1/8

AKU Gopal. Gopal yang mana kau orang tanya? Mestilah bukan Arumugam yang budak BoBoiBoy panggil aku masa dia lupa ingatan dulu. Ini Gopal a/l Kumaranlah! Tetapi Gopalji pun betul juga.

Demi mencari power sphera yang kawan perempuan aku duduk kata comel itu, kita orang pun melintasi galaksi ke planet Polus. Haih, menyusahkan aku sahaja power sphera... power sphera apa ya? TeaserBot?

Semuanya elok sahaja, langit galaksi yang gelap, hendak dikata semua okey sahaja. Tak ada setakat ini makanan aku kena curi. Sampailah...

"Huh, laparnya." Gopal menyilang tangan di belakang tengkuknya. Perutnya dari tadi berkeroncong tidak usahlah dikata. Macam ada kumpulan rock menyanyi di dalamnya.

"Haih, kau ini. Kita makan sekejap sahaja tau. Kalau bapa aku dengan Laksamana Maskmana tahu, habis kita kena marah nanti." BoBoiBoy memberi peringatan.

Gopal mengangguk-angguk. Entah faham ke tidak apa yang diberitahu BoBoiBoy. Ataupun pesanan BoBoiBoy itu hanyalah angin lalu sahaja bagi Gopal.

Sampai sahaja di hadapan kapal, BoBoiBoy memulas kunci namun menjadi susah untuk dibuka. "Eh, apa fasal ini?"

BoBoiBoy memeriksa kuncinya. "Lah... patutlah, salah kunci rupanya. Ini kunci pintu bilik Electrical."

Gopal menghela nafas berat. "Lah, silap kunci rupanya. Aku ingatkan kau buat apalah tak buka-buka pintu. Haaa... lapar!"

"Hish, kau ini. Sabarlah." BoBoiBoy memusingkan seluruh tubuh menghadap Gopal. "Ochobot, kau..."

Mata BoBoiBoy terbeliak. "OCHOBOT!"

Gopal menoleh ke belakang. Air muka berubah tergamam dengan laju. Masakan tidak, Ochobot yang terbang di belakangnya sudah jatuh ke tanah. Lubang di tengah-tengah Ochobot seperti ditebuk sesuatu.

Oh, adakah aku lupa hendak kata... ada dua penyamar antara kita orang?

______Opening Theme______

Imposter Imperceptible
Evil undectable
Imposter Imperceptible

I found a body beside the reactor.
Somebody killed orange?
Ah, you bastards!
What we gonna do?
This is disaster!
Everbody calm down and tell me what your task was.

I was in admin
swiping a card but it wouldn't go through
I was swiping too hard.
I was dowloading data to 100%
I turned around and saw blue standing next to the vent.

What?

Somebody come watch me scan at medbay?
I say we vote now and get rid of some dead weight.
Well I saw purple lurking, so suspicious.
She kept flipping switches
at the 02 Censors.

Switches? That's a keypad.
This guy sus.
Acting like he's a crewmate just like us.
Kick him off.
That's the only way to protect us.

Bye-bye, Cyan!
You gonna regret this!

________________________

BERBUNYI derap kaki di koridor. Dari pandangan seekor tikus, kelihatan kaki dalam sarung pengawal satria berjalan menuju ke arah sesuatu.

Pintu dari salah satu sel bilik terbuka. Terpapar wajah Laksamana Maskmana yang disarung topeng sebaik sahaja pintu itu tergelonsor terbuka. Laksamana Maskmana memandang kosong permandangan yang terhias di hadapan matanya.

"Hoi, hoi. Kau orang buat apa ini?"

Gopal yang menggoreng roti telur di atas kuali khas terkelu seketika. Bukan itu sahaja, tiga manusia (tidak termasuk Fang) turut berhenti menyuap makanan. Alamak, orang yang berpangkat lagi tinggi sudah mari!

Haih... cuba bayangkan kalau Laksamana Maskmana berpangkat kadet sahaja. Pasti si Gopal itu masih sambung menggoreng roti telur.

"Bau apa yang sedap ini... haiya, roti telur kau dah hangitlah, Gopal!" Ying yang baru tiba selepas Laksamana Maskamana berteriak panik.

"Ah!" Empat lelaki yang berada di dalam pengawal utama itu menjerit cemas. Gopal pula kalut memulas sekaligus memadamkan api. Gopal lalu mengangkat roti telur hitam ke pinggan dengan muka menyendu.

"Apa sudah jadi ini?" Sheilda yang baru menjejaki bertanya. Di belakangnya terdapat Yaya yang turut mengikuti.

"Hish, kamu ni, Gopal! Masak atas kapal. Kita kan hendak pergi ke Planet Polus, buatlah persediaan." Amato berpura-pura membebel dan memarahi Gopal. Yalah, nanti dituduh tidak buat kerja pula.

"Ah, kau pun sama! Makan sahaja macam dia orang tadi. Aku tak tahulah kenapa aku pilih kau jadi tuan aku..." Mechabot mula mengomel mengimbau masa lalu.

Amato sempat membuat isyarat kepada BoBoiBoy, seolah-olah ingin memberitahu 'dah mula dah robot tua' ini. BoBoiBoy hanya tersengih sahaja.

"Huhuhu, roti aku. Eh, Shielda? Sai mana?" Cepat benar mood Gopal berubah. Tadi bukan punya berdrama Hindustan meratap nasib rotinya. Mungkin mencari peluang untuk gunakan perisai Sai jadi tudung saji.

"Ha'ah. Dia malas nak ikut katanya. Hendak lepak dengan kawan. Dasar... akhir sekali, aku yang pergi." Seusai mengujarkan kata, Sheilda mengutuk abang kembarnya di dalam hati. Tidak fasal-fasal dia perlu menggantikan abangnya pula.

Fang turut meluahkan rasa tidak puas hatinya. "Samalah nasib dengan aku. Abang aku senang-senang campak aku ke dalam ni. Aku ada benda lain nak buat, bersihkan Li.. eh, maksud aku. Kapal aku."

Fuuh... hampir pecah rahsia Fang. Sudahlah mereka semua tidak tahu yang dia namakan kapal angkasa dia Lily kecuali...

Fang memandang Gopal yang tersengih kambing dengan memberi renungan minta tapak kaki daripada tadi. Ya, tidak termasuk Gopal. Kurang asam punya Gopal.

"Ehem." Deheman di muka pintu itu mengalihkan perhatian semua orang di dalam bilik itu. Laksamana Maskmana berpeluk tubuh. "Seronok kau orang pulaukan aku, ya?"

Semua di situ serta-merta bangun dan memberi tabik hormat Tapops. "Selamat pagi, Laksamana Maskmana."

"Laksa mana? Mask mana?" Sengaja Gopal menambah selorohan di situ. Serta merta wajah hensem Gopal dipandang semua orang.

BoBoiBoy memberi pandangan seolah memberi isyarat 'apa yang kau cuba merepek ini, Gopal'? Laksamana terasa namanya dipanggil, menyahut. "Ya?"

Gopal segera membela kesilapannya dalam bergurau tadi. "Err, maksud saya... marilah kita ke Planet Polus segera!"

Amato membetulkan kotak suaranya sebelum memberi arahan. "Baiklah. Bergerak semua. Ochobot, hidupkan portal koordinat yang saya hantar dekat kamu tadi. Semua di posisi masing-masing. Berdikari!"

BoBoiBoy yang ingin ke tempat duduknya berhenti melangkah. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang Amato yang membuat muka tidak bersalah sebelum jalan semula ke posisinya.

Seram betul dengan ayat berdikari itu.

Mechabot memerhati Amato dengan pandangan menyampah. Berdikari. Berdikari. Dia sumbat mulut Amato dengan penuh kari nanti.

"Mesej bertolak kepada penjaga... telah dihantar!" BoBoiBoy melaporkan.

"Pelindung dan senjata berada dalam keadaan penuh." Yaya dan Ying serentak menjelaskan.

Gopal menarik tali keledar pada kerusinya. Tetapi lain pula yang terjadi. Boleh pula tersangkut di celah kerusi! Aduh, masalah betul. "Wey, wey! Tersangkut!"

Fang menepuk dahi. "Aduh, tersangkut pula ke?"

BoBoiBoy yang mendengar keluhan Gopal segera mendekati sahabatnya. "Lah, macam mana boleh sangkut lagi?"

Mechabot pula menyampuk. "Kerusi itu memang masalah sedikit. Aku dah kata pagi tadi, degil hendak kerusi itu juga. Mentang-mentang ada snek percuma dekat situ."

Ochobot kekal terbang di hadapan skrin kapal. Skrin Ochobot menunjukkan angka LED berperatusan 99 peratus. Sebaik sahaja angka mencapai angka 100, Ochobot bersuara. "Telepotasi akan dimulakan."

"Satu." Sebuah portal muncul di hadapan permandangan langit Bumi. "Dua."

BoBoiBoy yang baru menarik tali keledar kerusi Gopal terbuntang. Begitu dengan Gopal. Gopal menjerit panik. "Wey, wey, Ochobot!"

"Ochobot!" BoBoiBoy mengangkat tangan, bimbang dengan apa yang akan terjadi seterusnya. "Kejap!"

Sudah terlambat. Ochobot telah masuk ke dalam portal. Terpaksalah BoBoiBoy dengan Gopal berpaut pada belakang pemegang kerusi Gopal sepanjang kelajuan masuk ke dalam portal.

Huhuhu... apalah nasib.

■□■□■□■□■□■□■□■

"Huhuhu, tangan aku..." Gopal memegang tangannya yang bengkak kerana ditarik BoBoiBoy. Mungkin ini kurma (karma) buatnya selepas menarik tangan Adudu masa episod pergi ke bulan itu.

BoBoiBoy yang keluar dari tandas sambil mengelap rambutnya yang basah tersengih melihat Gopal. "Hehehe... sorrylah, Gopal."

"Apa sorry? Huhuhu, macam mana aku nak makan nasi nanti?" Gopal menggumam sedih. Tangan kanan sahaja yang sakit. Tangan kiri elok makan makanan ringan lagi.

"Ah, tak payah hendak drama sangat!" Pintu gelongsor bilik mereka berdua terbuka serentak dengan suara Fang berbunyi.

"Oh, Fang. Bila sampai?" Gopal menanyakan soalan bodoh.

Fang menjawab sarkistik. "Aku dah tiba tahun lepas lagi."

"Oh, ya? Laksamana Maskmana dengan ayah kau, bukan ayah kau, Gopal. Kata kena berkumpul dekat pusat utama nanti." Fang mengujarkan kata. Nada suara Fang macam dia pula bagi arahan.

BoBoiBoy menggantungkan tuala di sebelah bahunya. "Eh, kenapa pula?"

"Hey, kalau aku tahu. Mesti aku bagitahu dah tadi." Fang berdecit kecil. "Ah, cepat sajalah! Nanti aku kena marah pula."

"Mula sudah perangai kerek dia." Gopal sempat berbisik ke arah BoBoiBoy. Bisik apanya, bunyi frekuensi suara itu macam hendak bagi satu kampung kawan BoBoiBoy Api dengar.

Fang menggenggam buku lima yang menunjukkan urat-urat kemarahan. "Apa kau cakap tadi?"

"Eh, tak! Mana ada." Gopal lantas menafikan. Kerepek itu laju sahaja menyelit ke dalam mulut!

"Ingat aku tak dengar ke? Sini kau!"

"AH, TIDAK! TOLONG, BOBOIBOY!"

Sementara itu, terdapat sebuah lubang hitam di pusat utama itu. Bulu-bulu yang entah dari mana juga berterbangan dalam lubang it... sekejap, ini bukan lubang biasa! Ini lubang hidung Papa Zola.

"Dahlah! Malas aku hendak main!" Mechabot mencampakkan beberapa kad yang dipegang ke bawah. Ditekup mukanya... stress sangat abang robot ini.

"Tak perlu dinafikan lagi. Kebenaran tahu kebenaran di sebalik kad kamu! Hahaha, seronok woi jadi pemenang ini!" Dengan bongkaknya Papa Zola mengipas kad ke arah mukanya.

"Itulah... tak pandai main lagi!" Amato yang memandu, menggantikan giliran Papa Zola sengaja mengejek Mechabot.

"Kau... aku dah lama sabar dengan kau!" jerkah Mechabot dengan menunding Amato. Nasib Ochobot ada menghalang Mechabot menyerang Amato.

Tersenyum bangga si Amato itu. Banggalah ada orang 'back up' dia.

"Bagi saya sahajalah main." Kedengaran suara budak kecil menyapa telinga dan lubang hidung Papa Zola yang terkembang-kembang.

"Eh, Otoi? Sejak bila kau angkut adik kau guna kuasa graviti, Yaya?" Gopal yang melihat kehadiran adik Yaya secara ajaib segera menegur.

Yaya mengurut perlahan pelipis matanya sebelum menjawab. "Haih, macam mana tak datangnya. Dia menyelinap masuk dalam beg aku. Nak kena budak ini..."

Otoi yang sedang menyusun kad meneguk air liur. Habislah... kakak raksasa sudah marah!

"Habislah! Habislah!" Laksamana berteriak panis sayup-sayup berbunyi daripada belakang. Tapak kaki semakin lama semakin bertambah bunyinya selang beberapa saat.

"Kenapa dengan Laksamana itu... eh?" BoBoiBoy mengecilkan matanya. Pada mulanya permandangan jauh itu agak kabur namun dalam beberapa saat, jelas kelihatan Laksamana Maskmana berlari ke arah mereka.

"Eh!" BoBoiBoy tidak sempat mengelak. Begitu juga dengan Fang di sebelahnya. Reda sahajalah ditolak ke tepi macam habuk.

Paling teruk, si Gopal. Terus terjatuh tersembam ke hadapan kerana dirempuh oleh Laksamana Maskmana. Sudahlah sakit tangan, kena rempuh pula.

Memang kena tambah lagi satu nama dekat Laksamana Maskmana ini. Iaitu... Signalmana? Ataupun nama moyang Maskmana memang Signalmana.

Ying menyoal akan kegelisahan Laksamana Maskmana. "Kenapa ini Laksamana?"

"Aduh..." Gopal di hadapan Laksamana pening-pening lalat cuba bangun daripada baringnya. Nasib tidak patah gigi. Takut encik Kumaran tidak kenal anak nanti.

Fang menjongketkan keningnya, cuba mengagak. "Entah-entah, bilik Laksamana itu muncul lipas agaknya. Sebab itulah..."

Lidah Fang yang mencecah lelangit turun kembali ke bawah melihat Laksamana Maskmana merenungnya. Kalau buka topeng, mesti jelingan tajam yang di dapat.

"Aku sahaja panaskan badan. Baiklah. Inilah peta planet Polus yang kita akan jejaki nanti." Laksamana Maskmana membentangkan di atas meja utama di situ. Sengaja ubah topiklah itu.

"Memang sampai langgar orang." Gopal berdesis, perlahan.

Semua menghampiri meja utama. Termasuklah Otoi dengan Papa Zola yang main kad tadi. Amato juga telah menghidupkan mod kawalan automatik dan mendekati meja utama.

"Eh, kenapa ada budak kecil dekat sini?" Laksamana Maskmana menunding ke arah Otoi yang sedang mengorek hidung. Tidak senonoh budak ini.

Yaya menggaru pipi, kekok. "Erk, itu adik saya. Dia terikut saya. Maaf, Laksamana."

"Ah, tidak mengapalah. Kita teruskan agenda kita." Laksamana Maskmana terus menuju ke topik utama. Ini kalau segelintir netizen Malaysia ingat ini agenda aluminium.

Kertas yang dibentang Laksamana Maskmana menunjukkan peta sebuah planet. Terdapat beberapa bilik yang ditunjukkan secara terperinci.

Laksamana Maskmana menerangkan. "Ada 14 bilik penting di sini. Bilik yang terdiri dari bilik elektrik, security, bilik oksigen, bilik stor, bilik dandang. Kejap, ambil nafas. Bilik komunikasi, bilik senjata, pejabat, bilik utama, bilik eksperimen dan bilik labor."

Amato menambah. "Nanti tugas akan diberikan. Sambil membuat tugas, kena cari di mana TerraBot menyorok. Tugas akan diberikan sejam sebelum sampai ke planet."

"Tut... tut..."

Telefon Laksamana Maskmana berdering membuat Laksamana terpaksa mengundur diri untuk mengangkatnya. Nampaknya seperti orang yang penting sahaja.

"Ush, macam tak sabar sahaja hendak pergi. Kan, BoBoiBoy?" Gopal bertanya teruja kepada kawan baiknya.

BoBoiBoy mengangguk dengan senyuman, tanda bersetuju. "Yalah, tak sabar nak jalankan misi dekat sini!"

Tidak semena-mena, wajah Laksamana Maskmana berubah sebaik sahaja menamatkan panggilan. Laksamana itu kembali ke meja utama, bukan dengan wajah biasa tetapi dengan air muka yang tegang.

Laksamana Maskmana menuturkan tegas. "Saya dapat maklumat daripada pihak atasan Tapops. Nampaknya ada satu agensi jahat telah menghantar dua pengintip mereka."

"Dan dua pengintip itu ada menyamar di antara kita."

Semua di situ terkedu mendengarnya. BoBoiBoy dan Fang yang terus berpandangan sesama sendiri, tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Yaya, Ying dan Sheilda berceloteh antara mereka bertiga. Mungkin panik dengan apa yang baru diberitahu oleh Laksamana Maskmana. Yang lain pula tidak terkata. Terlalu terkejut rasanya.

Gopal berpaling ke arah Laksamana Maskmana. "Menyamar?"

Dalam masa yang sama, mesej dihantar kepada dua telefon bimbit berbeza. Tertulis di dalam mesej itu...

Mereka sudah tahu... tetapi jangan panik. Sampai sahaja di Planet Polus itu, baru kau orang mulakan tugas kau orang. Paling penting, dapatkan TerraBot.

???

Alamak, ada penyamar pula!

.
.
.
_____Ending theme______

Tsurai asa wa unzari suru ne
( Aku dah bosan dengan rasa sakit pagi ini)

Tsumadzuite mo tanoshikute ikete yuku yo
(Walaupun aku tersendung sepanjang jalan, aku tetap teruskan dengan gembira.)

Kuridasou oikakete harukana yume wo
(Marilah pergi, mengejar dia... impian kita yang jauh.)

Donna ni hanareteite mo wakaru
(Tak kira betapa jauhnya kita, aku akan faham.)

Azayaka sugiru kimi ga inai natsu.
( Musim panas tanpamu buatkan ku hilang terangnya)

Ano koe ano shigusa ga hirogatekku
(Suara itu, sifat itu, menerangkan segalanya)

Kotoba ni nanka dekinakute mo ii
(Walau aku tak dapat terangkannya, ianya okey sahaja)

Koboreta hizashi ni kokoro ga nijinda
(Hatiku mencair sama macam limpahan cahaya siang)

Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)

Ah... mou moderanai toki wo chiisaku kono teiru
(Ah... hari yang tak dapat ku kembali, aku berdoa, aku boleh lakukannya)



















🔍🔍🔍

Wey, kata writerblock. Apa benda ini.

Baru aku tahu tadi umur Tok Aba sekarang 74 tahun. :V

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top