6/8
SERIUSLAH! Aku memang tidak percaya. Eh, kau orang tidak ingat ke? Ha, tak akanlah tak ingat Papa Zola itu penyamar kedua. Tak sangka Papa Zola yang pelawak macam aku, juga seorang penyamar.
Hendak nafikan, memang aku dan BoBoiBoy nampak sendiri Papa Zola cabut pisau dari tengkuk Fang yang sudah meninggal. Belum sempat lubang hidung Fang jadi popular, dah tiada ada angin keluar darinya.
Sebab kematian Yaya dan Fang, terus sedih KoKoTaim dibuatnya. Yalah, kekurangan ahli. Tetapi, jangan risau! Dengan semangat Detektif Gopal dan dua orang pembantunya, misi ini akan diselesaikan!
"Hiks... hiks..." Terhinjut-hinjut bahu Ying melepaskan esakan. Badan Otoi yang tidak lagi bernyawa dipeluk Ying. Sukar untuk percaya, ada lagi orang terbunuh.
"Tak mungkinlah..." BoBoiBoy terbuntang mata melihat apa yang tertayang di hadapan mata. Terkedu, tergamam... semuanya bercampur di dalam dada!
Gopal yang menunduk merasa nadi Otoi, berubah kepada posisi bangun. "Otoi meninggal? Ta... tapi kita dah tangkap penyamar kedua! Takkanlah ada penyamar ketiga pula?"
Laksamana Maskmana menggeleng, menyangkal tanggapan Gopal. "Tak, memang dari maklumat yang kita dapat, memang ada dua orang penyamar sahaja. Melainkan..."
Amato menyambung ayat yang Laksamana Maskmana sengaja hentikan. "Salah seorang daripada tahanan kita, bukan penyamar. Tetapi diperangkap."
Semua di situ terkelu lidah mendengar kata-kata Amato. BoBoiBoy mengalih wajah ke arah ayahnya, tidak percaya. "Maksudnya... kita dah tangkap... bukan penyamarlah?"
"Rasanya... ya," ujar Mechabot.
Gopal merenung semua yang menjejakkan kaki di sini. BoBoiBoy dan Ying... tidak mungkin mereka berdua lakukan, sebab mereka berdua sentiasa di sisinya saat berjumpa Ochobot tadi.
Yang merunsingkannya, Amato, Mechabot dan Laksamana Maskmana yang masuk sedikit lambat daripada mereka. Semua tingkah-laku mereka agak mencurigakan di hadapan matanya.
Tapi, siapa yang bunuh Otoi?
____Opening Theme____
Imposter Imperceptible
Evil undectable
Imposter Imperceptible
I found a body beside the reactor.
Somebody killed orange?
Ah, you bastards!
What we gonna do?
This is disaster!
Everbody calm down and tell me what your task was.
I was in admin
swiping a card but it wouldn't go through
I was swiping too hard.
I was dowloading data to 100%
I turned around and saw blue standing next to the vent.
What?
Somebody come watch me scan at medbay?
I say we vote now and get rid of some dead weight.
Well I saw purple lurking, so suspicious.
She kept flipping switches
at the 02 Censors.
Switches? That's a keypad.
This guy sus.
Acting like he's a crewmate just like us.
Kick him off.
That's the only way to protect us.
Bye-bye, Cyan!
You gonna regret this!
__________________________
CERMIN mata hitam Fa... eh, Gopal bersinar-sinar kerana ditempias cahaya lampu penjara itu. Seperti seorang detektif, Gopal mengusap dagunya. "Siapa di antara kamu bukan penyamar?"
"Eh, Gopal. Kita belum masuk sel penjara dia orang lagi. Apa kau buat dekat sini?" BoBoiBoy menegur Gopal yang bercakap seorang diri di hadapan pintu bilik penjara.
Gopal menggaru pipi sambil tersengih. "Eh? Yakah? Hehehe, aku sengaja berlatih supaya tak tersasul bila aku, detektif Gopal mula bersinar."
BoBoiBoy mengalihkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, perlahan. Macam-macamlah Gopal ini. "Dah, jom masuk." Pintu penjara yang ditutup itu dipulas serta ditarik tombolnya.
Kelihatan Amato, Mechabot dan Laksamana Maskmana berbincang dengan serius di hadapan dua sel penjara itu. Papa Zola tengah sedap tidur di dalam selnya manakala Sheilda pula hanya berpeluk lutut sahaja. Pasrah agaknya.
Gopal yang perasan ketiadaan Ying lantas bertanya. "Eh, mana pembantu kedua saya... eh, maksud saya. Mana Ying?" Sempat lagi terselit selorohan dalam soalannya.
Amato memusing tubuhnya menghadap Gopal dan BoBoiBoy seraya bibirnya menjelaskan keberadaan Ying. "Ying... dia pergi bilik dia. Katanya hendak tenangkan diri sekejap."
Mechabot mencelah. "Memanglah. Dah Otoi meninggal dunia depan dia. Tambahan lagi, dia sahaja ahli Tapops perempuan yang tinggal dekat sini."
"Ayah dengan yang lain buat apa ini?" BoBoiBoy mendekati Amato. Nampak sangat khusyuknya berbincang. Buat mesyuarat apalah itu.
"Mengikut maklumat yang kami terima, lengan penyamar akan dicop dengan mikrofon halimunan. Kira macam senanglah dia orang hendak berkomunikasi." Laksmana Maskmana menerangkan.
Mechabot menyambung bicara Laksamana Maskmana yang terasa seperti tidak lengkap itu. "Pengesan penjara ini akan mengesan cop itu. Itu kami tengah periksa pengesan dekat sini. Mana tahu rosak ke."
Gopal memetik jari. "Atau, ada orang hulur lengan dia orang masa pengesan tengah kesan penyamar." Jarinya ditunding ke arah dua sel penjara itu secara berselang seli.
"Tak mungkin. Masa Papa Zola diperiksa dengan pengesan itu, kau orang ada sekali, kan? Semuanya menjarakkan diri daripada penjara itu masa sel itu tengah dikesan." Mechabot membidas teori Gopal.
"Tak mustahil juga. Saya, Laksmana dengan Mechabot dekat dengan penjara Sheilda masa sel penjara Sheilda tengah dikesan." Kata-kata Amato menyokong lagi tanggapan Gopal.
Gopal bersuara teruja. Dia memeluk penumbuknya. "Ha, macam itulah! Mana tahu, ada orang yang palsukan pengesan itu."
BoBoiBoy menyiku Gopal. "Hey, Gopal. Tak mungkinlah antara dia orang... penyamar kot?" Suara BoBoiBoy berubah resah. Sudahlah Amato dan Mechabot orang yang penting baginya.
"Yalah. Habis tu, macam mana Otoi boleh meninggal dunia kalau bukan sebab dibunuh imposter? Aku dah banyak tengok episod Detektif Muda Konon. Percayalah." Gopal cuba meyakinkan sahabatnya.
Mechabot menggeleng sekilas sebelum memuatkan tangannya ke dalam sel penjara. Namun, sampai sahaja ke siku robot itu, ianya tersekat disebabkan pelindung sikunya terlalu besar.
"Haaa." Mechabot mengeluarkan tangannya. "Lengan aku tak muat untuk masuk ke dalam sel penjara ini. Lagipun aku tak pegang pun sel penjara ini bila dia dikesan."
"Mana tahu... ha, entah-entah dicopnya bukan di lengan tetapi di tangan!" Gopal sedaya-upaya membuktikan teorinya benar.
Laksamana Maskmana membalas, tegas. "Tak. Lagipun, yang mengintipnya bukan amatur. Laksamana Tarung kot! Maklumat itu pun diterima darinya, mustahillah salah."
Amato mengerutkan dahi mendengar kata-kata Laksamana Maksamana. "Tarung? Tak tahu pula aku."
Mechabot menepuk kuat belakang Amato. Berbunyi kuat sampai terbangun si Papa Zola. Mechabot menjengil ke arah Amato. "Mana tak dengarnya, duduk tidur masa mesyuarat!"
BoBoiBoy mengukir sengih kecil melihat Amato memarahi Mechabot kerana memukulnya. Senyuman itu memudar apabila mindanya mengingatkan kehadiran sang penyamar.
Ayahnya dan Mechabot... bukan penyamar, kan?
"Ah, Laksamana Tarung pun alien biasa juga." Gopal tidak berputus asa untuk membuatkan semua orang yakin dengan teorinya. Kalau tidak... jatuh maruahlah sebagai detektif yang bergaya.
Laksamana Maskmana. "Haih, kamu ini kadet. Nak saya cakap bahasa alien Mop Mop ke? Meman..."
"Tang! Tang! Taang!" Bunyi siren kecemasan menghentikan bicara Laskamana Maskmana. Alhamdulilah, tidaklah tahi telinga keras semula mendengar bebelan Laksamana Maskmana.
"Kawasan mana yang disabotaj?" Amato laju meminta kepastian.
BoBoiBoy mengeluarkan tabletnya dan memeriksa. "Bilik komunikasi."
"Dah, jom! Sebelum komunikasi rosak, baik kita pergi segera." Laksamana Maskmana bergegas ke bilik komunikasi setelah selesai memberikan arahan.
Seraya kakinya berlari, minda Gopal bersiar-siar memikirkan hal yang lain. Paling mencurigakan di sini ialah Amato, Mechabot dan Laksamana Maskmana.
Masa Otoi meraung kesakitan, suspek bertiga itu baru melangkah masuk ke pejabat. Bahkan, ada satu tikaman berbentuk jarum di tengkuk Otoi. Tikaman beracun.
Tetapi... bagaimana penyamar itu lakukan masa semua orang berada di dalam pejabat?
■□■□■□■□■□■□■□■
Berbunyi-bunyi kerepek di dalam peket yang dibawa Gopal itu. Masakan tidak, Gopal berjalan gaya kanak-kanak riang! Gembira sangat agaknya dapat bawa banyak makanan (secara curi) dari kafe kapal.
"Ush, tak sabarnya nak makan semua ini sebelum tidur..." Gopal menggumam seronok. Air liur yang terasa meleleh dilap dengan pergelangan bajunya.
Sedang Gopal berjalan, seseorang juga turut mengorak langkah di lorong yang lain. Tatkala kaki Gopal membelok ke lorong itu, dia bertembung dengan seseorang itu.
"EH! EH! EH!" Gopal berundur ke belakang kerana terkejut dengan kehadiran Mechabot tiba-tiba di hadapannya. Sampai jatuh terduduk dibuatnya!
Mechabot memandang kosong Gopal yang jatuh di hadapan matanya. Di tangan Mechabot terdapat alat pencapai barang. "Kau curi makanan lagi ya malam-malam macam ini?
Gopal mengutip peket makanan yang terjatuh itu dan dibawa ke ribanya. "Err, Mechabot yang kacak dan bergaya... janganlah bagitahu Laksamana dan..."
"Ah, kau ingat aku ini mudah terpujuk ke? Cepatlah balik bilik. Aku tak bagitahu." Mechabot cepat memintas. Mungkin malas hendak melayan atau menahan muntah melihat wajah comel yang dibuat Gopal.
Wajah Gopal terukir sengih. Dia menunduk meminta laluan. "Hehehe, anak cucu tumpang lalu, tok."
Mechabot melepaskan keluhan berat melihat Gopal. Kenapalah dia dikurniakan orang yang mempunyai otak sama macam Amato di sekelilingnya. Nasib anak si Amato bukan begitu.
"Kenapa bawa alat itu?"
Mechabot berpaling ke belakang apabila mendengar soalan Gopal. Apa lagilah budak ini. Mechabot mengangkat sedikit alat itu. "Amato terjatuhkan alat kawalan jauh dekat belakang almari dia. Sebab tu aku ambil alat ini."
"Oh..." Gopal mengiyakan. Lagipun bilik Amato dan Mechabot dekat dengan kawasan dapur.
Mechabot bercekak sebelah pinggang. "Apa oh? Oh? Masuk bilik!"
"Ba... baaaik!" Gopal segera meninggalkan Mechabot seorang diri di lorong itu. Garangnya Mechabot. Macam manalah Amato hidup dengannya?
Eh, salah soalan itu. Macam manalah Mechabot hidup dengan Amato...
"Eh, lambatnya kau." Suara BoBoiBoy menjengah telinga Gopal ketika kakinya melangkah masuk ke dalam bilik mereka berdua.
Gopal menaiki tangga katilnya. "Yalah, tadi aku terserempak dengan Mechabot." Gopal melabuhkan punggungnya di atas katil tingkat satunya. "Ha, kau buat apa itu, BoBoiBoy?"
"Aku tengah baca maklumat fasal TerraBot ini, ha." BoBoiBoy berhenti membelek skrin tabletnya. Dia menjenguk ke atas. "Eh, bagilah sedikit makanan itu. Hehehe, aku pun nak."
Gopal menghulur sepeket makanan ringan ke bawah. "Eh, tapi aku rasa Mechabot itu agak mencurigakanlah."
"Eh? Kenapa kau fikir macam tu?" Nada suara BoBoiBoy seperti tidak berpuas hati bercampur risau. Sepeket makanan ringan dibuka. "Kan lengan Mechabot tak muat masuk ke dalam sel penjara itu, kan?"
"Memanglah... tapi dia bawa satu alat pencapai itu yang rusingkan aku." Gopal mengusap dagunya sebelum mengujarkan soalan kepada BoBoiBoy. "Eh, kau rasa siapa paling mencurigakan dekat sini?"
Berbunyi helaan halus daripada BoBoiBoy. BoBoiBoy memberitahu, lemah. "Entahlah, Gopal. Aku rasa... tak tahulah. Rasa macam semua orang dekat sini mencurigakan sahaja. Berat hati aku nak tuduh Mechabot dan ayah."
"Laksamana?"
BoBoiBoy sekadar menjungkit bahu.
"Laksamana macam mana?" Gopal mengulang soalannya. BoBoiBoy ini pun satu. Ingat angkat bahu itu Gopal nampaklah.
"Tch, tak tahulah. Aaah, aku tak nak fikir!" BoBoiBoy sengaja mengelak daripada mengesyaki mereka bertiga. Dia menyuap kerepek itu ke dalam mulutnya.
"Itulah... nyum... nyum. Semua orang macam... nyum... mencurigakan. Ayah kau... Mechabot... uhuk! Uhuk!" Gopal terbatuk-batuk kerana tersedak makanan.
"Gopal!" BoBoiBoy keluar dari katilnya. Keningnya bercantum. "Itulah aku kata. Makan jangan sambil cakap. Nanti tidak fasal-fasal tercekik dekat sini."
"Yalah." Gopal memang kata yalah. Entah-entah ayat yang dinasihatkan itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.
BoBoiBoy mengeluarkan cadangan. "Ha, aku ada bawa Saidina. Lagipun awal rasanya nak tidur. Nanti tertekan sangat, aku jadi BoBoiBoy Api pula."
"Saidina?" Gopal menelan kunyahannya. "Eh, kan kena main pun empat orang."
"Apa susah? Aku kan ada lima orang." BoBoiBoy menunjukkan jam kuasanya. Apabila encik BroBroBoy memperlihatkan jam kuasanya, tidak perlu risau akan kekurangan pemain.
Gopal menayang muka menyampah. Berlagak betul dengan jam kuasa itu. Nasib dia sayang mahu tukarkan jam kuasanya, kalau tidak boleh jadi superhero utama selain dari jadi detektif Muda Konon.
Mungkin selama ini anak Amato main dengan diri sendiri sahaja.
Di luar bilik Gopal dan BoBoiBoy, bayang-bayang seseorang membawa sesuatu terhasil di lantai itu. Sosok itu bergerak ke hadapan, menuju ke bilik Ying.
____Ending Theme____
Tsurai asa wa unzari suru ne
( Aku dah bosan dengan rasa sakit pagi ini)
Tsumadzuite mo tanoshikute ikete yuku yo
(Walaupun aku tersendung sepanjang jalan, aku tetap teruskan dengan gembira.)
Kuridasou oikakete harukana yume wo
(Marilah pergi, mengejar dia... impian kita yang jauh.)
Donna ni hanareteite mo wakaru
(Tak kira betapa jauhnya kita, aku akan faham.)
Azayaka sugiru kimi ga inai natsu.
( Musim panas tanpamu buatkan ku hilang terangnya)
Ano koe ano shigusa ga hirogatekku
(Suara itu, sifat itu, menerangkan segalanya)
Kotoba ni nanka dekinakute mo ii
(Walau aku tak dapat terangkannya, ianya okey sahaja)
Koboreta hizashi ni kokoro ga nijinda
(Hatiku mencair sama macam limpahan cahaya siang)
Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)
Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)
🔍🔍🔍
Me: Aku oyak tok soh mari! Mu mari jugok!
Anak writerblock: *tunjuk peace*
Me: Tunjuk peace selipar jepun mu! *angkat senapang*
...
Ha, nak syak itu... bukti kena ada, ya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top