5/8

AKU, BoBoiBoy dan Fang tengah lakukan tugasan terakhir di bilik Makmal atau dalam bahasa Inggerisnya bilik Labortary. Dengar sahaja dari mulut Fang, yang Sheilda itu memang imposter!

Fuh, tidak sangka aku punya sangkaan tepat sekali! Rasanya boleh jadi penganti Detektif Muda Konon suatu hari nanti. Tapi, rasa tak percayalah yang Sheilda tu penyamar.

Dan masa pemancar isyarat itu disabotaj, Laksamana Maskmana ada cerita kat kita orang tentang kuasa TerraBot. Fuh, dia boleh tukar warna macam iguana. Hebat gila!

" Sesumpahlah, Gopal." - BOBOIBOY

Ah? Hehehe, yakah? Haaa... macam sesumpah!

Seawal jam 5:49 minit pagi, Fang menjejakkan kaki ke dalam pejabat sambil meregangkan otot tangannya. Bersungguh-sungguh tangan itu dijulang ke atas. Nasib tak ada kipas nanti betul-betul jadi cendawan tidak bertangan pula.

Fang mendekati meja dan mengeluarkan seplastik berisi donat Lobak Merah yang dibalut di bawah meja. Memandangkan orang lain tengah mandi, baik dia makan dahulu.

"Aaa..." Ketika donat Lobak Merah itu ingin terbang masuk ke dalam mulut Fang, tidak semena-mena telinga alien itu menangkap bunyi besi ruang udara dibuka.

Fang menurunkan donat Lobak Merahnya ke bawah sedikit. Rasa gusar mula terbit di dalam jiwa. 'Bunyi vent? Ada imposter ke?"

Fang menyimpan kembali bungkusan donat Lobak Merahnya ke bawah meja. Bayang-bayang di belakang Fang memanjang kesan dari kuasa Fang sendiri.

Fang mengambil langkah penuh berhati-hati ke arah ruang udara itu. Seperti ejen FBI, Fang menyambar sosok itu menggunakan jari bayangnya. "Hiyargh!"

"Cit... cit... cit..." Fang terlopong melihat seekor tikus berwarna merah meronta-ronta melepaskan diri. Lah, ingatkan penyamar tadi!

"Lah, bintang rupanya. Buat takut aku sahaja." Fang mengomel seorang diri seraya meleraikan kuasanya yang mengikat tikus merah tadi. Tanpa disedari Fang, ada seseorang melekat di siling yang betul-betul di atas Fang.

"Baik aku sambung makan dona... ARGH!" Fang terlompat ke belakang tatkala tubuh seseorang jatuh di hadapannya. Penuh bergaya, sosok itu bangun di hadapan Fang dengan pisau di tangan.

Belum sempat Fang ingin berdiri dengan normal, jam kuasa di pergelangan tangannya rosak serta-merta apabila terkena balingan pisau oleh tubuh itu. Sempat lagi si Fang bertatapan mata dengan sang penyamar yang pakai topeng itu.

Ingat ini drama Hindustan ke?

Fang membuka langkah ke pintu keluar Pejabat yang berlainan tetapi nasib malang buat Fang. Pintu pejabat itu telah disabotaj oleh penyamar itu.

Melihat penyamar itu mengejarnya, Fang menjejakkan kaki ke tepi dinding dan melompat melintasi penyamar itu. Penyamar itu memusing ke belakang dan membaling ke arah Fang.

Fang dengan pantas mengelak pisau itu dari terkena tubuhnya. Dia mendarat dengan selamat namun lain yang terjadi. Sebuah pisau entah dari mana terbang menusuk lehernya.

Penyamar itu mengukirkan senyum sinis. Dia bergerak perlahan, bukan ke belakang gaya Moonwalk itu. Sampai sahaja di hadapan Fang yang nyawa-nyawa ikan, pisau itu dicabut dari tubuh itu.

"Ting!"

Serentak dengan itu, bunyi pintu pejabat dibuka. Tubuh penyamar itu kaku kerana terkedu mendengar bunyinya. Selang beberapa saat, kedengaran suara Gopal dan BoBoiBoy berteriak.

"PAPA ZOLA?"

Kejap, kejap, kejap! Papa Zola imposter?

_____Opening Theme_____

Imposter Imperceptible
Evil undectable
Imposter Imperceptible

I found a body beside the reactor.
Somebody killed orange?
Ah, you bastards!
What we gonna do?
This is disaster!
Everbody calm down and tell me what your task was.

I was in admin
swiping a card but it wouldn't go through
I was swiping too hard.
I was dowloading data to 100%
I turned around and saw blue standing next to the vent.

What?

Somebody come watch me scan at medbay?
I say we vote now and get rid of some dead weight.
Well I saw purple lurking, so suspicious.
She kept flipping switches
at the 02 Censors.

Switches? That's a keypad.
This guy sus.
Acting like he's a crewmate just like us.
Kick him off.
That's the only way to protect us.

Bye-bye, Cyan!
You gonna regret this!

________________________


"KENAPA..." Besi jeriji penjara itu digenggam rapat. Gopal mengetap gigi sebelum bersuara kembali. "Kenapa Kapten Papa buat semua ini?"

Papa Zola hanya mencengkam seluarnya. Hendak menafikan, sudah terbukti di hadapan mata Gopal dan BoBoiBoy dia mencabut pisau daripada tengkuk Fang.

Kesian Fang... belum sempat hendak jadi popular, sudah kena bunuh dengan kapten sendiri. Apalah reaksi si Kaizo nanti apabila mengetahui adiknya sendiri tidak akan membuka mata lagi...

"Maafkan Kebenaran. Kebenaran terpaksa. Kalau tak, bini dan anak Kebenaran akan dibunuh!" Papa Zola membela diri. Sungguh, dia pun tidak sanggup ingin melakukan semua ini?

"Terpaksa? Siapa yang paksa kamu, wahai kapten Papa?" Berterus-terusan Gopal memaksa Papa Zola untuk membuka mulutnya.

Belum sempat Papa Zola ingin menjawab, BoBoiBoy bersuara. Bahu Gopal dipegangnya. "Sudahlah, Gopal. Kita keluar daripada sini."

Amato yang perasan riak wajah BoBoiBoy berubah mengeluh risau sesaat. Dia tahu anaknya terkesan dengan kekecohan yang berlaku di sekeliling mereka.

"Eh, kenapa pula? Kan 2 penyamar dah ditangkap, bolehlah tanya dia orang." Gopal mengerutkan dahi, tidak memahami. Sepatutnya sekarang boleh mengorek rahsia agensi penyamar ini!

Bunyi besi penjara digenggam mengalihkan perhatian dua sahabat itu. Yang pastinya itu ialah Ying, yang berada di hadapan penjara Sheilda. "Betul kata BoBoiBoy... kita cari power sphera TerraBot. Baru sambung tanya mereka."

"Ying..." Gopal dan BoBoiBoy merasa kesayuan di hati Ying. Mana hendak gadis itu percaya, orang yang paling dekat dengan mereka... membunuh sahabat mereka sendiri.

Laksamana Maskmana yang turut berdiri di situ mencelah. "Ya, baik kau orang cari TerraBot dan selesaikan misi dengan segera. Semua tugasan dah disiapkan, bukan?"

"Ya, semua dah disiapkan." Gopal memberi perkembangan misi bagi dua sahabatnya.

"Jadi..." Sengaja Laksamana Maskmana memberhentikan ayatnya. "Apa tunggu lagi? Hendak cakap panjang-panjang ke? Mulakan misi mencari TerraBot sekarang!"

"Ba... baaaik!" Kelam-kabut Gopal, BoBoiBoy dan Ying keluar dari kapal setelah mendengar arahan itu. Bukan Gopal sahaja terhinjut bahu kerana terkejut, si Otoi siap terkentut kecil mendengar nada suara kuat dari Laksamana Maskmana.

Amato menggeleng kepalanya melihat kelakuan orang-orang muda itu. Serupa benar dengan diri dia waktu kecil lepas dimarahi Tok Aba sebab lewat balik rumah.

Mechabot menegur Amato. "Yang kau tersengih-sengih ini kenapa? Sius otak terputus ke?"

Amato segera membetulkan kejang otot hasil dia tersenyum tadi. "Eh, taklah. Mana ada aku senyum. Ta... tadi aku buat senaman."

Laksamana Maskmana berpeluk tubuh memandang dua badut di hadapannya. Macam-macamlah dia orang ini. "Kau orang ada benda lain kan nak buat. Aku jaga dekat sini. Pergiah buat benda itu."

"Oh, yalah! Jom Mechabot!" Amato mengajak Mechabot beredar dari situ tatkala tersedar sesuatu dia perlu buat.

Mechabot pula? Reda sahajalah pergi ikut Amato ke mana sahaja dia pergi. Eh, pergi teman masuk bilik air tidaklah...

■□■□■□■□■□■□■□■

"Hey, Ying. Kau okey ke?" Soalan Gopal memecahkan kesunyian di antara mereka. Yalah, tidak mahulah aktiviti mencari Power Sphera ini diingin sahaja atmosferanya.

Ying membalas tanpa berpaling ke arah Gopal. "Okey, kenapa kau tanya?" Diingin sahaja nadanya. Mata masih meliar mencari objek berbentuk bulat.

Gopal mengusap bahu sendiri yang dilitupi sut. Suaranya pun kak, hoi! Janganlah tegas sangat. Dia meyiku BoBoiBoy, menyuruh rakannya berkata baginya.

BoBoiBoy menghela nafas, berat. Aku juga... "Taklah, muka kau macam sedih sahaja. Yalah, sejak kehilangan Fang ini."

"Mestilah sedih!" Ying menoleh ke arah dua sahabatnya. Putih mata Ying menjadi kemerahan-merahan. Mungkin sebab menangis. "Sudahlah Yaya kena bunuh, lepas tu Fang pula. Dibunuh oleh kawan paling dekat pula itu!"

"Aku cuma tak percaya." Ying memegang dadanya, satu senyuman palsu dipamerkan. "Aku harap sangat... ini mimpi. Aku nak bangun dan tengok kita berlima bersama balik."

"Aku pun rindu Fang..." Gopal meluahkan rasa sayu dari hatinya. Walaupun dia dan Fang sering bertengkar, Fang juga satu-satu kawan rapatnya selain BoBoiBoy.

BoBoiBoy juga turut kelu lidah. Jujurlah dia katakan. Sungguh dia rasa tidak lengkap tanpa mereka berdua, iaitu Yaya dan Fang. Kenapa hari seperti ini perlu berlaku?

Otoi menayang muka polosnya. Dia menarik-narik sut angkasa milik Ying. "Janganlah sedih, kak Ying. Abang Gopal, abang BoBoiBoy. Kan akak dan abang Fang tengah tunggu dekat sana?"

Gopal yang fius otak yang longgar bertanya. "Sana?"

Otoi mengukir senyuman. "Ya, dekat syurga! Jadi marilah kita cari power sphera KentangBot itu sama-sama!"

Ying, Gopal dan BoBoiBoy menahan tawa mendengar kepelatan Otoi. Gopallah yang terlebih dahulu menyembur gelaknya. "Hahaha, mana ada KentangBot. TekaBotlah!"

Ying mengerutkan dahi sambil bercekak pinggang. "Haiya, kau pun samalah Gopal. TerraBotlah."

BoBoiBoy tersenyum, seakan-akan mendapat semangat baru. "Ya, kita janganlah putus asa. Lagipun, kita kan masih ada budak cerdik macam Ying dan detektif Gopal. Kita masih..."

"KokoTaim!" Gopal dan Ying bersuara ceria serentak.

"Yay!" Suara kecil melaung teruja bersama mengejutkan mereka berempat. Anak siapa menjerit keriangan itu? Suara itu datang dari arah...

Mereka berempat memandang ke arah kiri. Sebuah power sphera bulat di sebelah tiang isyarat terkedu tatkala dirinya diperhati. Terus dia menukarkan modnya kepada mod penyamaran semula.

"Itu TerraBot, kan?" Gopal menunding ke arah power sphera yang masih menyorok itu. "Kejap, TerraBot! Kita dah jumpa power sphera!"

BoBoiBoy menunduk mendekati power sphera yang ketakutan itu. "Hey, janganlah takut. Kita orang kumpulan Tapops. Penyelamat power sphera. Keluarlah."

TerraBot mematikan mod penyamarannya. Tapops? Rasanya dia pernah dengar tentangnya. "Penyelamat power sphera?"

"Ya." Bicara Ying dipotong Gopal.

"Betul tu, Tapops. Tracker And Protector Of Power Sphera!" Gopal dengan penuh yakin menjawab. Tidak sangka pula dia ingat. Main sebut sahaja tadi.

Otoi juga cuba memujuk TerraBot. "Ya, janganlah takut. Keluarlah. Nanti kita boleh jadi kawan sama-sama."

TerraBot berura-ura terbang ke arah mereka. Satu gerakan diambil sedikit demi sedikit. Rasa percaya ditanam perlahan-lahan dalam dirinya. Mereka penyelamat power sphera... mereka penyelamat power sphera.

"Kau orang!" Teriakan Mechabot mengejutkan TerraBot. TerraBot menukar laju mod penyamarannya semula.

"Kenapa kau ini, Mechabot?" Gopal menyoal Mechabot yang kelihatan tergesa-gesa. Tidak terlupa kelihatan Amato di belakangnya. Macam biasalah. Di mana ada Amato, di situ ada Mechabot.

Amato menghadiahkan satu senyuman kepada anaknya. "Berita baik, BoBoiBoy. Ochobot dah siap diperbaiki."

Mata BoBoiBoy bersinar. "Betul ke, ayah?"

Gopal merangkul tengkuk sahabatnya. "Baguslah kalau macam itu kan?"

Amato menghayun tangan ke atas. "Mari. Kita ke pejabat sekarang!"

Otoi yang ingin mengikuti mereka semua tersentak apabila TerraBot menggeleng ketakutan ke arahnya. Kenapa TerraBot begitu? Ada sesuatu yang tidak kenakah?

"Ke..."

"Cepatlah, Otoi!" gesa Ying.

"Eh, ya! Baik, kakak Ying!" Otoi berjalan laju ke arah kumpulan mereka kembali.

Sampai sahaja di bilik pejabat, BoBoiBoy berlari ke arah Ochobot yang masih kabur-kabur permandangan robot itu. Dipeluk kawan baiknya dengan penuh kasih sayang. "Ochobot... syukurlah."

"Ochobot! Kita orang risau dengan kau, tau tak?" Ying sudah mengalirkan air mata. Sayangnya tengah pakai sut. Tidak dapat mengelap air mata itu

"BoBoiBoy... Ying..." Lemah sahaja suara Ochobot. Lepas bangun dari lena yang lama, mestilah mamai-mamai sedikit, bukan?

"Siapa yang tikam kau, Ochobot?" Gopal ini... Ochobot baru bangun. Terus ditanya soalan kepadanya.

"Itu..." Ochobot tiba-tiba mengeluarkan cahaya elektrik di sekelilingnya. Terkesan agaknya dengan pertanyaan Gopal.

"Alamak, terkena sawan ke?" Gopal berasa panik melihat Ochobot menggeletar seperti terkena penyakit Parkison. Eh, robot boleh kena penyakitkah?

"Ochobot! Ochobot!" BoBoiBoy cuba menyedarkan Ochobot.

"Eh, kenapa ini?" Amato menuju ke arah Ochobot. Belum tiba kaki Amato seinci dari mereka berempat, Ochobot sudah pulih semula.

"Yang tikam aku..." Emoti Ochobot pada skrin LEDnya berubah pucat melihat Laksamana Maskmana dan Mechabot menjenguknya.

Ochobot merapatkan dirinya ke arah dada BoBoiBoy. "BoBoiBoy... tolong aku. Aku takuuut..."

BoBoiBoy mengusap Ochobot, menenangkan sahabat robotnya. "Dah, dah... aku ada."

Tiba-tiba, suara Otoi menjerit kedengaran. "AAAAA!"

"Suara siapa itu?" Gopal berpaling laju ke arah tingkap. "Kejap... Otoi terbaring dekat tiang isyarat!"

"APA?" Amato sukar mempercayai apa yang didengarnya.

"Macam mana dia boleh keluar dari situ?" Gopal menyoal Ying.

Ying lambat-lambat menjawab. "Tadi, dia minta nak pergi dekat TerraBot. Aku bagi sahajalah. Tak sangka..."

Ah, sudah! Kata penyamar sudah ditangkap? Jadi, bagaimana Otoi boleh terbaring lemah di luar? Kejadian itu... angkara siapa?

____Ending theme____

Tsurai asa wa unzari suru ne
( Aku dah bosan dengan rasa sakit pagi ini)

Tsumadzuite mo tanoshikute ikete yuku yo
(Walaupun aku tersendung sepanjang jalan, aku tetap teruskan dengan gembira.)

Kuridasou oikakete harukana yume wo
(Marilah pergi, mengejar dia... impian kita yang jauh.)

Donna ni hanareteite mo wakaru
(Tak kira betapa jauhnya kita, aku akan faham.)

Azayaka sugiru kimi ga inai natsu.
( Musim panas tanpamu buatkan ku hilang terangnya)

Ano koe ano shigusa ga hirogatekku
(Suara itu, sifat itu, menerangkan segalanya)

Kotoba ni nanka dekinakute mo ii
(Walau aku tak dapat terangkannya, ianya okey sahaja)

Koboreta hizashi ni kokoro ga nijinda
(Hatiku mencair sama macam limpahan cahaya siang)

Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)

Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)


















✨✨✨

Writerblock: Terima kasihlah jaga anak aku. Nanti aku datang lagi...

Nooroo: *tunjuk penumbuk* Datang selipar jepun kaulah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top