ANNYEL PROLOG

"Wow! Bagaimana kau boleh terapung?" Lisa merasa teruja serta terkejut melihat makhluk yang menyerupai manusia itu sedang terapung di hadapannya.

"Sebab aku bukan manusia biasa macam kau. Aku mampu pergi ke mana saja yang aku mahu hanya dengan niat saja, dalam sekelip mata saja aku boleh sampai. Samalah macam aku datang jumpa kau tiap-tiap malam, kau tak pernah sedar pun kehadiran aku. Aku mampu melakukan apa saja yang aku mahu! Termasuk membawa kau terbang bersama aku naik ke langit tinggi melihat bulan yang di pagari bintang. Mereka tu semua kawan-kawan aku tau!" beritahu lelaki itu yang bersuara cukup gemersik seakan berbisik tetapi tidak.

Seakan bersenandung mendendangkan lagu terindah. Tetapi, tidak. Barangkali suara gemersik itu yang sering mengganggu tidur malamnya yang dia anggap suara itu hanyalah mimpi ngeri bercampur mimpi terindah. Atau lebih dikenali dengan nightmare dan sweetdream. Percaya atau tidak, itu yang Lisa alami sejak dia kecil lagi. Dan baru kini suara itu berani memunculkan dirinya di hadapan Lisa. Sungguh menakjubkan. Bagaikan fantasi, tetapi ianya realiti. Yang menjadikan ia lebih menarik lagi, hanya dia saja yang boleh melihat sang putera ghaib itu.

Lisa duduk bersila di atas katil menghadap lelaki itu yang sedang tersenyum padanya.

"Selama ni, aku sangka aku hanya bermimpi mendengar suara nyanyian merdu dari seorang lelaki. Saban malam, aku dengar orang main serunai. Alunannya sungguh mengasyikkan hingga membuatkan aku terbuai. Kau tahu, kadang-kadang aku sampai lewat bangun pagi. Selalu ponteng kolej sebab mimpi tu. Dari kecik lagi. Rupanya, semua mimpi tu datangnya dari kau. Siapa nama kau?" Lisa mula berceloteh dengan ceria, tidak seperti selalu. Dia hanya seorang yang pendiam.

Lelaki itu tidak menjawab persoalan lisa. Malah, dia terbang ke setiap penjuru dinding. Mahu menunjukkan kehebatannya terhadap Lisa. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya seakan menari-nari dalam keadaan terapung.

Lisa sudah ternganga dan mula rasa teringin mahu terbang sepertinya.

Setelah puas lelaki itu berpusing terbang ke sana sini, dia mula perlahan-lahan turun betul di hadapan Lisa. Dia menopang dagu di hujung kayu katil Lisa dalam keadaan melutut. Keningnya diangkat-angkat.

Lisa membalas mengangkat keningnya.

"Siapa nama kau? Aku teringin nak terbang macam kau. Tapi, aku juga nak tahu, macam mana kau boleh kenal aku dari kecik? Siapa kau yang sebenarnya? Dari mana kau datang?" tanya Lisa lagi apabila lelaki itu masih tidak menjawab persoalannya.

"Kalau kau nak tahu siapa aku, kau kenalah ikut aku pergi ke tempat aku. Nanti kau akan tahu segalanya." Lelaki itu cuba memancing Lisa untuk mengikutinya ke tempat tinggalnya.

Lisa termangu sejenak. Memikirkan kata-kata lelaki itu.

"Tapi, kalau ikut kau, ambil masa yang lama tak nak sampai sana?" Persoalan Lisa membuatkan lelaki itu tersenyum penuh bermakna.

"Sangat lama!" Jawapan lelaki itu membuatkan Lisa terkejut.

"Kalau macam tu, aku tak boleh ikut kau. Disini tempat aku. Kalau aku pergi, macam mana mak ayah aku? Adik-adik aku?" Lisa menolak cadangan lelaki itu yang mahu dia membawanya ke tempat tinggal lelaki itu.

"Kau tinggalkan semuanya. Kau ikut aku. Lagi pun, tiada apa yang menyeronokkan disini. Kau kena fikir macam-macam. Semua tu akan membuatkan kau stress. Kalau kau ikut aku, kau tak payah fikir apa-apa pun. Kau hanya berseronok di tempat aku. Kau tentu suka puteri duyung, bukan? Kau tentu pernah dengar tentang Cinderella, kan? Lanun? Kau tahu kisah pari-pari bintang?" Lelaki itu tidak putus asa memujuk Lisa.

"Ha? Tahu-tahu. Itu kisah di zaman dongeng kanak-kanak saya. Sangat menyeronokkan. Tapi, tu hanya cerita dongeng. Bukan realiti pun," balas Lisa.

"Tapi, kat tempat aku ia bukan dongengan. Ia realiti! Kalau kau nak tahu, pari-pari bintang tu adalah sahabat baik aku. Kau nak jumpa dia?" Lisa mengangguk laju dengan mata membulat teruja benar nak jumpa pari-pari bintang seperti yang di maksudkannya lelaki itu.

"Tapi, serius ke ni? Ini bukan sweetdream kan?" Lisa mahukan kepastian.

"Betullah. Serius. Kejap. Pari- pari bintang jelita!" panggil lelaki itu dengan petikan jarinya sahaja.

Zuss zasss!

Sesuatu terbang laju masuk dari jendela kamar beradu milik Lisa. Terkejut Lisa melihatnya. Bercahaya terang kamar beradunya yang samar-samar kerana hanya memasang lampu tidur di sisi katilnya. Kini kamarnya itu sudah diterangi dengan cahaya dari benda yang terbang masuk ke kamarnya itu. Benda itu terbang mengelilingi seluruh kamar Lisa. Pening Lisa melihatnya.

"Wow! Pening! Siapa tu? Apa benda tu? Terangnya cahaya dia." Lisa menutup matanya dengan kedua telapak tangannya.

"Berhenti, pari-pari bintang jelita!" arah lelaki itu.

Automatik pergerakan cahaya itu terhenti serta merta betul-betul di atas bahu lelaki itu. Cahayanya yang terang itu semakin di malapkan sedikit agar Lisa bisa melihat mereka dengan jelas.

"Inilah pari-pari bintang jelita aku. Sahabat baik aku." Lelaki itu perkenalkan sahabatnya kepada Lisa.

Perlahan-lahan Lisa membuka tangannya dari menutup matanya untuk melihat siapakah SI pari-pari bintang jelita yang dimaksudkan lelaki ghaib itu. Cantikkah dia? Bagaimanakah rupa dia yang sebenar? Pelbagai persoalan yang bermain dibenaknya.

Saat matanya terbuka, terbuntang mata Lisa melihat si pari-pari bintang jelita yang sebenar. Terlopong mulutnya.

"Wahh! Cantiknya. Comel sangat. Tapi, dia terlalu kecil. Boleh aku pegang?" pinta Lisa teruja mahu menyentuh pari-pari itu.

Belum sempat Lisa mahu menyentuhnya, pari-pari itu telah terbang laju mengelilingi Lisa. Dedebu bercahaya jatuh bersepah di atas Lisa. Membuatkan Lisa bertambah teruja untuk menyentuhnya.

"Boleh aku pegang kau pari-pari?" Lisa berusaha mahu menangkap pari-pari kecil itu. Namun tidak berhasil kerana pari-pari jauh lebih pantas mengelak. Seakan mempermainkan Lisa.

Lelaki tadi yang melihat situasi itu segera menghentikan perbuatan Lisa yang hanya sia-sia baginya. Kerana pari-pari bintang itu memang bersifat kaki sakat. Sungguh menyakitkan hati namun ia juga baik hati. Suka membantu.

"Tak perlu tangkap dia. Dia memang begitu. Sangat nakal. Suka menyakat makhluk lain. Jadi, sekarang kau percayakan aku? Mahukah kau ikut aku? Terbang bersama aku?" pujuk lelaki itu lagi. Masih tidak putus asa.

' Ya, inilah masanya untuk aku membawa dia ke duniaku. Dia dah jadi milikku seperti yang dijanjikan sejak kecil. Ayuhlah manusia... ikut aku. Ikut aku ke duniaku. Kau akan bahagia di sana. Mari... mari...' Lelaki itu meniup lembut ke ubun-ubun Lisa bersama ayat jampi pemukaunya yang diajar sejak kecil didunianya.

Lisa seakan terpukau dengannya. Lelaki itu berundur ke belakang sedikit demi sedikit sambil menyeru Lisa agar mengikuti langkahnya. Lisa turun dari katil. Dia melangkah setapak demi setapak membuntuti lelaki itu. Pari-pari bintang tadi sudah terbang menunggu di luar jendela.

"Bagus... mari dekat lagi. Ikut aku. Mari gadisku yang cantik. Ke marilah." Seruannya seakan mendendangkan syair cinta membuatkan Lisa terbuai dengan alunan seruannya.

Kini, tiba di jendela yang terbuka luas. Lelaki itu sudah berdiri di atas benteng jendela. Tangannya dihulurkan kepada Lisa. Dia menggamit Lisa agar mendekatinya lebih rapat lagi agar mudah untuk dia menarik Lisa bawa keluar dari situ.

"Ke sini... jangan takut. Aku ada bersama kau. Aku akan terbangkan kau. Bawa ke mana saja kau mahu pergi. Mari!" Lelaki itu membulatkan matanya merenung tepat ke dalam anak mata hazel nut milik Lisa.

Lisa terkaku di depan jendela. Turut berbalas renungan dengan lelaki itu.

"Lisa! Oh Lisa! Kamu tak tidur lagi ke? Mama dengar bunyi bising dalam bilik kamu. Kamu buat apa?" Tiba-tiba suara seruan dari luar kamar Lisa itu membuatkan jampi pukauan lelaki itu hilang serta merta.

Lisa kembali tersedar. Dia menoleh ke arah pintu kamarnya. Lelaki ghaib itu kembali menjampi dan menghembus belakang tubuh Lisa.

"Lisa? Abaikan mereka. Mereka tak sayangkan kau. Mereka yang mahu kau pergi dari sini. Sejak kecil. Mereka mahu kau pergi bersama aku. Cepat Lisa. Ikut aku! Mari kita pergi." Lelaki itu menarik tangan Lisa.

Lisa kembali memandang ke arah lelaki ghaib itu. Dia kembali terpukau.

Lisa mengikut rentak lelaki itu dan naik ke atas benteng jendela bersama lelaki kacak bermata biru cair itu. Lelaki itu memeluk pinggang Lisa.

"Bersedia untuk terbang bersama aku." Lisa hanya mengangguk tanda bersedia.

Ktak

Pintu kamar Lisa terbuka dari luar. Terpacul wajah ibunya di muka pintu. Terbuntang matanya melihat tingkap sudah terbuka luas. Mulutnya terlopong.

" Oh my God! Papa! Lisa!" Ibu Lisa, Puan Nurin jatuh terduduk terjerit memanggil suaminya. Terkejut.

Ops! Apa jadi pada Lisa? Kenapa ibunya terkejut dan terjerit sebegitu?

Saja nak pub yg ni dlu. Bab lainnya Tak Tau bila. Saya sibuk sikit.. hehe nt dh baca vote n Komen ok x... kalau ok sy smbung. Kalu x... Sy akan buang story Ni. Kali Ni sy trbitkan kisah cinta fantasi pula. Thanks yg sudi jelajah ke dunia cinta fantasi Lisa dgn lelaki serunai malamnya itu.

annecayunk
adilahzaini460
jambaru
DiyaDizyaa
nraaina
hudakhasha
Junejin-07
anikapeter
LynLyn877
AuroraAward
SpecialAward2020

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top