👑Bab 21
"Jangan lupa namaku." 🥀
-Andhika Sadewa-
"Duduklah, jangan risau, saya takkan buat apa-apa pun dekat awak." ujar Ali, bernada tenang, kali ini ekspresi wajahnya lebih tulus.
Fatimah terbata-bata. Samada perlu mempercayai kata-kata lelaki ini ataupun tidak. Namun dalam kondisi dia tidak ada daya, dia perlu mengikuti rentak lelaki ini. Sofa yang diduduki sebentar tadi dikerling, lambat-lambat dia melangkah dan duduk kembali di sofa itu.
Ali tersenyum dengan kepatuhan Fatimah. Dia melangkah ke meja pejabatnya dan menekan interkom.
"Maslinda, tolong hadir ke bilik saya sekarang." arah Ali kepada PAnya. Dia menyandarkan belakang punggungya di sisi meja tersebut, kedua-dua belah tangan disilangkan ke dada. Mata memandang Fatimah yang sedang duduk tidak berkutik namun bibir gadis itu seperti sedang bergerak-gerak.
Dia berzikir?
desis Ali dalam hati.
Dalam 3 minit menunggu, PA tiba dan masuk ke ruangan pejabat tersebut.
"Ya tuan Ali, apa yang saya boleh bantu?"
"Saya nak awak duduk di meja tersebut dan tunggu sehingga kami habis sesi temu bual." arah Ali kepada Maslinda sambil menundingkan jari ke arah satu sudut yang terletak sebuah meja yang berisi gelas-gelas dan hiasan buah-buahan palsu di atasnya. Maslinda mengangguk dan mengikut seperti arahan yang diberikan.
Ali bergerak ke sofa yang didudukinya sebentar tadi.
"Boleh kita mulakan?" soal Ali.
Fatimah menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan, berusaha untuk bertenang dan berlagak profesional.
"Ya, sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri saya, nama saya ialah Fatimah Az-Zahra Binti Mohd Mokhtar, saya pelajar tahun 1 diploma jurusan perniagaan di UiTM Machang, tujuan saya nak temu bual tuan adalah untuk menyiapkan kajian kes bagi salah satu kos yang saya ambik di universiti saya."
"Apa nama saya?"
"Ali Bernayad." jawab Fatimah.
"Nama penuh saya."
"Ali Bernayad bin Dato' Haji Syaikhul Bernayad." ujar Fatimah.
"Saya bagi awak satu tips untuk menjadi seorang yang lebih profesional dan berkeyakinan dalam berinteraksi dengan orang lain, bila bercakap dengan orang secara formal, pandang wajahnya dan matanya, eye contact dengan orang yang sedang awak berlawan cakap adalah sangat penting bagi menunjukkan yang awak memang sedang memberikan tumpuan kepada dirinya dan awak orang yang confident." ujar Ali.
"Cara awak bercakap dengan saya dalam keadaan bahasa tubuh awak yang macam ni, tidak menunjukkan yang awak yakin dengan tugasan awak sekarang ni. Masuk universiti bukan semata-mata untuk skor pointer dekan semata-mata, universiti adalah tempat untuk membina, mengcungkil dan mengasah hardskills dan softskills awak, saya cakap macam ini adalah untuk memberikan panduan kepada diri awak supaya tak sia-sia awak melanjutkan pelajaran, keluar dari kepompong ketakutan dan pemikiran sempit, awak baru tahun 1 diploma, jauh lagi perjalanan awak, kelak awak patut sambung ijazah, kemudian kalau semangat nak belajar tu masih ada, sambung Master dan PhD. Be brave." ujar Ali panjang lebar.
Fatimah terpempan dengan nasihat panjang lebar yang diberikan oleh Ali kepadanya, nasihat-nasihat itu cukup menampar-nampar pipi dan membuatkan dirinya tersedar akan kebenaran daripada kata-kata itu. Dalam diam dia mula mengagumi lelaki ini. Kata-kata daripada orang yang hebat, seorang CEO syarikat perniagaan yang sedang sengit bersaing di pasaran.
"Baik Tuan Ali, terima kasih atas nasihat tersebut, saya akan ambil kata-kata itu sebagai panduan untuk saya memperbaiki diri saya di kemudiannya."
"Ambik sekarang dan pandang saya dengan penuh keyakinan, kemudian mulakan sesi temu bual ini." ujar Ali tegas. Fatimah pula terkebil-kebil.
Kau boleh Fatimah. Insya-Allah jangan takut, dia juga hamba Allah seperti kau. Cukuplah bagi kau Allah sebagai sebaik-baik penolomg, tidak ada apa yang perlu ditakutkan.
Bisik Fatimah kepada dirinya sendiri. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala dan memandang Ali. Fatimah meletakkan telefon bimbit setelah perakam suara daripada telefon itu dibuka sebagai bukti temu bual ini.
"Baik tuan, dalam sesi temu bual ni, saya akan bertanya dalam beberapa soalan tentang perniagaan yang tuan jalankan seperti bahan mentah yang syarikat tuan bekalkan dan sedikit berkenaan dengan projek Landskap yang tuan usahakan. Soalan pertama yang saya nak tanyakan kepada tuan ialah boleh tak tuan ceritakan serba sedikit tentang perniagaan yang tuan jalankan dan sedikit latar belakang syarikat tuan yang sedang tuan usahakan sekarang ini?"
"Baiklah, syarikat saya membekalkan bahan-bahan mentah, bahan utama sistem perpaipan dan perbentungan untuk pembinaan bangunan, bukan itu sahaja, kami juga menawarkan khidmat kontraktor pembinaan bangunan, interior designer, hiasan dalaman rumah dan landskap sekitar rumah."
Fatimah mencatat nota di bukunya.
"Baik, soalan seterusnya, saya nak tanya, apakah kriteria bahan-bahan mentah pembinaan yang dibekalkan oleh syarikat tuan atau mungkin tuan boleh ceritakan kelebihan yang ada pada produk-produk tuan berbanding syarikat yang lain?"
Ali memperbetulkan duduknya, dia yang lebih relaks bersandar di sofa dengan tangan yang diletakkan di atas tangan sofa, duduk menegak memandang Fatimah.
"5 projek yang pernah diuruskan oleh syarikat saya pernah mendapat antara top 10 highest skor QLASSIC. And yup, kami memang menggunakan produk bahan mentah keluaran kami sendiri. Daripada situ, awak dah boleh nilai yang produk kami bermutu tinggi dan berkualiti kerana projek-projek yang kami handle berjaya mencatat pencapaian yang baik. Bukan saja daripada segi kualiti produk, tapi juga daripada segi perkhidmatan yang kami sediakan."
Fatimah meneruskan catatannya, sampai di perkataan 'QLASSIC', dia menjadi bingung seketika kerana tidak pernah mendengar perkataan asing itu.
"Maaf ya tuan, QLASSIC itu..." Fatimah berjeda dalam pertanyaan.
"Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan. Dalam bahasa Inggerisnya, Quality Assessment System in Construction."
Fatimah mengangguk-angguk sambil mencatat. Nampaknya balik kolej nanti dia perlu banyak membuat kajian yang lebih lanjut.
"Okay, soalan yang seterusnya, bagaimana tuan cuba memasarkan semua produk pengeluaran yang dihasilkan oleh syarikat tuan, dan juga perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tuan ini agar dapat diketahui umum sehingga mencapai maklumat kepada orang awam dengan semaksimum yang mungkin?"
"Pengiklanan di tv, aplikasi-aplikasi mudah alih di telefon bimbit contoh di You Tube memang menawarkan khidmat pengiklanan di setiap video-video yang ada di sana. Kemudian kami juga mempromosikan perkhidmatan syarikat kami dengan menggunakan Billboard di jalanan. Kami juga ada kerjasama dengan agensi-agensi hartanah, terlibat dalam projek-projek kerajaan yang tender kami berjaya diluluskan. Yup, itulah antaranya." ujar Ali.
Fatimah mengangguk-angguk sambil pen bergerak-gerak di buku notanya. Khusyuk dia menoleh tanpa sedar gerak gerinya sedang diteliti rapi oleh mata Ali. Ali menyentuh dagunya.
Fatimah Az-Zahra...
Bisiknya dalam hati. Sesi temu bual mereka berlangsung sehingga hampir 45 minit. Fatimah menutup buku nota dan mengambil telefon bimbit yang dijadikan perakam suara.
"Terima kasih Tuan Ali Bernayad atas kesudian tuan untuk menerima permohonan saya untuk menemu ramah tuan, terima kasih atas peluang ini, saya doakan semoga syarikat tuan akan terus maju jaya." ujar Fatimah sambil cuba memandang ke arah Ali dengan yakin. Risau jika lelaki itu menegur ketidakyakinannya lagi.
Ali mengangguk sambil tersenyum.
"Sama-sama." balasnya sambil menyeluk tangan ke dalam poket.
"Awak datang ke sini naik apa?" soal Ali sambil mengiringi Fatimah untuk keluar dari bilik itu.
"Grab tuan." balas Fatimah hanya memandang lelaki itu dengan hujung matanya.
"Ni nak balik pun naik grab ke? Rumah awak kat mana?"
Fatimah mengangguk.
"Rumah saya di Kubang Kerian."
"Kampung? Perumahan?"
Fatimah terdiam seketika, adakah memang ini kebiasaan orang luar suka bertanya tentang asal usul orang lain? Mungkin inilah pengalamannya yang jarang-jarang sekali.
"Kampung Chepa, tuan."
Ali mengangguk-angguk. Fatimah menelan liur tanda gementar saat Ali turut mengiringinya untuk beredar dari ruangan pejabat itu. Sedari tadi lelaki itu hanya menurut langkahnya sehingga dia turut menjadi perhatian para staf yang melihat mereka berjalan sekali, lebih tepatnya lelaki itu yang berjalan di sisinya.
"Assalammualaikum Tuan Ali."
Ali menjawab perlahan salam yang berselang seli setiap kali bertembung dengan stafnya di sepanjang laluan.
Fatimah menekan punat lif untuk ke aras bawah. Mereka melangkah masuk ke dalam lif yang sama.
Mungkin dia memang nak keluar dari ofis juga.
Desis Fatimah perlahan.
"Fatimah pernah kerja part time?"
soalan Ali memecahkan suasana antara mereka.
Fatimah menggeleng perlahan tanpa memandang ke arah Ali.
"Kalau Fatimah ada nak kerja part time, boleh bagitahu saya ya." ujar Ali.
"Baik tuan, insya-Allah."
⚔⚔⚔⚔⚔
"Assalammualaikum adik, pitih hok kak long ata aritu cukup ko dok? Gano walid nga ibu?" soal Fatimah kepada adik pertamanya, kak ngah.
"Walid ibu sihat jah. Maaf deh kalu angoh oyak ni, tapi dok cukup kak long, sebab nyo doktor oyak ubat kak cik keno tamboh lagi, mugo kali ni rego ubat tu lebih mahal, walid doh terpakso tamboh lagi kijo untuk nok tampung kos kak cik, yuran PIBG kak teh, diksu, angah pun nok keno bayar yuran peperiksaan ni kak." ujar kak ngah di talian.
"Oh jolo ko? kalu gitu takpo lah, nati kak long ata pitih lain." ujar Fatimah. Fatimah menutup panggilan telefonnya setelah berbagi dan bersambut salam dengan adiknya.
Hampir setiap bulan dia akan menghantar duit PTPTNnya kepada adiknya di kampung untuk diberi kepada ibu dan ayah, kalau dia pulang ke rumah seperti sebulan yang lalu, dia sendiri yang akan memberikan duit itu kepada adiknya, dan adiknya akan diam-diam sendiri membayar dan menggunakan duit itu untuk membiayai kos-kos yang perlu ditanggung oleh ahli keluarga mereka, Fatimah tidak pernah menyuakan duit itu sendiri kepada walid dan ibunya setelah beberapa kali ditolak mentah-mentah oleh walid dan ibunya pada sebelum ini.
Fatimah tahu walidnya perlu bekerja keras untuk menyara mereka 5 beradik sehingga terpaksa melakukan 2,3 kerja dalam sehari, pagi pergi menjala ikan sebagai nelayan, kemudian upah urut orang, dan malam akan memberi kuliah di masjid-masjid, dengan kos sara hidup yang makin meruncing sekarang, gaji walidnya tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan mereka sekeluarga, ibunya pula bekerja mengambil upah mengajar mengaji Al-quran di kampung, yuran yang dikenakan juga tidaklah seberapa, kadang ada yang ibunya hanya ikhlas mengajar terutamanya bagi anak-anak yatim dan orang susah, sementelah Fatimah ialah anak sulung dan masih belum bekerja dengan gaji yang tetap, dia tidak dapat membantu ahli keluarganya dengan sebegitu banyak.
Sebelum sambung belajar, dia ada juga mengambil upah untuk kerja di kedai makan secara sambilan, duit yang digunakan akan membeli barang-brang dapur yang kehabisan stok dan wang saku untuk adik-adiknya yang ke sekolah, dapatlah juga serba sedikit meringankan beban walid dan ibunya, tapi setelah dia menyambung pengajian diploma walaupun pada usianya 20-an ini rata-rata remaja yang menyambung pengajian tanpa ditangguh, sepatutnya sudah memasuki peringkat ijazah tapi dia baru menyambung diploma, tidak mengapalah, pengorbanan untuk keluarga demi berbakti kepada ibu dan ayah ini sesungguhnya sangatlah tidak rugi bahkan antara amalan yang akan dibayar tunai oleh Allah di atas dunia ialah berbuat baik kepada ibu dan ayah, sebab itulah diluar sana sudah banyak rahsia kejayaan-kejayaan orang soleh adalah asbab daripada taat dan berbaktinya mereka kepada kedua-dua orang tua mereka.
Hanya orang yang jahil sahaja akan menganggap berbakti dan berkorban untuk ibu dan ayah ini adalah sesuatu yang merugikan dan sebuah keterpaksaan yang tidak membawa sebarang untung dan nilai. Sesungguhnya rahsia Allah itu siapalah yang tahu dan balasan daripada Allah itu pasti.
Mungkin sudah tiba masanya aku bekerja sambilan sambil belajar? Tapi nak kerja di mana?
"Nak hubungi Tuan Ali ke? Atau aku perlu usaha cari dulu kerja di sekitar sini?"
"Cari dulu la sekitar sini..." putus Fatimah.
⚔⚔⚔⚔⚔
"What are the real significants of this marketing? The first is for our customers or prospects to get to know the services and products we offer. The second is to increase the company's sales, the third is to strengthen our product brand so that it is constantly remembered and recognized by the community which is our customers out there. And fourthly, good marketing is important...
"...Why? Of course for healthy competition."
Amanda memandang Fatimah yang sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Dr. Aznira bagi kos Marketing yang diambil oleh mereka. Pen di tangan yang sedari tadi giat menari-nari di atas buku catatan terhenti. Dia rasa tercabar pula bila sahabat di sebelahnya ini hanya fokus mendengar, dia sibuk menyalin, macam la nota dalam slaid tak ada untuk disalin semula dan dibaca.
Terlupa seketika, tidak begitu efektif kaedah pembelajaran dirinya sebegini, guru di hadapan sedang sibuk mengajar, anak murid pula sibuk fokus menyalin, yang perlu ditekankan itu ialah mencatat hanya poin yang penting yang mungkin tiada dalam nota atau penerangan yang lebih ringkas untuk memahami ilmu tersebut. I say men. Terasa tidak beradab pula dirinya. Amanda kembali fokus memandang pensyarahnya di hadapan.
⚔⚔⚔⚔⚔
"Ya Allah...apa rezeki aku di sana?" monolog Fatimah perlahan, dia sedang duduk di pondok bas sambil menunggu grab yang baru dipesannya untuk pulang ke kampus. Sedikit sebanyak perasaan sedih bernaung di hati dek kegagalannya dalam mencari kerja sambilan di sekitar Machang ini.
Skrin telefon bimbit di tangan direnung, kunci skrin dibuka dengan pengesan cop jarinya. Ibu jari meleretkan beberapa slaid skrin untuk mencari aplikasi kenalan telefon. Dengan berat hati Fatimah menekan nombor di skrin.
Tut...
Tut....
Detutan yang berbunyi untuk menyambungkan taliannya kepada orang yang dihubungi berdetut seiring dengan jantungnya yang berdentak laju. Bibir berzikir perlahan untuk menenangkan perasaan.
"Hello, ada apa yang boleh saya bantu." salam diberikan saat talian disambungkan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top