👑BAB 2

-Andhika Sadewa-
"Jangan lupa namaku." 🥀

"Nad. Tolong ambikkan monosodium glutamate jap, di belakang kau tu."

Nadia yang sedang berdiri sambil bersandar di pepara dapur, menoleh mencapai bungkusan plastik kecil putih merah yang berjenama 'Ajinomoto' lalu disuakan kepadaku.

Air asam yang telah dipicit cili melaka dalamnya, dimasukkan sedikit MSG untuk menambah rasa. Oleh sebab mak tok pergi kutip kangkung di belakang rumah, aku menggantikan tugas mak tok yang ini, padahal air tangan mak tok lagi sedap tapi saja mak tok menyuruh aku memicit, puji mak tok, air tangan air asam aku juga tak jauh beza dengannya, sama juga bahan-bahannya, tapi keberkatannya berbeza mak tok, huwaaa.

Aku memerhati ikan temenung bakar yang sudah terhidang di dalam pinggan di hadapan, lidah sudah terliur untuk menjamah nasi berulamkan kangkung dan mencicah ikan bakar bersama air asam.

Langkah untuk menghasilkan air asam mudah sahaja, hanya memerlukan bahan-bahan seperti belacan, asam jawa dan cabai melaka serta bahan cukup rasa seperti garam dan MSG. Ini ilmu juadah ringkas yang diturunkan oleh mak tok kepadaku, orang kampung yang sebenar jarang tak makan air asam yang telah dipicit cili dalamnya. Hidangan penambah rasa pedas, kalau tak ada masakan-masakan pedas, cukup la air asam ni sebagai pembuka selera.

"Nad, Alia dan Maira dah update ke diorang sampai mana dah?"

"Maira mesej aku, diorang dah sampai Sungai Perak, berhenti dekat R&R situ kejap untuk makan dan solat."

Aku mengangguk, laju juga si Alia ni memandu ya. Alia dan Maira terpaksa pulang lebih awal disebabkan mereka ada kelas pada esok lusa. Mereka baru sahaja melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan setelah habis diploma selama 3 tahun, Alia menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kimia dan Maira pula menceburi bidang doktor perubatan, kedua-duanya sambung belajar di UKM.

"Nad, cuti kau ada lama mana lagi?"
"Dalam 2 minggu. Kenapa?"
"Okay tak belajar dekat UIA?"
"Okay ja. Sana banyak pelajar luar negara."
"Kau tak nak sambung belajar ke Ada?"
"Ha! Kenapa ya aku tak nak sambung belajar sebelum ni?"
"Erm...sebelum ni kau bagitahu kita orang yang kau nak rehat jap daripada belajar, nak tolong mama kau kat butik. Ha gitu. Sekarang dah 2 tahun berlalu, selepas kita dapat result SPM. Kau tak nak sambung belajar ke?"
"Aku nak sambung. Aku dah rugi 2 tahun. Aku pun tak faham kenapa la aku buat keputusan tak nak sambung belajar ya sebelum ni. Haih, membazir masa dan umur pulak." Aku mengeluh perlahan. Nadia hanya diam tidak membalas.

⚔⚔⚔⚔

"Oih! Ni espedon sapa ni?" aku mengangkat panties ropol-ropol yang berwarna putih susu dengan tangan. Sapa punya la yang tercicir ni? Aku tak ada panties ropol-ropol macam ni, panties aku ada gambar boboboi dan upin ipin je sebab comel tapi dalam rumah ni sekarang hanya ada mak tok, aku dan si Nad sahaja. Tak akan la mak tok nak pakai underwear ropol-ropol macam ini, agak-agak la. Aku tersengih. Ni mesti tak lain tak buka si 'minah senget' tu punya ni.

"Nad! Oo Nad." Tiada sahutan. Aku cuba menjenguk kawasan atas rumah. Apa la buang benda alah ni merata-rata, dekat dapur pula tu.

"Nad uii!" Aku memanggil lagi.

"Ye, kenapa?" wajah Nad terjengul di muka pintu dapur.

"Ni espedon kau ek?" aku mengangkat dan menayangkan panties Nad dengan satu jari.

"Weyhh! Mangkuk tingkat! Spender aku!" Laju dia berlari menuruni tangga dapur. Aku melarikan spender Nadia. Kami berkejar-kejaran di dapur.

"Weyh! Ngok ngek la kau! Bagi la balik!" Bentak Nadia di sebalik meja yang memisahkan kami.

"Nad, datang la ambik. Lama tak main aci ligan ngan kau weyh. Best pulak rasa."

"Pala hotak kau! Nak main kejar-kejar kat luar la, nanti mak tok tengok, kena marah pulak kita."

"Oh, nak main kat luar? Okay!Boleh!" Laju aku berlari ke arah muka pintu.

"Weyh perempuan! Kau nak bawa lari mana spender aku? Bagi balik!!"
Aku memakai kasut yang hanya ada sepasang di pintu dapur lalu berlari keluar.

"Weyh! Kau ni Ada! Jahat arr!!" Nadia sudah membentak-bentak kemudian diiringi ketawa. Alah kawan baik! Kau akan keliru samada kau nak marah betul-betul atau nak ketawa dengan perangai nakal kawan kau dan itulah kami. Aku dan kenakalan suka mengusik orang-orang yang aku sayang memang menjadi satu amalan.

"Hoho! Meh la ambik!"

"Ngokk kau! Aku takdak kasut la!!"
Nadia membelek-belek ke bawah di muka pintu jika ada kasut yang boleh dirembat.

"Kau tak nak ambik la ni?" Aku menayang lagi benda alah tersebut di hadapannya.

"Weyhh Ada! Jangan arr kau! Kat luar kot, orang tengok nanti!" aku menoleh laju ke belakang dan ke depan semula.

"Mana ada sapapun."

"Weyh meh la balik! Aku baru ja basuh. Nak pergi lipat masuk luggage semula."

Aku buat muka dek.
"Eii perempuan ni, aku la!" Nadia menghentak-hentakkan kakinya ke lantai. Aku hampir ketawa mengilai. Comel betul kawan baik aku ni bila protes. Aku angkat dan menayangkan lagi.

"Ada! Weyh! Weyh! Bagi balik, ada orang datang ke sini la."

"Wek!! Aku tak percaya." aku
menjelirkan lidah kepadanya.

"Aduh buruk betul punya perangai! Aku tak bohong la weyh! Wei!!" Nadia menjerit dan berlari ke arahku dengan berkaki ayam. Aku pula sudah bersedia untuk melangkah seribu namun langkahku terencat.

"Assalammualaikum..." seorang wanita yang berusia lebih kurang sebaya dengan mak tok memandang ke arahku. Di sisinya berdiri seorang pemuda yang tinggi dan berkulit cerah. Aku menelan liur. Ada satu aura yang begitu kuat saat aku memandang wajahnya. Dan aku merasakan satu ketenangan yang luar biasa.

"Amanda?" aku tersentak. Aku memandang Nadia yang sudah berlari ke dalam, aku memandang ke arah tangan, nampaknya gadis itu sudah merampas kembali 'hak miliknya' tanpa aku sedari.

"Y-ya? Ni siapa ya?" aku segera memperbetulkan tuala di atas kepala. Nasib baik lagi tuala ni saiznya besar, dapat juga lindung kedua-dua belah tanganku kerana aku hanya memakai baju tangan pendek, nasib baik baju ni labuh, cuma kaki yang tak bersarung stoking tapi kasut ni bertutup di bahagian hadapan.

"Ni Lang Pok la. Lupa ka?"

"Allah. Subhanallah. Tok lang. Maaf, cik lupa dah. Lama dah tak kelih ha. Jom! Jom! Kita masuk dalam dulu."

Setelah mereka berdua duduk di meja dapur, aku naik memanggil mak tok. Sudah kebiasaan orang kampung, terutamanya jiran tetangga yang dekat, sama-sama kawan baik, tak datang ikut depan dah, masuk ikut pintu belakang saja untuk mengopi petang-petang.

Aku melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik mak tok.

"Mak tok...tok lang Pok mai." mak tok yang sedang membaca Al-quran, menghabiskan sebaris ayat, lalu mendongak memandang ke arahku.

"Ha, panggei masuk." ujar mak tok sambil tersenyum.

"Dah, cik panggei dah. Depa dok kat meja dapuq."

"Ha pi buat kopi kat depa."

"Baik mak tok, ada nakpi pakai elok-elok sikit sebab tok lang ada bawa seorang laki, tak taw sapa."

"Ooo...ya ka. Ha takpa, pi salin lekaih. Takpa la, biaq mak tok buat. Hampa siap satgi turun. Tetamu mai, tak elok kalau tak sambut."

Segera aku berlari mencecet-cecet keluar bilik mak tok dan menuju ke bilikku. Susuk Nadia yang sedang menyarungkan tudung menyapa pandangan, bajunya sudah diganti dengan baju muslimah.

"Weyh! Awat hang lari keluaq tadi, hang nampak depa dari awai ek?"

"Ya la! Kau ambik seluar kecik aku, malu la aku, aku rasa dari jauh lagi dia orang dah perasan benda alah tu masa kau tayang-tayang kat depan pintu tu, buat malu aku je la kau ni."

"Ala, bukan dia orang tahu pun tu kau punya. Aku yang pegang."

"Oh, dahtu kau tak malu la kalau dia orang ingat tu kau punya ha?" Nadia menjeling marah ke arahku.

"Alolo bucuk-bucuk, sayang-sayang, jangan la marah, aku gurau je, kau macam tak kena fiil aku."

"Tak marah pun, geram ja. Marah lama-lama ngan kau buat habis tenaga ja." ujar Nadia mencebik.

"Hihi, taw takpa noh."

"Satu gih, hang patut lari ke dalam ja dulu tadi, aurat tu lagi utama, seluar kecik kau tu bukan dia orang taw pun yang itu yang kau punya..."

Pap! Kepala aku diluku kuat oleh tangan Nadia yang mengepal penumbuk.

"Aduh kepala aku! Woi kau pehal! Sakit do! Entah-entah bocor apa." Aku menggosok perlahan kepalaku yang sakit.

"Ha, padah. Ada lagi nak membebel kat aku. Semua punca daripada kau. Kau nak bebel pula kat aku."
Aku tersengih. Betul juga tu.

"Tapi kan weyh, aku bukan apa, kalau mengikut adat la kan, kalau kita ni jaga aurat, lepastu ada lelaki ajnabi yang tiba-tiba tertengok rambut kita, maka sepatutnya kena kahwin dengan dia. Macam dah tak suci la gitu." ujarku dengan tersenyum senget.

"Eii taknak arr aku! Bukan sengaja pun."

"Sebab tak sengaja tu la tu takdir Tuhan untuk temukan kau dengan jodoh kau. Hahhahaha!!" aku ketawa seronok. Nadia tersengih.

"Eii! Jahat la kau ni. Aku tak sengaja tertayang aurat ja pun, dia yang datang mengejut, bukan aku berzina dengan dia." terus-terang Nadia berkata-kata.

"Uish kau! Jujurnya."

"Ha la! Daripada biar kau buat lawak bodoh kau tu."

"Weyh handsome kot, takkan kau tak nak?"

"Ye ke? Aku tak sempat tengok apa pun, target aku nak rebut
panties aku je tadi."

Aku tersengih. Kesian minah ni jadi mangsa usikan aku petang ni.

"A'a handsome. Sampai aku pun terpaku tengok, tapi handsome dia tu lain macam sikit, macam ada aura yang..."

"Yang apa?" aku memandang Nadia. Dia mengangkat kening.

"Yang menenangkan, wajah dia tu macam berseri-seri. Senang cerita macam wajah orang yang baik-baik la gitu, orang soleh, ha gitcheww." aku mencuit Nadia. Nadia hanya tersengih.

"Dah arr! Malas nak layan kau. Jom la kita turun ke dapur. Nanti mak tok kata tak hormat tetamu pulak. Lagi lama layan gossip kau, lagi naik mereng aku."

"Ek eleh, tak sabar-sabar nak jumpa bakal imam, bagitahu la!" aku mengusik. Langkah diorak laju menuju ke pintu bilik apabila Nadia sudah mengangkat tangannya ingin menyekeh kepalaku. Aku ketawa kerana dapat mengenakannya lagi.

"Weyh perempuan! Tunggu la!"

Kami berdua sama-sama menuruni tangga setelah lawan tolak-menolak untuk siapa mula menjengulkan wajah dan turun dahulu.

"Ha! Turun pun anak dara dua orang ni. Buat apa tah kat atas tu." ujar tok lang Pok dalam nada bergurau. Aku tersenyum malu-malu sambil mengerling wajah Nadia yang turut tersipu-sipu malu.

Laju aku merebut kerusi di samping mak tok. Nadia memandang kerusi yang berhadapan dengan pemuda tersebut. Tidak mengalah, dia mengangkat sedikit kerusi dan membawanya untuk duduk menyelit di antara aku dan mak tok yang masih ada sedikit ruang. Kami saling beradu pandang, Nadia mengangkat kening tanda kemenangannya kepadaku. Aku mencebik.

"Amanda lega dah ka?" tok lang bersuara. Mesti mak tok sudah menceritakan tentang apa yang telah terjadi kepadaku iaitu kejadian aku jatuh tangga dan koma selama 2 minggu di hospital.

"Alhamdulillah tok lang, cik sihat dah. Ni siapa tok lang?" berani aku bertanya.

"Oh ni cucu tok lang yang dok dekat Kelantan. Dia baru habis belajar kat universiti Al-Azhar, ni balik dari Mesir la yang boleh mai balik kampung jenguk tok dia ni. Saja la mai ajak teman nak mai sini." pemuda itu hanya tersenyum mendengar toknya bercerita. Langsung tidak mendongak memandang ke arah aku dan Nadia. Hanya menunduk memandang permukaan meja. Senyumannya sangat menenangkan.

"Oh, nama apa ya?"
"Ha, nama apa cik. Habaq sat." Tok lang seperti menguis cucunya di sisi.

"Nama saya Fathi. Amran Fathi." ujar pemuda itu sambil tersenyum seulas. Dia memandang ke hadapan tapi tidak memandang ke arah kami berdua. Ya Allah, dia sangat menjaga pandangan.

"Oh, tok lang ada cucu berapa orang ek? Dari dulu lagi Ada kenai kak Dija, abang Irfan, Yusuf, kak Yah, dan kak Kis ja, sebab dok main sekali kan."

"Ha Dija dan Balqis tu adik kepada Fathi ni la. Fathi ni dulu kecik-kecik jarang balik. Dia dok kat maahad kat Terengganu nu, hafaz quran kat sana. Umuq 5 tahun umi abah dia hantaq pi masuk sana dah."

"Ooo. Patutlah tak kenai langsung."

Aku mengerling Nadia di sisi. Nadia hanya memandang ke arah tok lang dan mak tok.

"Kau apa hal tengok-tengok aku?" Nadia berbisik perlahan, hanya untuk didengariku.

"Budak agama tu... siap hafaz quran. Rugi kau." aku membalas bisikannya.

Aku mengerling pemuda tersebut yang mula mengangkat cawan dan menghirup kopi. Gatal betul mata aku kali ni. Aku nak scan untuk kawan baik aku ja ni.

"Ish kau ni. Tak habis-habis lagi. Untuk kau la. Bukan untuk aku."

"Ha, pok. Malam ni ada kuliah kat surau kan. Hang pi dak?" aku memandang mak tok yang mula bersuara. Sedari tadi hanya tersenyum mendengar aku bersembang dengan tok lang.

"Insya-Allah aku pi. Sebelum ni takpi sebab tak larat nak jalan dah Nah oi. Ni budak ni balik, boleh la pi sekali ngan dia naik qeta. Malam ni dia la jadi imam ngan bagi kuliah kat masjid."

"Oh, masya-Allah. Baguih no. Untung hang cucu belajaq agama tinggi-tinggi, boleh mendidik masyarakat dengan ilmu agama. Besar pahala dia."

Fathi tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya mempamerkan wajah tenangnya.

Aku memandang Nadia. Dan kali ini senyumanku melebar. Nadia sedang mencuri-curi pandang Fathi tanpa sedar aku sedang merenung si Nadia. Kalau dia jodoh yang terbaik untuk kau Nadia, aku doa sangat Allah permudahkan.

Sebagai sahabat, tiada harapan yang lebih besar dalam hal perjodohan sahabatku sendiri melainkan aku nak sahabat aku dipimpin oleh lelaki yang beragama dan berakhlak, dengan itulah kalian akan melihat jalan ke syurga itu dengan jelas atas izin-Nya. Seperti sabda baginda rasulullah, dan sebaik-baik jodoh itu ialah dia yang mempunyai agama dan akhlak yang baik, jika ada yang ini, maka sudahpun mencakupi ketiga-tiga faktor yang lain yang disebutkan dalam hadis yakni rupa, harta dan keturunan. Agama itu jauh lebih baik. Nabi sendiri sudah menjamin, rumah tangga yang tidak dibina dengan pasangan yang ada agama dan akhlak maka ia tidak akan peroleh ketenangan dan sentiasa ada musibah dan badai yang melanda.

Musibah sememamgnya istilah yang tepat untuk orang yang kufur kepada Allah. Sesungguhnya, lelaki yang baik akan cenderung  menyukai wanita yang baik dan wanita yang baik akan cenderung juga untuk menyukai lelaki yang baik. Maka, buatlah pilihan yang tepat. Jangan tertipu dengan rupa paras yang menipu daya, kelak menyesal jiwa, hati merana.

Chit-chat space:

Selalunya mencintai seseorang yang tak boleh mencintai kita semula, perit kan?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top