Bab 16
Aiden mengerling sekilas jam tangan rolex di pergelangan tangannya. Sudah lima jam berlalu namun dia masih berada di hospital untuk menemani ibunya yang kini dibantu dengan alat pernafasan kerana ibunya itu menghidapi penyakit kanser.
Kalau dulu, ibunya merupakan satu-satunya insan yang sering kali ada di sampingnya dan tempat untuk dia meluahkan segala masalahnya. Setelah ayahnya meninggal dunia, memang tidak mudah bagi ibunya untuk membesarkan dia dan dua orang adik beradiknya yang lain. Namun, disitulah dia belajar erti kehidupan dan belajar untuk hidup sederhana walaupun dia mempunyai segalanya hari ini.
"Maaf, tapi masa untuk melawat telah tamat," ujar jururawat yang bertugas di wad ibunya.
Aiden hanya mengangguk perlahan. Dia kembali memandang wajah ibunya untuk kali yang terakhir. "I'll come here again tomorrow mom, goodnight," ujar Aiden perlahan lalu mengucup dahi ibunya sebelum meninggalkan wad.
Jaket yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan walaupun keadaan di luar begitu sejuk. Langkahnya yang terlalu lemah untuk berjalan membuatkan dia mengambil tempat duduk di luar tangga hospital buat sementara waktu.
Mata dipejamkan seketika sehinggalah satu suara menganggu apa yang sedang dia fikirkan di saat ini. Aiden segera memandang ke arah suara itu.
"Are you okey?kau luka ke masa latihan pagi tadi?" tanya Aiden sebaik sahaja melihat Hailey berdiri beberapa jarak darinya. Namun, gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.
"And why are you here?its already 7:00 p.m. It's not good to walk alone in the night," kata Aiden lagi.
Hailey tersenyum nipis. "I come to find you, sir. Just now I've buy coffee for you and its still hot. Here," plastik diarahkan kepada Aiden namun lama dia menyambut huluran plastik itu. "Take it. Its cold outside. It better to drink so that you can keep yourself warm," ujar Hailey lagi.
"Thank you," ucap Aiden dan membiarkan Hailey mengambil tempat duduk di sebelahnya namun masih ada jarak.
"No problem. Uh yeah, use that jacket sir. Kalau sir get fever, nanti sir tak dapat pergi kem latihan. You have to stay health like usual," Hailey tersenyum kecil. Dalam diam dia memerhati wajah Aiden yang sedang meniup perlahan cofee yang dibelinya tadi.
"And you are not wearing jacket too?" balas Aiden membuatkan Hailey menggaru kepalanya perlahan. Oh no!aku tak sedar sedari tadi lagi. Patutlah rasa semacam lain je tubuh badan macam nak mengeras pun ada juga.
"Take this," Aiden menghulurkan jacketnya ke arah Hailey namun pantas sahaja gadis itu menghalang.
"No. Im okey. Saya dah terbiasa dah sejuk. Dont worry," tipu Hailey. Aiden terus sahaja memandang tepat ke arah mata Hailey.
"Kalau kau terbiasa ke tak terbiasa, its not a problem. Tapi, yang jadi masalahnya kau. Kalau kau sakit esok pagi, siapa yang akan bertanggungjawab dengan markah latihan kau?hari ini, aku tak dapat sertai latihan parasut dan kalau esok kau pula yang tak datang?are not you scared about it?" tanpa mendengar balasan dari Hailey, Aiden terus sahaja menyarungkan jaket itu di tubuh Hailey.
"Where is your car?now kau kena balik. Tak boleh duduk lama-lama kat sini," kata Aiden lagi. Hailey lantas menggelengkan kepalanya membuatkan Aiden mengerutkan dahinya.
"Sebenarnya saya tak guna kereta pergi sini. Saya naik teksi," kata Hailey dengan wajah yang tidak bersalah itu.
"Kau tunggu aku dari jam?"
"Lima," balas Hailey perlahan.
"Se...seriously?kenapa tak call ke mesej?"
"Sebab-" ayat Hailey terhenti apabila seseorang memotong ayatnya.
"Hailey, kesian teman lelaki kamu. Sejak tadi kesejukkan. Kalau dilihat kamu ni dah romantik sangat di depan bangunan hospital ni tapi lebih romantik kalau di tempat lain. Uh, maaf kalau menganggu," kata lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an itu.
Melopong mulut mereka berdua mendengar kata-kata dari seseorang yang mereka sendiri pun tidak kenali. Hailey mengerdipkan matanya beberapa kali. Dan macam mana orang ni tahu nama dia?
Lelaki itu terus berlalu pergi tanpa melihat ke belakang. Lain semacam je pandangan mereka. Tak jadi aku nak puji, bisik dalam hati lelaki itu.
"Kau kenal dia ke?"
"Sir kenal dia ke?"
Dalam masa yang sama, mereka berdua mengajukan soalan yang sama antara satu sama lain membuatkan kedua-dua mereka menjadi bingung.
Aiden mengerutkan keningnya manakala dahi Hailey pula sudah berkerut.
"Why did he know your name?" tanya Aiden ingin meminta kepastian.
"I just don't know. Mungkin sir tahu tapi buat macam tak kenal je kan?" tebak Hailey pula.
"No. I really don't know who is that man just now. Atau sebenarnya kau yang kenal dia kan?oh come on Hailey. Don't lie with your own instructor," Aiden masih lagi tidak mahu mengaku kalah dan sememangnya dia tidak kenal pun siapa orang itu.
Hailey mengangkat bahu tanda dia betul-betul tidak tahu siapa lelaki itu tadi. Aiden ni pun satu, dah aku kata tak tahu tak tahulah jawabnya. Relax hati. Relax.
"It's up to you sir. Percaya ke tak percaya ke terpulanglah. Jam dah hampir menuju ke angka sembilan and I should go home right now. Sir boleh tak hantar saya balik?" ujar Hailey tanpa segan silu. Nak malu apanya, inikan tentang keselamatan diri juga melainkanlah aku tak kenal instructor Aiden ni.
"Kena bayar dulu sebab kau guna minyak aku untuk hantar kau balik," sakat Aiden berwajah serius namun di sebaliknya dia tersenyum jahat kerana dapat mengenakan Hailey.
"Boleh. Tunggu saya jadi angkasawan yang sah barulah saya ganti balik. Ataupun-" kata-kata Hailey terhenti sebaik sahaja Aiden memotong laju.
"Ganti balik?kau nak ganti dengan cara yang macam mana?" ujar Aiden sambil menyorokkan senyumannya dalam diam.
Hailey berfikir buat sementara waktu. "Kalau ganti dengan hati boleh tak?" balas Hailey membuatkan jawapannya itu membuatkan Aiden ketawa terbahak-bahak.
"Hati?haha. Boleh tahan juga ye kau ni. Kau terlalu tengok drama Chinese ke Korea?atau kau suka study pickupline?" ujar Aiden dan tanpa sengaja mengusap kepala Hailey. Entah apa yang merasuk dirinya sehinggakan tangannya pun tergerak sendiri melakukan perkara itu.
"Takdelah. Kalau sir tak nak tumpangkan saya boleh je naik bas ke teksi ke grab ke jalan kaki ataupun-"
"Dah stop masuk dalam kereta sekarang. Disebabkan aku adalah instructor kau, jadi aku kena tanggung sendiri. Kalau ada apa-apa yang terjadi siapa yang akan kena?aku juga kan?so baik tak payah nak buang masa lagi. Lagipun esok kau masih ada latihan," usai berkata Aiden terus masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk di sebelah pemandu.
"Sir?wh...what is this?saya yang drive ke?oh kalau macam tu saya okey je. Bukan setiap hari dapat peluang pandu kereta sir juga kan?" Hailey sempat ketawa sebelum masuk ke dalam kereta. Dilihatnya Aiden yang berbaring sambil menutup mata, hatinya berbunga-bunga seketika. Sebelum aku sah bergelar angkasawan aku akan nyatakan kebenaran secara jujur. Itu janji aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top