID dan Puan Nurin bersemuka dengan guru kaunseling bersama Cikgu Fatimah di bilik kaunseling setelah di panggil oleh Cikgu Fatimah kerana mahu berbincang perihal Lisa, anak sulong mereka.
"Lisa banyak berkhayal dalam kelas. Kadang-kadang bercakap sendiri. Dan dia juga bercakap agak kurang sopan dengan guru-guru. Dan memburukkan Encik juga Puan dekat sekolah. Tak padan dengan umur dia yang baru berusia 12 tahun. Cara pemikirannya percakapannya, mengalahkan orang dewasa. Kadang-kadang dia marah-marah pelajar lain. Membentak seorang diri. Kami bukan apa Encik Khalid dan Puan Nurin. Lisa akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ni. Kami sebagai pendidik di sini, tak mahulah apa yang jadi ni akan mengganggu pelajarannya. Dan kami risau kalau dia tak boleh menduduki peperiksaan itu dengan baik. Saya sebagai guru kaunseling, saya nasihatkan Encik Khalid dan Puan Nurin bawalah Lisa pergi berubat kampung. Siapa tahu, dengan cara ni boleh menyembuhkan penyakit berkhayal Lisa ni. Mungkin semua ni gangguan makhlus halus yang cuba menyesatkan Lisa." Cikgu Mamat selaku guru kaunseling menerangkan perihal Lisa di sekolah kepada kedua ibubapanya.
Encik Khalid tersengih kecil. Puan Nurin hanya mempamerkan riak tidak percayanya dengan penerangan guru di situ.
"Apa yang Cikgu cakap ni? Makhluk apa pulak? Saya tak percaya benda-benda tahyul macam ni. Lisa tu memang suka berhalusinasi sejak kecil lagi. Dan Cikgu Mamat, selaku guru kaunseling di sekolah ni... sepatutnya Cikgu boleh bagi kaunseling dekat Lisa. Psiko dia supaya dia tak berhalusinasi lagi. Apa guna saya bayar mahal-mahal dekat sekolah ni kalau pendidik tak boleh nak didik pelajar-pelajar dengan baik? Terutama sekali anak saya. Bukannya cakap yang bukan-bukan dengan kepercayaan karut macam tu!" Kata-kata Encik Khalid itu membuatkan Cikgu Mamat dan Cikgu Fatimah berpandangan sesama sendiri.
Mereka kurang berkenan dengan sikap angkuh Encik Khalid dan juga Puan Nurin.
"Ini bukan masalah kepercayaan karut. Ini demi Lisa. Sampai bila Encik dan Puan nak biarkan dia terus berhalusinasi macam tu? Kami tak nak dia ketinggalan dalam pelajarannya hanya kerana gangguan macam ni. Tengok tadi tu, Lisa berlari dengan tiba-tiba keluar dari kelas. Nasib baik saya dengan Zain, pelajar sekelas dengan Lisa mengejar dia. Kalau tidak, entah ke mana-mana dia pergi. Nanti pihak sekolah jugak yang di salahkan. Keadaan ini akan memburukkan nama baik sekolah. Saya dan cikgu-cikgu yang lain tak nak perkara itu terjadi di sekolah kami. Kalau boleh, Encik bawak Lisa pergi berubat atau kami terpaksa asingkan dia dari pelajar-pelajar lain supaya pelajar lain tak terganggu dengan halusinasi dia tu." Cikgu Fatimah pula mencelah bagi menyokong Cikgu Mamat.
Encik Khalid merengus kasar apabila anaknya akan diperlakukan sebegitu.
Puan Nurin turut rasa marah.
"Berani awak berdua nak asingkan anak saya dari pelajar lain? Awak tahu dengan siapa awak berdua berdepan sekarang? Ini CEO. Jaga adab ketika bercakap dengan CEO kalau kalian berdua tak mahu di pecat dari sekolah ni!" ugut Encik Khalid kemudian bingkas bangun dan berlalu dari situ.
Puan Nurin turut berdiri. Wajah Cikgu Fatimah dan Cikgu Mamat dipandang silih berganti.
"Kalau awak berdua berani mengasingkan anak saya, kalian akan terima akibatnya. Ingat, kami yang banyak memberi dana dekat sekolah ni untuk menaikkan lagi reputasi sekolah ni. Mustahil disebabkan anak saya seorang, reputasi sekolah boleh jadi buruk. Ini langsung tak masuk akal. Anak saya hanya berhalusinasi. Dia bukan gila atau dirasuk makhluk lain. Sungguh saya tak percaya bahawa zaman sekarang masih ada orang yang percayakan benda-benda karut macam ni. Uh! Sungguh menjengkelkan," bidas Puan Nurin dalam nada cukup sinis dan terus berlalu dari situ.
Meninggalkan Cikgu Mamat dan Cikgu Fatimah terkulat-kulat di situ.
"Kita mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi, kita pulak yang di ugut macam tu. Haiss..." Tergeleng kepala Cikgu Fatimah mengenangkan sikap kedua orang tua Lisa.
"Biasalah. Orang yang berpengaruh seperti mereka selalu bersikap begitu. Menggunakan pangkat untuk mengugut orang bawahan macam kita. Lepas ni, Cikgu hiraukanlah Lisa. Jangan peduli apa yang terjadi," pesan Cikgu Mamat.
"Tapi, sampai bila? Tindakan Lisa akan mengganggu pelajar lain jugak. Itu masalahnya sekarang, Cikgu." Cikgu Fatimah benar-benar tidak setuju jika dia disuruh menghiraukan pelajarnya sendiri.
Salahkah dia mahukan yang terbaik buat pelajarnya?
"Tak guna semua tu. Itu kemahuan ibubapanya sendiri. Jadi, abaikan Lisa. Cikgu hanya lakukan tugas Cikgu sebagai pengajar. Mengajar saja. Jangan bertindak lebih jika tak nak kehilangan kerja ni," kata Cikgu Mamat kemudian bingkas berlalu dari situ.
Sebenarnya dia turut susah hati dengan sikap ibu bapa zaman sekarang. Nasihat guru tidak diendahkan. Bila sudah terhantuk, baru nak tengadah.
Cikgu Fatimah tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan Encik Khalid dan juga Puan Nurin sebentar tadi. Dia perlu buktikan bahawa Lisa memang benar-benar diganggu oleh makhluk lain. Tapi, bagaimana? Itu yang dia tengah fikirkan saat itu.
****
"LISA! Bukak pintu ni sekarang. Papa nak cakap dengan Lisa sikit. Lisa..." Puas Encik Khalid mengetuk pintu kamar anak perempuannya yang seorang itu. Tidak dibuka sejak dibawa pulang dari sekolah tadi.
Lisa hanya berbaring di atas katil tanpa mengendahkan ketukan pintu kamarnya. Dia mendakap patung beruang sederhana besar berwarna coklat yang dihadiahkan oleh Zain ketika hari lahirnya tahun lepas. Entah mimpi apa Zain baik sangat dengannya. Dia hanya menerima pemberian Zain, kerana dirasainya Zain benar-benar ikhlas menghadiahkannya patung beruang itu. At least, masih ada orang yang mahu mengambil berat tentang dirinya. Jika hendak dibandingkan dengan keluarganya sendiri? Seorang pun tak ingat tarikh lahirnya kerana sibuk dengan dunia kerja.
Adiknya pula masih tak faham apa-apa tentang perasaan Lisa. Jadi, Lisa hanya memendam sendiri rasa itu. Dan dia sudah tidak kisah dengan keluarganya lagi.
"Lisa... bukak pintu ni. Mama dan papa nak cakap dengan Lisa. Nak tanya Lisa apa yang Lisa dah buat dekat sekolah? Kenapa sampai boleh pengsan tadi? Bukak pintu ni, sayang..." pujuk Puan Nurin pula. Berharap anak daranya mahu membuka pintunya.
Lisa menerkup telinganya dengan bantal. Tidak mahu dirinya diganggu.
Encik Khalid bengang apabila panggilan mereka hanya diendahkan oleh Lisa. Rasa dirinya tercabar. Dia mula mengeraskan suaranya bertujuan mahu anaknya itu membuka pintu.
"Lisa, bukak pintu ni! Kalau tidak, papa guna kunci duplicate dan buka pintu ni. Lisa pun tahu kan... kalau papa dah bukak pintu ni sendiri apa akan jadi? Apa yang akan papa buat dekat Lisa, Lisa tahu tu kan... jadi, baik bukak sebelum papa bukak sendiri. Papa kira sampai tiga. Satu! Dua... ti..." Belum sempat Encik Khalid menghabiskan kiraannya, Lisa mencantas.
"Apa papa nak buat? Nak pukul Lisa? Pukullah! Lisa dah tak kisah. Kalau Lisa bagitahu pun apa yang Lisa alami, papa dengan mama takkan percaya pun apa yang Lisa cakap. Dan semestinya, Lisa akan di cop budak gila kan? Jadi, lebih baik Lisa diam." Kata-kata Lisa itu menyentakkan kedua orang tuanya.
Encik Khalid sudah berang. Dia mahu mengambil kunci duplicate yang disimpannya di dalam laci kamar beradunya. Puan Nurin yang menyedari apa yang bakal terjadi nanti segera menahan suaminya dari betindak diluar jangkaannya nanti.
"Abang, tak payah lah bukak pintu tu. Biarlah dia tenangkan fikiran dia dulu. Mungkin dia perlukan masa untuk terangkan apa yang terjadi dekat sekolah tadi. Cuba bawak bersabar sikit." Encik Khalid tidak mengendahkan kata-kata nasihat dari isterinya.
Setelah mengambil kunci duplicate dari laci, dia terus berlalu ke kamar Lisa selang dua bilik dari kamarnya.
Puan Nurin membuntuti suaminya dari belakang. Encik Khalid membuka pintu kamar Lisa menggunakan kunci pendua. Tidak sampai seminit, pintu terbuka. Tanpa melengahkan masa, Encik Khalid terus menemui Lisa yang tengah berbaring di atas katil.
"Lisa, bangun! Papa nak bincang dengan Lisa," tegas Encik Khalid benar-benar serius.
Lisa hanya buat tak endah dengan ketegasan papanya. Malah, dia menutup wajahnya dengan bantal. Dan berpura-pura tidur. Tidak mahu mendengar bebelan mereka. Sama seperti selalu tiap kali berlaku sesuatu padanya di sekolah, balik ke rumah dia yang akan dimarahi papanya dan menyuruh dia menghentikan halusinasinya. Tak tahukah mereka itu yang dia inginkan selama ini. Tapi, bagaimana? Perkara itu terus mengganggu hidupnya tanpa henti. Apa yang mampu dia lakukan? Dan apa yang penting dia tidak berhalusinasi.
"Lisa! Jawab papa. Jangan mencabar kesabaran papa!" Encik Khalid mulai naik angin.
"Sudahlah tu, papa. Jangan desak dia. Budak tu kan baru je balik. Dia nak berehat. Nanti malam kita tanya dia elok-elok." Puan Nurin menasihati suaminya.
Lisa yang mendengarnya tersengih.
"Mama papa nak tunggu sampai tahun depan sekalipun, Lisa takkan bagitahu apa yang terjadi tadi."
Encik Khalid dan Puan Nurin berpandangan sesama sendiri. Kali ini, kedua-dua mereka duduk di birai katil.
Encik Khalid mahu melampiaskan amarahnya kerana malu dengan apa yang cikgu-cikgu di sekolah ceritakan padanya perihal anaknya itu. Disebabkan itu kemarahannya bangkit hingga paras oktaf. Namun, disebabkan isterinya Puan Nurin memberi isyarat agar memujuk Lisa bukan memarahinya, Encik Khalid terpaksa akur dan mengendurkan wajah tegangnya. Dia cuba untuk memujuk Lisa. Dengan harapan, anak itu bakal menceritakan apa yang terjadi. Bukan apa, dia hanya mahu memastikan apa yang Cikgu Fatimah dan Cikgu Mamat beritahu tadi salah sama sekali. Ya, dia hanya mahu memastikan itu.
"Lisa... okey, listen. Papa mintak maaf sebab marah Lisa. Now tell me, what happen? Papa janji papa dan mama tak marahkan Lisa. Papa nak bawak Lisa pergi klinik. Lisa menolak. Sekarang, bagitahu papa apa yang mengganggu fikiran Lisa? Kenapa sampai boleh pengsan? Cikgu yang apa-apakan Lisa ke? Bagitahu papa. Biar papa ajar dia orang." Bertubi-tubi Encik Khalid menekan Lisa supaya memberitahunya kebenaran apa yang terjadi membuatkan Lisa tidak betah mendiamkan diri lagi.
Lantas dia bingkas bangun duduk.
"Papa dengan mama boleh keluar tak? Lisa nak rehat. Lisa perlu tenangkan fikiran. Lisa okey. Don't worry." Lisa cuba berlembut dengan orang tuanya. Malas berbalah kata dengan mereka. Nak nak lagi dengan papanya. Memang takkan menang.
Encik Khalid cuba menenangkan dirinya. Tidak mahu meninggikan suara lagi seperti selalu. Mungkin dengan cara ini, Lisa akan beritahu kebenaran. Yang pasti, bukan perkara ghaib itu. Dia cukup tidak suka mendengarnya.
"Lisa, sayang... papa tahu, ada sesuatu yang terjadi dekat sekolah tadi. Cikgu ada dera emosi Lisa ke sampai Lisa boleh pitam? It's okay. Just tell me what?" Lisa meraup rambutnya ke belakang. Terpaksa akur dengan desakan papanya.
"Okey, Lisa akan bagitahu. Tapi, papa janji takkan marah Lisa macam selalu." Encik Khalid menganggukkan kepalanya. Tanda berjanji tidak akan memarahinya. Begitu juga dengan Puan Nurin.
Rambut lurus di paras bahu anaknya itu di belai lembut.
Lisa menarik nafas panjang sebelum menceritakan perkara yang sama seperti selalu yang dia alami kepada kedua ibubapanya.
"Lisa dengar suara orang bersyair dan pemain serunai macam waktu malam yang selalu Lisa dengar tu. Itu yang mengganggu Lisa di sekolah tadi. Selalu dia ganggu malam. Tapi, hari ni dia mengganggu Lisa waktu Lisa tengah belajar. Itu lah kebenaran yang Lisa lalui tadi," beritahu Lisa apa yang papa dan mamanya mahu tahu.
Seperti yang dijangkakan, berubah riak kedua orang tuanya.
"Cukup, Lisa! Hentikan semua ni. Sampai bila Lisa nak berhalusinasi ni? Papa dah cukup malu dengan cikgu-cikgu dekat sekolah tu. Dengan kawan-kawan papa lagi. Sebab ada anak yang suka berhalusinasi macam Lisa ni." Encik Khalid mulai naik meradang.
"Papa... Lisa tak berhalusinasi. Itu yang Lisa lalui dari dulu lagi. Papa dengan mama aje yang tak percayakan Lisa. Habis tu, Lisa nak buat macam mana lagi? Mama dengan papa tak tahu yang Lisa takut. Takut untuk hadapi semua ni sendiri. Tolonglah percayakan Lisa." Lisa merayu papanya agar mempercayainya.
"Lisa! Kan mama dah kata, jangan sebut pasal kepercayaan karut macam tu lagi. Mama dengan papa tak suka. Berhenti mereka-reka cerita yang tak pernah wujud tu lagi. Tumpukan perhatian pada pelajaran. Lisa nak exam tak lama lagi. Tolonglah faham." Puan Nurin pula membebel kerana benar-benar tidak suka bila Lisa menyebut soal serunai malam. Seram baginya untuk mendengarnya.
Lisa terus turun dari katil sambil memeluk teddy bear nya membawa ke jendela.
"Jendela ni saksi Lisa. Dia menyaksikan segala-galanya apa yang berlaku pada Lisa. Lisa tak tipu. Dan... macam mana Lisa nak fokus pada exam, kalau fikiran Lisa asyik diganggu dengan perkara-perkara yang macam ni? Tak boleh ke mama dengan papa fahami perasaan Lisa? Dan cuba lindungi Lisa. Bukannya tuduh Lisa berhalusinasi!" luah Lisa segala yang terbuku di jiwanya.
Remuk hatinya tatkala ceriteranya langsung tidak dipandang serius. Malah, ia dianggap berhalusinasi. Bukankah tanggapan itu sama seperti seorang yang gila sedang berkhayal sendirian? Oh sakit hati Lisa mengenangkannya.
"Papa cakap cukup, Lisa! Tak boleh ke Lisa jadi macam Jennie? Tengok Jennie, ceria aje hidup dia. Boleh aje dia jalani hidup seperti orang lain tanpa berhalusinasi macam Lisa tu. Belajar pun pandai. Lisa, tolong hentikan cerita karut ni lagi. Jalani hidup seperti orang lain. Jangan serabutkan papa dan mama lagi. Kami dah tak larat nak menghadap cikgu kaunseling tu lagi. Tolong jangan buat perangai. Ingat pesan papa. Hidup macam Jennie. Jangan suka berhalusinasi! Jalani kehidupan yang sebenar. Lisa tolonglah sedar, Lisa tu budak lagi tahu tak? Jangan berlagak nak jadi orang dewasa macam kami. Belum masanya, faham!" tegas Encik Khalid sebelum berlalu keluar dari situ.
Lisa merengus geram. Dia melepaskan keluhan beratnya di jendela. Puan Nurin sudah mendekatinya.
"Betul cakap papa tu, Lisa. Tolong jangan buat macam tu lagi. Jangan buat mama papa risaukan Lisa. Tolonglah hentikan semua halusinasi ni. Jadi seperti Jennie. Hidup dengan ceria. Bukan kekusutan macam orang tak waras ni. Ingat pesan mama. Lupakan halusinasi serunai malam bagai tu. Kalau mama dengar lagi, awas Lisa!" Puan Nurin memberi amaran keras kepada Lisa dengan nada yang cuku keras.
"Mama... Lisa tak tipu. Lisa memang dengar serunai malam tu dengan syairnya tu. Kenapa semua orang asyik nak bandingkan Lisa dengan Jennie? Jennie boleh hidup ceria sebab dia tak lalui apa yang Lisa lalui selama ni. Andai lah Lisa seperti Jennie yang tak ada gangguan, tentu saja Lisa akan lebih ceria dan jalani realiti hidup seperti Jennie. Lisa takkan jadi macam ni, mama. Lisa tak nak jadi macam ni. Tolonglah percayakan Lisa..." rayu Lisa kepada Puan Nurin seraya memeluk tubuh itu erat. Air matanya bergenang di kelopak matanya. Berharap wanita itu percayakannya.
"Cukuplah tu, Lisa! Berapa kali mama nak cakap, jangan sebut lagi pasal ni. Tutup mulut tu! Pergi study. Bersedia untuk exam nanti. Hentikan berfikir perkara mengarut tu. Mama tak nak dengar dah. Faham?"
"Tapi, ma..." Belum sempat Lisa menghabiskan ayatnya Puan Nurin telahpun berlalu pergi.
Lisa jatuh terduduk sambil memeluk teddy bearnya.
"Lisa tak tipu. Kenapa semua orang asyik nak bandingkan aku dengan Jennie? Dia dengan aku tak sama. Aku yang alami perkara mistik ni. Aku yang rasa. Dia tak rasa semua ni sebab tu dia happy. Aku yang lalui semua ni, macam mana hidup aku nak ceria macam budak-budak lain? Kenapa tak ada orang yang nak faham dan percayakan aku?" Lisa akhirnya menangis di situ.
Tanpa sedar, seseorang sedang memerhatikannya dari jendela.
"Hei, aku rasa kau patut hentikan perlakuan kau padanya. Kasihan dia. Kerana kau, dia di cop budak gila. Ish ish ish..." Satu suara kecil menegur seseorang yang sedang berdiri di atas jendela.
"Diam kau! Aku takkan berhenti selagi janji mereka padaku tak ditunaikan. Biarkan. Biarkan mereka merasai derita yang berpanjangan di atas perbuatan mereka sendiri. Haha..." Kemudian, mereka berlalu pergi di bawa angin lalu. Dan menghilang disebalik awan.
Lisa tidak menyedari kehadiran mereka tadi. Dia meneruskan tangisnya. Melepaskan kesedihan yang membelenggu jiwanya.
"Dunia ni tak adil. Hidup ni tak adil!" Lisa merintih sendiri.
Pada waktu yang sama, Jennie yang baru lepas mandi menjejakkan kaki masuk ke ruangan kamar beradu milik kakaknya, Lisa.
"Kak Lisa? Kenapa Kak Lisa menangis? Papa marah lagi ek?" Kedengaran comel suara kanak-kanak yang baru berusia 8 tahun iaitu Jennie dengan berwajah polosnya mendekati Kakaknya apabila mendapati Kakaknya masih tidak mahu menjawab persoalannya.
Tubuh Lisa disentuhnya dan dipeluknya erat. Berniat untuk memujuknya.
"Kak Lisa... jangan lah bersedih lagi. Jennie kan ada. Boleh hiburkan kakak," pujuk Jennie tanpa berputus asa.
Lisa bengang dengan adiknya itu. Wajah Jennie direnungnya tajam.
"Kau buat apa kat sini? Jangan ganggu aku. Pergi!" marah Lisa seraya mengusir adiknya pergi dari situ telah menyentakkan Jennie.
"Kenapa Kak Lisa halau Jennie? Jennie cuma nak pujuk kakak aje." Jennie berubah riak sugul. Sedih dia dimarahi kakaknya.
"Diamlah! Aku tak suka diganggu. Pergi!" Lisa menolak tubuh Jennie yang sedang memeluknya itu dengan
kasar menyebabkan budak perempuan itu terjatuh ke belakang.
Jennie mencebik sedih.
"Sampai hati Kak Lisa tolak Jennie macam ni. Jennie sayangkan akak." Lisa mencemuhkan Jennie.
"Aku tak sayangkan kau. Gara-gara kau, aku dibeza-bezakan dengan kau. Kau tak alami seperti apa yang aku alami, sebab tu kau boleh hidup bebas macam sekarang. Kau beruntung. Tak macam aku. Hidup aku memang malang. Jadi, kau tak layak untuk sayang aku. Jangan dekati aku. Jauhkan diri dari aku!" Lisa terus mengurungkan diri ke dalam tandas. Tidak mahu bersemuka dengan Jennie lagi.
Hatinya terguris dek kata mama dan papanya tadi yang tak habis-habis mahu dia jadi seperti Jennie. Mereka tak faham keadaan sebenar. Mereka hanya boleh berkata-kata. Mereka tak laluinya sendiri. Jadi, mereka tak tahu.
"Ya, mereka tak tahu apa yang aku rasa. Mereka tak sayang aku!" Lisa sambung menangis dalam tandas pula bersama teddy bearnya itu. Terbayang wajah polos Zain yang sentiasa bersimpati dan memahami perasaannya dengan apa yang dia alami.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top