2/8
MASIH ingat dengan suara ala-ala suara drama Hindustan ini? Ha, inilah aku, Gopal! Sebelum kita orang turun ke Planet Polus, Laksamana Maskmana pun berikan tugasan seperti mana yang dijanjikan.
Kalau diperiksa kembali, fuuh... banyaknya tugasan aku! Kena periksa A.I Id dekat pejabatlah. Ini kalau buat sambil minum Ice Blended Special Chocolate Tok Aba pun sempat ini!
Oh, terlencong dari pangkal jalan pula! Dipendekkan cerita, aku baru lepas buat satu tugasan, kemudian aku lapar. Aku pun pergilah dengan BoBoiBoy dan Ochobot ke kapal untuk dapatkan sedikit stok makanan.
Tiba-tiba...
"Ochobot!" BoBoiBoy duduk melutut di hadapan Ochobot yang kelihatan sudah tidak berfungsi. Dipeluk Ochobot erat ke dadanya. "Ochobot! Ochobot!"
"Ochobot... Ochobot macam mana?" Gopal menghampiri BoBoiBoy dengan riak tidak percaya. Tidak sangka salah satu penyamar sudah mula mengangkat tangan, melakukan kerja.
Air mata BoBoiBoy mula bergenang. Dengan suara yang hendak pecah, dia menjelaskan. "Aku... aku tak tahu. Aku dah sebut nama Ochobot... tapi Ochobot tak menyahut pun!"
"Ochobot..." Gopal turut bersedih melihat skrin Ochobot langsung tidak menyala. Mata Gopal tidak semena-mena menangkap sesuatu. "Sekejap, macam ada pisau yang tikam Ochobot."
BoBoiBoy yang mendengar lantas memusingkan tubuh Ochobot. Memang benar! Ada tebukan selebar 3 sentimeter pada sisi Ochobot. Bermakna senjata yang digunakan ialah pedang.
"Tak guna betul! Mesti pisau penyamar tu curi masih ada berdekatan di sini." Gopal mula meliar matanya mencari pisau berdekatan persekitaran mereka.
Satu deruan angin menyapa pipi mereka. Rupa-rupanya Ying menggunakan kuasa kelajuan masanya untuk sampai ke sini. "Wey, kenapa ini?"
Di belakang Ying, diikuti Sheilda yang keluar datang daripada bilik berdekatan bilik Elektrik dan bilik Keselamatan. Sheilda menyapa. "Apa hal ini... ah!"
Ying menutup mulut, tidak sanggup menafikan apa yang berada di hadapan mata. Lidah Sheilda terkelu tanpa bergerak langsung... turut terkedu dengan situasi di hadapan mata.
Permandangan Ying kabur dengan air mata. "Ochobot? Ochobot! Siapa yang buat ini?" Mata Ying masih terarah kepada Ochobot yang langsung tidak ada tanda-tanda untuk bangun.
"Ochobot... Ochobot kena tikam dengan imposter." Perlahan sahaja nada suara BoBoiBoy menerangkan apa yang berlaku.
Tegas Gopal bersuara. "Dan, alat yang digunakan untuk tikam Ochobot, nampaknya macam objek berupa pisau."
Ying dan Sheilda berpandangan sesama sendiri. Dalam diri, mula tumbuh sedikit anak pokok ketakutan. Nampaknya penyamar antara mereka sudah mula bertindak berani dengan menjadikan Ochobot sebagai mangsa pertama!
Tapi, persoalannya... siapa penyamar antara kita orang?
______Opening Theme______
Imposter Imperceptible
Evil undectable
Imposter Imperceptible
I found a body beside the reactor.
Somebody killed orange?
Ah, you bastards!
What we gonna do?
This is disaster!
Everbody calm down and tell me what your task was.
I was in admin
swiping a card but it wouldn't go through
I was swiping too hard.
I was dowloading data to 100%
I turned around and saw blue standing next to the vent.
What?
Somebody come watch me scan at medbay?
I say we vote now and get rid of some dead weight.
Well I saw purple lurking, so suspicious.
She kept flipping switches
at the 02 Censors.
Switches? That's a keypad.
This guy sus.
Acting like he's a crewmate just like us.
Kick him off.
That's the only way to protect us.
Bye-bye, Cyan!
You gonna regret this!
_________________________
"BAM!" Terhinjut bahu semua di dalam pejabat utama mendengar ketukan meja datang dari kedudukan Laksamana Maskmana.
Laksamana Maskmana membawa tangan ke dahi, niatnya ingin mengurut dahi namun terlupa empunya diri ini pakai topeng. Hendak sorok malu, tepuk dahi sahajalah.
"Macam mana boleh berlaku? Ah..." Laksamana Maskmana kehilangan kata-kata. Dia mengeluh pada akhir ayat. Dia hendak bercerita, dia sendiri tidak tahu mana satu penyamar antara mereka.
"Masa itu, saya sedang isi bekalan minyak dekat dalam bilik stor. Tiba-tiba sahaja saya dengar BoBoiBoy sebut nama Ochobot, cepat-cepat saya datang ke sana." Ying menceritakan apa yang berlaku dari sebelah pihaknya.
BoBoiBoy menyoal perlahan kepada Mechabot yang sedang memperbaiki Ochobot. "Mechabot, rasanya boleh baiki tak Ochobot?"
Mechabot tersenyum, cuba memenangkan BoBoiBoy. "Ala, jangan risaulah. Sekejap sahaja ini. Aku dapat baiki punyalah."
"Tak apa, ayah yakin Ochobot akan kembali pulih. Lagipun kita kena naikkan semangat. Kalau kita lemah semangat, senanglah si penyamar tu hendak jatuhkan kita." Amato memegang bahu BoBoiBoy , dengan harapan dapat menaikkan semangat anaknya.
Gopal beralih pandangan ke arah Laksamana Maskmana selepas memerhati drama sebabak itu. Dia menyuarakan pendapatnya. "Rasanya, penyamar itu gunakan pisau untuk menebuk Ochobot!"
"Pisau? Pisau dapur ke pisau biasa?" Walaupun kedengaran Papa Zola bertanya, ada nada selorohan di situ.
"Pisau dapur dan..." Gopal mengeluarkan spek mata hitam dengan tertulis nama Fang di tepi bingkai spek mata hitam itu. Spek mata itu terus disarungkan ke wajahnya.
Fang yang perasan spek matanya itu segera mencelah. "Woi, itu spek mata hitam aku, kan? Patutlah aku cari tak jumpa!"
Gopal mengabaikan amarah Fang. Tidak takut kena tusukan rambut landak Fang budak ini. "Untuk mencari siapa penikam belakang Ochobot, kita perlukan alibi masing-masing!"
"Ha? Ali Bhai? Eh, kenapa nak tonton drama Hindustan pula sekarang ini?" Papa Zola yang samar-samar mendengar sudah mengerutkan dahi. Dengar macam Gopal sebut nama filem aksi India sahaja tadi.
Ying menepuk dahi sehingga merah dahinya. "Haiya, cikgu ni..."
"Alibi itu bukti suspek berada di tempat lain semasa kejadian itu berlaku." Yaya menjawab makna alibi yang disebut Gopal sebelum menjelaskan buktinya. "Aku dengan Otoi dekat bilik Security sepanjang tadi."
"Aku pula buat Medbay Scan dekat Labortary Room," ujar Fang. "Kalau tidak percaya. Boleh tanya..."
"Jangan risau. Kebenaran ada membuktikan kebenaran Fang buat Medbay Scan. Hahaha, masa itu saya tengah tunggu dia buat Medbay Scan sekali." Penerangan Papa Zola mengukuhkan lagi alibi Fang sekaligus alibinya juga.
Laksamana Maskmana menyambung selepas selesai Papa Zola berbicara. "Saya pula dekat pejabat, tengah buat tugasan sambung wayar."
"Saya pula dengan Mechabot tengah periksa sentiasa keselamatan senjata. Tak ada pula senjata dibawa lari sepanjang kejadian itu." Gopal terangguk-angguk dengan alasan Amato.
"Ak..."
"Kau, Sheilda! Kenapa, senyap?" Gopal menunding jari penuh berlagak ke arah Sheilda.
Sheilda menayang muka menyampah ke arah Gopal. Kalau ada perisainya, sudah lama dipatahkan tulang si Gopal ini. "Aku baru hendak jelaskan, kau pun sibuk nak cakap."
"Oh, maaf. Ehem! Sila sambung." Gopal memberi ruang untuk Sheilda bertutur kata.
Sheilda menghela nafas kasar. Macam-macamlah budak Gopal ini. "Aku tengah buat tugasan dekat bilik Electrical. Rasanya memang susah kalau aku hendak tikam Ochobot sebab dekat dengan Dropship, ada CCTV."
Yaya memetik jari. "Yalah. Lagipun aku tak tengok pun Sheilda jalan dekat situ masa 2 petang. Pembunuhan itu pukul 2 petang, bukan? Aku nampak Sheilda keluar pun dalam pukul 2:15 minit petang."
"Lagi satu, di bilik komunikasi tadi, saya terima peta vent dan kawasan CCTV di bilik daripada Komander Kokoci." Laksamana Maskmana menggunakan projektor di bilik pejabat itu.
Projektor itu memaparkan peta Planet Polus. Bukan itu sahaja, tentera hubungan setiap ruang udara pada peta tersebut serta termasuklah kawasan CCTV.
"Hrm..." Gopal mengusap dagunya. Mungkin tengah berlagak kononnya seperti Detektif Muda Konon! "Paling dekat dengan kawasan sini ialah Ying, Shielda, Fang dan Papa Zila! Eh, teringat Mama Zila pula. Dan... Papa Zola!"
Terteguk juga air liur apabila tersalah sebut nama isteri orang. Sempatlah rasa menggigil tubuh badan melihat Papa Zola menjeling ke arahnya.
(Atau mungkin Papa Zola marah sebab Gopal sebut nama isteri yang membuatkan hati kebenarannya itu takut. Lutut pun sudah terketar-ketar.)
"Tetapi bagi aku atau Papa Zola tikam Ochobot itu memang mustahillah. Sebab ambil Medbay Scan pun dalam masa 5 minit kot!" Fang menyangkal tuduhan Gopal.
"Jadi, Sheilda dan Yinglah?" Gopal merenung tepat Sheilda dan Ying. Dia kemudian mengelilingi Ying dengan pandangan mencurigakan. "Lagi-lagi kau ada kuasa manipulasi... aduh, tersepak kerusi pula! Ehem! Lagi-lagi kau boleh lari laju!"
Ying berpeluh menidakkan. "Eh, taklah! Kalau tidak percaya, mesti botol minyak itu tak akan penuh punya maa."
Yaya segera membela kawan baiknya. Dia tidak akan percaya kalau kawan rapatnya mencederakan kawan sendiri. "Lagipun, mesti ada kesan minyak kalau Ying yang lakukan!"
Suara Otoi menyelit di antara perbincangan serius mereka. "Ya, lagipun akak Sheilda tak nampak langsung dekat CCTV!"
Gopal menjeling tajam Otoi. "Dey, budak. Kamu diam. Ini urusan..."
"Jadi, Gopal dan BoBoiBoy. Apa alibi kamu?" Laksamana Maskmana menyoal.
"Saya dengan BoBoiBoy pergi kapal angkasa balik sebab saya lapar. Nak ambil makanan. Masa BoBoiBoy pusing belakang, tengok-tengok Ochobot dah terbaring dekat lantai." Bersungguh-sungguh Gopal menerangkan.
BoBoiBoy memberikan maklumat tambahan. "Masa itu sekeliling memang sunyi, tak ada orang yang kita orang lihat masa itu."
"Ada banyak kemungkinan. Mungkim Gopal boleh tikam Ochobot masa BoBoiBoy tak nampak ataupun BoBoiBoy boleh berpecah jadi dua untuk kelirukan alibinya." Fang memberikan kemungkinan.
"DUM!" Sekali lagi, terkejut jantung-jantung di situ mendengar bunyi itu. Jelas sekali bunyi itu datang daripada tumbukan Amato pada dinding.
Kesian meja dan dinding. Dalam drama, novel, komik. Kalau hendak lepaskan geram, mesti tumbuk dua benda itu. Cubalah tumbuk bantal ke, duit ke, angin ke...
"Tidak mungkin BoBoiBoy akan buat macam tu dekat kawan baik sendiri." Amato menyangkal pendapat Fang.
Gopal membawa tangan ke dadanya, menjelaskan. "Lagipun kalau aku yang tikam... mesti BoBoiBoy dah perasan masa pusing belakang ataupun dengar bunyi Ochobot terkejut."
"Tapi..."
Mechabot mengeluh, geram. Kandang sebelah sana menyalak, sebelah sana pula mengonggong. Elok sangatlah dia orang berkawan baik!
"DIAM!" Mechabot melaung sekuat hati. Hanya bunyi bilah kipas berpusing sahaja selepas itu. Jangan sesekali buat Mechabot marah. (Amato akan mengabaikan peringatan ini.)
"Baiklah. Kita skip dahulu perbincangan ini. Jangan pening-pening. Bergaduh macam ini, imposter tu lagi suka." Mechabot memberikan cadangan. "Kira rehat dan sambung perbincangan selepas ini."
"Baiklah. Nampaknya macam Mechabot katakan. Kita skip sahaja dahulu, lepas ini kita sambung." Laksamana Maskmana turut mempersetujui idea Mechabot.
"Baiklah. Tetapi, saya akan perhatikan kau orang." Gopal membuat gaya mata ke mata kepada mereka semua kecuali Laksamana Maskmana. Berlagak sangat ini.
"Okey, rehat ini. Pulangkan balik spek mata aku." Fang dengan tegas menghulurkan tangannya di hadapan Gopal.
"Ala, pinjam kejap pun tak boleh." Gopal mengembalikan spek mata Fang.
■□■□■□■□■□■□■□■
"Tap! Tap! Tap!" Kekunci pada papan kekunci itu berbunyi setiap kali ditekan oleh jari mulus Yaya. Yalah, kalau sepak papan kekunci itu, lain pula bunyinya. Silap hari bulan mahu main kejar-kejar dengan Laksamana Maskmana.
Sementara kaum lelaki pergi bersembahyang Zuhur (Gopal main kad Uno dengan Mechabot, Fang dan Laksamana Maskmana), Yaya yang berada dalam 'lampu merah' (haid) ini pun duduk sahaja di hadapan komputer CCTV.
Ying pula pergi ambil makanan manakala Sheilda melakukan tugasan. Hendak siap awal katanya.
"Hrm. Pelik. Langsung tidak ada apa-apa benda pelik dekat CCTV ini." Yaya menongkat dagunya yang terasa lenguh. Jarinya masih kekal menekan pada papan kekunci yang sama setiap beberapa saat.
Tanpa disedari Yaya, ruang udara berdekatan pintu bilik CCTV dibuka. Sosok itu menutup ruang udara dengan penuh berhati-hati. Melihat Yaya yang sedang leka merenung skrin monitor, membuatkan peluang di hadapan mata menjadi cerah.
Yaya seperti melihat sesuatu di CCTV mendekati wajahnya dengan monitor. "Sekejap ini..."
Sosok itu mengeluarkan tali seperti benang memancing dari belakangnya. Tidak sampai tiga kelipan mata, wayar memancing itu berada di tengkuk Yaya. Sosok itu menarik wayar di tengkuk Yaya sehingga pucat wajah gadis itu.
"Ergh!" Yaya cuba meminta tolong walaupun terasa seperti tertelan lidah sendiri.
Rasa perit dan ngilu apabila wayar memancing itu membenam ke dalam tengkuk Yaya nikmati. Kasar sangat si penyamar ini. Permandangan Yaya kelam dan terbungkam sebelum nafas terakhirnya tiada.
"Huh..." Helaan nafas lega daripada si penyamar itu.
______Ending Theme_____
Tsurai asa wa unzari suru ne
( Aku dah bosan dengan rasa sakit pagi ini)
Tsumadzuite mo tanoshikute ikete yuku yo
(Walaupun aku tersendung sepanjang jalan, aku tetap teruskan dengan gembira.)
Kuridasou oikakete harukana yume wo
(Marilah pergi, mengejar dia... impian kita yang jauh.)
Donna ni hanareteite mo wakaru
(Tak kira betapa jauhnya kita, aku akan faham.)
Azayaka sugiru kimi ga inai natsu.
( Musim panas tanpamu buatkan ku hilang terangnya)
Ano koe ano shigusa ga hirogatekku
(Suara itu, sifat itu, menerangkan segalanya)
Kotoba ni nanka dekinakute mo ii
(Walau aku tak dapat terangkannya, ianya okey sahaja)
Koboreta hizashi ni kokoro ga nijinda
(Hatiku mencair sama macam limpahan cahaya siang)
Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)
Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top