BAB 3
BAB 3
WUSH…
Angin bayu meniup lembut ke sekujur tubuh yang dalam keadaan mengerekot kesejukan di tengah ruangan rumah usang.
Dentuman guruh bergema di langit. Kilat sabung menyabung menyambar bumi. Dentuman yang maha kuat hingga terasa bergegar tanah itu telah mengejutkan Nur dari pitamnya.
Kelopak matanya terbuka dengan serta-merta dek kerana terkejut mendengar bunyi guruh yang begitu kuat.
Anak matanya meliar ke sekelilingnya. Suasana begitu kelam hingga dia tidak mampu melihat apa satu pun yang berada berdekatan dengannya. Keadaan itu membuatkan Nur menggigil ketakutan. Nafasnya berhembus laju.
Kedengaran rentak resah di hujung nafasnya. Tanpa menunggu, Nur bangkit dalam keadaan menyeringai dari pembaringannya.
Teraba-raba dia di situ mencari arah jalan keluar dari rumah usang itu. Sungguh gelita. Hanya ditemani cahaya petir yang memantulkan cahayanya ke bumi.
Dengan perasaan takut yang menyelubungi jiwanya, dia gagahkan diri untuk berdiri. Pening sungguh pening akibat tertelan sedikit binatang jijik iaitu cacing dan ulat sampah bersama air longkang gara-gara Aery, Fatin dan rakan-rakan si pembulinya tadi siang. Sungguh kejam. Belakang tubuhnya terasa menyucuk. Jemarinya meraba pada abdomen belakang tubuhnya pula. Rahang Nur terjatuh.
Berpuluh-puluh paku payung tertusuk pada belakang tubuhnya. Dia ingin mencabutnya dalam keadaan menggeletar kerana kesakitan yang terasa menyengat pada seluruh anggota tubuh. Kesan disepak terajang oleh mereka yang tak berperikemanusiaan itu. Satu persatu dicabut dan buang.
Setiap satu paku payung yang ditanggalkan terasa bagaikan isi dalaman terkeluar dari kulitnya kerana paku payung itu bukan bersaiz kecil. Tetapi yang besar. Apalah nasib Nur. Semalam bibirnya distapler dengan stapler dinding. Hari ini, begini pula jadinya. Dia tersadai di dalam rumah usang yang terletak di tengah hutan dan dia sendiri tidak tahu hutan itu terletak di dalam kawasan mana kerana dia belum pernah sampai ke situ.
Fatin dan rakan-rakan yang telah membawa dia ke sini hanya berniat menganiaya dirinya di sini hingga pengsan dikerjakan. Kejam. Sungguh kejam. Nur menangis sendirian. Hendak pulang, dia tidak tahu ke mana arah tuju jalan keluar.
Akhirnya paku payung yang terakhir berjaya ditanggalkan. Tika itu terasa ada cecair pekat mengalir pada belakang badannya itu. Begitu perit terasa membuatkan kakinya diseret perlahan-lahan hingga berjaya sampai ke muka pintu keluar. Dia berjaya sampai ke situ pun hanya berpandu cahaya kilat yang memancar-mancar di luar telah memandukan dirinya menemui jalan keluar.
Dalam keadaan terseksa Nur melangkah keluar dari rumah usang itu merendah hujan lebat. Dia tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya dengan angin ribut, dan petir yang memanah bumi sedang melanda.
"Ya Allah… kuatkanlah aku. Kuatkan semangatku untuk sampai ke rumahku. Tunjukkan aku jalan keluar. Tunjukkan aku yang lemah ini jalan keluar. Sungguh aku dah tak berdaya lagi… aku tak nak ibu dan adik-adikku risaukan aku..." doa Nur dalam nada sendu bersama tangis sayu berharap Allah memberi petunjuk kepadanya jalan untuk kembali ke rumah.
Kesakitan makin menyengat ditambah dengan terkena simbahan air hujan menambahkan kepedihan luka yang dialaminya. Terseksa sungguh terseksa.
Pada waktu yang sama Nur terbatuk-batuk hingga termuntah di pertengahan jalan.
Dalam kabur hujan, Nur terlihat lima enam ekor cacing berurat-urat jatuh ke tanah bersama ulat sampah berpuluh2 ekor. Muntahannya berwarna hitam.
Melihatkan muntahannya itu menambahkan lagi rasa loya pada tekaknya. Sekali lagi muntah teruk hingga terbongkok-bongkok tubuhnya di dalam hujan lebat pada malam itu.
Setelah puas memuntahkan segala isi perutnya, Nur meneruskan perjalanannya mencari jalan pulang dalam keadaan menggigil takut, sakit dan kesejukan sendirian.
Allah itu Maha Melihat dan Maha Mendengar rintihan hamba-Nya. Dengan mudah Nur menemui jalan kembali ke rumahnya. Ternyata hutan tebal itu terletak dalam kawasan yang tidak begitu jauh dari rumahnya. Kerana rumahnya juga terletak berhampiran dengan hutan dan agak jauh dari rumah jiran-jiran tetangga.
Nur yang sudah berdiri di hadapan rumahnya tersenyum dalam kepayahan.
"Alhamdulillah… dah sampai rumah. Tentu ibu risaukan aku. Tentu Tia dan Adam pun risaukan Kak Nur. Hm… aku lapar. Aku nak makan. Tapi… baik aku masuk bilik air dulu." Nur berjalan ke belakang rumah kerana bilik air itu terletak di belakang rumahnya.
Selesai bersihkan tubuhnya yang luka dan kotor itu, dia membaluti tubuhnya dengan kain basah yang memang tersedia di dalam bilik mandi.
Nur keluar dari bilik air menuju ke pintu belakang rumah. Pintu diketuk beberapa kali. Hampir sepuluh minit menunggu, barulah pintu dikuak dari dalam.
Terjengul wajah Fathia di muka pintu. Fathia terkejut melihat keadaan kakaknya. Terlohong mulutnya lantas ditarik tangan kakaknya dan dibawa masuk ke rumah.
"Kak Nur? Kenapa ni? Kak Nur pergi mana? Kami semua risaukan Kak Nur. Kenapa Kak Nur lambat balik? Tentu Kak Nur lapar kan? Jom jom masuk ke dalam." Bertubi-tubi soalan Fathia aju pada kakaknya. Jelas riak kerisauannya terpamer di situ.
Nur menghadiahkan senyuman nipis buat adiknya itu. Rambut adiknya dibelai lembut.
"Kak Nur okey je ni. Jangan risau. Kak Nur sesat tadi. Tak jumpa jalan balik."
Berkerutkerut dahi Fathia memikirkan kebenaran kata-kata kakaknya dalam mencipta alasan.
"Betul ke Kak Nur sesat?" Pertanyaan Fathia hanya dijawab anggukan sahaja dari Nur mengiakan pertanyaan budak perempuan itu.
"Hah, Nur! Hang pergi mana? Kenapa menghilang?" Satu suara datang menyergah menyentakkan kedua-dua beradik itu.
Nur dan Fathia memandang ke arah suara itu serentak.
"Ibu? Er… Nur…" Tergagap Nur hendak menjawab pertanyaan ibunya itu.
Puan Siti menggerakkan tayar kerusi rodanya hingga ke hadapan Nur dan menghentikannya di situ. Wajahnya melukiskan riak amarah membuatkan Nur tertunduk mengecut. Takut dirinya dimarahi. Dia yakin itu akan terjadi.
"Nur! Hang pergi mana? Dah lewat malam baru balik? Dengan keadaan lencun macam ni. Hang merayau ke mana? Tu Mak Bedah tadi ada datang cari hang. Dia tanya kenapa hang tak masuk kerja? Nasib baik dia datang hantar nasi dekat kami. Kalau tak, tak makanlah kami!" leter Puan Siti geram dengan Nur.
Nur masih menundukkan wajahnya kerana mahu menyembunyikan kesakitan yang dirasai saat itu dari penglihatan ibunya.
Puan Siti bengang bila Nur tidak menjawab sepatah pun pertanyaannya. Lantas kayu rotan yang disandarkan pada dinding dapur itu dicapai dan terus membidas tubuh Nur melepaskan geramnya. Mengogoi Nur menangis kesakitan.
"Sakit ibu! Sakit…" adu Nur bersungguh sambil memeluk kaki ibunya.
"Hang degil! Anak yang degil! Tak dengar kata. Berapa kali ibu cakap jangan buat hal. Pergi sekolah balik awal. Kerja dekat warung Mak Bedah tu. Jangan merayau. Bantu ibu dekat rumah. Bukan balik lewat malam macam ni. Apa nak jadi dengan hang ni! Orang kampung dok mengata hang kaki merayau. Ibu malu tahu tak. Mana ibu nak letak muka ni? Hang sengaja nak malukan ibu!" luah Puan Siti segala yang terbuku melampiaskan rasa bengangnya yang terpendam buat Nur.
"Ampun ibu… Nur janji tak buat lagi… Nur tak merayau pun. Nur… Nur teraniaya ibu… mereka buli Nur… mereka tinggalkan Nur dalam rumah usang dekat tengah hutan belakang sana tu..." Tanpa sedar, Nur telah mendedahkan perkara sebenar kepada ibunya tentang apa yang terjadi pada dirinya.
Terhenti terus perlakuan Puan Siti tatkala mendengar dedahan dari Nur tentang letak duduk perkara sebenar.
"Dibuli?" soal Puan Siti mahukan kepastian.
Nur mengangguk mengiakannya dalam keadaan tersedu-sedan dan masih memeluk kaki ibunya.
Fathia yang terasa sayu dengan luahan kakaknya terus menangis. Adam yang bermain dengan lori kecilnya di ruang tamu turut ke dapur setelah mendengar suara tangisan kakaknya dan amukan ibunya.
Dia yang tidak mengerti apa yang terjadi hanya menyaksikan adegan sedih itu dari belakang ibunya.
"Ibu… Nur tak salah. Nur dianiaya. Mereka buli Nur. Hari-hari tiap kali balik sekolah…" beritahu Nur jujur.
"Ya Allah. Kenapa hang tak pernah bagitahu ibu pasal ni? Mulut hang ni luka teruk macam ni sebab diorang jugak ke?" tebak Puan Siti. Sungguh dia tidak menyangka kesengsaraan yang anaknya lalui selama ini.
Nur mengangguk sekali lagi tanda benar tekaan ibunya itu.
Puan Siti meraup wajahnya pilu dengan apa yang telah menimpa anaknya.
"Nur… diorang buat apa dekat hang? Ya Allah anak aku… maafkan ibu nak. Ibu tak tahu kesulitan yang hang lalui. Ibu langsung tak tahu. Maafkan ibu… Ya Allah kenapa mereka kejam buat anak aku macam ni?" Menitis air mata sayu menatap wajah pucat Nur yang masih basah kuyup.
Lalu tubuh itu ditarik ke pelukannya. Dibelai belakang Nur lembut mahu melepaskan rasa bersalahnya kerana salah menghukum. Terhinjut bahu Nur menahan rasa sakit pada tempat lukanya tadi membuatkan Puan Siti meleraikan pelukan itu. Aneh. Berkerut keningnya.
"Kenapa ni?" tanya Puan Siti ingin tahu.
Nur hanya membisu. Tidak berani memberitahu ibunya tentang keadaan pada belakang tubuhnya itu kerana tidak mahu ibunya berttambah susah hati.
"Ibu! Belakang Kak Nur ada darah banyak!" jerit Fathia dalam keadaan terkejut membuatkan Puan Siti tergamam.
Lantas dipusingkan tubuh Nur agar membelakanginya. Disaat tubuh anaknya berjaya dipalingkan, terjatuh rahangnya apabila mendapati benar seperti apa yang diberitahu Fathia tadi. Ada darah.
Puan Siti terus menarik kain basah yang membaluti tubuh Nur.
Tersengkang luas kelopak matanya. Mulutnya ditekup sedih. Terperanjat benar lagaknya.
Belakang tubuh itu cedera teruk. Terdapat kesan lubang-lubang pada belakang tubuh Nur.
"Ya Allah anak aku. Kenapa mereka kejam sangat Ya Allah…" Puan Siti menangis teresak di situ. Sedih.
"Nur… esok ibu akan jumpa cikgu hang. Budak-budak memang patut di ajar!" tekad Puan Siti. Benar-benar marah dengan sikap tidak berperikemanusiaan remaja zaman sekarang. Kejam yang maha kejam.
Nur kembali memandang ibunya. Tubuh itu dipeluknya dalam keadaan berkerusi roda.
Adam dan Fathia turut memeluk kakak mereka. Sedih dengan apa yang berlaku.
🐺🐺🐺
PUAN SITI menghadap pengetua sekolah. Mengadu perihal anaknya dibuli teruk hingga Nur tidak dapat hadir ke kelas kerana demam panas. Namun dia dibawa bersama ke bilik pejabat sebagai bukti dirinya dibuli oleh pelajar-pelajar sekolah itu sendiri.
Puan Siti hadir ke sekolah pun atas bantuan Zubaidah atau lebih dikenali sebagai Mak Bedah pemilik warung tempat Nur bekerja setiap kali pulang dari sekolah.
"Maafkan kami puan. Tetapi perkara ini berlaku di luar sekolah. Jadi agak sukar untuk kami mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar yang kaki pembuli ni. Lagipun tak ada saksi. Keadaan ini lagi merumitkan pihak kami untuk mengambil tindakan ke atas mereka," kata Pengetua Hamdan membuatkan Puan Siti marah.
"Anak saya dah terlantar macam tu cikgu masih lagi cakap nak bukti? Nak tunggu bukti apa lagi? Nak tunggu anak saya mati dibuli baru cikgu nak ambil tindakan? Macam tu ke?" Puan Siti naik meradang.
Pengetua Hamdan mengeluh perlahan sambil tersenyum paksa.
"Bukan itu maksud saya. Anak puan dibuli di luar sekolah. Macam mana kami nak ambil tindakan?"
"Baik, kalau cikgu tak nak ambil tindakan, biar saya laporkan perkara ni pada pihak polis. Cikgu pun tahu kan kalau kes anak saya dah jadi kes polis bukan saja pelajar-pelajar si pembuli tu ditangkap, bahkan nama baik sekolah ni terpalit sama jadi buruk pada pandangan mata orang. Dan orang akan takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah teruk ni lagi. Tu yang cikgu nak, kan?" ugut Puan Siti benar-benar tegas.
Ugutan itu berjaya mengubah riak Pengetua Hamdan menjadi cuak. Khuatir jika perkara itu benar-benar terjadi pada sekolahnnya. Habis reputasi sekolah itu nanti menjadi buruk. Sungguh dia tak sanggup untuk menghadapinya.
"Jangan puan. Jangan buat report. Tak apa, perkara ni boleh diselesaikan dengan dekat sini. Tak perlu melibatkan pihak polis," pujuk Pengetua Hamdan.
"Baik. Buktikan," respons Puan Siti.
Pengetua Hamdan mengangguk setuju mahu buktikan bahawa benar dia akan selesaikan kes itu di situ. Tanpa menunggu, lelaki itu terus menghubungi guru disiplin untuk memanggil pelajar-pelajar kaki pembuli itu ke pejabat dengan kadar segera. Tidak lama berbual, talian dimatikan setelah gagang telefon diletakkan kembali ke tempatnya.
Pandangannya kembali tertumpu ke arah Puan Siti dan Zubaidah yang duduk di hadapan meja kerjanya.
"Saya dah arahkan guru disiplin untuk bawa budak-budak ke sini. Dan kami akan kenakan tindakan ke atas mereka di atas perbuatan mereka jika mereka mengaku itu benar perbuatan mereka," beritahu Pengetua Hamdan.
Puan Siti dan Zubaidah juga Nur hanya mendiamkan diri menanti mereka masuk ke situ.
Tidak lama kemudian, lima orang pelajar masuk ke situ bersama.
Disaat anak mata mereka bertentangan dengan Nur, semua tergemap dan cuak. Apatah lagi ada ibu Nur dan juga jirannya di situ menambahkan lagi rasa gusar di hati mereka.
Nur hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang mata dengan mereka.
"Nur, ini ke si pembuli awak sampai cedera teruk macam ni?" soal Pengetua Hamdan dalam tegas kerana mahukan kepastian yang sahih.
Semua mata tertumpu ke arah Nur menanti jawapan dari Nur. Apakah jawapannya? Nur masih tertunduk ke bawah.
sayang_manja78
MrsSufi
arenayidin
annecayunk
Junejin-07
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top