8/8
"BOBOIBOY."
Aku menyembunyikan badanku di sebalik dinding. Segala isi perbualan aku dengar sebaik mungkin. Kenapa ayah BoBoiBoy panggil nama BoBoiBoy tanpa bernada. Tidak mungkinlah...
"Keluarkan barang yang BoBoiBoy sorokkan. Kau pembunuhnya, bukan?"
"Ha?" Aku berteriak kecil. Menyedari suaraku agar mendapat perhatian, segera aku tekup mulutku. Aduh, masa inilah hendak jerit macam dalam filem zaman 90-an! Eh, betulkah?
Di sebalik misi sekejap aku menjadi ejen, aku melihat BoBoiBoy mengeluarkan sebatang pen berwarna merah. Sekejap, BoBoiBoy tidak pernah ada pen merah.
"Mechabot?" Sinis sahaja ayah BoBoiBoy menduga. Siap main lawan tenung mata dengan Mechabot di sebelahnya.
Aku mengusap daguku dan berbisik sendiri. "Jadi betullah anggapan aku."
Mechabot tersenyum sinis sebelum mengeluarkan pistol yang entah dari mana dia dapat. Muncung pistol itu dihalakan betul-betul di belakang Amato.
Mechabot bertutur perlahan macam watak antagonis mula memunculkan diri. "Nampaknya kau dah tahu..."
"Amato."
____Opening Theme____
I'm definitely not an imposter
If I was
Then I wouldn't be the one
Cause I'm not one.
Even I was, I wouldn't say that I wasn't
Cause I'm not.
It's impossible.
Implausible.
I'm am an imposter. (Imposter)
Obviously I'm not an imposter.
Honest to God!
I should toss ya'll
Like a rotten salad.
Any evidence against me far from valid.
Like I never stab your neck
Or stab your back
Or crawl of through the smallest vent
ATTACK!
An Imposter's a role
I could never fulfill
If you don't believe me
Ask the guy that I just killed.
_________________________
"AYAH!" Kaki BoBoiBoy bergerak seinci. Entah mengapa boleh kaku di tengah jalan. Tidak mungkin, Mechabot akan bunuh ayahnya... tidak, sahabat robot itu sendiri di hadapan matanya?
Mechabot menenangkan BoBoiBoy yang kelihatan resah dan gelisah itu. "Bertenang, aku tak akan bunuh Amato depan mata kau. Bukan sekarang. Jadi, Amato. Sejak bila kau tahu?"
Amato tergelak kecil sambil kedua belah tangannya diangkat. "Oh, mudah sahaja. Semuanya sama macam apa yang Gopal katakan, tetapi sedikit berbeza dan lebih mudah."
Gopal mengerutkan dahi. "Sedikit berbeza?"
"Semalam kau masukkan ubat tidur dalam minuman aku, bukan? Aku minum sikit sahaja, yang lain taruh dekat luar. Sebab rasa tak sedap." Dalam beri alasan, sempat lagi mulut Amato menjadi celupar. Tidak takut kena tembak orang dewasa ini.
"Kau pun masuk ke dalam bilik Ying tengah malam. Gopal dah kata, jadi aku tak nak ulang lagi. Kau bukan mechanize, bukan? Kau sabotaj pintu bilik Ying, buatkannya seolah dikunci dari dalam." Amato menjelaskan segala pendapatnya.
Gopal di dalam hanya setia mendengar perbicaraan Amato. "Kau hanya bernasib baik Gopal tukarkan pintu, kalau tak semua di situ tak akan tahu yang kau sebenarnya sabotaj daripada luar."
"Dan cop halimunan itu bukan di lengan. Tetapi di tapak tangan!" Mechabot tersenyum apabila semua kata-kata Amato tepat belaka.
"Macam mana ayah tahu, Mechabot sabotaj?" Dengan berhati-hati BoBoiBoy menjaga langkah dalam bertanya. Takut terbuat satu langkah, nyawa ayahnya hanya sia-sia sahaja.
Amato menyeringai kecil. "Senang sahaja. Ayah main teka sahaja."
"Pap!" Gopal, BoBoiBoy dan Mechabot serentak menepuk dahi sendiri. Tadi, semua rebah dengan soalan Gopal, sekarang dahi semua orang jadi lebam gara-gara Amato.
Mechabot masih belum mengaku kalah. "Bagaimana dengan pembunuhan Yaya? Otoi? Macam mana aku lakukannya?"
"Kau gunakan laluan ruang udara. Dengan menggunakan laluan ruang udara itu, mudah untuk kau pergi dan tarik tali pada dia," jelas Amato. "Otoi itu pula... itu yang aku tak pasti tapi aku percaya kau yang lakukan."
Mechabot menayangkan muka menyampahnya. "Memandangkan kau sudah tahu aku penyamar, yang bahagian Otoi itu... aku letakkan hologram pada bahu Laksamana, untuk tunjukkan aku bahawa aku ada di situ. Barulah aku bunuh dia." Mechabot mencampakkan cip hologram ke tanah.
Robot itu kemudian tertawa sinis. "Maaf, Amato. Aku terpaksa tamatkan semua di sini." Mechabot sudah menukar peluru pistol di tangannya. Kini dengan hanya menarik picu, darah Amato akan membasahi tanah.
Melihat Mechabot seakan ingin mencapai tahap bahaya, BoBoiBoy pantas menggunakan kuasa elementalnya. "Kuasa Elemental! BoBoiBoy Gempa! Ce..."
"Kau bertukar, aku akan tembak Amato!" Mechabot cuba mengugut BoBoiBoy yang ingin mencengkam tubuhnya. Serta-merta serangan BoBoiBoy terhenti di situ.
"Alamak... macam mana ini?" Gopal sudah mengigit kuku sendiri. "Ha..." Gopal mendapat satu idea. Dia mengeluarkan satu jarinya, dihalakan jari itu ke arah pistol yang dipegang Mechabot.
"Selamat tinggal, A..."
"Tembakan mak..."
"Jangan!" TerraBot keluar dari tempat persembunyiannya. Mod penyamarannya juga telah dimatikan. Tidak sanggup robot itu melihat kematian di hadapan matanya lagi.
TerraBot memegang perut besinya. "Aku yang bos kau nak, kan? Ambillah aku dan jangan bunuh dia."
"Jangan! Aku takkan benarkan kau ambil TerraBot, dan aku tak benarkan nyawa ayah aku hilang macam itu je!" BoBoiBoy menghalang Mechabot yang cuba mengambil TerraBot dengan membuat pelindung bagi TerraBot.
"Buka pelindung itu, BoBoiBoy." Mechabot tegas mengarahkan. Muncung pistol itu makin didekatkan dengan belakang Amato.
"Kenapa? Kenapa buat semua ini? Mechabot dengan ayah kan kawan baik? Tak akan nak membunuh?" BoBoiBoy cuba menarik psikologi Mechabot untuk tidak melakukannya.
"Terpaksa, BoBoiBoy. Kami, penyamar kena bunuh semua ahli Tapops kalau tidak..." Bicara Mechabot terhenti tatkala satu tembakan berwarna hijau hampir mengenai pistol yang dikenakannya.
"Si... siapa?" Mechabot mencari orang yang melepaskan tembakan ke arahnya. Laksamana Maskmanakah?
Melihat Mechabot yang terleka, Amato lantas memberi arahan. "Sekarang, BoBoiBoy!"
"Baik! Genggaman Tanah!" BoBoiBoy menumbuk tanah ungu itu lalu muncul sebuah cengkaman tanah yang menangkap pergerakan Mechabot.
Mechabot yang ingin melepaskan tembakan melalui pistolnya terlopong tanpa suara apabila pistolnya bertukar menjadi roti berbentuk pistol oleh Gopal. Semuanya berlaku sekelip mata.
"Fuuuh, menjadi tembakan aku." Gopal meniup jari telunjuknya. Macamlah keluar asap daripada situ. Mesti Gopal berangan-angan ingin menjadi seorang ejen yang handal menembak.
"Terbaiklah, Gopal." BoBoiBoy menunjukkan 'thumbs up' kepada Gopal. Gopal hanya tersengih dan merapati mereka berdua.
BoBoiBoy melepaskan TerraBot daripada hemisfera pelindungnya. TerraBot berlari ke dakapan BoBoiBoy disebabkan terlalu takut. Comel sahaja robotnya.
"Kau okey, TerraBot?" BoBoiBoy menyapa TerraBot.
TerraBot merengek, kecil. "Huhuhu, aku takut... aku takut."
Gopal beralih pandangan ke arah Amato yang merenung kosong Mechabot yang terperangkap dalam genggaman tanah BoBoiBoy. Rasa lega semuanya dah tamat. Tetapi.... kenapa hati ini rasa lain macam?
"Hentikan semua ini Mechabot." Amato bersuara tanpa sebarang nada.
Mata Mechabot hanya memandang lantai tanah ungu bersalut salju di hadapan matanya. Langsung tidak mahu menatap Amato. "Kau tak akan faham, aku terpak..."
"BoBoiBoy!" Tiba-tiba, kedengaran jeritan kuat Ochobot. Ketika itu, dari jauh, Ochobot terbang ke arah mereka dengan panik.
"Eh?" BoBoiBoy mengecilkan matanya, cuba melihat entiti yang datang ke arah mereka. "Ochobot?"
Gopal melindungkan atas matanya dengan tapak tangan, kononnya dapat melihat dengan baik. "Eh, Ochobot dah sihat dah ke?"
"BoBoiBoy! Lari! Penyamar ketiga ada dekat situ!"
BoBoiBoy tersentak dan membulat mata mendengarnya. "Penyamar ketiga?" Ada lagi ke? Tetapi... siapa?
Serentak dengan itu, sut angkasawan yang disarung BoBoiBoy bertukar menjadi besi berat yang membuatkan lelaki itu rebah ke belakang. Begitu juga dengan Amato.
Cengkaman tanah yang menahan pergerakan Mechabot menjadi biskut kering yang memudahkan Mechabot melepaskan diri. Roti pistolnya juga berubah menjadi sediakala.
TerraBot yang berada dalam pelukan seseorang sekarang berada di bawah ketiak si penyamar ketiga. Tidak lain tidak bukan, pastilah...
Jari telunjuk Gopal diarahkan ke arah Ochobot yang sudah berhenti. "Aku dan Mechabot akan bawa TerraBot daripada sini. Jangan dekat ataupun aku cederakan TerraBot."
"Gopal? Apa semua ini, Gopal?" BoBoiBoy masih dalam keadaan terkejut. Semuanya berlaku terlalu pantas buatnya.
"Penyamar ketiga? Sekejap, bukan ada dua penyamar sahaja ke?" Amato yang masih samar-samar sempat lagi bertanyakan soalan.
"Ya, memang ada." Laksamana Maskmana datang daripada koridor bilik Elektrik. Belum sempat dia menyambung sebarang ayat, tutur katanya dipintas Amato.
"Wey, jangan kata kau penyamar keempat pula!"
"Tak, aku datang sebagai salah satu laksamana Tapops." Laksamana Maskmana masih dalam keadaan bertenang. Merasakan kawasan mula kekurangan tegangannya, barulah Laksamana Maskmana mengujarkan kata.
BoBoiBoy menunduk, tidak percaya. "Tapi, macam mana? Tak akanlah kau cederakan Ochobot. Senjata pun tidak ditemui dekat situ."
"Senang sahaja. Apa guna kuasa menukar molukel yang Ochobot berikan kalau tidak digunakan? Dan pisau dalam bilik Yaya hari itu, aku yang pura-pura letak dekat situ, untuk butakan kau orang semua," terang Gopal. Ochobot hanya kaku di situ.
"Aku pun tidak sangka ada penyamar ketiga. Tak sangka si ketua imposter, Sagigi ugut Gopal pada saat-saat akhir. Sekarang... turunkan tangan kau orang. Semuanya akan okey. Keluarga kau orang akan se..."
"Bang!" Peluru itu hampir mengenai kepala Amato, betul-betul dilepaskan ke arah tepi kepala Amato. Mechabot menjeling ke arah Laksamana Maskmana. "Jangan halang kita orang pergi dari sini!"
"Baru tadi..." Laksamana Maskmana mengeluarkan alat berbentuk bekas piring. Keluar hologram seorang lelaki berkulit biru terpapar di hadapan mata. "Baru tadi Tapops tangkap Sagigi. Jadi kau orang tak perlu risau."
"Penipu." Pegangan Gopal yang memegang TerraBot mulai longgar. Tangannya juga sudah diturunkan. "Tak mungkin."
TerraBot lantas terbang ke arah Laksamana Maskmana. Dia menyorok di belakang sut angkasa Laksamana, dengan harapan... dia akan lebih selamat.
"A... apa maksud semua ini?" Mechabot juga turut sama terkedu. Sampai dia tidak mampu merangkai sebarang kata selain dari pertanyaan.
Masakan tidak, dalang di sebalik semua ini. Dalang yang memberi amaran untuk mencederakan ahli keluarga mereka kalau tidak mensabotaj warga Tapops. Dalang yang menjadi punca cerita ini bermula.
Laksamana Maskmana seakan dapat membaca riak muka Gopal dan Mechabot, segera membalas. "Ya, kami pihak Tapops telah menangkap dalang di sebalik semua ini. Jadi, jangan risau. Keluarga kau orang selamat."
"Kenapa tak bagitahu langsung kepada kita orang? Kenapa lepas semua pembunuhan dan sabotaj berlaku... baru bagitahu? Itu tipu, kan?" Gopal mula bergetar suaranya. Rasa terbeban dengan apa yang dilakukannya.
"Aku tukarkan alat dan tikam Ochobot dari belakang. Kenapa rahsiakan? Kenapa..."
"Aku pun ditawarkan untuk menjadi imposter buat pertama kalinya... tetapi aku tolak." Penceritaan datang dari bibir Amato membuat semua di situ (kecuali Laksamana Maskmana) tersentak.
"Sagigi ugut aku melalui data kapal angkasa yang dihack. Aku tak layan. Sebab aku percaya, aku boleh lindungi keluarga aku. Tidak sangka pula... Mechabot akan jadi penyamar kedua." Segala penerangan Amato ibarat tusukan buat Mechabot.
Robot Amato itu menyandarkan diri ke dinding dan perlahan-lahan tersandar. "Tak mungkin..."
Gopal menjadi begitu emosi. "Kenapa! Kenapa tak bagitahu Sagigi akan ditangkap? Kenapa lepas banyak pembunuhan dan sabotaj, baru sekarang? Kenapa biar kita orang buat semua ini dalam ketakutkan?"
"Aku, Amato dan Laksamana Maskmana takut Sagigi tahu dan laksanakan serangan pada keluarga penyamar. Jadi aku rasa lebih baik dirahsiakan," jelas Laksamana Maskmana.
BoBoiBoy hanya terdiam, kelu. Langsung tidak tahu hendak memberi balasan apa sampaikan lupa dialog sendiri.
"Maafkan aku..." Gopal jatuh terduduk. Matanya bergenangkan air mata. Dia menukarkan sut angkasa Amato dan BoBoiBoy menjadi sediakala dengan air mata yang mengalir. "Maafkan aku."
Ochobot mula menuju ke arah BoBoiBoy, melintas di hadapan Gopal yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
"Kenapa... kenapa kau tak pusing ke belakang dan rampas sahaja pistol daripada aku?" Air muka Mechabot jelas menunjukkan dia sudah benar-benar menyesal.
Gopal hanya menikam Ochobot, Fang pula dibunuh Papa Zola namun dia... ramai nyawa hilang di tangan dia.
Amato bangun daripada jatuhannya. Lelaki itu sempat lagi tersenyum. Seakan dalam memori, Mechabot boleh melihat Amato yang masih remaja berkata kepadanya.
"Sebab kita kan kawan. Dan kawan tak akan bunuh antara satu sama lain. Ha, aku tuan kau juga, en?"
Mechabot berbisik perlahan. "Oh, macam tu..."
Amato yang berjalan perlahan ke arah Mechabot terbuntang mata melihat apa yang cuba dilakukan oleh robot itu. "Mechabot!"
"Bang!"
Semua di sekeliling, termasuk Ochobot dan TerraBot tergamam mendengar tembakan yang dilepaskan Mechabot. Bukan kepada Gopal, bukan ke arah Amato. Tetapi diri Mechabot sendiri.
"Mechabot!"
____Ending Theme____
Nagasugiru ame datta
( Hujan seakan tiba selamanya)
Konna ni aoi tsuki dakedo kagayaku hi wo matteita
(Walau bulan masih bercahaya terang, aku masih mahu sang matahari)
Open my eyes
(Bukalah mata)
[Negai...] (Hajatku...)
Tsuyoku ikiru koto ni sukoshi tsukare
(Aku sedikit lelah dengan hidup ini)
[Todoke...] (Menyampai...)
Kumorigakatta boku no michi wa nagai
(Perjalananku masih lagi panjang)
[Fukaku] (Dalamnya...)
Hikaritsuzuketakute sora no shita
( Aku harap masih terpancarnya ia di langit)
[Tsuyoku] (Kuatnya...)
Inoru kimi no koe de harewataru
(Dengan suara doamu, semuanya akan jadi okey)
Kimi ni atai sore igai kotae nante nai
(Aku mahu jumpa dirimu, itulah jawapanku)
Nando demo sakebe hitori juugoya no sora ni yame egaitara
(Jeritlah sebanyak manapun! Kalauku dapat lukis impianku di langit malam)
Kimi ni mieru kana
(Agar mu lihat juga)
Juugoya kuroaishisu
(Malam bulan penuh krisis)
Kimi ni mieru kana
(Agar mu lihat juga)
Kimi ni atai
(Ku mahu jumpa kamu)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top