BAB 5

BAB 5

PUAN SITI yang menunggu kepulangan Nur di muka pintu rumahnya itu kehairanan apabila menyedari ada sebuah superbike Honda CBR1000RR 2020 berwarna merah hitam masuk ke halaman rumah kampung itu. Siap ada pembonceng lagi di belakang penunggangnya membuatkan wanita itu kehairanan. 'Siapa pula yang datang pakai motor besar ni?' detik hati kecilnya.


Setelah motor superbike itu berhenti di tengah laman rumah itu, si pemboncengnya turun dalam berpakaian sekolah. Mereka berdua menutupi wajah dengan helmet superbike full face. Jadi agak sukar untuk Puan Siti mengecam siapa mereka. Terjengah-jengah kepalanya mencari tahu siapa yang datang ke rumahnya petang itu.

Si pembonceng itu membuka helmet yang dipakainya. Dan terserlahlah wajah pucat Nur menjadi tatapan Puan Siti. Terkejut dia di situ.


Dan si penunggangnya juga turut membuka helmet itu memandang ke arah Puan Siti. Melihatkan wajah Aery yang tersembunyi di sebalik helmet itu, berubah terus air muka wanita itu menjadi cemberut bagaikan asam kecut.


Mereka berdua sudah dapat mengagak Puan Siti akan marah setibanya mereka di rumah. Nur tertunduk mendekati ibunya.

"Assalamualaikum, Ibu..." ucap Nur memberi salam seraya menghulurkan tangannya mahu menyalami tangan ibunya.

"Waalaikumussalam," jawab Puan Siti dingin.

Nur yang menyedari kedinginan ibunya memandang wajah itu cuba menjelaskan sesuatu.

"Ibu, Nur boleh terangkan macam mana Aery boleh hantar Nur balik tu..."

"Sungguh ibu tak faham dengan hang ni. Diorang dah buat macam-macam dekat hang, tapi hang masih juga melayan diorang. Haish, kalau ibulah... bukan kata nak tolong hantar, nak pandang muka pun dah tak ingin. Rasa nak penyek-penyek je muka si pembuli jahanam tu!" sindir Puan Siti melampiaskan geramnya di situ.

Nur memandang Aery yang sudahpun melangkah mendekati mereka berdua dalam riak sugul.

"Mak cik... saya tahu saya banyak buat kesalahan dengan Nur. Tapi saya dah sedar khilaf saya. Saya menyesal mak cik di atas apa yang dah saya dan rakan-rakan lakukan pada Nur selama ni. Saya dekat dengan Nur sebab nak tebus balik salah saya pada dia. Disebabkan itulah saya tawarkan diri untuk menghantar Nur balik," jelas Aery tentang perasaan niatnya yang sebenar mendekati Nur.

"Huh! Boleh percaya ke dengan kata-kata hang ni? Bukan ke dari dulu hang memang pongoih? Hang benci dengan keluarga aku ni sejak dulu lagi. Tambahan lagi si Nur ni. Memang dari kecil lagi hang tak suka dia. Hang juihkan dia. Hinggalah dah remaja hang buli dia sampai cedera teruk. Eh nasib baik Nur ni berhati mulia dan suci tau. Dekat klinik semalam doktor tanya dia siapa yang buat dia cedera tu dia sedikit pun tak menceritakan perihal sebenar. Dia bohong cakap jatuh kat atas paku kerana kelalaian sendiri. Selamatlah korang dari diberkas oleh pihak polis. Haish kalau aku memang taklah aku nak back up manusia kejam macam korang ni!" rengus Puan Siti. Bengang.

"Maafkan saya mak cik. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya dah buat. Maafkan saya..." Aery menghulurkan tangannya pada Puan Siti mahu memohon ampun segala kekhilafannya terhadap mereka sekeluarga.

"Ibu... dahlah. Aery kan datang nak mintak maaf. Sekurang-kurangnya dia dah sedar kesalahan dia dan cuba untuk berubah. Itu dah cukup bagus dah ibu dari dia terus membuli orang lain. Lagi kejam," pujuk Nur berharap ibunya tidak memanjangkan lagi rasa amarahnya terhadap Aery dan rakan-rakan.

"Eh Abang Aery! Lama tak jumpa!" Belum sempat Puan Siti bersuara, ada suara lain pula yang datang menyergah membuatkan mereka bertiga berpaling serentak.

Wajah Fathia dan Adam yang baru pulang dari bermain dengan kawan-kawan sambil tersenyum riang.

Aery membalas senyuman riang itu dengan senyuman yang sengaja diceriakan. Niatnya mahu meraih kepercayaan ibu kepada Nur itu.

"Eh, Tia? Adam? Lama tak jumpa. Sini!" gamit Aery ke arah Fathia dan Adam.

Adam dan Fathia berlari mendapatkannya.

"Rindu Abang Aery. Lepas ayah meninggal Abang Aery langsung tak datang sini dah. Kenapa? Abang Aery tak suka kami ek?" tanya Fathia ingin tahu setelah mendekati lelaki itu.

Adam pula memeluk pinggang Aery. Manja. Mereka ini terlalu rapat. Apakah hubungan mereka yang sebenar? Sungguh menjadi tanda tanya.

"Ish tak adalah. Abang Aery sibuk belajar macam Kak Nur jugak. Tak sempat nak datang sini ziarah Adam dengan Tia," sangkal Aery dalam nada mengendur. Tidak sebengis selalu.

Nur dan ibunya hanya menjadi pemerhati. Dalam diam Nur menyimpan senyum.'Andai benar dia dah berubah syukurlah. Aku harap dia tak ulangi lagi kes buli tu. Lega hati aku dapat tengok keceriaan dia melayan Tia dengan Adam. Syukur Ya Allah...' bisik Nur di dalam hati.

Puan Siti pula pelik dengan perubahan mendadak remaja itu. Bukan dia tak kenal lelaki itu dulu baran.

Sejak dari hari itu, Aery mengotakan janjinya. Setiap hari dia menemani pulang sekolah. Dan menjaga Nur bila gadis remaja itu diganggu oleh Fatin dan rakan-rakan. Nur melewati hari-harinya penuh dengan senyuman dan keceriaan terkenangkan layanan terlebih baik Aery terhadap dirinya. Lelaki itu mengajar dia dalam pelajaran menjadi lebih membaik.


Sikap pendiamnya berubah menjadi periang sejak rapat dengan Aery. Penampilannya juga telah berubah gara-gara lelaki itu yang telah mengubahnya. Segala perubahan pada dirinya kerana lelaki remaja yang bernama Zuhairi Malek itu. Senyuman Nur sentiasa terukir pada wajahnya. Tiada lagi riak kemurungan yang terpamer seperti sebelumnya. Keceriaan Nur serta perubahan pada dirinya dan segala bantuan yang Aery hulurkan buat Nur sekeluarga membuatkan Puan Siti makin lama makin sejuk hati dengan sikap baik Aery yang dipamerkan.

"Jika benar dia dah berubah, alhamdulillah..." Hanya itu yang mampu Puan Siti katakan tika dia menyaksikan keakraban Aery dengan anak-anaknya. Belanja itu ini. Tersentuh pula hatinya.

Fatin dan rakan-rakan bengang dengan keakraban Aery dan Nur.

"Aku perasan sejak dia rapat dengan si budak busuk tu, dah lama dia tak join geng kita lepak. Dia dah banyak berubahlah." Arman menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap perubahan pada diri Aery.

"Ya. Yang menjadi tanda tanya, dia boleh bela si busuk tu tiap kali kita cuba nak ganggu Nur. Apa masalah dia hah? Dulu bukan main lagi dia anti dengan si Nur tu. Pelik ah aku dengan dia tuh!" sampuk Ria tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal memikirkan perubahan pada Aery secara mendadak.

"Entah. Mana aku tahu tiba-tiba nak berubah baik pulak siap sekolahkan kita lagi hari tu masa kita cuba nak buli si busuk tu!" ujar El turut mempamerkan riak bengangnya.

"Si busuk tu dah tak busuk lagi sekarang tau. Aery tu dah ubah dia seluruhnya. Siap hari-hari hantar betina busuk tu balik naik superbike dia tu. Naik panas hati aku yang menengoknya," rungut Fatin pula. Ternyata dia juga tidak berpuas hati dengan Nur dan Aery.

"Tak apa. Kita tengok sejauh mana diaorang akan rapat macam belangkas tu." Arman tersengih sinis.

"Hm, hei birthday party kau yang kita plan hari tu dengan Aery sekali apa cer? Jadi ke nak buat dekat Ipoh?" soal El mengingatkan Fatin dan yang lain tentang majlis hari jadi yang mereka rancang beberapa hari yang lalu.

"Birthday aku tu bulan depan. Entahlah. Aery tak ada ni jadi hilang semangat aku." Fatin menyelak rambut blonde soft curlnya itu ke belakang apabila terasa ia mengganggu pandangan matanya.

"Dia mesti datang. Dia dengan kau yang rancang party tu kan. Takkan dia lupa kawan kot. Aku yakin dia akan datang," pujuk Ria cuba meyakinkan Fatin.

Fatin hanya menyepi memikirkan sesuatu. Entah apa yang sedang berlegar di ruang benaknya itu.

🐺🐺🐺

SEBULAN BERLALU

SEPERTI biasa Nur dan Aery berjumpa untuk belajar. Aery mengajar Nur di Taman Tasik Raban pada hari cuti.

Setelah tamat sesi pengajarannya, mereka membuang pandang ke tasik mahu menikmati udara segar pada petang itu. Kedua-duanya tersenyum bahagia.

Tengah asyik menghirup udara segar di tasik itu, Aery mengalihkan pandangannya ke arah Nur di sebelahnya.

Mereka kini sedang lepak di meja batu yang terletak di pinggir tasik. Angin bayu meniup lembut ke wajah mereka. Sungguh mendamaikan jiwa.

"Nur... aku ada perkara penting nak cakap dengan kau ni." Aery bersuara.

Nur menoleh memandang Aery.

"Apa dia?" soal Nur ingin tahu.

Aery melemparkan sebuah senyuman machonya membuatkan Nur turut membalas senyuman itu.

"Aku... okey, macam ni. Minggu depan aku ada event party kawan lama aku. Tema couple set. Tapi... aku tak ada girlfriend. Aku rasa segan nak pergi seorang diri sebab jemputan dia tentu semua datang berpasangan. So, aku ingat..." jeda Aery seketika teragak-agak untuk menyuarakan niat hatinya pada Nur.

Nur menjongketkan keningnya tertanya-tanya apakah maksud lelaki remaja itu?

Aery menggaru hujung keningnya sambil tersengih-sengih malu kucing. Kononnya.

"Em... sebenarnya, kalau kau tak keberatan aku nak jemput kau untuk jadi pasangan aku dan teman aku pergi event tu bersama. Itu pun kalau kau sudi teman aku." Aery tertunduk sedikit sambil bermain dengan jemarinya.

Sengaja dia mempamerkan air muka kasihan untuk renungan Nur. Berharap gadis remaja itu menerima pelawaannya itu.

Lama juga Nur memikirkannya. Sengaja membiarkan kebimbangan berakar di hati Aery kerana tika itu jelas lelaki remaja itu mengharapkan persetujuan darinya.

"Nur... kau tak sudi ke nak jadi pasangan aku untuk malam tu?" soal Aery lagi mahukan jawapan dari Nur.

Nur mengemam bibirnya sebelum memberi jawapan.

"Biar aku tanya ibu dulu. Kalau ibu izinkan, aku ikut hang." Jawapan Nur sudah cukup membuat Aery tersenyum suka.

"Tak apa. Pasal tu biar aku yang settle dengan ibu kau. Aku sendiri yang akan minta izin dari dia," kata Aery beria menawarkan diri sendiri untuk meminta izin dari Puan Siti membuatkan Nur tersenyum simpul.

Tersenyum-senyum, tersengih-sengih, jangan terjatuh cinta sudah.

"Nur, jom naik sampan tu. Kita pusing-pusing tasik. Tengok orang tu kayuh sampan macam best je. Jom jom!" ajak Aery dengan tiba-tiba sahaja.

Dia sudahpun berdiri dari duduknya. Bersiap-sedia mahu ke jeti kecil untuk menaiki sampan berbayar. Nur hanya menurut sahaja ajakannya. Tiada bantahan. Haih, Nur... dah tersukakan Aery ke? Nur tersenyum sendiri terlentok dengan gaya Aery.

🐺🐺🐺

THE HAVEN RESORT HOTEL


AERY berlalu keluar dari perut Honda Acura NSX 2020 setelah memarkir keretanya di tempat letak kereta.

Dan langkahnya dilencongkan ke arah sebelah penumpang bersama senyuman machonya terhias pada wajahnya. Baju kot hitam yang dipakainya diperkemaskan sebelum membuka pintu sebelah itu.

Kelihatan seorang gadis remaja berdandan cantik keluar dari situ seraya membalas senyuman lelaki itu.

"Shall we, Nur?" jemput Aery.

"Yeah, shall we Aery," balas Nur senada.

Pintu kereta ditutup. Dan mereka berjalan seiringan masuk ke hotel untuk majlis hari jadi rakan lama Aery.

Ya, mereka diberi keizinan oleh Puan Siti untuk menghadiri majlis itu bersama. Aery beria berjanji mahu menjaga Nur sepanjang mereka di dalam majlis itu.

Sepanjang laluan ke dewan hotel, Nur dan Aery menjadi perhatian tetamu yang hadir. Sungguh mereka teruja dengan kehadiran pasangan itu.

Nur tersipu malu. Anak matanya melirik ke arah Aery di sebelahnya. Aery hanya memandang ke hadapan dengan penuh elegan.

"Aery! Nur!"

Pada waktu yang sama, mereka disapa oleh seseorang membuatkan kedua-dua mereka menoleh.

Fatin dan rakan-rakan muncul mendekati mereka berdua dalam riak santai. Gaya mereka sungguh seksi bersama pasangan masing-masing. Hanya Fatin tidak berpasangan.

"Hai sweet couple. Thank you sebab sudi datang ke majlis birthday party aku ni. Ingatkan dah lupa member," sindir Fatin sambil tersenyum sinis.

      
Aery hanya menjuihkan bibirnya tanpa membalas sindiran Fatin. Malas melayan gadis remaja itu dia melangkah pergi dari situ mencari minuman untuk menghilangkan dahaganya. Nur sengaja ditinggalkan dengan rakan-rakannya.

            Nur yang kekok berada dalam kalangan VVIP di dalam majlis besar sebegitu tercari-cari kelibat Aery. 

           "Hang cari apa?" Fatin menyoal. 

            Nur tidak menjawab persoalan Fatin, malah dia mengorak langkah pergi dari situ mahu mencari Aery. 

             Dalam terkial-kial mencari Aery, dengan tidak semena-mena…

Gedebuk! 

            Kaki Nur disekat hingga membuatkan jatuh tersembam di tengah ruangan yang dibanjiri dengan tetamu yang hadir. Sakit pada abdomen perut mula terasa. 

          "Hahahahahah!" Seluruh tetamu yang hadir mentertawakannya.

          Nur malu bila dia bangkit sendiri dan mendapati dirinya menjadi perhatian semua. Namun yang menjadi tanda tanya, Aery langsung tidak memunculkan diri. Ke manakah dia menghilang?

            "Haih orang kampung masuk majlis VVIP macam tu la. Jakun wei! Hahahah!" Satu suara yang amat menyakitkan halwa telinga yang mendengarnya datang menyergah. Siap pakej mengejek lagi.

          Nur berpaling ke arah itu. 

           Fatin dan rakan-rakan sedang mentertawakannya. Bahkan Nur telahpun dikelilingi oleh mereka.

          "Hei, budak busuk. Kau tak malu ke datang ke majlis hari jadi kawan aku ni?" tanya Ria dalam nada sinis.

    
          "Kau ni kan… memang dasar tak mencermin diri kau, kan? Hoi kawan-kawan. Kauorang tahu tak, perempuan busuk ni ada hati dekat kawan kitaorang, Aery." Giliran Arman pula memalukan Nur di khalayak ramai.

          "Ni semua accessory yang dia pakai ni dari pasar malam je wei. Mesti dia ingat dia pakai mewah sebab semua tu hadiah dari Aery kan? Hahaha kau ingat Aery tu bodoh ke nak hadiahkan kau barang mahal-mahal? Semua tu dia beli dekat pasar malam je dan… aku dan kawan-kawan dia ni yang pilih barang-barang untuk kau perempuan busuk!" El menerangkan perkara sebenar telah berjaya menghancurkan hati Nur yang mendengarnya.

          Anak mata Nur meliar ke sekelilingnya. 

  
         "Aery! Mana hang? Aery! Tolong aku…" pekik Nur meminta pertolongan Aery.

          Malangnya, lelaki itu langsung tidak menjengahkan wajahnya ke situ untuk menghulurkan bantuan. Terasa bagaikan mahu menangis di situ apabila dirinya menjadi bahan ejekan dan gelak tawa mereka. 

          "Kau tak payah nak cengeng sangatlah. Aery takkan tolong kau," ujar Arman.

          "Biarkan, Man. Biarkan dia. Hei perempuan busuk. Hari tu hang berlagak dengan aku dan geng aku, kan? Dan hari ni aku nak hang rasa apa yang kami rasa bila kami dibuang sekolah disebabkan hang dasar miskin! Lembab! Tolol!" herdik Fatin yang sudah lama memendam rasa amarah pada Nur. 

          Nur kegelisahan. Khuatir jika dirinya diapa-apakan oleh mereka. 

         "Man, dan geng! Ikat perempuan ni!" arah Fatin tegas. 

          Arman dan yang lain terus mencempung Nur dan dibawa ke bilik hotel . Nur meronta-ronta meminta dilepaskan. Beberapa orang geng mereka membontoti Arman termasuk Fatin, El dan Ria. Jeritan Nur langsung tidak dihiraukan. Hotel itu milik keluarga Arman. Jadi tiada siapa yang akan kisah apa sahaja yang lelaki itu mahu lakukan. Khuatir jika mereka dipecat pula nanti. 

          Tubuh Nur dicampak ke atas katil. Mereka mengunci pintu. Nur menggigil ketakutan. Dilihatnya Arman, El, Fatin, dan Ria ada di situ. 

           "Mika nak buat apa ni?" soal Nur gelisah.

          Fatin tersengih jahat. Mereka yang lain turut menyeringai senyum hingga ke telinga. Senyuman yang penuh dengan agenda.

            "Kami nak happykan hang malam ni. Hahaha!" beritahu Fatin sambil membunyikan siulan dari mulutnya. 

           Muncul seseorang dari sebalik dedaunan pintu bilik itu sambil tersenyum sinis dihadiahkan buat Nur.

           Terlohong mulut Nur tatkala bertentang mata dengannya. Siapakah?

          "Aery?" Hanya itu yang meniti keluar dari bibirnya. 

          "Ya, aku!" jawab Aery sambil tersengih.

          "Aery tolong aku. Aku nak balik. Tolong hantar aku balik…" pinta Nur dalam nada merayu.

          "Baik. Aku akan hantar kau,"akur Aery membuatkan Nur tersenyum lega.

          "Terima kasih Aery. Hang dah selamatkan aku. Aku tahu hang mesti datang tolong aku…" ucap Nur tulus berterima kasih dengan lelaki itu.

          "Ya aku mesti akan tolong kau. Tolong hantar kau ke… neraka!" Ayat terakhir Aery bagaikan petir menyambar diri Nur.

          Saat itu Aery sudah mengarahkan beberapa orang lagi remaja masuk ke situ dengan membawa sedulang minuman keras. Dengan hanya memberi isyarat mata sahaja mereka terus menjalankan tugas masing-masing. Mungkin telah dibayar sejak awal. 

         "Aery? Tergamak hang buat aku macam ni?"

          "Haih, hang ingat Aery ni gila ke nak berkawan dengan hang yang busuk dan selekeh ni? Aku yang rancang semua ni untuk kenakan hang! Aku yang desak Aery untuk buat hang jatuh cinta dengan dia dan bawak hang ke majlis ni untuk apa? Untuk balas dendam sebab hang dah buat kami dibuang sekolah. Bodoh!" rengus Fatin setelah membongkarkan kelicikan mereka pada Nur membuatkan gadis remaja itu tertunduk sedih. Sakit hati. Kecewa dia dipermainkan. 

          Nur cuba melarikan diri. Malangnya, beberapa remaja yang berbadan tegap berjaya mencempung gadis remaja itu dan dibawa kembali ke katil. Kedua-dua tangan Nur diikat pada kepala katil. Dan kakinya turut diikat dengan cloth tape. 

         "Lepaskan akulah! Apa lagi yang mika nak dari aku ni? Tak cukup lagi ke mika seksa aku selama ni? Sakit tahu tak… perit!" 

           Nur terasa dirinya begitu dangkal hingga tidak dapat meneka apa yang bakal mereka lakukan padanya.

            "Diam!" jerkah Ria seperti selalu. Air muka garangnya telah mematikan siara Nur dari terus merayu mereka melepaskannya. 

             "Jalankan misi!" perintah Arman tegas.

             Mereka yang diupah terus membaringkan Nur dan dicengkam kuat kepala, kaki, dan bahunya kuat hingga Nur tidak mampu menggerakkan tubuhnya. 

           Aery mendekati Nur dengan gaya santainya. Botol arak dicapai dan dituang ke atas tubuh Nur.

           "Aery? Apa hang buat ni? Air apa ni? Busuk!" bentak Nur masih meronta mahu membebaskan dirinya. Giginya dikancing kuat.

          "Air kencing setan. Sesuailah untuk kau yang busuk ni," balas Aery dalam nada jengkel.

          Fatin pula membawa sebotol lagi arak, dan mengarahkan mereka membuka mulut Nur. 

           Kini mulut Nur telah dingangakan. Tubuh Nur menggeledik mahu melepaskan diri dari mereka. 

Pang! 

           Pipinya ditampar kuat. Terasa berdesing hingga memeningkan kepala Nur. 

            "Kau degil. Kau nak lari mana? Hotel ni milik keluarga Arman. Tak ada siapa akan tolong kau, busuk!" herdik Aery setelah berjaya melayangkan penampar ke paras Nur. Terkedu Nur di situ. 

            Tanpa sedar berbecak kolam matanya. Terasa malu dihina dikeji diherdik sebegitu. 

            Tanpa diduga isi kandungan botol itu dituang ke mulut Nur secara paksaan hingga habis sebotol tanpa menghiraukan jeritan gadis remaja itu. 

             "Tolonglah lepaskan aku. Aku merayu mika semua lepaskan aku. Kalau aku salah aku mintak maaf…" Nur merayu lagi tanpa henti. Berharap rayuannya berjaya meraih simpati mereka. 

            "Diam!" jerkah Aery benar-benar merentap tangkai jantung Nur. 

            Wajah bengis itu berubah serta-merta. Hilang senyuman manis yang sentiasa dipamerkan buat dirinya. Hilang lirikan mata yang redup sering menjadi renungannya. Hilang segalanya membuatkan hati Nur pedih. 

           "Hahahaha!" Kedengaran tawa mengejek dari Fatin dan rakan-rakan.

             "Aku benci kau sebab kau dah hancurkan keluarga aku. Jadi… ni makan dia!" Baju Nur dikoyak dicarik oleh Aery  hingga terdedah tubuhnya membuatkan remaja-remaja di situ meneguk air liur masing-masing melihat kulit kuning langsat milik gadis remaja itu.

            Pekikan rayuan Nur tidak dihiraukan lagi. Merembes air matanya keluar. 

           Fatin memberi isyarat mata pada rakan-rakannya agar keluar dari situ membiarkan mereka yang lain mengerjakan Nur. 

             Sebelum Aery keluar dari situ, sempat dia mengenyitkan mata pada Nur. 

             "Enjoy your nightmare babe!" Lelaki itu tertawa jahat dan terus berlalu pergi dari situ membiarkan orang upahan mereka menjalankan tugas mereka. Apakah? 

              "Aery! Aery! Tolong! Tolong lepaskan aku!" Nur meraung dalam tangisan dan cuba melawan mereka yang meraba-raba tubuhnya. 

              "Tolonglah lepaskan aku… aku merayu…" Nur mencuba melepaskan dirinya. Malangnya ikatan pada tangan dan kakinya diikat kemas hingga tidak mampu dileraikan. 

              "Diam diam diam!" Mereka menekup mulut Nur dan memagut bibirnya rakus hingga Nur lemas dan tak mampu hendak bersuara. 

             Batin Nur menjerit sengsara dengan apa yang telah mereka lakukan padanya. 

           Hingga yang terakhir, mereka memancutkan air kencing secara beramai-ramai di atas muka Nur sebelum beredar pergi meninggalkan gadis itu menangis sendirian mengenang nasib diri yang telah dirosakkan gara-gara Fatin, Aery dan rakan-rakan. Namun tanpa sedar Nur segala adegan di dalam bilik itu tadi telah dirakam oleh Fatin dan rakan-rakan. Ada kamera tersembunyi di dalam bilik itu yang mereka letakkan sebelum Nur dibawa ke situ. Perancangan licik yang bakal menghancurkan hidup gadis itu. Sungguh kejam.

          Anak mata Nur yang sudah berbalam itu merenung ke siling lama. Dalam kabur dia terlihat lima sosok tubuh figura manusia menapak masuk ke situ dan berdiri mengelilingi katil memandang dirinya tanpa memberi bantuan apa-apa. Malah mereka tergelak sesama sendiri. 

          "Sa... sampai ha... ti... sakiti aku... hang lukai cinta aku..." Nur bersuara lemah bersama lelehan air mata dan akhirnya tidak sedarkan diri.

        

             

            

           

  

         

         

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top