7/8
BERITA tergempar! Berita tergempar, semua orang! Bukan Appa aku tahu aku sorok kertas ujian Matematik yang markah negatif lima belas itu! Tetapi Otoi, adik Yaya... telah dibunuh!
Hendak dipendekkan cerita, Laksamana Maskmana kata... mungkin ada salah seorang daripada para penyamar telah palsukan identitinya. Dan tuduh sama ada Sheilda dan Kapten Papa yang penyamar.
Sheilda? Aku rasa dia memang penyamar yang sebenar. Sebab ada kesan luka pada tangan dia hasil daripada tali memancing itu. Kapten Papa... aku rasa dia bukan penyamar... entahlah!
Aduh, sebab Papa Zola mengaku fasal bos itulah lagi merumitkan keadaan! Suspek yang disyaki iaitu ayah BoBoiBoy, Laksamana Maskmana dan Mechabot.
Ayah BoBoiBoy... rasanya tiada bukti kukuh untuk tuduh dia. Sebab yang masuk serentak ke dalam pejabat hari itu Laksamana dn Mechabot. Dia pun tertidur masa mesyuarat jadi tak tahu apa-apa fasal penyamar... atau dia pura-pura tak tahu?
Laksamana Maskmana pula jaga dekat sel penjara. Kemungkinan untuk bunuh Otoi pun tinggi memandangkan kapal angkasa dekat dengan tiang isyarat. Senanglah kalau nak bunuh Otoi dan masuk terus ke pejabat.
Mechabot... oh, ya! Semalam pun aku jumpa Mechabot. Tingkah laku dia pun agak mencurigakan...
"Kau curi makanan lagi ya malam-malam macam ini?" Gopal meneguk air liur sebaik sahaja pertanyaan itu menyapa pendengaran telinganya. Aduh, habislah dia! Habis kena lapor pada Amato dan Laksamana!
Gopal mengutip peket makanan yang terjatuh itu dan dibawa ke ribanya. "Err, Mechabot yang kacak dan bergaya... janganlah bagitahu Laksamana dan..."
"Ah, kau ingat aku ini mudah terpujuk ke? Cepatlah balik bilik. Aku tak bagitahu."
Gopal menghela nafas lega dengan satu sengihan terukir di wajahnya. Fuuh, selamat makanannya dari dirampas! Dia kemudian berjalan menunduk di sebelah Mechabot seraya mulutnya bertutur perlahan. "Hehehe, anak cucu tumpang lalu, tok."
Cepat-cepat dia melintas membelakangi Mechabot. Mata Gopal menangkap alat yang digenggam kemas oleh Mechabot. Dengan perasaan ingin tahu, dia menyoal. "Kenapa bawa alat itu?"
Mechabot berpaling ke arahnya lalu mengangkat sedikit alat itu. "Amato terjatuhkan alat kawalan jauh dekat belakang almari dia. Sebab tu aku ambil alat ini."
"Oh..." Mulut Gopal terlopong berbentuk huruf 'O'. Tidak hairanlah. Lagipun bilik Mechabot dan Amato dekat dengan kawasan dapur.
Mechabot bercekak sebelah pinggang. "Apa oh? Oh? Masuk bilik!"
"Ba... baaaik!" Gopal segera meninggalkan Mechabot seorang diri di lorong itu. Tidak semudah itu buat detektif Gopal untuk meninggalkan suspeknya.
Gopal mengintai di sebalik dinding. Kelihatan Mechabot merenung alat di tangannya sebelum kecil. Tangan kiri robot itu yang tidak memegang apa-apa digenggam kuat.
Gopal berbisik di dalam hati.
Kenapa Mechabot mengeluh? Ke... oooh. Ke Mechabot hero MechAmato ini... penyamar sebenarnya?
Ah, makin berbelit nampaknya! Huhuhu, macam manalah detektif Muda Konon selesaikan semua ini?
_____Opening Theme____
Imposter Imperceptible
Evil undectable
Imposter Imperceptible
I found a body beside the reactor.
Somebody killed orange?
Ah, you bastards!
What we gonna do?
This is disaster!
Everbody calm down and tell me what your task was.
I was in admin
swiping a card but it wouldn't go through
I was swiping too hard.
I was dowloading data to 100%
I turned around and saw blue standing next to the vent.
What?
Somebody come watch me scan at medbay?
I say we vote now and get rid of some dead weight.
Well I saw purple lurking, so suspicious.
She kept flipping switches
at the 02 Censors.
Switches? That's a keypad.
This guy sus.
Acting like he's a crewmate just like us.
Kick him off.
That's the only way to protect us.
Bye-bye, Cyan!
You gonna regret this!
____________________
"TOK! TOK! TOK!" Bertalu-talu bunyi ketukan didengari dari koridor bilik Ying. Ketuknya pun, perlahanlah sedikit! Ini ketukannya macam hendak lari dari seseorang!
Pintu gelongsor bilik Gopal dan BoBoiBoy terbuka. Saat sahaja kaki mereka keluar daripada bilik itu, bunyi ketukan pintu mula memasuki corong telinga. Kelihatan Laksamana Maskmana mengetuk pintu bilik bersebelahan mereka.
"Kenapa dengan Laksamana itu?" soal BoBoiBoy. Dan... mengapa Ying tidak membangunkan diri walaupun pintunya diketuk berjuta kali?
Gopal segera menghampiri Laksamana Maskmana. "Kenapa ini Laksamana? Kenapa ketuk-ketuk pintu bilik perempuan ni?"
Laksamana Maskmana berpaling ke arah Gopal. "Kamu dah bangun?" Kepalanya ditolehkan ke hadapan pintu semula.
"Saya tengah pastikan semua orang bangun. Tapi banyak kali saya panggil nama Ying dan ketuk pintu, dia langsung tak menyahut." Penjelasan Laksamana Maskmana menimbulkan kegusaran di hati mereka berdua.
"Langsung tak menyahut?" Gopal mengusap dagunya sendiri. Menghairankan. Tidak mungkin Ying lupa hendak korek telinga atau masih terbongkang atau katil. Pukul empat pagi pasti dia sudah siap mandi.
BoBoiBoy menyeru nama Ying seraya tangannya mengetuk pintu. "Ying! Ying? Bangun!" Namun, hasilnya sama sahaja. Langsung tiada suara di sebalik pintu.
"Takkanlah... Ying dah dibunuh?" Gopal sudah menggigil seluruh tubuh badannya.
BoBoiBoy berdecit. Dia cuba membuatkan Gopal bersangka baik. "Ah, jangan merepek! Takkanlah Ying meninggal dunia pula?" BoBoiBoy menyambung memanggil Ying.
Gopal mengangkat tangan. Mungkin ini sahaja satu caranya. Dia menyentuh pintu tersebut. "Tukaran Biskut!"
"Hoi! Hoi! Hoi!" Terjerit-jerit Laksamana Maskmana melihat tindakan Gopal. Suka hati dia sahaja tukarkan pintu menjadi makanan. Biskut pula itu.
Okey apa biskut biasa. Cuba tukar jadi biskut Yaya. Pasti mahu lebam tangan dengan sekali pukulan. Eh, tidak baik! Tidak baik! Tidak baik kutuk masakan orang yang telah menjadi arwah.
Gopal menumbuk pintu yang sudah menjadi biskut itu. Pintu biskut itu membentuk satu lubang, memperlihatkan mereka bertiga dengan keadaan di dalam bilik itu.
Gopal mengintai melalui lubang yang dibuatnya. Tidak semena-mena, tangannya menggeletar dan lidahnya kelu seperti menangkap satu imej yang ngeri.
Gopal mengundur beberapa langkah ke belakang. "BoBoiBoy! Ying... Ying!"
"A... apa kau nampak?" BoBoiBoy turut mengintai melalui lubang itu. Laksamana Maskmana hanya mendiamkan diri, dari air muka Gopal... dia sudah tahu apa yang terjadi.
Sementara itu, Mechabot dan Amato baru tiba di kawasan itu. Mechabot menjegil ke arah Amato. "Kau ini, payahlah hendak bangun! Lain kali bangun sendirilah."
Amato menggosok lehernya dengan satu sengihan. "Hehehe, maaf. Maaf."
Belum sempat Amato mengeluarkan sebarang suara untuk menyapa mereka, BoBoiBoy sudah menarik nafas terkejut dan mengambil beberapa langkah ke belakang.
Melihat riak wajah BoBoiBoy, Amato laju bertanya. Bahu anaknya dipegang "BoBoiBoy? Kenapa ini?"
"Ying..." Gopal menunding jari yang terketar-ketar ke arah pintu kertas. "Ying telah dibunuh!"
"APA?" Mechabot terbuntang matanya. Dia memandang pantas ke arah pintu bilik Ying.
Memang benar, Ying telah dibunuh di atas katilnya. Bukan ditikam dengan kertas, bukan diracun di dalam minuman di sebelahnya. Tetapi dicekik sehingga mati.
Gopal mendekati mayat Ying. Satu cap jari pada leher Ying mencapai perhatiannya. "Ini... macam tapak tangan Ying."
Ya, posisi kematian Ying memang mengerikan. Anak matanya terjuling ke atas. Kedua belah tangannya dekat dengan lehernya, seperti dia yang cekik dirinya sendiri. Pakai baju, ya? Kau jangan fikir benda kotor.
BoBoiBoy berbicara sendiri. "Tak... takkanlah Ying bunuh diri?"
Laksamana Maskmana menerangkan pendapatnya. "Tak mustahil dia bunuh diri, sebab Ying sudah kehilangan kawan-kawan dia. Budak kecil semalam pun sudah meninggal dunia."
"Tapi Ying bukan orang macam itu!" BoBoiBoy tidak dapat menerima bahawa Ying mengambil nyawanya sendiri. Dia percaya Ying telah dibunuh!
"Memang sama." Gopal berbisik perlahan setelah menyamakan tapak tangan Ying dengan bekas cap tangan di leher mangsa.
"Kalau nak kata aku, memang mustahillah sebab tapak tangan aku besar. Macam tu juga dengan BoBoiBoy, ayah BoBoiBoy dan Laksamana Maskmana." Gopal menjelaskan dari apa yang dia teliti.
BoBoiBoy melangkah ke arah mayat Ying. "Cap jari Mechabot pun mustahil. Sebab pasti ada jari bergaris-garis pada leher Ying."
"Hanya ada satu cara sahaja untuk tentukan siapa pembunuh." Gopal mengeluarkan spek mata hitam lalu menyarungkannya. Sengaja dia berhentikan ayatnya.
"Cara apa?" tanya BoBoiBoy.
Gopal berdehem sebelum bersuara. "SIAPA PEMBUNUH TURUN TANGAN!"
Mendengar laungan itu, semua di situ kaku seketika sebelum merebahkan diri ke lantai seperti watak anime. Memang boleh pakai cara itu.
BoBoiBoy bangun dari rebahnya sambil membetulkan topinya yang senget. "Mana boleh pakai cara tu!"
"Hehehe, aku tengok dalam detektif Muda Konon boleh sahaja." Gopal menjawab tanpa rasa bersalah. Siap tersengih-sengih lagi.
Mechabot mengherdik Gopal. "RANCANGAN MANA KAU TENGOK ITU!"
Novel yang terbuka itu mendapat perhatian Amato. Dia menunduk untuk mengambil novel di sebelah kaki katil itu. Satu soalan diujarkan. "Ying ini memang suka baca buku, ya?"
Gopal membalas. "Erm, dia dua kali lima sahaja dengan Yaya. Suka baca buku sampai lewat malam. Aha! Mesti Ying dibunuh masa dia tengah baca buku."
"Mana ada peminat novel akan campak sahaja buku ke bawah katil. Kalau tertidur baca buku pun, mesti dekat atas katil atau dalam beg. Jadi betullah." Gopal bersemangat menjelaskan teorinya.
"Tapi, pintu bilik ini dikunci. Tingkap pun sama. Kalau pembunuh itu masuk ke dalam tiba-tiba, mesti Ying akan pertahankan dirinya. Lainlah kalau pintu bilik tak berkunci." Pernyataan Laksamana Maskmana mematahkan teori Gopal.
Gopal mengangkat jarinya. "Oh, it... itu..." Terus tangannya diturunkan. Ah, sudah!
BoBoiBoy mengulas pendapatnya. "Atau... pembunuh itu masuk tanpa paksaan. Macam nak berbincang sesuatu."
"Ha, macam itulah! Rasanya Ying buka pintu masa dipanggil suspek. Macam nak berbincang sesuatu. Masa suspek masuk... ah, pintu bilik berkunci." Gopal berhenti bercakap, mungkin berfikir sesuatu.
Gopal kembali berkata. "Ha, aku rasa aku tahu... mesti pembunuhnya..."
BoBoiBoy tersentak melihat sesuatu di bawah tikar bilik itu. Segera dia membongkokkan badan dan menyorokkannya di dalam poketnya. Dia bangun, menanti kata-kata Gopal seterusnya.
"Kau! Mechabot!" Gopal menunjukkan jarinya tepat di hadapan Mechabot.
Mechabot terpinga-pinga tatkala dirinya dituduh. "Apa? Aku! Mana adalah!"
Laksamana Maskmana berpeluk tubuh. "Apa buatkan kamu mengesyaki Mechabot?"
BoBoiBoy berpaling ke arah Gopal, tidak percaya. "Jangan berguraulah, Gopal. Takkanla..."
"Ya, memang Mechabot. Mechabot kan ada kuasa Mechanize. Dia masuk ke dalam bilik Ying, kononnya nak bincang sesuatu. Lepas itu, dia gunakan tangan Ying untuk cengkam leher si mangsa." Gopal bersungguh-sungguh membentangkan alasannya.
"Setelah dia bunuh Ying, dia bergabung dengan benda kecil, dan gerak-gerak badan sedikit untuk keluar dari celah pintu yang terkunci. Macam itulah dia bunuh Ying!" Gopal mengakhiri ucapannya dengan hidung yang terkembang-kembang.
"Salah!" Amato menidakkan. "Kalau nak gunakan kuasanya, dia kena ada alat Mechanize. Tapi alat itu ada dekat saya sepanjang malam."
"Eh, tapi..." Kata-kata Gopal dipotong Mechabot.
"Ke kau pembunuh yang sebenar?"
Gopal berdalih. "Eh, mana adalah. Aku main dengan BoBoiBoy malam semalam. Tidur pun awal (12 tengah malam)."
Laksamana Maskmana merenung BoBoiBoy yang kelihatan gementar. Rasa curiga mula bertakhta di hatinya. Apa kena dengan anak Amato ini?
Lampu kapal terpadam. Serta-merta pandangan semua orang menjadi samar-samar dalam kegelapan. Suara BoBoiBoy menjadi suara pertama berkata. "Kenapa ini?"
Cahaya datang daripada tablet Laksamana Maskmana. "Nampaknya bilik Electrical telah disabotaj!"
■□■□■□■□■□■□■□■
Mentol yang terpadam kini hidup semula. Gopal menghela nafas lega. Peluh yang menitik di dahinya segera dilapkan. Semua orang nampaknya sudah keluar dari bilik Elektrik.
Huhuhu, mentang-mentang dia lambat sampai.
"Sekarang ini aku kena buktikan yang Mechabot itu pembunuh! Aku yakin!" Gopal berbicara sendiri. Lagipun Mechabot seorang sahaja yang mencurigakan.
"Mechabot?" Suara kecil itu menyapa Gopal.
"Ah!" Gopal terperanjat sampai terlompat lelaki itu. Nasib kepala tidak bersentuh siling, kalau tidak mahu pengsan selama tiga jam. Matanya terarah ke arah TerraBot di hadapannya.
"Kau... TerraBot?" Gopal cuba mencapai TerraBot namun TerraBot terlebih dahulu melarikan diri. "Hei, tunggu!"
Mulalah acara beberapa meter antara Gopal dan TerraBot. Berapa meter? Pengulas ini hanyalah penulis, bukan ahli Matematik mahupun arkitek. Tiada masa hendak ukur jarak bilik Elektrik dengan koridornya.
"Huh... huh... kenapa... kau lari?" Gopal tercungap-cungap mengambil nafas. Bersangka baik, Gopal. Mungkin TerraBot hendak mengajak kau berjoging.
"BoBoiBoy."
Suara Amato dari luar koridor menarik perhatian Gopal. Gopal menyorokkan diri di sebalik dinding dan mendengar perbualan Amato, MechaBot dan BoBoiBoy.
Oh, tidak terlupa. TerraBot yang menyamarkan diri kerana ketakutan.
Amato menghembuskan nafas. Tidak pasti sama ada nafasnya bagaimana. Nafas kecewa, atau nafas sedih.
"Keluarkan barang yang BoBoiBoy sorokkan. Kau pembunuhnya, bukan?"
"Ha?" Gopal membulatkan matanya.
_____Ending Theme_____
Tsurai asa wa unzari suru ne
( Aku dah bosan dengan rasa sakit pagi ini)
Tsumadzuite mo tanoshikute ikete yuku yo
(Walaupun aku tersendung sepanjang jalan, aku tetap teruskan dengan gembira.)
Kuridasou oikakete harukana yume wo
(Marilah pergi, mengejar dia... impian kita yang jauh.)
Donna ni hanareteite mo wakaru
(Tak kira betapa jauhnya kita, aku akan faham.)
Azayaka sugiru kimi ga inai natsu.
( Musim panas tanpamu buatkan ku hilang terangnya)
Ano koe ano shigusa ga hirogatekku
(Suara itu, sifat itu, menerangkan segalanya)
Kotoba ni nanka dekinakute mo ii
(Walau aku tak dapat terangkannya, ianya okey sahaja)
Koboreta hizashi ni kokoro ga nijinda
(Hatiku mencair sama macam limpahan cahaya siang)
Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)
Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)
________________
Ochobot di dalam pejabat terjaga dari lenanya. Skrinnya yang hitam menunjukkan wajah LEDnya. Dia memandang ke arah sekeliling, cuba mengenal pasti tempat yang dia duduki.
Tiba-tiba, riak wajah Ochobot menjadi pucat, seperti menganalisis sesuatu daripada memorinya. "Aku... aku kena halang BoBoiBoy!"
"Pembunuh itu ada dekat dengan dia!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top