Bab 2
Aiden Luke bersama dua orang saintis angkasawan kembali ke bumi dengan menggunakan kapsul ruang angkasa Soyuz. Mereka memerlukan waktu sekitar 2,5 jam sebelum turun dan membuka parasut untuk mengurangi kecepatan di atmosfera bumi.
Kapsul ruang angkasa soyuz yang dinaiki mereka selamat mendarat dengan suhu baik sekitar 19 darjah celsius kira-kira 145 kilometer ke tenggara Zhezkazgan di Kazakhastan.
"Welcome home!"
Aiden bersama dengan dua orang saintis angkasawan disambut mesra oleh pengarah program angkasawan, krew yang lain dan juga pelatih angkasawan.
Mereka kemudian dibawa ke khemah perubatan untuk ujian rutin bagi memantau bagaimana reaksi kepada graviti, termasuk memeriksa untuk melihat mereka berdiri.
"Hey bro!welcome back. Macam mana dengan penerbangan kau?" tanya Tristan.
Aiden yang tengah berbaring menunjukkan thumbs up kepada kawan baiknya itu.
"Eksperimen tu je yang melambatkan kami untuk kembali ke bumi. Sebenarnya bulan lepas lagi kami nak balik tapi memandangkan ada sedikit kesilapan pada eksperimen tu jadi terpaksalah buat sekali lagi. Macam mana dengan perkembangan disini?" soal Aiden.
"Aku memang respect kau bro. Dah banyak kali kau dapat rekod angkasawan paling lama berada di stesan Angkasa Antarabangsa tu. Memang salute lah. Tak ada banyak pun yang berubah disini tapi kau nak tahu tak something?" Tristan sengaja menjongketkan keningnya ke arah Aiden.
"Apa dia?" tanya Aiden.
"Aku dengar perbualan pengarah program pagi tadi yang kau kena pilih untuk jadi instructor kepada seorang pelatih angkasawan perempuan," ujar Tristan berserta satu senyuman nakal.
"Itu je?yang kau senyum kambing macam tu dekat aku kenapa?" balas Aiden seraya menggelengkan kepalanya.
"She is hot and beauty. Aku tak sangka perempuan secantik tu nak jadi angkasawan. Aku kesian juga bila tengok dia buat latihan berat setiap hari. Bro aku rasa aku dah jatuh cintalah dengan dia," kata Tristan tanpa menyembunyikan perasaannya.
"Kalau kau nak kau je lah yang pergi jadi instructor dia. Kan senang. Aku sebenarnya malas nak jadi instructor kali ni lagi-lagi bagi latihan kepada pelatih angkasawan perempuan memang menyusahkan," kata Aiden dengan nada yang malas.
"Arahan tetap arahan. Kau kena juga jadi instructor dia kalau aku merayu nak tukar tempat pun tak ada gunanya silap hari bulan rekod aku pula yang tidak memuaskan," balas Tristan lalu mengeluh perlahan.
Aiden hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak kisah. Baginya inilah kali pertama dia menjadi instructor kepada pelatih angkasawan perempuan.
Setelah selesai menjalani pemeriksaan fizikal, Aiden pun diminta untuk pergi ke hall kerana sekejap lagi dia akan diperkenalkan kepada semua pelatih angkasawan baru.
Kolonel Dr Thomas Scott selaku pengarah program angkasawan negara mula memberikan ucapan di hadapan pentas.
"Pemimpin astronout kita telah pun kembali bersama dua orang saintis angkasawan setelah hampir setahun berada di stesen Angkasa lepas Antarabangsa and we are gladly to welcome them back!dipersilakan Aiden Luke, selaku pemimpin astronout untuk ke hadapan bersama saintis angkasawan yang terlibat dalam misi tersebut,"
Tepukan gemuruh mula memenuhi ruang hall sebaik sahaja Aiden Luke bersama dua orang saintis tampil ke atas pentas.
"Untuk pengetahuan para pelatih angkasawan yang baru Aiden Luke merupakan seorang pemimpin angkasawan yang telah memecah rekod berkali-kali iaitu misi solo pertama angkasawan lelaki dan rekod angkasawan paling lama berada di stesen angkasa. Penerbangan solonya juga masih kekal sehingga sekarang. Ada apa-apa pertanyaan?" ujar Kolonel Dr Thomas Scott dengan perasaan yang penuh bangga.
Seorang kakitangan NASA mengangkat tangan dan berdiri.
"Aiden Luke. Macam mana perasaan anda berada di angkasa begitu lama?"
Aiden tersenyum mendengar pertanyaan itu."Berada di angkasa lepas adalah perkara yang paling indah saya alami dan berada di ruang angkasa juga amat menyeronokkan di mana pada bila-bila masa sahaja anda boleh melompat antara siling dan lantai," kata Aiden.
Hailey tersenyum mendengar jawapan dari Aiden itu. Dari jauh dia sempat menilai perwatakan Aiden. Ciri-ciri lelaki yang disukainya semuanya ada pada insan yang bernama Aiden Luke dan disebab itulah dia begitu minat pada pemimpin angkasawan itu.
"Pandang lama je aku tengok. Hailey minat ke dekat pemimpin angkasawan tu?" soal Lucy yang seperti dapat membaca fikiran kawan baiknya itu.
Hailey menggelengkan kepalanya."Taklah mana ada. Aku cuma kagum dengan dia sebab dia seorang yang berani. Aku pun nak juga jadi macam dia suatu hari nanti," balas Hailey yang cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.
Biarlah dia sahaja yang tahu perasaan dia terhadap Aiden Luke kerana belum tiba masanya dia mahu orang lain tahu tentang hal itu termasuklah Lucy. Nanti jadi kecoh pula apatah lagi kalau viral dan satu NASA tau. Memang payahlah. Mana aku nak sorok muka ni nanti.
Setelah hampir 1 jam berada di hall semua kakitangan NASA pun mula bersurai.
"Hailey Handerson. Ikut saya pergi ke office sekejap," arah kolonel Dr Thomas Scott sebaik sahaja dia melihat Hailey yang baru sahaja ingin melangkah meninggalkan kawasan hall.
"Baiklah tuan," Hailey menganggukkan kepalanya dan mengekori langkah kolonel Dr Thomas Scott dari belakang. Apa pula kesalahan yang aku buat?rasanya tak ada.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top