CHAPTER 2

2019,

Selepas Kai menyatakan hasratnya mahu berpindah ke rumah pusaka milik keluarganya di kampung, Yoona terus membantah tanpa membuat pertimbangan. Dia tahu isterinya itu takan sesekali pun bersetuju. Yoona adalah anak tunggal kepada seorang ahli koprat yang tersohor di Busan. Yoona membesar di bandar sepanjang hayatnya. Untuk tinggal di kampung, menyesuaikan diri dengan keadaan kampung memang sangat mustahil bagi Yoona yang sudah terbiasa dengan hidup moden. Lima tahun perkahwinan mereka, tidak sekali pun Yoona menjejakkan kaki ke kampung halaman Kai. Kai agak terkilan.

Seminggu jugak dia bertekak dengan Yoona membahaskan perkara tersebut.

"Tak boleh ke you just bawak omma you tu tinggal dengan kita. Rumah kita ni cukup luas untuk dia. Semua kelengkapan ada. Maid pun ada untuk jaga dia nanti. Lagi selesa. Ni susah susah je I kena pindah sana,"Yoona masih membantah. Keras kepala Yoona memang Kai tak boleh lawan.

"Sayang, kali ni je I mintak you ikut cakap I. Bukannya permintaan I ni berat sangat untuk you tunaikan,"

"But I tak suka rumah buruk omma you. Tempat tu dah macam gudang hantu,"kutuk Yoona dengan muka cenggengnya. Nasib Kai jenis yang penyabar melayan karenah isteri. 

"You dah pergi ke?"

"You pernah tunjuk kan gambar rumah omma you. Serius I cakap rumah tu nampak menyeramkan. Even i just tengok dari gambar je,"tambah Yoona lagi.

Kai menepuk dahi. Nak tergelak pun ada dibuatnya. "Hei tak baik you cakap macam tu. Rumah tu ok jelah. I membesar kat sana dari kecil sampai dewasa. Tak pernah pon I jumpa hantu,"Kai cuba menyakinkan Yoona lagi.

"Seriously?"Yoona macam tak percaya.

"Nak takut apa. Appa I ada. Appa I cakap hantu tak wujud,"

"Tu dulu. Sekarang appa you dah takde,"

"But I ada. You tak perlu takut. Datang hantu ke, rimau ke, dinosaur ke, I akan tetap lindungi you,"dia mengenggam tangan Yoona erat sambil memandang ke dalam anak mata indah milik Yoona.

"Hmmm yelah. I setuju pindah sana,"akhirnya Yoona mengangguk setuju. Kai bersorak gembira. Memujuk Yoona memang makan masa, tapi hasilnya Yoona akan mengalah jugak nanti. "But, tak bermaksud I kena stay kat dalam rumah tu buat selama lamanya. Lepas je I bersalin, kita pindah sini balik. I pon kena kerja,"

"Ok sayang. Actually, omma suruh kita pindah rumah dia sebab omma nak jaga sayang yang tengah sarat,"Kai mengusap perut Yoona yang membuyut itu. Kandungan Yoona sudah masuk usia 7 bulan. Itu adalah bakal anak kedua mereka.

"Kalau you tinggal kat sini, takde orang yang nak jaga you nanti. Bibik bibik pulak dah banyak berhenti kerja sebab tak tahan dengan perangai you,"

Yoona mencebik bila Kai merungut tentang sikapnya. Itu normal bagi sesetengah ibu mengandung yang mengalami perubahan sikap contohnya cepat marah, cepat merajuk, mengindam macam macam benda dan lain lain. Ia berlaku disebabkan perubahan hormon. Apa apa pun Yoona bersyukur Kai masih melayaninya dengan baik selayak seorang permaisuri.

"So bila kita nak pindah tu?"soal Yoona perlahan lahan bangun dari sofa. Kai sedang meneliti beberapa fail fail yang bertaburan di atas meja kerjanya. Kai bekerja sebagai detektif yang menyiasat kebanyakan kes jenayah. Yoona faham kalau kerja Kai itu terlalu sibuk sehingga dibawa sampai ke rumah. Beberapa minit Kai masih tidak menjawab soalan Yoona tadi. Mata Kai fokus pada beberapa keping gambar di tangannya.

"You tanya apa tadi?"

"Bila nak pindah?"Yoona ulang soalan sama.

"Tiga hari lagi. Hari rabu ni,"

"Cepatnya!"

"Lagi cepat lagi bagus kan,"

"Errr, I dah mengantuk ni. Nak naik tengokkan anak kita tu. You tak nak tido lagi ke?"sempat mata Yoona menjeling sekilas gambar gambar yang diteliti Kai seperti mahu tembus itu. Gambar gambar itu meloyakan tekak Yoona kerana kelihatan tubuh seorang kanak kanak yang dikerat beberapa bahagian. Darah berlumuran. Itu salah satu sebab Yoona tidak begitu berminat dengan kerja Kai.

"Kes baru ke?"

"Haah. Dua hari lepas polis jumpa mayat kanak kanak perempuan berusia 7 tahun dalam sebuah rumah. Tubuh budak tu kena kerat—tangan, kaki, kepala. Buat masa sekarang, polis belum jumpa lagi kepala dia,"terang Kai. Ngeri bunyinya.

"Siapa suspek?"

"Mak budak ni sendiri. Dah kena tahan tadi,"

"Gila ke apa ibu bunuh anak sendiri?"

"Hmm manusia memang kadang kadang boleh bertindak lebih kejam dari binatang,"ujar Kai. Sebelum naik ke tingkat atas, Yoona mencium bibir Kai dan ucapkan selamat malam.

*    *    *    *

Daun pintu bilik Sara ditolak sedikit. Yoona menjengulkan kepalanya ke dalam untuk mengintai Sara. Di dalam bilik gelap kerana lampu sudah dimatikan. Sarah berselubung di dalam comforter di atas katil. Yoona nampak ada cahaya memancar keluar dari comforter. Dia tergelengkan kepala. Dia menuju ke katil Sara dan menarik comforter.

"Sara kenapa tak tido lagi? Dah lewat malam ni sayang,"

Sara sedikit terkejut dengan kehadiran ommanya. Di bawah comforter Sara penuh dengan anak patung barbie. Sara yang tadi memegang torchlight terus menyorokkan alat itu di bawah bantal tanpa mematikannya dahulu.

"Sara tak boleh tido la mama. Sara tak mengantuk. Sara nak main lagi dengan kawan kawan Sara ni,"balas Sara memeluk anak anak patung barbie miliknya itu erat. Sara memang gemarkan anak patung bahkan mengumpul sebanyak mungkin.

"Hmm tak bolehla macam ni. Sara kena tidur. Esok kan Sara sekolah. Nanti cikgu marah kalau Sara tertidur dalam kelas. Cakap kat kawan kawan Sara ni, nanti boleh main lain kali,"pujuk Yoona. Sara akur dan masukkan satu persatu mainannya ke dalam bakul. Yoona baring di sebelah Sara dan menemani anaknya itu  sehinggalah Sara betul betul terlena di dalam pelukannya.

*     *     *    *

Yoona rasakan kawasan di sekitarnya sangat asing. Dia mendongak memandang langit malam. Bulan pernama penuh bercahaya terang menyuluh kegelapan. Tidak banyak bintang yang kelihatan, mungkin ditutup balik awan tebal.

Sekarang Yoona tidak pasti dia berada di mana. Kakinya melangkah perlahan ke arah sebuah rumah dua tingkat. Hanya rumah itu saja yang kelihatan di sekitarnya. Pintu utama rumah itu terkuak luas.

Mana si tuan rumah? Takan biarkan pintu rumah ternganga macam tu? Yoona bersoal sendiri.

Datang angin meniup dari belakang Yoona, menolak tubuhnya sedikit ke hadapan. Dia seperti mendapat petanda yang mengarahkannya masuk ke dalam rumah yang tidak dikenali itu. Lagipun di luar agak sejuk. Kerana rasa ingin tahu dan tiupan angin yang semakin kuat memaksa dia ikutkan juga hasrat hati.

Dia memasuki ruang tamu rumah yang bersaiz serdahana itu. Keadaannya nampak berselerak. Meja, sofa dan almari terbalik seperti baru lepas dibadai taufan. Dia berjalan dengan berhati hati bagi mengelakkan tapak kakinya dari terpijak serpihan kaca dengan berpandukan sedikit cahaya bulan yang menerobos masuk melalui tingkap yang dibiarkan terbuka. Dia gagal menemuai suis untuk menyalakan lampu.

Ruang tamu itu disambungkan dengan satu lorong yang Yoona kurang pasti lorong itu akan membawanya ke ruang yang mana. Lorong itu terlalu gelap kerana cahaya tidak dapat sampai di sana. Dua tiga minit Yoona cuma berdiri menghadap lorong itu. Sehinggalah dia terdengar sayup sayup suara tangisan halus disusuli jeritan meminta tolong dari lorong itu.

"Sikk sik sik! Tolonggg!"

Perlu ke dia pergi? Mungkin ada seseorang terperangkap di sana yang memerlukan bantuannya. Berbelah bagi antara ketakutan dan simpati, Yoona ambil masa berfikir.

"Tolonggg! Sik sik! Sakit!"

Yoona pilih untuk melawan ketakutannya dan kuatkan diri  meneruskan langkahnya memasuki lorong itu.

Lorong gelap itu dirasakan sangat panjang. Matanya gagal untuk mencari sumber cahaya. Tangannya ligat meraba kiri kanan dinding yang terasa sejuk mengigit kulit. Dia belum jumpa apa apa penghujung di hadapannya. Suara yang didengari tadi semakin jelas di telinga menandakan dia semakin mendekati suara itu.

"Tolong! Sakit! Tolong "

Tukk! Ketakkk! Takkk! Ketakk!

Selain suara itu, dia dengar bunyi lain lagi. Bunyi seperti objek besi menghentak jubin lantai beberapa kali. Dia gambarkan di fikiran bunyi itu dihasilkan oleh kapak atau parang atau cangkul. Kakinya yang terus mara melangkah terasa basah apabila tercelup ke dalam lopak cecair suam di lantai. Dia calitkan cecair itu dijari, halakan ke hidung dan menyedut baunya. Bahu hanyir.

Darah? Sukar dia pastikan kerana warna merah dan hitam seakan sama.

Yoona menghela nafas lega. Lebih kurang 10 meter di hadapannya, dia menemui sumber cahaya terang. Dia terus berlari ke arah cahaya itu. Dia masuk ke dalam satu lagi ruang lain yang lebih kecil. Ada meja, sinki, kabinet. Sekali imbas saja, dia tahu dia berada di dapur. Berhampiran meja makan, dia menjenguk pada tubuh seorang perempuan duduk di lantai membelakanginya.

Yoona diam sekejap memerhatikan wanita yang menghayunkan objek yang berkilau saat terpancar cahaya lampu pendaflour di siling. Rupanya sebilah kapak. Kapak yang dipegang wanita itu berlumuran darah. Yoona cuak, mula mengundur ketika dia mendapati wanita itu sedang memotong tubuh seorang kanak kanak. Tangan, kaki, jari dan kepala milik kanak kanak yang malang itu dimasukkan ke dalam besen di sebelahnya. Manakala organ organ dalaman pula diasingkan ke dalam satu plastik hitam. Yoona menjerit ketakutan. Lututnya yang lemah menjatuhkan tubuhnya ke lantai. Dia menggigil. Tapi pelik wanita itu seperti tidak menyedari kehadiran Yoona, bahkan dia nampak tenang saja membersihkan darah darah di jubin. Seperti Yoona di situ tidak wujud pada penglihatannya.

Ruang dapur menjadi gelap gelita tiba tiba. Wanita tadi turut ghaib. Suasana berubah pula di tempat lain. Yoona bangun dan melihat sebuah gereja di hadapan. Wanita tadi berdiri di bawah sebatang pokok di sebelah kanan gereja. Dia menggali sebuah lubang sedalam paras lututnya. Kemudian dia memasukkan kepala kanak kanak yang dipotong tadi dan mengambus tanah menutupi lubang.

*    *    *    *

2.30 pagi. Sudah tiga mug kopi diisi ke dalam kantung perut. Kafein tidak mampu lagi untuk membuatkan mata Kai terus celik meneliti fail fail kes.

Beberapa kali dia menguap dan kepala tersengguk menyentuh meja kerana mengantuk. Sehari suntuk bekerja,  dia juga perlukan rehat untuk mengisi tangki tenaga untuk kegunaan hari esok. Kertas kertas dan gambar yang bertaburan dimasukkan ke dalam fail.

Dia mematikan lampu bilik kerjanya dan meluru keluar. Dia masuk ke dalam bilik tidurnya. Di atas katil Yoona telah pun dibuai mimpi. Dia naik ke atas katil sambil memerhatikan si isteri. Rambut Yoona yang panjang mengurai melepasi pinggang dia usap lembut. Kadang kadang Kai rasa dia tidak adil sebagai suami kerana telah memadukan Yoona dengan kerjayanya.

Tambahan lagi Yoona sedang mengandung, memerlukan perhatiannya sepenuhnya. Disebabkan itu kalau boleh dia mahu menyiapkan kerjanya sepantas boleh kerana masa yang ada dia mahu luangkan dengan Yoona. Dia mencium belakang kepala Yoona agak lama. Wangi. Tubuh Yoona dipeluk erat sebelum dia menarik selimut menutupi tubuh mereka.

Pakkk!

Baru Kai mahu melelapkan mata, bunyi pintu dihempas menyedarkannya semula. Kemudian telinganya menangkap lagi bunyi derapan kaki memijak lantai.

Siapa? Pencuri ke?

Dia pandang Yoona di sebelah. Dia turun dari katil dan meninggalkan bilik untuk memeriksa keadaan di luar.

*    *     *    *

Yoona tersedar dengan wajah dibasahi peluh. Peluh menitik hingga ke leher. Dada yang turun naik dengan laju cuba dikawal dengan hela nafas panjang beberapa detik. Dia meraup wajah setelah berasa sedikit tenang.

Dia memalingkan wajah pada Sara di sebelahnya. Sara sudah nyenyak tidur. Dia turun dari katil dan keluar dari bilik Sara.

Ketika lalu di hadapan bilik kerja Kai—menuju ke bilik tidurnya, Yoona lihat bilik itu sudah gelap tanda Kai sudah masuk tidur. Daun pintu bilik itu dibiarkan terkuak luas. Dia mahu menarik tombol pintu, "PAMMMM!" pintu itu tertutup dengan sendiri seperti ditiup angin kuat. Yoona terkejut sedikit. Mungkin itu kebetulan. Dia menuju ke biliknya. Ketika itu dia melihat Kai turut keluar dari bilik tidur mereka.

"You tak tidur lagi ke?"soal Yoona tetapi Kai memandang pelik padanya. Wajah Kai nampak berkerut. Kai menjauh ketika Yoona mendekat ke hadapannya.

"What's wrong?"soal Yoona lagi merasakan kelakuan Kai agak pelik. Kai tidak menjawab sebaliknya menjengukkan kepala ke dalam bilik mereka dan bersilih ganti memandang Yoona. Katil nampak sudah kosong. Mulut Kai sedikit ternganga.

"You dari mana?"kata Kai setelah berdiam saja.

"Bilik Sara. I temankan Sara sekejap tadi sampai tak sedar boleh tertidur sekali,"balas Yoona.

"Hah? Seriuosly? You tak tido dalam  bilik ni?"

"Tak. Baru nak masuk la ni,"

Kai terus berwajah pucat. Bulu romanya meremang naik. Dia perasan sesuatu pada Yoona yang dilihat sekarang dan Yoona yang tidur dalam bilik tadi. Rambut mereka.

"I masuk bilik tadi. I tengok you dah tido nyenyak. Then I dengar bunyi orang tutup pintu, tu yang I keluar balik sebab curious ingat pencuri pecah masuk rumah kita,"jelas Kai.

"You cakap apa ni?"

"Something menyamar jadi you. You yang I tengok tadi rambut panjang sampai pinggang,"

"Kai...dah lama I jadi wife you takan you tak perasan rambut I sentiasa pendek,"

"So you yang I tengok tadi tu benda apa?"





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top