4/8

DALAM beberapa minit yang lepas, Yaya pula dibunuh. Kemudian, kita orang jumpa pisau yang digunakan untuk tikam Ochobot. Lepas tu, power sphera nama Te... TekaBot datang bagi senjata pembunuh bak kata Laksamana Maskmana.

Dengan menggunakan kebijaksanaan detektif aku, aku telah menangkap penyamar pertama yang sebenar. Tidak sangka aku Sheilda, adik kembar kepada abang tudung saji yang aku kagumi... buat semua ini.

Kenapa? Sebab luka pada tangan Sheilda sama dengan tali memancing yang digunakan untuk bunuh Yaya. Tetapi, entah kenapa aku rasa tidak sedap hati.

Kalau betullah Sheilda penyamar, siapa pula penyamar kedua? Eee, takutnya aku! Amma!

Sheilda duduk dengan pandangan kosong di dalam penjara tersebut. Wajahnya bercahaya ditempias cahaya biru iaitu pengesan penyamar pada badannya yang dihasilkan dari siling penjara.

"Macam mana nak tahu dia imposter dengan hanya scan sahaja?" Amato tergaru sisi kepala sambil bertanya.

Mechabot menjeling ke arah Amato. Tangannya masih kekal memeluk tubuh besinya. "Haih, itulah. Masa mesyuarat, kau tertidur. Mengikut maklumat daripada Laksamana Tarung, bos si agensi itu akan cop lengan penyamar dengan cop halimunan."

Laksamana Maskmana mengangguk, mengiyakan. "Ya. Dengan cop itu dapat mengetahui setiap tindak-tanduk mereka. Kira macam cop mikrofonlah."

Pada dinding atas sel penjara itu berkelip-kelip cahaya merah, menandakan keputusan telah diletakkan.

"Sheilda was an imposter."

Sheilda terbuntang mata. Dia terbangun daripada duduknya. "Kejap, bukan akulah! Mesin ini rosak agaknya!"

Mechabot mendongak, memerhati cahaya lampu yang berkelip-kelip. Lampu itu kemudian berkelip setelah ditekan satu butang. "Tak. Elok lagi. Celah mana rosaknya?"

Riak wajah Amato berubah tegas. "Sheilda? Kau imposter? Siapa yang arahkan kau? Siapa pengintip yang lain?"

"Kau ini pun... nak kata bebal. Dari kau kecil aku dah latih kau." Laksamana Maskmana memperlahankan nada suaranya. "Kan ada cop mikrofon, bahayalah kalau orang lain dengar."

"Oh, hehehe. Maaf." Sempat lagi si bapanya BoBoiBoy tersengih. Berbeza betul dengan anaknya. Nasib si anak lebih ikut perangai emak.

"Sumpah, aku bukan imposter! Aku tak bunuh Yaya. Memang aku pergi sana nak ambil ke rantak kunci abang aku saja!" Sheilda menidakkan.

Mechabot berdesis perlahan. "Rasa macam ada sesuatu yang tak kena."

Agak-agak... siapa penyamar yang kedua?

_____Opening Theme_____

Imposter Imperceptible
Evil undectable
Imposter Imperceptible

I found a body beside the reactor.
Somebody killed orange?
Ah, you bastards!
What we gonna do?
This is disaster!
Everbody calm down and tell me what your task was.

I was in admin
swiping a card but it wouldn't go through
I was swiping too hard.
I was dowloading data to 100%
I turned around and saw blue standing next to the vent.

What?

Somebody come watch me scan at medbay?
I say we vote now and get rid of some dead weight.
Well I saw purple lurking, so suspicious.
She kept flipping switches
at the 02 Censors.

Switches? That's a keypad.
This guy sus.
Acting like he's a crewmate just like us.
Kick him off.
That's the only way to protect us.

Bye-bye, Cyan!
You gonna regret this!

_______________________

"APA? Jadi memang betullah Sheilda imposter?" Mata Gopal membulat, tidak percaya. Seriuslah apa yang Fang kata ini? Ke sius otak putus lepas makan donat lobak merah yang sudah terkena hingus sendiri?

BoBoiBoy mengeluh berat. "Macam tak percaya saja." BoBoiBoy terus menaiki ke atas bulat Medbay untuk mengesan identitinya dan menerima maklumat tugasannya setakat ini.

"Kau rasa siapa penyamar yang seterusnya? Takutlah aku." Gopal meluahkan rasa gelisahnya kepada Fang. Tangannya masih berhati-hati menyambung kabel elektrik yang terputus.

"Patutlah kau rapat sangat dekat aku." Fang menolak perlahan Gopal yang berempit dengannya. Rimas! Penakut sangat kawannya ini.

Gopal menutup penutup kabel elektrik itu setelah tugas menyambung wayarnya itu selesai. Sambil menutupnya, Gopal bersuara. "Agak-agaknya, siapa lagi mencurigakan daripada Fang, ya?"

Fang menggenggam penumbuknya. "Kau kata apa tadi, Gopal?"

"Erk, tak ada apa-apaaa..." Gopal terus menyorok di belakang BoBoiBoy yang baru turun dari Medbay Scan. Walaupun apa terjadi, kita kena lari dari landak cendawan untuk pastikan nyawa selamat.

"Entahlah." BoBoiBoy mengangkat bahu, pasrah. "Aku tak tahu nak syak siapa. Kalau boleh aku nak siapkan tugas ini dengan cepat je. Dan cari TerraBot."

Air muka BoBoiBoy yang tadi muram berubah ingin tahu. "Ha, cakap fasal TerraBot. TerraBot ini power sphera apa sebenarnya?"

"TerraBot ada kebolehan untuk tukar warna mengikut keadaan di sekelilingnya." Laksamana Maskmana tiba-tiba memberikan penerangan daripada belakang membuatkan Gopal terjatuh kerana terkejut.

Laksamana ini. Tiada angin kentut, tiada ribut taufan yang melanda...tidak semena-mena sosok tubuh dia berdiri belakang tiga remaja lelaki itu secara magik.

"Berubah warna? Macam salah satu haiwan dekat bumilah... biawak ke namanya?" Fang cuba menekan nama haiwan yang boleh menukar warnanya.

"Biawak apanya. Sesumpahlah." BoBoiBoy membetulkan kesalahan Fang. Kena banyak membaca si Fang ini selain buat latihan buku tingkatan lima.

"Bukan boleh tukar warna sahaja..." Kata-kata Laksamana Maskmana terhenti tatkala lampu bilik makmal (Labortary) berkelip-kelip berwarna merah.

"Eh? Apa jadi?" Gopal yang bangun dari terkejut terpinga-pinga dengan suasana yang bertukar cemas sekelip mata.

Mungkin masa inilah patut guna idea Papa Zola. Kalau sekeliling anda terasa cemas atau membahayakan anda. Maka anda patutlah pura-pura pengsan.

Jangan cemas masa sembelit, pura-pura pengsan pula. Tidak fasal-fasal bomba mesyuarat lima jam semata-mata hendak fikir bagaimana cara untuk keluarkan kau orang dari tandas itu.

Fang memeriksa tabletnya. "Nampaknya ada sabotaj dekat isyarat bahagian barat laut dengan timur laut."

"Jadi, apa tunggu lagi? Cepat pergi ke bahagian isyarat. Nantu terputus, susah pula." BoBoiBoy segera pergi ke pemancar isyarat berdekatan makmal (timur laut).

Fang dan Laksamana Maskmana mengangguk dengan bicara BoBoiBoy. Dua alien itu keluar daripada ruang makmal menuju ke bahagian isyarat barat laut.

"Hey, tunggulah!" Gopal mengekori BoBoiBoy yang sudah meninggalkan.

Gopal menaiki pemancar isyarat dan berdiri di sebelah BoBoiBoy dengan keadaan termengah-mengah. Sesak nafas sekejap. Ambil oksigen dari tangki ini banyak-banyak dahulu!

Gopal mendekati BoBoiBoy. Memandangkan BoBoiBoy sudah meletakkan telapak tangannya di tempat mengimbas, tidak perlu susah-susah tangannya untuk diimbas sama.

Skrin di hadapan mereka menunjukkan 'menunggu pengguna yang seterusnya' dalam tulisan alien. Beberapa minit kemudian, kerjaya sabotaj itu dihalang oleh BoBoiBoy dan juga Laksamana.

BoBoiBoy dan Gopal masing-masing menarik nafas lega. Tidak terputuslah isyarat untuk dihantar ke Tapops. Kalau terputus, memang satu habuk maklumat terkini mungkin tidak dapat.

"Isyarat dah diperbaiki?" Amato yang baru tiba bertanyakan keadaan kepada BoBoiBoy. Dia daripada bilik dandang, isi oksigen.

BoBoiBoy menunjukkan simbol bagus. "Dah."

"Baguslah." Amato mengusap kepala anaknya yang disarung sut angkasa itu. "Nasiblah kau tak dibunuh oleh penyamar lagi."

"Tak payah risaulah, ayah. BoBoiBoy okeylah." BoBoiBoy cuba meredakan rasa risau di dalam hati Amato. Lagipun dia sudah biasa 'berdikari'. Huhuhu, sendu sekejap.

Gopal yang melihat Mechabot segera mengujarkan soalan pada robot Amato itu. (Nanti menangis terharu pula dengan agenda anak-bapa itu.) "Eh, Mechabot. Betul ke yang Sheilda... penyamar?"

Mechabot mengangguk. "Ya."

Gopal terasa kekok apabila Mechabot hanya membalas sepatah sahaja pada pertanyaannya. "Ya?"

Mechabot. "Kau nak aku cakap panjang-panjang ke? Ya, Sheilda imposter. Cuma kita orang belum jumpa penyamar yang kedua."

"HA? KAU ORANG DAH JUMPA IMPOSTER YANG KEDUAAA. Biar kebenaran!" Papa Zola melontarkan suara dengan kuatnya.

"Pekak telinga aku macam ini." Amato yang ingin mengorek telinga terturun tangannya. Lupa pula tengah pakai sut angkasa. Geleng-geleng kepala sudahlah.

"Bukanlah, kapten Papa. Belum jumpa." Gopal menyangkal apa yang didengari Papa Zola.

"Oh, cakaplah terang-terang. Sut ini bila pakai jadi tak dengar sangat." Papa Zola mengetuk sut helmet itu beberapa kali. Eh, Papa Zola ini. Tidak takut berlubangkah sut itu nanti?

Laksamana Maskmana yang menjejak kaki ke arah mereka lantas menyampuk. "Sudah! Sudah. Terus buat tugasan dan mencari TerraBot. Jangan lengahkan masa."

BoBoiBoy yang perasan ketiadaan dua ahli mereka bertanya. "Eh, mana Ying dan Otoi?"

"Ha'ahlah. Tak nampak pula dua orang itu. Tak kanlah... kena bunuh?" Gopal laju bersembunyi di belakang BoBoiBoy. Rasa aura seram menyelimuti diri tiba-tiba.

"Tak adanya sampai kena bunuh. Dia orang ada dekat bilik CCTV." Amato memberitahu kedudukan Ying dan Otoi. Nanti risau lebih-lebih pula si Gopal ini. Susah juga.

"Padanlah. Si Ying itu buat kerja laju." Fang kemudian meminta diri. "Dahlah. Aku nak buat task dekat tempat lain. Bye. Jumpa pukul 5 petang."

"Yalah. Ayah pun nak pergi buat tugasan. Jaga diri elok-elok, BoBoiBoy." Amato pun meninggalkan BoBoiBoy bersama Gopal dan Laksamana Maskmana. Comel sahaja Mechabot ikut dari belakang. Kata dia bukan robot Amato.

"Jom, BoBoiBoy. Pergi bilik dandang. Tu kan tugas terakhir kita, kan? Lepas ini... boleh goyang-goyang kaki." Gopal mengajak temannya untuk pergi ke tempat lain. Lagipun dia takut untuk ke sana seorang diri.

Belum sempat BoBoiBoy menyahut, Laksamana Maskmana sudah mengujarkan kata. "Aku pun ada tugasan dekat situ. Jadi lebih baik kalau aku teman kau orang."

"Ha, baguslah kalau Laksamana Maskmana ikut sekali. Belum puas saya nak bincang fasal Power Sphera." BoBoiBoy berasa seronok dapat mengumpul maklumat daripada Laksamana Maskmana.

Gopal menayangkan wajah menyampah. Nasiblah dapat kawan yang minat banyak maklumat ini. Terpaksalah tadah telinga mendengar. Huhuhu, sudahlah lapar.

"Power Sphera TerraBot bukan sahaja boleh tukar warna pada badannya sendiri. Tapi dia boleh tembak dan tukar warna barang pada mangsannya," terang Laksamana Maskmana.

"Tembak? Pergh, kalau dia tembak penyamar. Senanglah sebab mesti pelik sut angkasa tiba-tiba bertukar. Atau TerraBot boleh bagitahu kita siapa penyamar macam kawan si Detektif Muda Konon!" Gopal berceloteh seketika.

BoBoiBoy tersengih mendengar kata-kata Gopal. Riak muka tadi macam malas hendak mendengar. Ini siap boleh kaitkan dengan cerita kegemarannya pula.

Laksamana Maskmana hanya melayan sahaja Gopal. "Ha, lebih kurang macam itulah."

TerraBot yang mendengar perbualan mereka mematikan mod penyamarannya sebelum menghidupkan semula. TerraBot sengaja berjalan sekitar tersebut seraya dilontarkan senandung perlahannya.

TerraBot sempat membrekkan penerbangannya daripada terlanggar sosok di hadapannya. Fuuh, tanjat Boboi. TerraBot dengan nakal memerhati mesej pada telefon pemilik tubuh ini.

Alangkah terkejutnya TerraBot apabila pemilik tubuh ini menerima mesej daripada agenda penyamar. Sah, inilah penyamar kedua itu! Apa yang perlu dia buat?

"Tembak? Pergh, kalau dia tembak penyamar. Senanglah sebab mesti pelik sut angkasa tiba-tiba bertukar. Atau TerraBot boleh bagitahu kita siapa penyamar macam kawan si Detektif Muda Konon!"

Penuh berhati-hati, TerraBot mengeluarkan cahaya tepat mengenai sebelah kasut milik tubuh ini. Kasut itu berubah warna mengikut warna tanah keunguan yang dipijaknya.

Selesai menembak, power sphera itu meninggalkan tempat itu dengan segera. Harap-harap dia boleh membantu dua orang tersebut.

Nampaknya mereka berdua macam baik sahaja.

_____Ending Theme_____

Tsurai asa wa unzari suru ne
( Aku dah bosan dengan rasa sakit pagi ini)

Tsumadzuite mo tanoshikute ikete yuku yo
(Walaupun aku tersendung sepanjang jalan, aku tetap teruskan dengan gembira.)

Kuridasou oikakete harukana yume wo
(Marilah pergi, mengejar dia... impian kita yang jauh.)

Donna ni hanareteite mo wakaru
(Tak kira betapa jauhnya kita, aku akan faham.)

Azayaka sugiru kimi ga inai natsu.
( Musim panas tanpamu buatkan ku hilang terangnya)

Ano koe ano shigusa ga hirogatekku
(Suara itu, sifat itu, menerangkan segalanya)

Kotoba ni nanka dekinakute mo ii
(Walau aku tak dapat terangkannya, ianya okey sahaja)

Koboreta hizashi ni kokoro ga nijinda
(Hatiku mencair sama macam limpahan cahaya siang)

Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)

Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)


















🔍🔍🔍

Selamat Hari Jadi, Iszanirah :V

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top