BAB 2

BAB 2

"KAK NUR! Keluar makan malam. Kak Tia dah belikan nasi goreng tadi," panggil Adam dari luar bilik tidur milik Nur.

Nur yang sedang memeluk lutut tersentak mendengar suara adik lelakinya.

"Kak Nur... keluarlah makan. Ibu cakap nanti akak sakit perut kalau tak makan. Nanti esok Kak Nur tak boleh pergi sekolah pulak." Adam bersuara lagi setelah tiada sahutan dari kakak sulungnya itu.

Lama mengeraskan diri di situ akhirnya Nur bersuara.

"Ya, nanti Kak Nur keluar..."

Adam mengukir senyuman setelah mendapat respons dari kakaknya.

"Okey, kak!" balas Adam dan terus berlalu ke ruang makan untuk menyertai ibu dan kakak keduanya makan malam.

Setelah memastikan Adam pergi, Nur segera mencapai tuala untuk ke bilik air dan membasahkan diri yang sejak pulang tadi tidak mandi kerana mengurungkan diri di dalam bilik tidurnya itu hingga ke malam. Bukan apa, dia mahu menunggu luka pada bibirnya itu kering sebelum keluar dari bilik. Tidak mahu ibunya banyak soal pula nanti.

Pintu bilik dikuak dari dalam. Lalu laju sahaja dia menapak ke ruangan mandi yang terletak di belakang rumah.

"Nur! Hang buat apa lama sangat dalam bilik tu? Sembahyang asar lebuh ke mana hala. Maghrib pun dah masuk. Nak jadi apa hang ni? Dari petang tadi ibu panggil, satu pun hang tak sahut. Kenapa dengan hang ni? Apa masalah hang?" bebel Puan Siti dari pintu dapur memandang anaknya yang sudah berjalan menuju ke pintu bilik air di hadapan pintu dapur itu sahaja setelah menyarung selipar Jepun. Entah sejak bila dia mengekori Nur. Tahu-tahu sahaja sudah berada di situ.

Nur menoleh sejenak. Memandang ibunya dalam riak mengendur. Tuala mandinya menutup daerah mulutnya yang luka untuk melindunginya dari penglihatan wanita itu.

"Em... Nur mengantuk tadi, ibu. Nur terlelap..." Nur terpaksa berbohong untuk kali kedua. Hanya alasan itu yang terlintas difikirannya.

Semua gara-gara gangguan Fatin dan rakan-rakan si pembulinya itu menjadi punca Nur belajar untuk menipu.

"Mengantuk? Haih, selalunya hang jarang tidur petang. Kenapa hari ni boleh jadi mengantuk pulak ni? Kenapa hang lain macam hari ni?" Sungguh Puan Siti rasa tidak sedap hati dengan perubahan pada diri Nur hari itu.

Sebelum ini apa yang dia tahu anaknya itu hanyalah seorang yang pendiam. Namun tidak pula mengurungkan diri hingga ke malam. Dia mesti mencari tahu puncanya. Itu tekad Puan Siti.

Nur tidak menjawab persoalan ibunya. Hanya menundukkan kepalanya menekur ke tanah.

"Baik hang jujur, apa yang berlaku siang tadi yang buat hang kurungkan diri sampai malam ni?" soal Puan Siti tegas.

Nur hanya menggelengkan kepala tanda tidak ada apa-apa yang terjadi pada dirinya. Respon Nur itu menambahkan lagi rasa gusar di hati Puan Siti.

"Nur... pandang ibu. Jangan tipu ibu. Ibu tak pernah ajar anak-anak ibu untuk menipu. Tolonglah... tolong jujur dengan ibu. Kenapa dengan mulut hang tu? Sejak petang ibu tanya, hang macam takut-takut nak menjawab pertanyaan ibu. Kenapa? Hang bergaduh dekat sekolah ke? Betrtumbuk ke apa? Bagitahu ibu, Nur!" desak Puan Siti benar-benar ingin tahu. Pelbagai spekulasi yang dibuat dek kerana terlalu risau.

Nur masih lagi mematungkan diri di situ. Takut untuk menceritakan perkara sebenar.

"Nur... Nur okey je ibu. Nur nak mandi. Nur dah busuk. Nur nak sembahyang maghrib dan qada' asar." Nur berlalu setelah mencipta alasan yang tidak jelas pada pendengaran Puan Siti.

Puan Siti mengetap bibir kerana geram dengan sikap perahsia anaknya itu. Namun tidak betah berlama di situ menunggu Nur kembali, dia menggerakkan tayar kerusi rodanya menuju ke ruang tamu. Susah hati benar riaknya tika itu.

'Nur... ibu tahu Nur ada sembunyikan sesuatu dari ibu. Ibu kenal anak ibu. Nur... kenapa hang suka buat ibu susah hati? Cukuplah kita hidup melarat macam ni. Janganlah ditambahkan lagi masalah lain. Abang... kalaulah abang masih ada, tentu semuanya akan okey. Tapi... abang pergi dulu. Pergi tinggalkan Siti dengan anak-anak dalam keadaan Siti tak berdaya begini. Ya Allah... sungguh berat dugaan-Mu...' rintih Puan Siti di dalam hati.

Saat itu anak matanya melirik ke arah anak-anaknya dimeja makan. kelihatan Fathia dan Adam sedang menjamu selera berdua tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling. Yalah, mereka masih keanak-anakan. Apa yang mereka tahu berfikir? Sebuah keluhan berat diluahkan.

Pelbagai perkara bermain dibenaknya. Runsing.

🐺🐺🐺

SMK. DATO' AHMAD LENGGONG PERAK.

DALAM keadaan hujan lebat, Nur berlari-lari anak mahu mencari tempat untuk berteduh. Dan akhirnya dia terjumpa sebuah pondok menunggu bas tidak jauh dari sekolahnya. Dia berlindung di situ sehingga hujan berhenti.

Tubuhnya menggigil kesejukan. Nur memeluk tubuhnya sambil menggosok-gosok kedua lengannya bertujuan untuk menghangatkan tubuhnya.

Ketika dia sedang menunggu ketibaan bas bersama beberapa orang pelajar lain, ada sebuah New Peugeot red berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas itu.

Nur hanya mengendahkannya kerana disangkanya tentu ibu bapa atau saudara-mara yang mahu mengambil pelajar dari pondok bas itu untuk dibawa pulang. Namun, benarkah sangkaannya begitu?

Cermin tingkap kereta dibuka secara auto. Terjengul kepala seorang remaja yang amat digeruni Nur. Siapa?

"Nur... Siti Nur Perak... jom naik dengan kami!" ajak remaja itu dengan lenggok manja.

Nur menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu menerima pelawaan mereka.

Tika itu, pelajar-pelajar perempuan yang menunggu bas bersama Nur teruja dengan kehadiran jejaka kacak itu. Mulalah masing-masing menggedik meliok-lentok di situ. Sedikit pun remaja kacak itu tidak mengendahkan mereka. Tumpuannya hanya pada Nur.

Penolakan Nur membuatkan remaja itu naik berang. Namun segera dikawal riak bengisnya agar tidak terpamer di hadapan pelajar-pelajar di situ.

"Nur... hang lupa ek apa aku pesan semalam?" Remaja itu menjongketkan kening sebelah kanan cuba mengingatkan gadis itu tentang hal semalam.

Nur meneguk air liur. Kejadian semalam masih Segar di ruangan ingatannya. Hingga tak lena dibuatnya dek kerana adegan ngeri semalam yang datang mengganggu emosinya. Dan hari ini? Sekali lagi?

"Nur!" tegas remaja lelaki lain pula dengan menjegilkan matanya pada Nur membuatkan Nur kecut.

Lantas laju sahaja dia bangkit dan melangkah masuk ke dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang dalam keadaan gelisah. Apa pula kali ini? Itu yang berada dibenak Nur tika itu.

"Bagus. Macam tu la. Lain kali kami panggil terus je datang. Tak perlu kena jerit baru nak datang. Nanti kau yang terseksa," ujar Arman yang duduk di sebelah Nur sambil tersenyum sinis.

Nur hanya menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang mata dengan mereka berlima.

"Mika... mika(awak semua) nak bawak aku pergi mana?" tanya Nur dalam nada tergagap-gagap. Takut.

"Hang tunggu dan lihat je nanti. Aku ada tempat baik punya untuk hang, Nur..." balas Fatin menggunakan intonasi nada santainya.

Nur pelik bila mereka melayan dirinya dengan cukup baik pada hari itu. Sungguh dia tak dapat hendak membaca niat mereka yang sebenar dan ke mana dirinya hendak dibawa pergi itu yang menjadi tanda tanya di hati gadis remaja ini.

Dalam lima belas minit perjalanan, mereka tiba ke destinasi. Anak mata Nur melingas ke sekeliling. Suasana hutan. Aneh. Itu yang dia rasai saat ini. Kenapa? Kenapa dia dibawa ke situ? Atas urusan apa? Pelbagai persoalan bermain di ruangan mindanya.

"Fatin, betul ke tempat ni wei?" tanya Aery.

Aery antara yang terkacak di sekolah dan menjadi rebutan pelajar dengan gayanya itu. Arman juga tidak kurang kacaknya. Iras Randy Pangalila pelakon muda terkenal di Indonesia. Kumpulan mereka memiliki lima orang ahli.

"Ya, betul. El dah research tempat ni awal lagi. Memang tak ada orang. Dah, turun!" arah Fatin tegas setelah menjawab persoalan Aery.

Aery menganggukkan kepalanya kemudian berlalu turun. Begitu juga yang lain.

Hanya Nur masing mematung di dalam kereta. Enggan keluar. Gerun dengan apa yang bakal terjadi nanti. Hatinya tidak sedap.

Mereka yang menyedari Nur masih tidak keluar dari perut kereta kembali menjengah ke situ.

"Hoi! Tak reti nak keluar ke?" Ria

bersuara keras.

Nur hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu mengekori mereka.

Fatin menguis lengan Aery yang berdiri di sebelahnya.

Aery menoleh kearahnya dengan kening dijongketkan, tanda bertanya 'apa?'.

Remaja itu hanya menggunakan isyarat matanya sahaja terhadap Aery. Aery mengangguk faham. Lantas dia menarik lengan Nur dan dipaksa keluar.

"Keluar!" Antara ramai-ramai, Aery antara yang paling bengis.

Ramai mangsa buli parah berpunca dari dia. Namun dia hanya menjalankan tugas bila diarahkan oleh Fatin sahaja. Satu kepalalah katakan.

Nur gelabah. Namun mahu tak mahu, dia terpaksa turuti. Jika tidak, entah apa-apa lagi mereka mampu lakukan padanya.

Tubuh Nur diheret kasar dan dibawa masuk ke dalam hutan. Mereka yang lain membontoti dari belakang Aery.

Tidak beberapa jauh di hadapan terdapat sebuah rumah usang yang agak menyeramkan waima pada waktu siang. Mungkin kerana suasana rumah itu yang dikelilingi dengan semak-samun hutan kerana sudah lama tidak berpenghuni.

Nur dibawa masuk ke dalam. Belakang tubuh Nur ditendang kasàr oleh Aery hingga menyebabkan remaja itu jatuh terhenyak ke lantai simen.

Nur menyeringai sakit pada bontot dan pinggulnya akibat terhenyak agak kuat tadi.

"Mika... mika nak buat apa ni? Ke... kenapa bawak aku de... dekat sini?" soal Nur gugup.

Anak matanya meliar ke sekeliling. Meremang. Itu yang dirasainya kini.

Fatin menapak mendekati Nur. Rahang Nur dicengkam kuat.

Air muka bengis Fatin membuatkan Nur kecut. Air liur diteguk beberapa kali.

"Aku nak tanya hang, hang ada bagitahu sesiapa ke pasal kelmarin? Jujur," soal Fatin masih mengawal nada amarahnya.

"Tak. Mana ada. Aku tak bagitahu sesiapa!" jawab Nur bersungguh menyangkal pertanyaan Fatin. Bibirnya yang luka semalam terasa sengal dan ngilu ditahan sehabisnya.

"Bagus!" Fatin menolak wajah itu kasàr hingga Nur terteleng.

Nur mengemam bibirnya yang terasa perit luka.

"Ke... kenapa mika semua suka buli aku? Apa salah aku? Aku tak kacau mika(kauorang) pun." Setelah lama memendam rasa, Nur terluah juga apa yang terbuku di hatinya.

Mereka tertawa mendengar luahan Nur. Lebih kepada ketawa mengejek. Sakit hati Nur dengan sikap mereka.

Fatin berjalan mengelilingi Nur.

"Hang nak tahu kenapa? Sebab hang tu busuk! Hang miskin. Hang buat kami menyampah. Kehadiran hang ni menyemakkan mata kami je. Orang macam hang ni memang patut tak ada kawan. Selekeh. Otak biul! Belajar pun bodoh! Baik hang berhenti je sekolah tu. Belajar pun bukannya pandai. Hahahah!" hina Fatin tanpa berlapik telah mencarik hati Nur yang mendengarnya.

"Entah. Aku pun jijik tengok kau!" Arman mencelah. Riaknya sungguh menjengkelkan.

Nur berasa terkilan sungguh dengan penghinaan yang dilemparkan. Ada kepedihan yang tak tertanggung dijiwanya.

"Kalau macam tu, tak payahlah ganggu aku. Tak payah pandang aku. Jauhkan diri dari aku kalau jijik dengan aku," balas Nur dalam nada seakan berjauh hati.

Fatin menganggukkan kepalanya sambil menghentikan langkahnya betul-betul di hadapan Nur.

"Em... boleh. Boleh! Tapi..." Ayatnya sengaja dibiarkan tergantung di situ.

Anak matanya melirik ke arah Aery. Aery dan Fatin sama-sama tersengih. Apakah agenda mereka.

Fatin memberi isyarat kepalanya pada Aery tanda mahu menjalankan tugasnya segera.

Aery tidak menunggu. Leher Nur dikepit dengan pelipat tangannya kuat. Kepala gadis remaja itu didongakkan ke atas dengan sebelah lagi tangannya.

Nur terkejut dia diperlakukan sebegitu. Kedengaran nada resah di hujung nafasnya. Debaran jantungnya menghenyak dadanya.

"Mika nak buat apa ni?" tanya Nur panik.

"Diam!" jerkah Aery membuatkan Nur terdiam.

Fatin memandang Arman.

"Man, giliran hang pulak," arah Fatin.

"Beres!" sahut Arman.

Lalu dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sekolahnya. Sekotak paku payung ditayangkan di hadapan mata Nur.

Membulat mata Nur.

"Mika nak buat apa ni? Tak cukup ke semalam dah seksa aku dengan stapler tu?" Nur ketakutan. Apa lagi mereka mahu lakukan padanya?

"Aku takkan puas selagi hang tak lenyap dari muka bumi ni perempuan busuk!" herdik Fatin.

Riak jengkelnya telah berubah serius dan bengis.

"Mika nak buat apa? Aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati mika. Tolonglah. Tolong lepaskan aku... aku merayu," rayu Nur minta dirinya dilepaskan .

Tanpa menghiraukan rayuan Nur, Arman menabur paku payung itu di atas simen. Satu kotak besar itu dituang semuanya seraya menayangkan sengihan menyeringainya di hadapan Nur.

"Wei, tolonglah lepaskan aku. Aku nak balik!" Nur meronta-ronta.

Pang!

Dengan tidak semena-mena terasa pipinya ditampar kuat hingga terasa berdesing. Perit. Nur terkedu.

"Kau ni memekak ajelah! Kalau kau jerit lagi, aku kerat lidah kau. Faham!" ugut Ria setelah menghadiahkan sebuah tamparan hebat ke paras remaja itu.

Nur tidak menjawab. Hanya terkaku di situ. Takut.

"Baringkan dia!" perintah Fatin pada El dan Aery.

Nur gelabah. Paku payung yang bertaburan di atas simen itu dipandang dengan riak keresahan.

"Tolong... jangan buat aku macam ni. Tolong..." Sekali lagi Nur membuat rayuan.

Sedikit pun mereka tidak peduli dengan rayuannya.

Aery dan El hanya menurut perintah Fatin. Mereka baringkan Nur di atas paku payung. Nur menggelupur mahu lepaskan diri. Namun mereka memaksanya dengan mengikat kaki dan tangan gadis itu.

Kemudian mereka memijak perut Nur secara bergilir agar gadis itu tidak bangun. Terjerit-jerit Nur di situ dek kerana terasa tusukan paku payung yang menusuk belakang tubuhnya bertusuk-tusuk. Terasa sakitnya bagaikan ditusuk pisau lipat bertusuk-tusuk. Perit. Sungguh kejam.

Wajah Nur menyeringai sakit. Air mata sudah berleretan keluar dari lubuk kesedihan.

"Sa... kit... ke... napa mika kejam sangat? Ke... jam!" Tersekat-sekat nada Nur disaat bertutur meluahkan rasa deritanya dengan apa yang telah mereka lakukan padanya.

Tidak adakah sedikit pun rasa belas ihsan buat dirinya?

"Hang ingat aku kisah kalau hang sakit? Memang itu yang aku nak saksikan pun sekarang ni. Itu tujuan aku bawak hang datang sini. Nak tengok kesengsaraan si bodoh ni!" ujar Fatin yang masih memijak perut Nur dengan kuat.

Kaki Nur yang terangkat-angkat dek kerana sakit, dipijak pula kakinya oleh El dengan kuat hingga gadis itu tidak mampu menggerakkan kakinya.

"Man! Man! Kau pegang dia. Aku geram je minah busuk ni. Kau pegang kepala dia kejap," pinta Aery.

Entah apalah agendanya kali ini.

Arman yang tertanya-tanya hanya menurut sahaja permintaan lelaki itu.

"Kau nak buat apa, Aery?" tanya Arman ingin tahu.

Aery tersengih jahat. Tanpa menjawab persoalan rakannya itu, beg sekolahnya yang berada di dalam gendongannya itu ditanggalkan. Sejurus kemudian, dia membuka zip beg itu dan mengeluarkan sebuah balang yang berisi cacing serta ulat kecil.

Terbuntang biji mata rakan-rakannya yang lain melihatkan apa yang telah berada di dalam pegangan Aery.

Jika mereka terperanjat, Nur si mangsa apatah lagi. Laju kepalanya digelengkan. Dia seperti dapat mengagak apa yang mereka mahu lakukan.

"Hang nak buat apa dengan binatang tu?" tanya Fatin hingga berkerut keningnya tertanya-tanya.

Aery tidak menjawab persoalan Fatin. Hanya sengihan jahat yang masih kekal pada wajahnya.

"Ria, kau bukak mulut dia. Bukak!" kerah Aery serius.

Ria yang sememangnya duduk bertinggung sebelah Nur membuka mulut Nur seperti yang disuruh oleh Aery.

Aery mendekati Nur. Penutup balang itu dibuka.

"Kau jangan cakap kau nak..." Arman termati ayatnya di situ kerana tidak percaya Aery akan bertindak seperti yang dia agak.

"Kau rasa? Uh!" respons Aery lalu di hala bibir balang itu ke bibir Nur.

Tidak menunggu lama, segala isi di dalamnya dituang ke dalam mulut Nur.

Terlonjak-lonjak tubuh Nur tidak mahu menelan benda jijik itu. Namun mereka memaksanya untuk menelan dengan menuang air parit yang dibawa dari mana Nur tidak tahu. Botol yang berisi air longkang itu memang sudah berada di dalam pegangan gadis remaja yang tegas dan serius dan dikenali sebagai Ria sejak awal lagi.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Terbatuk termuntah teruk Nur apabila segala bahan jijik itu masuk ke dalam rongga kerongkongnya.

Sungguh busuk hanyir dan loya. Itu yang Nur rasai tika itu.

"Uhuk! Bluerk!" Nur tersedak hingga tersembur keluar segala yang berada di dalam mulutnya dan terkena pada muka Aery membuatkan Aery naik berang.

Lantas dengan tidak terduga lelaki itu menampar muka Nur berdas-das tanpa henti hingga luka bibirnya kesan klip stapler semalam kembali berdarah.

Aery bagaikan dirasuk hantu.

Rakan-rakan yang menyaksikan adegan itu, mereka dapat merasakan Aery seakan tidak mahu berhenti dari memukul Nur hingga lembik segera mereka leraikan.

Belakang tubuh Aery ditarik agar menjauh dari Nur.

"Sudahlah! Kau nak dia mati ke?" marah El.

Aery menumbuk dinding. Bengang amarahnya disekat oleh rakan-rakan.

Fatin menepuk bahu Aery.

"Sabar. Cukup untuk hari ni. Dia dah teruk pun. Biarkan dia dekat situ. Jom blah!"

Remaja itu terus berlalu keluar dari rumah usang itu meninggalkan Nur yang sudah terkulai lemah.

Aery memandang Nur. Rahangnya bergerak-gerak.

"Kau dengar sini si busuk. Kalau kau bongkarkan perkara ni kepada orang luar, nahas kau. Mati aku kerjakan! Tu tadi baru sikit. Tu pengajaran buat kau beringat siapa aku dan siapa kawan-kawan aku ni. Jangan cuba nak cari nahas. Ingat tu!" Sempat Aery menendang tubuh Nur sebelum mengangkat kaki pergu dari situ.

Ria, El dan Arman hanya tersenyum sinis melihatkan keadaan Nur sebelum berlalu dari situ.

Nur sesak nafas. Sengal seluruh urat sendinya. Kepalanya terasa biul. Pandangannya berbalam dan...

Kelam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top