👑Bab 23
"Jangan lupa namaku."🌹
-Andhika Sadewa-
Amanda menulis nota di atas kertas kajang yang telah dilipat 4 bahagian itu dengan senyuman yang tidak putus-putus.
"Hoi!" Jannah datang menggempar dari belakang.
Amanda mengecilkan matanya sebagai isyarat 'watch out!' kepada Jannah.
"Hahahah...takda la, saja la aku gempar kau sebab dari tadi aku tengok kau asyik tersenyum-senyum je, takkan la study untuk test boleh sebahagia ni?" Jannah mempamerkan riak tanda tanya.
"Ke kau sedang jatuh cinta Ada? Ha? Baik kau bagitahu aku cepat, kau tengah bercinta dengan sapa ek?" Jannah menyentuh kedua-dua belah bahu Amanda dan menggocang tubuh gadis itu.
"Baik kau bagitahu aku cepat, cepat bagitahu, cepat!" gurau Jannah.
"Weyh, hahahhaha...kau ni kan, kita ada test e-commerce lagi 2 hari taw, kau gegor-gegorkan otak aku pulak, habis terbang keluor segala ilmu dan nota-nota yang aku dah hafal dan fahamkan tu."
"Engko? Ilmu melayang? Huk aloh, bukan selama ni kau kata, kau simpan ilmu kau dalam peti besi berkunci keselamatan teknologi tinggi, takkan terbang melayang punya."
"Hurm, akan terbang juga kalau Allah berkehendak." Amanda mencebik dengan gurauan sinis Jannah.
"Gulp, kau ni kan kalau tak bagi ayat sentap sedas, memang tak sah kan."
"Eh dah memang betul."
"Ha, betul-betul." Jannah tersenyum kambing.
Amanda mengangkat kedua-dua belah keningnya sambil tersenyum. Gembira dapat bergurau dengan kawan baik universiti merangkap kawan sekelas dan kawan serumahnya ini.
"Dahtu kenapa kau asyik tersenyum je lately ni? Ada apa-apa yang tidak aku ketahui ke yang kau taknak share?"
Perbualan antara mereka yang baru senyap dalam 5 minit kembali diisi dengan pertanyaan daripada Jannah.
Amanda yang sudah dalam mood khusyuk menelaah nota subjek E-Dagang terhenti seketika. Dia mengerling ke arah Jannah dengan senyuman tawar.
"Jannah, biasa la kalau aku senyum tu, kau kan tahu aku ni kadang masuk air sikit, tak ada apa la." Amanda mempamerkan sengihnya kepada Jannah.
Maafkan aku Jannah, belum saatnya lagi aku bercerita.
"Biarkan hatiku bertudung
Menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum
Pada takdirku..."
Telefon yang memainkan lirik sebuah lagu yang begitu dekat dengan situasinya sekarang ini, dikerling. Tertera nama 'Papa' di skrin. Dahi Amanda berkerut. Kenapa papa yang call? Selalunya mama, jarang papa dia call.
"Hello pa, assalammualaikum."
"Waalaikumussalam..."
"Ya pa, ada apa ya papa call Ada ni? Tak pernah-pernah papa call, selalunya mama je yang akan wakilkan papa kalau nak sampaikan apa-apa dekat Ada."
"Tak, papa ada hal sedikit nak bincang dengan Ada ni."
"Hal apa tu pa?"
"Tentang Nayad."
Amanda terdiam, hatinya jadi tidak sedap apabila nama lelaki yang selalu cuba mendekati dirinya itu disebut sedangkan dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak sesekali membicarakan soal lelaki lain yang bukan mahramnya tanpa kepentingan demi menjaga maruah dan kesucian hatinya sebagai isteri Riyadh.
"Dengar tak ni Ada?" Tuan Nazran bertanya apabila tiada balasan daripada anaknya.
"Kenapa ya Pa?"
"Papa dapat khabar yang kamu tak angkat call dia, pulaukan dia. Kenapa buat dia macam tu?"
"Ha? Papa? Serius ke ni? Dia mengadu dekat papa ke?"
"Tak ada la mengadu, papa yang bertanya lalu dia jujur sahajalah apa yang sepatutnya. Kenapa kamu bersikap macam itu kepada dia, Ada. Papa nak ingatkan Ada sekali lagi, Nayad tu rakan seperniagaan papa, kami ada kerjasama dalam mengusahakan beberapa projek, jadi papa harap sangat Ada jaga nama baik papa dan keluarga kita, jaga hubungan Ada dan dia."
"Jaga hubungan Ada dan dia? Maksudnya macam mana tu papa? Terima saja kalau dia call Ada hanya untuk berbual kosong dan ajak keluar bagai pasangan yang tak halal diluar sana tu? Itu melanggar ikhtilat papa."
"Laju betul Ada ni menjawab ya. Papa tak suruh kamu keluar berdua, kalau dia ajak, kamu ajak la kawan-kawan kamu teman."
Amanda beristighfar perlahan. Risau jika dia tersalah bicara dan tidak dapat mengawal nada suaranya tatkala berbicara dengan bapanya ini.
Ini papa, Ada...jangan sampai tertinggikan suara, dosa nanti.
Akalnya cuba mengingatkan. Marahkan Nayad tu, papanya pula hampir terkena tempias yang sama.
"Jujur Ada cakap pa, Ada tak selesa dengan dia. Papa tahukan anak gadis papa ini macam mana, Ada jenis tak rapat dengan lelaki, tak suka berurusan atas alasan saja-saja, Ada tak berminat pun untuk berkenalan dengannya bagi tujuan untuk berkahwin jadi tidak ada keperluan atau urusan yang mustahak pun untuk Ada melayaninya."
"Macam yang papa katakan tadi. Papa dan Nayad ada usahakan beberapa projek bersama, Ada ialah satu-satunya anak papa, mewakili nama baik keluarga kita juga, maka Ada secara tak langsung terlibat juga dalam usaha kerjasama ini, perhubungan baik kita sekeluarga dengan dia perlu dijaga dengan sebaiknya, jangan sombong kepadanya."
Nafas Amanda turun naik, sudahlah lusa dia ada ujian, sekarang ditimpakan satu batu besar pula di atas kepala.
Hasbunallahu wanikmal wakil...
La hawla wala quwwata illa billah...
Dua kalimah doa itu diulang-ulang dalam hati cuba menenangkan diri yang sedang cuba dikuasai oleh nafsu amarah dan tekanan.
"Okaylah, itu sahaja yang papa nak pesan. Ingat tu ya Bella Amanda. Kamu anak papa, mewakili maruah papa. Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
Telefon bimbit diletakkan di atas meja belajarnya kembali. Jam dikerling 11.30 pagi. Sempat lagi ni kalau dia nak dirikan dua rakaat solat sunat Dhuha dan dua rakaat solat sunat taubat.
Sejadah dihampar di dalam bilik saat selesai mengambil wuduk.
"Dhuha ke?" soal Fatimah saat melihat Amanda membentangkan sejadah. Amanda mengangguk, Fatimah tersenyum lalu memberikan thumbs up.
"Allahu Akbar!" Takbir diangkat perlahan, hati yang tadinya terasa dihempap batu yang besar perlahan-lahan terasa kian ringan dan lapang.
Benarlah satu kata-kata yang popular,
Kadang yang membuatkan kita gelisah bukanlah musibah yang menguji tetapi bahasa rindu Tuhan yang kita gagal fahami...
Air matanya mulai bertakung saat dahi menyentuh sejadah.
Aku penat Ya Rabb, kenapa hidup aku kian penuh dengan ujian dan tekanan? Makin lama ujian yang kau hadirkan makin mengelirukan akal warasku, membelit-belit akal fikiranku untuk sentiasa cuba berfikiran jernih.
Air mata yang mengalir deras membasahi tikar sejadah, hampir saja suara esakannya terkeluar dari kotak suara.
Tunjukkanklah aku jalan yang lurus, kurniakanlah aku jalan bagi kekusutan ini, setidaknya lapangkanlah dada dan jernihkanlah pemikiran ini untuk menanggung ujian-ujianMu ini Ya Rabb...
⚔⚔⚔⚔⚔
Amanda merenung jauh air laut saujana mata memandang di sisir pantai itu. Dia datang lagi ke kampung Riyadus Solehin ini, seperti biasa, lelaki itu tiada di sini jika hujung minggu. Mereka berdua bagaikan pasangan nikah khitbah, halal tapi tidak tinggal sekali, sekejap boleh berjumpa, sekejap tidak dapat bersua.
Tidak dapat berjumpa dengan empunya diri pun tidak mengapa, datang melihat kampung dan bumbung rumah, tempat yang dihuninya juga sudah memadai buat hati yang merindui.
Begitu hebat ciptaan Allah, tidak ada satupun ciptaan-Nya yang sia-sia, alam semula jadi ini memang tidak puas jika hendak disentuh oleh manusia, tapi keindahannya sudah cukup untuk merawat luka di hati dengan indera penglihatan mata.
⚔⚔⚔⚔⚔
"Idz ramayta..."
Tidaklah engkau melontar tatkala engkau melontar....
Lembing lahar biru di tangan digenggam erat dengan diiringi kalimah dari ayat 17 surah Al-Anfal dibacakan dibibir.
"Wala kinnallaha rama."
Tetapi Allahlah yang melempar.
Laju lembing itu dilontar ke hamba suruhan Juluah Noja yang berjaya mengesan lokasi mereka pada ketika ini. Kepantasan uguwan itu tidak mampu menandingi kelajuan Lembing Lahar Biru milik Riyadh ditambah pula kuasa kalimah dari surah Al-Anfal yang telah dibacakan. Kali ini sudah masuk kali ke-3 mereka berjaya menangkap pengitip-pengintip dari orang-orang Juluah Noja. Nampaknya tidak lama lagi, kedudukan mereka di dunia manusia ini pasti akan berjaya dijejaki.
Riyadh memandang lebih kurang 300 tentera ahli pasukannya, ya kelihatan sedikit namun bukan kuantiti yang akan menentukan kemenangan mahupun kekalahan peperangan mereka menentang tentera Juluah Noja kelak tetapi keteguhan Iman dan kebijaksanaan strategi.
"Wahai tentera-tentera beta sekalian. Ingatlah kalian akan janji Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214. Diceritakan apabila orang yang beriman dalam ayat itu bertanya, '
B
ilakah datangnya pertolongan Allah?' Dan Allah pula menjawab, 'Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah'."
"La taqaf, jangan kalian takut wahai tentera-tentera Mukminin sekalian, kalian tentera kerajaan Sadewa yang beriman, innallah ma'ana, Allah itu bersama dengan kita. Izaa jaa anaṣrullahi walfath, apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Ingat janji Allah, apabila kita teguh dalam perjuangan dan jelas niat jihad kita ingin merebut kembali Langkasakti dari tangan pihak kebatilan, demi membina semula sebuah kerajaan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah, menegakkan syiar Islam, pertolongan Allah itu pasti tiba."
"Biar kita syahid kerana mempertahankan tanah air dari jatuh ke tangan penguasa yang batil daripada mati mengikhlaskan amanah Tuhan yang satu ini dirosakkan oleh penguasa Iblis dan para pengikutnya."
"Allahu Akbar!" Riyadh melaungkan takbir dengan begitu lantang. Aura panglima perang begitu jelas terpancar dalam dirinya.
"Allahu Akbar!!!" Bergema suara-suara 300 tentera yang menyambut laungan takbir itu sehingga berterbangan burung-burung di hutan belantara yang dalam itu. Lokasi rahsia Riyadh dan para pengikutnya menjalani latihan ketenteraan.
"Allahu Akbar!"
"Allahu Akbar!!!"
"Allahu Akbar!"
"Allahu Akbar!!!"
⚔⚔⚔⚔⚔
Riyadh berjalan menuju ke rumah, seharian menghabiskan sesi latihan ketenteraan bersama para tenteranya tidakpun membuatkan tenaganya berkurangan bahkan semangatnya makin membara, ini semua dengan izin Allah atas asbab pemilihan tempat yang terbaik, bersesuaian dengan unsur tubuh uguwan sakti yang ada pada jasadnya.
"Assalammualaikum ustaz." salah seorang anak muridnya datang menegur saat melihat susuk gurunya itu sudah pulang dan memasuki jalan menuju ke rumah.
"Waalaikumussalam, ya ada apa Mus'ab?"
"Tadi ada cik yang selalu datang ke rumah ustaz tu datang lagi."
Riyadh tersenyum. Itu sudah menjadi kebiasaan anak muridnya memberikan laporan seperti itu kerana setiap hujung minggu, Amanda pasti akan datang melawat kampung ini dan menunggu di rumahnya atau bersiar-siar di pantai belakang rumahnya. Dan tanpa pengetahuan wanita itu, satu madrasah dan kampung itu sudah mengetahui akan status Amanda sebagai isterinya sejak dari malam pertama mereka bersua lagi, hal ini bagi mengelakkan fitnah baik buat dirinya dan Amanda, madrasah, dan agamanya sendiri sementelah beliau ialah guru di situ.
"Tetapi kali ini cik itu tidak pulang ke rumah." Wajah Riyadh sedikit berubah.
"Dia ada di rumah Ustaz."
"Baik Mus'ab, jazakallah atas berita ini. Kamu boleh pergi."
Riyadh menelan liur, terasa kelat dan berat untuk ditelan, hatinya merasakan bahawa permaisuri hatinya sedang tidak baik-baik.
"Assalammualaikum..." pintu rumah diketuk. Tidak menunggu lama, ia dibuka dari dalam.
"Kanda..." laju lehernya dipaut dan dipeluk dari depan.
Riyadh segera bertukar gelabah kerana mereka masih berada di muka pintu rumah dan belum masuk lagi ke dalam, risau jika dilihat oleh orang-orang pondok. Isterinya juga tidak memakai tudung, saat terlihat ada susuk beberapa orang muridnya sedang berkeliaran, laju tubuh isterinya itu diangkat dan ditolak ke dalam bersama-sama dengannya. Satu tangan menutupi pintu rumah.
"Bella? Kenapa ni?" Belakang tubuh permaisurinya itu diusap perlahan.
Tangan bertukar posisi, dari memeluk leher, kepada memeluk tubuh, kepalanya disandarkan ke dada Riyadh.
"Lailaha illallah...muhammadur rasulullah..." Riyadh berbisik perlahan di kepala Amanda dengan tujuan untuk menenangkannya.
"Bila awak nak jumpa papa dan mama saya?"
Setelah beberapa minit berkeadaan sedemikian, Riyadh yang begitu sabar dan tenang menanti emosi permaisurinya ini stabil kembali, akhirnya terpempan mendengar pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top