👑 Bab 13
"Jangan lupa namaku." 🥀
-Andhika Sadewa-
Permaisuriku...
Kanda telah menemukanmu kembali...
Kelopak mata Amanda terbuka luas. Lantas tubuhnya terbangun dari pembaringan. Kata-kata itu seakan-akan kedengaran benar-benar di cuping telinganya, apabila melihat sekeliling, tidak ada sesiapapun.
"Permaisuri? Kanda? Menemukanmu kembali?"
"....Mimpi apa ni?" Satu keluhan keluar dari mulutnya. Mulutnya mula berzikir perlahan. Telefon bimbit di sampingnya digapai, jam menunjukkan angka 5.30 a.m, perlahan-lahan, dia bergerak ke bilik air untuk mengangkat hadas.
Setelah 2 rakaat solat tahajjud didirikan, Amanda duduk berzikir di atas sejadah, menanti masuk waktunya solat Subuh. Sepatutnya malam ini Fatimah menemaninya di hospital, tapi Amanda menegah kerana tidak mahu Fatimah tertinggal kuliah pengajiannya di kampus esok hari.
⚔⚔⚔⚔⚔
Nayad menekan punat kunci kereta setelah selesai meletakkan kenderaannya di aras bawah bangunan kondominium itu. Terasa seperti ada yang memerhatinya dari jauh. Jantung di dada mulai bertukar retak, detakan laju tanpa sebab. Tiada sebarang susuk yang berjaya digapai oleh pancaindera penglihatannya saat matanya meliar memandang sekeliling.
Pandangannya bertukar dingin, kosong, leher disengetkan, gaya seperti lelaki psiko, tangan dimasukkan ke dalam poket, bibir tersenyum senget.
Ada yang mahu mencari pasal denganku?
Beberapa ketika dia berdiri di kawasan tempat letak kereta itu, namun masih belum ada yang datang menyerang atau memunculkan diri. Nayad mendengus kasar. Marah kerana dirinya dipermainkan.
⚔⚔⚔⚔⚔
Dari kejauhan dia memerhati belakang susuk tegap dan tinggi lampai yang kini berjalan menuju ke lif bangunan itu. Lelaki ini bahaya. Andhika memejamkan matanya sejenak. Bagaimana kalau lelaki ini mengganggu permaisurinya lagi? Nafasnya dihela perlahan.
⚔⚔⚔⚔⚔
Nadia menutup mushaf Al-quran yang baru sempat disentuh setelah seharian dalam kesibukan menghadiri kuliah dan kelas di kampus. Kelasnya hari ini agak padat. Syukur atas kekuatan daripada Allah, walaupun dalam kesibukan mengejar ilmu dunia, Allah masih jua memberi peluang untuk dia mengisi rohaninya.
Telefon bimbit digapai, satu pesanan ringkas yang masih belum dibaca dibuka, pesanan dikirim daripada nombor yang tidak dikenali, SMS masuk pada 30 minit yang lalu.
Amanda sedang memerlukan kamu. Hubungilah dia.
Nadia tersentak. Tanpa berfikir panjang, nombor Amanda didial dan panggilan segera disambungkan kepada kawan baiknya itu, 2 kali panggilan tidak berangkat sehingga pada panggilan ketiga, suara kawan baiknya itu mula kedengaran menyambut salam yang dilafazkan oleh Nadia.
"Ada, kau okay ke?" soalan langsung ditanya tanpa berbasa basi setelah dia mengucap salam. Kedengaran nada yang begitu kerisauan dari bibir Nadia.
"Aku okay je...kenapa kau tiba-tiba call ni Nad?"
"Tak, kau bohong aku ni. Kenapa suara kau macam serak je. Macam baru lepas nangis. Apa yang dah jadi kat sana? Lama kau tak update apa-apapun. Aku minta maaf, hampir 1 bulan juga aku tak hubungi kau sebab lately ni aku busy sangat. Maaf babe."
"Eh tak ada apa la. Aku faham la, kita semua sama-sama sibuk." ujar Amanda dalam nada sayu, kemudian hanya diam membisu.
"Ada. Kau tak okay ni. Kau tunggu, aku datang." ujar Nadia, tegas.
"Eh mana ada. Aku okay la. Aku-"
"Dah-dah, kau takyah nak goreng-gorang, aku takkan makan. Cerita cepat, apa yang dah berlaku."
"Mana ada apa-apa la."
"Berbohong hukumnya apa?"
Amanda terkedu. Nah! Kawan baiknya telahpun bermain hukum, apa lagi pilihan yang dia ada melainkan menceritakan hal yang sebenar.
"Aku..."
"Okaylah, aku cerita dekat kau Nad. Tapi...tapi kau kena janji ek, yang ini antara kau dan aku je, jangan bagitahu sahabat-sahabat kita yang lain atau parents aku."
"Insya-Allah. Itu je aku boleh kata."
"Nad!" Amanda merengek.
"Ah takda! Kita ni bukan nak tahu apa yang nak jadi di masa depan, sebaik-baiknya ujarlah 'insya-Allah', aku tak suka sok janji-janji ni, nabi pun kena tegur dengan Allah takkan aku pun nak buat silap yang sama jugak. Dah ada ibrah dalam Al-quran kan."
Lidah Amanda terkelu. Selalunya dialah yang menasihati sahabat-sahabatnya, namun pada ketika ini, dia pulak yang dinasihati, sesungguhnya inilah persahabatan yang sejati, saling menegur dan memperingatkan antara satu sama lain kepada jalan kebenaran dan jalan kesabaran.
"Baiklah...aku cerita."
"Aku kena gangguan seksual Nad."
"Allahu rabbi! Seriuslah Ada?"
"Ya Nad."
"Macam mana kau boleh kena ni? Lelaki tak guna tu buat apa?"
"Mula-mula aku kena kejar dengan beberapa lelaki bertopeng, kemudian ada seorang perempuan yang bernama Isabel yang selamatkan aku, tak lebih 3 jam aku kenal dia babe, aku dianiaya lagi, dia jual aku dekat entah lelaki arab mana tah, dan pada ketika itu, sebelum sempat pak arab tu nak bawa aku masuk bilik hotel, ada seorang lelaki ni nama dia Nayad, dia datang selamatkan aku."
"Oh ye ke, alhamdulillah babe. Nasib baik kau selamat, Ya Allah...aku bersyukur sangat. Kau tunggu, nanti aku datang kat kau."
"Seriuslah? Kau kan tengah sibuk."
"Kau jauh lebih penting."
Amanda terharu mendengar kata-kata Nadia. Air matanya bertakung lagi, dia cuba menahan suara daripada terdengar seperti sedang menangis.
⚔⚔⚔⚔⚔
Telefon bimbit yang berada di genggaman perlahan-lahan jatuh ke riba, air mata yang masih bersisa di pipi diseka perlahan. Suasana di laman luar hospital yang sunyi ini tidak diendahkan oleh Amanda. Dia hanya menatap ke langit dengan pandangan sayunya. Bintang-bintang malam terlihat saling menyinar, disebabkan kawasan yang diduduki Amanda sedikit suram hanya ditemani lampu jalan, maka bintang-bintang di langit dapat dilihat dengan jelas.
Gedegang!
Amanda tersentak saat terdengar satu bunyi seperti ada benda besar yang berdenting jatuh ke bawah. Bunyi apa tu ya? Rasa seram sejuk mula bertandang di dada, bulu tengkuk juga mula berdiri tegak. Bibir mulai berzikir perlahan.
"A'udzubillahi minka, al anuka bilaknatillah...." doa untuk melaknat iblis itu dibaca perlahan sebelum dia mengorak langkah seribu kembali ke dalam bangunan hospital tu.
Pada jam lewat malam sebegini, pasti segala makhluk ghaib sudah mula bertandang untuk mengucap 'hai!'. Sebelum mereka 'hai'kan aku, lebih baik aku 'bye'kan mereka dulu.
Ada-ada saja makhluk yang nak mengganggu, Amanda mengeluh, dia baru saja hendak bersyahdu dibawah sinaran bintang-bintang di langit yang gelap, ada pula makhluk lain yang merencatkan kesyahduannya.
⚔⚔⚔⚔⚔
Andhika tersenyum tatkala melihat permaisurinya telah mengorak langkah seribu ke dalam hospital. Tidak ada yang boleh dia lakulan untuk melarang wanita itu daripada duduk bersendirian dalam gelap sedemikian, keadaan itu sesungguhnya sedang mengundang bahaya, maka tong sampah hospital yang berdekat dengannya itulah yang menjadi alat untuk dia 'menghalau' Amanda ke dalam. Tong sampah Zink yang terbaring di atas lantai itu diangkat semula, sampah-sampah yang sedikit terkeluar dimasukkan semula ke dalam tong sampah.
Duhai Rabb, Engkau lindungilah isteriku.
Bisik Andhika didalam hati.
⚔⚔⚔⚔⚔
Amanda meletakkan beg kuliahnya di atas meja. Tudung bawal yang tersarung di kepala dilucutkan lalu digantung pada penyangkut. Dia bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk, 15 minit sebelum memasuki waktu Zohor, dia membaca kalamullah seketika. Selesai melaksanakan semua ibadah khusus, Amanda mengerling jam di telefon bimbit. Kelas sesi petangnya akan bermula pada jam 2.30 pula, dia masih ada waktu kira-kira 40 minit lagi.
Tiba-tiba satu mesej daripada Whatsapp naik ke notis telefonnya.
Prof Shuhada ICT552
"Assalammualaikum semua, kelas kita pada petang ini ditunda pada hari yang berikutnya, saya ada hal kecemasan yang perlu diuruskan. Namun begitu, saya ada meninggalkan tugasan Lab Tutorial 3 untuk kamu semua siapkan, hantar selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini, sebelum jam 12 a.m. Soft copy document lab boleh di'download' di GC ya."
Ah! Heaven! Heaven untuk kebanyakan students apabila mendapatkan notis pembatalan kelas, maka dapatlah dia rehatkan fizikal dan mentalnya buat seketika. Tubuh direbahkan di atas katil dengan begitu senang hati. Tidak beberapa minit dia baru melelapkan mata, Oppo S7nya tiba-tiba berbunyi.
"Hello, assalammualaikum..."
"Ya babe? Eh seriuslah! Cepatnya! Okay-okay kau tunggu aku turun ke bawah kejap, aku nak pakai tudung. Suka buat surprise sungguh la kau ni."
Saat turun ke bawah, pandangan mereka menyatu, pelukan erat mula bertaut antara 2 sahabat sejati itu.
"Ya Allah Nad. Aku rindu sangat dekat kau." ujar Amanda dalam nada sebak, matanya dah bertakung.
"Aku pun. Rindu sangat-sangat, dah banyak bulan dah kita tak jumpa, sebab tu la aku terpacak dekat sini." balas Nadia.
"Eeii! Kau janganlah nangis. Kalau kau nangis macam ni, aku lagi la nak hujan juga ni." sambung Nadia tatkala melihat pipi sahabatnya yang sudah mula basah. Matanya juga telah mulai bertakung.
"Entahlah Nad, aku terharu dan rasa lega sangat sebab kau ada depan mata aku pada ketika ini."
"Kenapa Ada? Kau tak ada kawan ke di sini? Bukan kau rapat dengan apa nama tu yang kau selalu cerita, Jannah? Fatimah?"
"Ya-ya, betul. Aku memang rapat dan baik dengan mereka, mereka pun selalu ada dengan aku waktu aku susah dan senang kat sini, Nad, dan aku bersyukur sangat-sangat Allah pinjamkan mereka untuk aku."
"Okay, habis tu?"
Amanda memuncungkan bibirnya.
"Tapi mestilah kau dan mereka tak sama, pengalaman aku dengan kau dan mereka, kau lebih lama kenal aku."
Mereka duduk di bangku kafeteria dan menyambung perbualan yang baru benar-benar akan bermula dan lebih mendalam.
"Kau ada bermusuh dengan sesiapa ke?" Nadia bertanya setelah mendengar cerita Amanda dari awal sampai habis.
"Tak, aku tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Kau tahu aku kan? Senakal-nakal aku, aku tak pernah wujudkan permusuhan dengan sesiapa."
"Wait the minute. Aku tahu kenapa."
"Sebab apa?" Wajah Amanda seperti tidak sabar menunggu jawapan Nadia.
"Sebab kau cantik. Itu je."
Amanda mencebik.
"Habis kau tak cantik ke?"
Nadia pura-pura tidak mendengar kenyataan Amanda.
"Ada stalker la. Kena kejar dengan penjahat bertopeng la, hampir dijual dan dicabul la, macam-macam betul musibah yang kau hadap dekat sini ya. Kelantan ni memang tak selamat ke?"
"Kau jangan sembarangan cakap ya, Kelantan ni bagaikan serambi mekah taw, tempat baik-baik, ramai ulama' dan ada banyak sekolah pondok, tempat kuliah agama di sini. Cuma nasib aku je yang tak baik. Itu je, ujian untuk aku." bangkang Amanda, pantang orang mengutuk negeri serambi Mekah yang sering dilanda musibah banjir setiap tahun ini.
"Dah tu kau nak aku pikir apa kalau kau sendiri dah lalui semua tu di sini?Atau mungkin kau ni sasaran penjahat yang memang dah target kau lama dah ni. Sebab kau je yang kena sekarang ni, jarang aku dengar kes-kes macamni kat sini walaupun mungkin memang ada, itu yang aku risau tu."
"Tak ada apa la Nad. Allah ada. Allah pelihara aku. Walaupun hampir terjadi sesuatu tetapi Allah masih tetap memelihara aku. Kau jangan risau ek. Doa je banyak-banyak. Allah kan ada. Allah jaga kita la."
⚔⚔⚔⚔⚔
"Bestlah Fatimah, boleh ikut pulang ke rumah kau, Ada. Aku nak ikut jugak tapi tu lah ayah aku tak sihat lagi, aku kena pulang ke rumah, nak bantu mak aku jaga ayah." ujar Jannah dalam nada yang sedih.
"Takpa Jannah, aku faham. Jangan la sedih, nanti bila-bila ada cuti sem lagi, kita balik la lagi ke rumah aku." ujar Amanda sambil memegang wajah Jannah yang nampak muram. Mereka berpelukan erat sebelum Amanda dan Fatimah melangkah naik ke atas bas.
"Jaga diri dan jaga ayah awak elok-elok ya Jannah, semoga Allah segera mengangkat kesakitan dan penyakit ayah awak ya." pesan Fatimah kepada Jannah lalu dipeluknya gadis itu dengan erat.
Mereka berdua saling melambai tangan ke luar tingkap kepada Jannah tatkala sudah melabuhkan punggung ke tempat duduk masing-masing.
"Baca doa banyak-banyak." pesan Jannah daripada gerak bibir dan suara yang sayup-sayup kedengaran dari luar bas. Amanda mengangguk sebagai tanda mengiyakan, Fatimah hanya tersenyum.
⚔⚔⚔⚔⚔
Saat grab tiba di perkarangan rumah Amanda, beg dan barangan mereka diturunkan, beberapa not RM50 dikeluarkan dan dihulurkan kepada abang Grab.
"Terima kasih ya bang." ujar Amanda, Fatimah pula hanya tersenyum dan mengangguk kepada abang Grab itu tanpa memandangnya.
"Ha Fatimah. Inilah rumah saya." ujar Amanda teruja lalu memandang reaksi Fatimah. Gadis itu hanya tersenyum manis dan mengangguk. Sederhana sekali reaksinya. Amanda tersenyum, sudah mengagak, Fatimah ini selalu tenang sahaja orangnya. Lebih banyak tersenyum daripada berkata-kata.
Pintu pagar rumah terbuka secara automatik. Amanda yang tadinya begitu teruja saat melangkah ke laman rumah agam itu, bertukar riak tanda tanya saat melihat ada sebuah kereta Toyota Vios yang terletak di tempat letak kereta tetamu di garaj rumah itu.
Siapa yang datang?
Bisik Amanda dalam hati. Mama dan papanya pasti di rumah sebab hari ini ialah hari minggu, jadi tak hairan la kalau ada tetamu yang datang. Mungkin kenalan papa yang dia tidak kenali.
"Assalammualaikum Mama! Papa!"
Laung Amanda tatkala kaki sudahpun melangkah masuk ke dalam rumah. Tubuhnya tiba-tiba kejung. Dia hanya mampu tercegat di ruang tamu itu tatkala memandang susuk tetamu yang ada.
Fatimah memberi reaksi yang tidak enak dengan kehadiran susuk di hadapannya dan Amanda itu.
"Awak?" soal Amanda.
🌹Mutiara kata🌹
"Aku tak mampu menjadi sehebat seperti yang lain, tapi aku mampu menjadi yang terhebat versi diriku sendiri."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top