EPILOG
AKHIRNYA, kes buat Detektif Muda Gopal berakhir di sini. Mesti kau orang terkejut aku sebenarnya penyamar ketiga. Ke ada yang pening-pening lagi itu ataupun tengah cari jantung yang tercabut? Hahaha, buat lawak sekejap!
Fasal Mechabot, kau orang jangan risau. Dia okey dan nasib sama macam Ochobot. Dalam proses membaiki oleh ayah BoBoiBoy sendiri. Aku tidak sangka... Ochobot dan BoBoiBoy maafkan aku walaupun lepas apa yang aku buat.
Hiks... terharu pula.
Si Saji Tiada Gigi itu pun telah diheret masuk ke dalam penjara. Aku digantung sebagai kadet selama sebulan. Lagipun aku tidak kisah. Inilah hukuman buat aku sebab terburu-buru dalam emosi.
Sheilda punyalah merajuk sebab kita orang tuduh dia jadi penyamar. Huhuhu, aku hanya jalankan tugas aku sebagai detektif sahaja. Papa Zola pun macam aku, dua bulan kena gantung sebagai kapten.
Mahu marah kapten Kaizo. Ini pun dia masih ditenangkan.
Lebih memilukan rasa, hanya aku, BoBoiBoy dan Ochobot menjadi ahli tetap KokoTaim sekarang. Rindu pula aku pada Fang, Yaya dan Ying.
Baru aku betapa peritnya hilang sahabat waktu aku betul-betul perlukannya. Kini nyawa yang tiada tinggal memori sahaja. Rasa macam boleh jadi hero Hollywood yang bermadah sahaja.
Namun, betul kata Laksamana Maskmana sebelum balik ke bumi. Tidak kira apa yang kita rasa, dendam, marah, sedih, emosi. Membunuh satu jiwa bukanlah dan tidak pernah sekali jadi jawapan yang tepat.
Si deketif Gopal, mengakhiri ayat dalam tiga. Dua. Satu.
.
.
.
AMONG THEM
-------------------------
"Tamat"
- Gopal memegang piala lakonan Oscar -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top