BAB 1
BAB 1
SEBAIK loceng berbunyi, kelihatan pelajar berpusu-pusu keluar kelas untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada yang bapa atau ibu yang datang mengambil anak mereka di sekolah. Ada pula yang pulang dengan kenderaan sendiri. Ada juga yang menanti bas sekolah di hadapan sekolah. Ada pula yang pulang berjalan kaki kerana rumah mereka yang terletak berdekatan dengan sekolah itu.
Dari jauh seorang gadis remaja yang baru berusia 16 tahun berjalan sendirian melewati lorong di belakang sekolah untuk pulang ke rumahnya yang agak jauh. Dia tidak berteman dan tiada siapa yang sudi menjadi temannya hanya kerana penampilannya yang selekeh dan berasal dari keluarga yang cukup miskin.
Ibunya lumpuh. Ayahnya meninggal sejak usianya 11 tahun lagi. Seawal usianya 16 tahun, dia sudah belajar berdikari dengan mencari rezeki demi menanggung keluarga.
Adik-adiknya masih lagi kecil. Dia memiliki dua orang adik. Seorang lelaki yang baru berusia 7 tahun. Yang seorang lagi perempuan. Baru mencecah usia 9 tahun.
Sedang dia berjalan sendirian, dengan tidak semena-mena…
"Siti Nur Perak!" Ada satu suara menyapa gegendang telinganya membuatkan gadis itu kecut perut.
Langkahannya dihayun sepantas yang mungkin untuk selamatkan diri dari berdepan dengan mereka. Siapa mereka?
"Berhenti!" jerkahan yang kuat itu telah berjaya merenjatkan bahu gadis itu. Dengan serta-merta lariannya termati.
Pada waktu yang sama, terasa bahunya ditarik kasàr dari belakang membuatkan tubuhnya tertoleh dengan mengejut.
Tudungnya direntap kasàr dan diseret masuk ke dalam hutan belukar yang terletak di pinggir jalan. Kebetulan hari itu tiada pelajar atau orang yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut.
Siti Nur Perak atau lebih dikenali sebagai Nur menyeringai menahan sakit apabila terasa rambutnya bagaikan hendak tercabut bersama tudungnya.
"Sakit… lepaslah!" rungut Nur dengan tangannya memegang kepalanya yang terasa tegang.
"Nak lepas? Nak lepas? Tengkorak hang! Tadi aku panggil, hang buat derk je. Berani hang tak menyahut panggilan aku? Hang kenal aku siapa, kan?" Perlahan tutur bicara gadis remaja di hadapan Nur seraya mendekatkan wajahnya dengan gadis itu.
"A… aku tak dengar hang panggil aku tadi." Tergagap-gagap Nur memberi alasan untuk mengelakkan dirinya menjadi bahan buli mereka.
"Tak dengar ke atau… hang saja nak lari dari kami?" tebak Fatin sambil tersenyum sinis.
Dengan pantas Nur menggelengkan kepalanya tanda benar dia tidak menipu.
"Tak dengar? O… tak dengar…" Fatin menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Kau percaya ke dengan dia ni?" Arman mencelah dengan gaya santainya sambil menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar sekolahnya.
Fatin tergelak sinis.
"Man! Hang ikat dia dekat belakang pokok tu. Now!" Tanpa diduga Fatin memberi arahan kepada Arman.
Arman tersengih suka. Tanpa banyak songeh, dia menjalankan tugasnya seperti yang diarahkan.
Nur gelabah.
"Er… mika semua nak buat apa ni?" soal Nur dalam nada cemas.
"Syh… jangan bising…" ujar Arman sambil menekup mulut Nur membuatkan Nur meronta ingin melepaskan diri.
Fatin memandang seorang lagi rakannya yang berdiri di sebelahnya seiring dengan memberi isyarat mata pada rakannya itu agar melakukan tugasnya.
El yang berwajah blur itu memahami maksud isyarat yang diberikan oleh Fatin. Tanpa melengahkan masa, dia mendekati Nur. Tubuh Arman ditolak ke tepi.
Tudung Nur dicabut kasàr lalu disumbat ke dalam mulut gadis itu hingga memenuhi ruang rongga mulutnya.
Nur bertambah resah. Mahu menjerit, mulutnya pula dipenuhi dengan kain. Keadaan itu menyukarkan dirinya untuk mengeluarkan suara. Apatah lagi mahu menjerit meminta pertolongan.
Saat itu Nur hanya menanti masa apa yang bakal berlaku terhadap dirinya.
Fatin mendekati Nur. Riak sinisnya dipamerkan.
Lama dia merenung wajah itu sebelum mencekak kasar kedua-dua tulang pipi Nur membuatkan Nur mendesah resah. Takut. Itu yang dirasainya.
Fatin memetik jarinya tanda mahu rakannya membawa sesuatu padanya.
El dan Arman membawa sesuatu kepada Fatin.
Kini sesuatu itu telah bertukar tangan dengan Fatin.
Membulat besar kelopak mata Nur tatkala terlihat apa yang berada di dalam pegangan Fatin.
Nur menggeleng kepala tanda tidak mahu dirinya diapa-apakan. Tubir matanya sudah berair ditakungi air mata.
"El, hang pegang kepala dia!" perintah Fatin.
Tanpa banyak bicara, El terus mencengkam kuat kepala Nur yang sudah terdedah rambut panjangnya yang berikat sanggul itu.
Arman dan dua tiga orang lagi rakan mereka tersengih suka.
Fatin menghalakan sesuatu yang berada di dalam tangannya itu ke mulut Nur. Kain tudung yang disumbat ke mulut gadis itu ditarik buang.
Nur menggelupur ketakutan. Air matanya sudah merembes keluar. Panik.
"Hahahaha!" Hanya kedengaran tawa jahat dari mereka sahaja yang Nur dapat tika itu.
Sejenis stapler dinding dibawa ke bibir Nur dan…
Klip
Sekelip mata sahaja bibir itu diklip sekali membuatkan Nur menjerit kuat dek kerana keperitan yang terasa. Tubuhnya melonjak-lonjak naik.
"Sakit!" jerit Nur seiringan dengan tangisan sayu.
"Hahahaha!" Mereka ketawa lagi.
Erangan kesakitan gadis itu langsung tidak dihiraukan.
"Sakit? Baiklah. Aku tambah lagi…" ujar Fatin bersama tawa menyeringai.
Klip klip klip klip!
Empat klip melekat pada bibir Nur dengan sengaja diklip gaya seperti bibir ditindik anting-anting versi ubat stapler dinding.
Nur menangis mengerang kesakitan.
Pang!
Satu tamparan hebat melayang ke paras Nur hingga membuatkan gadis remaja itu terkedu.
Dush!
Tumbukan padu hinggap pada bahagian abdomen perut remaja itu. Keadaan itu automatik membuatkan Nur selak dan senak. Hendak menjerit, bibirnya sudah distapler. Hanya lelehan air mata menggambarkan kepedihan yang dia alami saat itu.
Nur terbatuk teruk di situ. Sakit, senak, sebu dan ngilu. Seluruh urat sendi terasa sengal. Itu yang dia rasai.
"Itu hadiah buat hang sebab hang tak sahut panggilan aku. Dan ingat, kalau sekali lagi hang cuba lari dari kami hang tahu apa nasib hang nanti. Satu perkara lagi, jangan berani hang bukak mulut bagitahu sesiapa pasal ni. Kalau tidak…" Ayat Fatin terhenti di situ seraya menayangkan gaya hendak mengelar leher Nur.
Sempat kepala Nur ditolak kasàr hingga berhandas pada batang pokok yang diikat oleh Arman tadi.
Berkerut wajah Nur menahan kesakitan.
"Ria, bukak ikatan dia. Lepaskan dia." El menyuruh Ria membuka ikatan Nur.
Ria yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati, menurut arahan.
Sebelum Fatin pergi, sempat dia mencampakkan plaster pada Nur.
"Ni, hang tampal ni pada mulut hang tu. Jangan sampai orang tahu apa yang berlaku hari ni. Kalau tidak… hang tahu apa akan jadi, kan?" Sempat Fatin memberi amaran sebelum dia berlalu keluar dari hutan tersebut.
Laju sahaja Nur mengangguk akur dengan ugutan remaja di hadapannya itu.
Mereka tersengih jahat. Dan terus berlalu pergi dari situ meninggalkan Nur sendirian di situ. Lemah. Sakit seluruh anggota tubuhnya.
Nur menangis ketakutan. Tekanan jiwa apabila sering diganggu tiap kali dia pulang dari sekolah. Itu yang membuatkan pelajarannya makin lama makin merosot. Semua gara-gara gangguan Fatin dan rakan-rakan si pembulinya.
Dalam kesakitan yang menyengat, Nur gagahkan diri melangkah untuk pulang ke rumah. Tudungnya yang sudah terdampar di atas rumput dicapai dan disarung pada kepalanya semula. Mahu menutupi rambutnya yang telah terdedah. Plaster yang dicampakkan oleh Fatin ke atas rumput tadi diambilnya. Dalam keadaan menggigil, dia menampal plaster itu pada bibirnya dan melangkah pergi.
🐺🐺🐺
KAMPUNG BUKIT SAPI
NUR yang baru sampai ke rumah setelah waktu menginjak ke angka 5 petang ditegur ibunya yang berada di ruang tamu rumah papan dua tingkat itu.
"Nur? Kenapa lambat sangat balik? Hang pergi mana? Merayau ke?"
Nur hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab sepatah. Bagaimana dia hendak menjawab jika bibirnya telah distaplerkan tadi. Yang mampu dilakukannya adalah menundukkan wajahnya.
"Kenapa tak jawab pertanyaan ibu ni? Hang pergi mana? Kenapa tak jawab soalan ibu? Nur?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh ibu kepada Nur iaitu Puan Siti.
Nur masih membatukan diri di muka pintu masuk rumah itu. Tidak mahu ibunya tahu apa yang berlaku.
"Hah! Mulut tu dah bertampal. Kenapa pulak? Hang bergaduh dekat sekolah ke Nur?" Puan Siti baru perasan bahawa mulut anaknya itu sudah bertampal dengan plaster.
Nur hanya menjawab dengan gelengan sahaja. Tanda tidak ada apa-apa yang berlaku. Tanpa menunggu lebih lama, Nur berlalu masuk ke bilik tidurnya mengurungkan diri di situ. Bebelan ibunya tidak dihiraukan. Bukan apa, khuatir jika terkantoi apa yang terjadi pada dirinya tadi.
"Nur! Hang ni memang suka menyusahkan ibulah. Ibu dah cakap jangan buat hal dekat sekolah. Pergi sekolah belajar betul-betul. Bukannya main atau bergaduh. Nur! Keluar! Ibu tak habis cakap lagi. Kenapa dengan mulut hang tu?" rengus Puan Siti benar-benar geram dengan sikap pendiam Nur yang sukar untuk berkongsi dengannya apa sahaja yang dialami anak remaja itu. Sungguh dia tidak mengerti apa yang sedang Nur sembunyikan.
Sepi. Sepatah bebelannya langsung tiada jawapan dari Nur.
Puan Siti mengeluh berat. Runsing dengan anaknya yang seorang itu.
"Ibu, Tia lapar!"
Dalam dia sedang termangu sendiri menahan amarah terhadap Nur, anak keduanya Siti Nur Fathia bersuara lantang dari dapur.
Puan Siti menggerakkan tayar kerusi rodanya menuju ke ruang dapur.
"Nasi pagi tadi ada lagi. Makanlah."
"Dah habis. Adam makan," balas Fathia.
"Habis? Aih, pagi tadi banyak lagi. Takkan dah habis?" Puan Siti agak terperanjat apabila dikhabarkan makanan petang mereka sudah habis.
"Dah habislah tadi tengah hari kita dah makan."
Puan Siti mengurut pelipis dahinya. Sudahlah nasi itu untuk makan petang mereka. Jika sudah habis, apa yang mereka boleh isi perut untuk petang itu?
Fathia yang menyaksikan ibunya kerunsingan, menapak ke bilik kakaknya.
Pintu bilik itu diketuk beberapa kali.
"Kak Nur, nasi dah habis. Tia dengan ibu dan Adam lapar. Kami nak makan," beritahu Fathia jujur.
Tidak lama begitu, Nur membuka pintu sedikit dan menghulurkan baki duit hasil titik peluhnya bekerja di kedai makan petang semalam kepada Fathia.
Fathia tersenyum lega.
"Yeay! Terima kasih Kak Nur. Nanti Tia beli nasi goreng kampung dekat kedai depan tu untuk Kak Nur sekali tau!" ujar Fathia dan terus berlari terkedek-kedek keluar dari rumah. Mahu membeli nasi goreng seperti yang dijanjikan.
Nur kembali menutup dedaunan pintu biliknya setelah melihat Fathia pergi.
Nur mengunci pintu biliknya. Dan mula menapak ke meja solek yang agak usang.
Wajahnya ditilik pada cermin lama itu.
Plaster pada bibirnya ditanggalkan.
Air liur diteguk. Pada fikirannya klip stapler itu perlu ditanggalkan. Jika tidak, sampai bila-bila pun dia akan jadi bisu.
Dengan kekuatan yang dia ada, dia cuba membuka klip stapler yang tertanam di dalam isi bibirnya itu dengan perlahan. Terseksa. Itu yang dia rasai. Darah mula mengalir dengan perlahan keluar dari rekahan bibirnya hingga terkena pada jemarinya.
"Argh!" Nur mengerang sakit. Berair kolam matanya.
Satu persatu dicabut dari bibirnya.
Terasa hendak menjerit sekuat hati sahaja. Tetapi rasa itu hanya disimpan di dalam hati sahaja dek kerana tidak mahu ibunya mendengar kesakitan yang dialaminya. Perit. Sungguh perit.
Klip stapler yang terakhir agak dalam tertanam di dalam isi bibirnya. Agak sukar untuk menanggalkannya. Namun, Nur tetap berusaha untuk membuangnya sebelum Puan Siti mendapat tahu. Teruk dia dimarahi nanti.
Dan…
Zap!
Akhirnya, dia berjaya menarik keluar klip stapler yang terakhir membuatkan dia terjerit spontan .
"Argh! Sakit!"
Waktu itu darah dari bibirnya terpercik pada cermin besar yang memantulkan wajahnya itu.
"Nur! Kenapa tu?" Kedengaran suara Puan Siti dari luar bilik Nur. Risau.
Lama Nur mengambil masa untuk redakan keadaannya.
"Er… terkepit laci je, bu. Nur okey!" bohong Nur.
"Haih, macam-macam hal hang ni," ngomel Puan Siti. Dan sepi.
Mungkin sudah berlalu pergi dari situ.
Nur menekup mulutnya yang terasa perit.
"Sakit…" Nur menangis sendirian.
Segala ugutan Fatin dan rakan-rakan mula terngiang-ngiang di ruang kotak mindanya.
Suara tawa jahat itu seakan mengganggu emosinya membuatkan Nur menekup kedua-dua belah telinganya. Perasaan fobia dan ketakutan kembali menyelubungi dirinya.
Assalamualaikum hai jemputlah baca dan komenlah story baru saya ni. Sebab sy nak tahu reaksi pmbaca bila baca Bab 1 ni. Harap anda terhibur. Maaf jika terkurang.
sayang_manja78
annecayunk
atikahika02
Junejin-07
arenayidin
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top