Bab 19

Sesampai sahaja di perkarangan rumah, Hailey sudah tidak ada apa-apa idea yang harus dia katakan kepada Aiden. Dia tahu lelaki itu begitu marah dan ini salahnya juga kerana pandai betul berlakon. Akhirnya, buat masalah baru padan muka diri sendiri.

Hailey menoleh ke tepi perlahan demi perlahan dan saat itu juga Aiden memandang ke arahnya. "Mak aii!" jerit Hailey seraya mengurutkan dadanya berulang kali. Kali ini tatapan Aiden nampak seperti biasa sahaja mungkin dia dah tenang sedikit kot.

"Tadi kata kaki tu dah okey kan? apasal tak keluar lagi? nak aku angkat?" ujar Aiden sedikit geram. Tak pasal pasal tulang aku patah angkat kau ni. Getus hatinya.

Hailey mempamerkan senyuman kambingnya. "Tak mana ada. Kesian nanti kalau sir angkat saya. Dahlah berat saya ni mengalahkan anak gajah. Kalau macam tu saya keluar dulu," Hailey segera melambaikan tangannya ke arah Aiden.

"Wait. Esok aku nak kau jumpa aku dekat training centre untuk bagi kau work-out bagi persediaan latihan terakhir kau. I know that your final test has been cancelled so you still have three days to be prepare. Kalau kau nak lulus jadi kau harus datang pukul 10 pagi esok. Make sure you don't have to call me if I'm late. Lagi satu aku tak datang ambil kau, jadi kau kena datang sendiri. Faham ni?" Ujar Aiden panjang lebar.

"Yes!yes!lebih dari faham. Okey!I'll come before 10 a.m. Thank you sir, thank you so much. You're the best!" balas Hailey lalu menunjukkan thumbs up. Senyumannya juga tak usah ditanya memang lebarlah.

"Kalau dah tak ada apa-apa kau boleh pulang, your home is waiting for you," Aiden hanya mampu menggelengkan kepala. Terlalu dan terlebih teruja betul dia ni. Tak pernah-pernah lagi aku jumpa perempuan macam ni. Selalunya yang tunjuk ayu je di depan padahal itu hanya taktik mereka.

"And...saya nak minta maaf pasal tadi. I didn't mean to do it kalau saya tak jealous. Bye!" Hailey pun keluar dari perut kereta dan dengan penuh gayanya dia menuju ke dalam rumah.

Jealous? that's mean she is just pretending or acting? what?

Aiden sekali lagi menggelengkan kepalanya.
Sungguh dia tidak faham dengan Hailey, mesti ada saja perkara yang buat dia tidak faham. Arh!kesah apa pula aku?

Lucy yang melihat perubahan rakan serumahnya itu lain dari hari yang lain turut berasa pelik. Apa dah jadi dekat dia ni sampai tersenyum sendirian?

"Kau ni nampak macam happy je? kenapa?" tanya Lucy. Hailey terus mengambil tempat duduk di sebelah kawannya dan meletakkan kepalanya di atas bahu Lucy. Dengan sekali jeritan kegembiraan yang tiba-tiba sahaja terkeluar mampu membuatkan Lucy pekak.

"Hailey, kau ni mesti tak lain tak bukan mabuk cinta. Dengan siapa eh? instructor kau yang hensem tu ke?" tebak Lucy seakan akan dia sudah tahu.

Hailey terus mengangguk laju. "You know what? tadi dia kata datang jumpa dia dekat training centre esok pagi. You know the feeling? I would be happy as long he is caring and worries about my result. I do love him a lot Lucy. I really mean it," akhirnya Hailey mengatakan kebenaran kepada Lucy yang membuat wanita itu sedikit terkejut dan dalam masa yang sama dia risau sedikit jika Hailey betul-betul mencintai Aiden.

Seharusnya dia juga turut tumpang gembira jika kawan baiknya menemui lelaki idaman di dalam hidup. Namun, ini tidak bagi Lucy.
Dia sebenarnya tahu yang Aiden lelaki sejati dan penuh tanggungjawab dan itu seharusnya menjadi pilihan terbaik bagi Hailey tapi Lucy hanya tidak sanggup jika Hailey mengetahui kebenaran di akhir nanti.

"Since when did you fall in love with him?" tanya Lucy penuh serius.

"Sejak pertama kali aku datang di sini. Aku tak berbohong dengan perasaan aku sendiri. Aku tulus dan jujur. Lagipun aku hanya inginkan lelaki seperti dia ada di samping aku apabila aku perlukan bantuan. Lucy boleh tak kau janjikan aku satu perkara?" kata Hailey.

"Janji dengan aku jangan tanya sesiapa tentang hal ini terutama sekali kolonel Dr.Thomas. Aku cuma tak nak Aiden dipersalahkan," ujar Hailey lagi.

"Kau tak akan menyesal dengan apa yang kau katakan hari ini kan? Hailey, aku juga inginkan yang terbaik untuk kawan baik aku. Jika ianya mengenai hubungan jadi rasanya aku tak perlu halang kau. Tapi aku cuma nak ingatkan satu perkara, kalau kau betul-betul cintakan Aiden maka kau kena terima dia seadanya. Fikir-fikirkanlah tentang itu," pesan Lucy secara ringkas namun membawa seribu maksud.

Hailey mengangguk. "Lucy rasa Hailey pilih lelaki yang salah ke? Aku tahu yang aku bukan begitu tahu tentang latar belakang Aiden tapi aku sudah bersedia untuk menerima apa sahaja latar belakang dia. Lagipun aku yakin yang Aiden seorang yang aku boleh percayai," kata Hailey bersungguh-sungguh.

"Then have a good time tomorrow Hailey. Kalau kau betul-betul ikhlas cintakan dia maka kau kena berterus terang secepat mungkin. Buat dia lebih yakin akan kepercayaan kau dan jangan sesekali khianati janji kau untuk dia," Lucy menepuk perlahan bahu rakan serumahnya itu.


                

             TRISTAN menepuk perlahan belakang Aiden. Hanya mereka berdua sahaja lagi yang bertahan melepak di cafe sehingga larut malam. Almaklumlah esok jadual mereka tak begitu padat maka bolehlah mereka ambil fun sedikit.

"So macam mana untuk hari esok? kau dah sedia untuk tanya dia mengenai latar belakang dia?" ujar Tristan.

Lama Aiden berfikir seperti kura-kura tampaknya. Apa yang dikatakan Hailey semasa dia menghantarkan gadis itu sentiasa dibawa-bawanya ke ruang fikiran. Dia masih tidak memahami maksud sebenar dari kata-kata gadis itu.

"I am well prepared. Untuk kau aku akan tolong selagi aku boleh bantu. Tapi kau pun kena sedia sebab aku akan bagi dia latihan untuk hari esok sahaja dan hari seterusnya kau pula yang akan tukar posisi aku. Ini disebabkan aku tak nak dia curious atau syak apa-apa. Nanti pandailah aku cari idea macam mana nak jelaskan semuanya," ujar Aiden pula sambil menikmati makanan malam yang mereka pesan sebentar tadi.

Tristan menghela nafas perlahan. Kalau difikirkan yang sebetulnya, dialah yang sepatutnya menanya Hailey mengenai latar belakang yang dimiliki oleh gadis itu dan bukannya Aiden. Lagipun, dia sudah tidak menafikan yang dia malu berhadapan dengan gadis itu dan apakata jika kali ini biar dia yang lakukan semuanya.

"Tapi, Aiden-"

"Sekejap dulu, ada yang call. Aku pergi kat luar kejap," pinta Aiden seraya keluar dari cafe sambil memegang telefonnya. Tristan pula hanya mengangguk dan membiarkan kawannya itu mengambil masa seketika untuk menjawab panggilan telefon.

"Kau call aku malam-malam macam ni kenapa? jangan salahkan aku pula kalau kau terlambat bangun keesokan pagi," ujar Aiden yang terpaksa menyambut panggilan dari Hailey. Pelik juga dia dengan gadis itu kerana inilah pertama kali dalam hidupnya dihubungi selewat malam ini.

Kedengaran tawa kecil Hailey di corong telefon membuatkan Aiden hanya mampu menggelengkan kepala dengan perangai pelik gadis itu malam ini. Tidak lama kemudian suara Hailey mula kedengaran.

"Sir, janji tau esok sir mesti datang kat Training centre tu. Kalau sir tak ada then I will find you all around this world and kill you," ujar Hailey sambil ketawa kecil. Mendengar sahaja suara Aiden lewat malam ini membuatkan hatinya berbunga-bunga dan mungkin boleh dikatakan seseorang yang sedang dilamun cinta.

Aiden mengerutkan dahinya. "Siapa aku untuk berjanji dengan kau? sepatutnya kau yang kena janji dengan aku untuk sampai tepat pada waktunya esok. Dah cukuplah, jangan buang waktu hanya bersembang dengan benda yang tak penting mana pun," suara dingin dan penuh serius itu membuatkan wajah Hailey berubah kepada kecewa. Memang susahlah nak pikat sir sendiri ni, desis dalam hatinya.

"Sir bad mood tak ni?" tanya Hailey namun panggilan terus dimatikan oleh Aiden.

TUT...

"EH sir, hello...hello..." Hailey terus meletakkan telefonnya di atas meja dan memberontak dengan sepuas hatinya. Ada ke dia off begitu je tanpa sepatah dua kata iaitu good night? dingin iaitu ice cold-hearted person lah dia ni.

I'm sending you my good night wish in my dream. Hope to meet you in there. Have a sweet dream, sir. Itu sahaja yang mampu Hailey luahkan  di dalam hati memandangkan Aiden seolah-olah ingin mengelak dari bersembang lama dengannya tadi.

Sorry for disturbing your time sir.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top